|
azizulhasni eksiden di manchester. serpihan kayu velodrom terpacak kat betisnya. ngeri sungguh gambarnya kat berita tv3 tadi. siannya dia... |
|
|
|
|
|
|
|
Adessss..lama tul x singgah kat sini... |
|
|
|
|
|
|
|
Adessss..lama tul x singgah kat sini...
dill9642 Post at 23-3-2011 10:52 AM
selalu2 la singgah |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanye la, me berminat nak beli beskal, plan nak beli beskal mtb biase2 je utk cycling on road.. x pun beli 2nd hand bicycle.. tp camne nak transport beskal dr kedai / umah kalo kete (proton saga blm) x de bike carrier? kalo cabut tayar depan leh muat x beskal kat seat blakang? |
|
|
|
|
|
|
|
jom join kayuhan 1meru 8mei 2011
http://kayuhan1meru.blogspot.com/
lalu BUKIT RAMLI...sejauh hampir 40km...hadiah menarik
call 0126529556 [zaman] utk keterangan lanjut |
|
|
|
|
|
|
|
ade x aktiviti mountain biking yang berbayar?
contoh mcm ada pakej tu sume..bayar certain amount
dapat basikal..then g biking... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 925# chuckiey
muat bro, saga blm seat belakang dia luas..member aku pakai blm n dia mmg letak kat seat blakang dia je...kompem muat klu cabut tayar depan.. |
|
|
|
|
|
|
|
ups sikit topik..
mana nak cari seluar untuk berbasikal? yg ada span kat kelengkang tu.. sakit ler kalau tak pakai. hb aku beli kat indon. kat sini mana ada jual? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 930# june-july
up kan, untuk forumer tlg jawapkan. |
|
|
|
|
|
|
|
ala.. xde orang ke nak tolong jawab? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 932# june-july
xda lagi la tu... |
|
|
|
|
|
|
|
june-july posted on 17-4-2012 11:36 PM
ups sikit topik..
mana nak cari seluar untuk berbasikal? yg ada span kat kelengkang tu.. sakit le ...
dah lame lepas berbulan2...
seluar ade 2 jenis.. biase atau bib / jenis baggy @ tights
n terbahagi kepade 3 iatu pendek, tiga suku panjang atau panjang...
skang ni dah ade underwear pun utk berbasikal..
biase kedai yang jual basikal ade jual... kedai yg high-end ade seluar yg mahal dan selesa untuk kayuhan
ataupun boleh merujuk kat website jual / beli basikal kat Malaysia iatu http://bicyclebuysell.com/
mostly buyer situ helpful mcm yasin, sha store semenyih atau dean ampang
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Velodrom tertutup di Seremban perlu segera dibina sebelum Olimpik Rio
2 Oktober 2012
KUALA LUMPUR - Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata velodrom tertutup bertaraf antarabangsa yang dicadang dibina di Seremban perlu siap lebih awal sebelum Sukan Olimpik di Rio De Janeiro, Brazil pada 2016.
Ahmad Shabery berkata saiz velodrom tertutup itu tidak perlu terlalu besar tetapi mesti lengkap dan memenuhi piawaian antarabangsa serta menjadi sebuah pusat perkembangan sukan berbasikal di rantau ini.
" Apa yang penting pembinaan velodrom itu perlu disegerakan. Kita mahu ia menjadi pusat latihan untuk para atlet berbasikal kita menghadapi Sukan Olimpik, Rio pada 2016.
" Peruntukan sudah ada ia perlu dibina segera. Selain itu dengan adanya velodrom tersebut Malaysia boleh menganjurkan kejohanan terbesar dunia. Jadi ini akan melonjakkan nama negara sebagai satu mercu tanda dalam sukan berbasikal di peringkat antarabangsa, " katanya.
Ahmad Shabery berkata demikian kepada pemberita selepas menziarahi keluarga wartawan sukan Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Allahyarham Zulhilmi Supaat di Kampung Nakhoda, Selayang di sini hari ini. Allahyarham meninggal dunia semalam akibat serangan jantung.
Ahmad Shabery berkata pembinaan velodrom bertaraf antarabangsa perlu berhampiran pusat bandar dan cadangan untuk membina velodrom berhampiran Nilai, Negeri Sembilan juga antara lokasi pilihan dan masih dalam pertimbangan.
" Jika menganjurkan kejohanan berbasikal dunia, kita perlu fikirkan tentang aspek penginapan sama ada cukup atau tidak, kerana ia melibatkan pelumba berbasikal bertaraf dunia, " katanya.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Belanjawan 2013, Jumaat lepas, mengumumkan peruntukan RM80 juta untuk pembinaan velodrom tertutup di Seremban dan Akademi Badminton di Stadium Juara, Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
- Bernama / Sinar Harian -
|
|
|
|
|
|
|
|
Pastikan velodrom ' tidak mati '
KUALA LUMPUR - Berdasarkan pengalaman beraksi hampir di semua velodrom terbaik dunia, pelumba basikal trek negara, Azizulhasni Awang mengimpikan velodrom tertutup yang bakal dibina di negara ini tidak lama lagi lebih mesra masyarakat.
Jumaat lalu kerajaan mengumumkan pembinaan velodrom tertutup dalam Bajet 2013, yang mendorong pelumba yang beraksi pada Sukan Olimpik 2012 London itu melontarkan pandangan tentang kepentingan dan konsep velodrom yang dijangka dibina di Seremban itu.
Menurut pelumba kelahiran Dungun itu, selain mementingkan aspek ukuran, bentuk dan kapasiti mengikut peraturan yang ditetapkan, pembinaan velodrom tertutup juga lebih terarah kepada kompleks sukan serbaguna.
" Paling mustahak ialah velodrom tertutup dan jarak keseluruhan trek adalah 250 meter, tentang bentuk dan kapasiti tidak menjadi masalah, apa yang penting kita mampu menganjurkan kejohanan bertaraf antarabangsa seperti Siri Piala Dunia Klasik," katanya selepas penyampaian hadiah 'Visa Olympic Games Spend & Win' di sini, malam.
Jelasnya, pembinaan velodrom tertutup bukanlah projek yang merugikan jika ia berbentuk serbaguna kerana kebanyakan velodrom di luar negara bukan berlandaskan kepada sukan berbasikal trek semata-mata.
" Misalnya di Melbourne, mereka membina lima hingga enam gelanggang boling padang di tengah-tengah kawasan lapang velodrom.
" Di Denmark dan beberapa negara Eropah lain, mereka menyediakan gelanggang badminton dan futsal di kawasan yang sama.
" Lebih menarik velodrom di Perth, Australia gelanggang kasut roda turut dibina manakala di Sepanyol pula trek olahraga 80 meter di kawasan tengah velodrom, sebenarnya pelbagai benda boleh dibina termasuk ruang pejabat," katanya.
Kata pelumba yang terkenal dengan gelaran The Pocketrocketman itu, selain Siri Piala Dunia Klasik perlumbaan bertaraf Grand Prix juga mampu diadakan dan Malaysia mampu menarik minat pelumba handalan dunia datang berentap di sini sama seperti Le Tour de Langkawi (LTdL).
" Pembinaan velodrom tertutup membolehkan kita menjadi penganjur kejohanan yang besar, dengan itu ia tidak akan ' mati ' atau menjadi projek gajah putih.
" Pembinaan velodrom ini juga bakal memberi inspirasi kepada peminat serta pelumba muda tentang acara ini yang mula mendapat sambutan sejak tiga tahun kebelakangan ini, " katanya.
- Utusan Malaysia -
|
|
|
|
|
|
|
|
Persatuan Lumba Basikal Terengganu gilap bakat pelapis
17 Oktober 2012
PERSATUAN Lumba Basikal Terengganu (PLBT) sedang giat menggilap bakat baru dengan seramai 60 pelumba remaja bawah 14 tahun sedang diberi latihan.
Jurulatih Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata mereka akan diketengahkan menerusi beberapa siri kejohanan peringkat kebangsaan termasuk Sukan Malaysia.
" Mereka kini diletak di bawah program pembangunan atlet dan kita akan asuh atlet-atlet ini supaya mereka boleh mencapai tahap tertinggi, " katanya kepada Bernama, hari ini.
Beliau berkata,PLBT juga sedang mencari lebih ramai pelumba wanita bagi membanyakkan lagi enam pelumba sedia ada.
" Pencarian pelumba wanita akan dibuat dari semasa ke semasa dan kita akan melakukan pencarian bakat baru termasuk di kawasan pedalaman dan daerah sekitar Terengganu, " katanya.
Terengganu telah berjaya melahirkan ramai pelumba basikal yang berjaya mengharumkan nama negara di peringkat antarabangsa seperti Azizul Hasni Awang, Anuar Manan, Mohd Hariff Salleh dan Nur Fateha Mustapa.
- Bernama / Sinar Harian -
|
|
|
|
|
|
|
|
Velodrom Dungun mungkin ikut reka bentuk Australia
17 Oktober 2012
KUALA TERENGGANU - Kerajaan negeri Terengganu mungkin melihat model velodrom di Melbourne, Australia sebelum memutuskan reka bentuk pembinaan velodrom lumba basikal bernilai RM3 juta di Kampung Balai Besar, Dungun.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam Negeri, Datuk Za'abar Mohd Adib berkata kemungkinan pihaknya akan melakukan lawatan ke Melbourne untuk melihat secara dekat velodrom di negara itu sebelum mengambil ketetapan.
Buat masa ini, kerajaan negeri sedang dalam proses perbincangan dengan Jabatan Kerja Raya (JKR) mengenai reka bentuk velodrom yang akan dibina, katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco negeri di sini, hari ini.
" Kita diberi peruntukan RM3 juta...ia sangat sedikit dan peruntukan tambahan diperlukan. Mungkin kita bina velodrom asas sebelum kemudahan lain ditambah secara berperingkat, " katanya.
Katanya velodrom itu bukan dibina untuk pertandingan peringkat antarabangsa tetapi sekadar untuk sesi latihan bagi pelumba negeri dan mencungkil bakat baru.
- Bernama / Sinar Harian -
|
|
|
|
|
|
|
|
Sekarang ramai juga orang berbasikal kat Taman Tasik Perdana...sabtu dan ahad pagi...famili la paling ramai...tempat pun cantik...berbukit dan luas jarak utk cycle... |
|
|
|
|
|
|
|
kbyne posted on 30-10-2012 08:50 PM
Sekarang ramai juga orang berbasikal kat Taman Tasik Perdana...sabtu dan ahad pagi...famili la palin ...
tasik perdane...
huhu hu aku punye favorite route...
1. Genting Sempah ke Jande baik punye....
2. Highway lekas ( Mantin atau Pajam)
3. Genting Peres...
lame dah tak offroad ni....
|
|
|
|
|
|
|
| |
|