|
tak kisah apa.........janji tomok dah menang |
|
|
|
|
|
|
|
caittt... |
|
|
|
|
|
|
|
seronoknya aku dapt tengok Anith |
|
|
|
|
|
|
|
hehe....naper time diaorg announce saper menang tu lagu tu tak sync ek...lagu kuar dulu baru awal n marion sebut nama pemenang.....slack sket part tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
huh...bangga nya aku dengan tomok sekarang..mcm tak caya pon adew... |
|
|
|
|
|
|
|
Persembahan malam finale TOP 3
Bottom...Tomok last.Oh my god!!aku dah agak dah mesti Tomok akan jadi last punya sebab pemikiran rakyat Malaysia di racuni dengan pemikiran "alah buat apa dia nak menang, dia kan dah jadi artis rakaman" dalam masa yang sam amereka tidak tahu bahwa pertandingan ini adalah terbuka kepada umum meskipun kepada artis.Melihatkan kepada jumlah undian itu, aku percaya inilah masa2 yang sama ketika Faizal Tahir di umumkan tidak dapat ke peringkat finale tetapi di selamatkan oleh 8TV di saat2 akhir kerana hehe...Faizal mampu membawa keuntungan.Masa finale nanti lah dorang nak keuntungan yang melipat ganda...AKu rasa kalau Siti Sarah dapat di selamatkan masa TOP 3 nie season lepas besar kemungkinan dia mampu jadi juara ataupun tempat kedua..memanglah aku nie dulu bukan peminat Tomok, tetapi aku memandang Tomok dari perspektif yang lain dan itulah pertandingan ini mahu orang melihat.
Persembahan TOP 3
Aweera....medley, aku rasa aku melihat lagu nie macam lagu medley Faizal Tahir, lagu medley Shila.Rasanya macam 8TV sengaja biarkan seornag peserta buat lagu medley+single pertama dorang.Apapun, lagu medley Faizal lah paling sedap sekali tetapi akhirnya ntah sape2 orang menang..Buat mengamuk orang dalam dewan tu jer...
Medley Aweera okay cuma kalau nak ikut ranking di antara medley Faizal, Shila dengan Aweera.Medley Aweera berada di paling bawah sekali...Hm...okaylah, banyak menjerit2 cuma kalau dia bawa lagu "Semangat Zaman" macam Faizul nyanyikan masa Malaysian Idol dulu mesti best..Tapi nak buat macamana,semua dah berakhir..
Esther...single pertama, ntah apa nama dia.Aku suka dengan lagu Esther nie meskipun aku menyampah sangat dengan orang dia.Emotional tu ada,lagu nie dia berjaya emotional tapi nampak macam untuk dia seorang jer, tak kesampaian pun kat peminat sangat.Kalau ada yang kata sampai tu, itu pendapat dia...Apapun, aku tak berminat sangat dengan pemakaian dia malam nie.Nampak macam teruk sangat....Oh my god..meskipun aku tak suka Esther tak nak dia jadi juara, kenapalah 8Tv sediakan pakaian macam nie kat dia...Kalau macam Jac tu takpelah kurus..Tapi Esther badan dia berisi dengan nampak pulak badan dia yang putih gebu kat belakang tu....Tak manis langsung.Kalau pemenang dia macam nie, amatlah memalukan...Tidak ada pakaian lain ker...lucah..lucah...18SX.Takkanlah 8TV nak kena tegur lagi dengan parlimen siarkan penyanyi menyanyi lagu dengan pakaian yang berkemban-kemban?dah kena tegur banyak kali pun tak nak berubah jugak
Tomok...Hanya kau yang mampu..Hahaha...what a surprise.Meskipun muzik Tomok dah boleh agak macam nie tetapi dia berjaya merentakan lagu nie macam dalam versi rock.What a surprised.What a season performer...Baju dia okay..Tak melebih2 ..Bagus!Sehari selepas nie lagu nie menang kan dalam kategori vocal terbaik lelaki dalam aim?hehehe..tuah lagu
Pusingan kedua....
Aweera.....menyampaikan single dia..Sesekali aku dengar single nie, meskipun lebih baik dari Esther ada part2 dalam single nie aku rasa macam lagu "I'll Know I'll never leave this way again"...Dan aku harapkan agar at the end of the song, Aweera mampu tarik suara dia tinggi-tinggi tapi tak kesampaian.Setuju dengan komen Syafinaz lagu nie lebih baik dari lagu pertama.Pedulikan si Paul Moss tu..Mungkin akan menjadi lagu sehits Hanya di Mercu..
Esther...Please Don't Stop The Music...What the song?Ha...?I didn't get it.Lagu apa nie...Pemakaian sekali lagi malah lebih nampak teruk dari pemakaian yang pertama.Tidak menjaga sensiviti Malaysia langsung 8TV nie...Lagu dia iyelah orang tak boleh nak membandingkan dia dengan Rihanna tetapi lagu nie perlu fast, stamina yang aku lihat Esther macam semput untuk menyanyi lagu2 begini, malah ada kalanya suara dia tak keluar pun,Pemakaian sekali lagi, masyallah...sakitnya mata memandang.Dengan dia berjoget mengerakkan pinggul macam tu, isy....meletakkan dia kembali ke penyanyi kelab malam.Mungkin ya, Paul Moss suka, itu Paul Moss yang dah hidup dan selesa dengan persembahan ala-ala pub nie tetapi sorrylah, "Aku sama sekali tidak suka dan sakit mata memandang bila melihat pemakaian dia sebegitu..."Lagu, just okay-okay...
Tomok...mengambil balik kehangatan malam itu menyanyikan lagu single dia.Memang iye pada mulanya aku tak suka sangat si Tomok nie tetapi setelah mendengar single dia bulu roma aku naik meremang.Yes...I know lagu nie memang sehebat lagu Mahakarya Cinta...Tomok akan berjaya dengan single tu.Single tu nampak lagu untuk pemenang dah...No doubt!persembahan yang menghiburkan dan tidak mengecewakan!!Aku akan beli album kau Tomok meskipun dalam masa yang sama aku dah tukar perspektive aku pada penyanyi lagu2 cintan dan jiwang macam kau...
Penutup..
Bunkface..persembahan yang tak perlu..Menyakitkan telinga.Buat ekspresi muka ntah macam apa ntah..
Ayu..lagu yang slow...hm..okaylah, rambut pun dah okay...
Persembahan TOP 12...adui hai kenapalah kena menyanyi lagu ramai2?kan bagus kalau menyanyikan lagu setiap seorang berdasarkan persembahan baik masing2.Bertuuan untuk menghargai setiap seorang...Tak berbaloi orang mengundi dan datang untuk finale semata2 nak menyaksikan menyanyi ikut skema 8TV.Macam budak sekolah...Tiap2 tahun sama....Undanglah penyanyi Malaysia, macam Malaysian Idol buat dulu, panggil Siti Nurhaliza buat persembahan, Kris Dayanti....Hm...persembahan dari mereka nie lah aku tunggu exsp Amylea dengan Fify termasuklah Han tetapi sayang, macam takde idea langsung 8TV nie nak suruh dorang buat persembahan...Tahun depan pun kalau masih ada lagi, sama jugak berulang...apalah..macam dah takde idea...
Persembahan TOP 3...hm...nyanyi lagu Sheila Majid dan Freedom.Lagu Freedom tu macam tak pernah dengar pun tapi at the end of the song, at the high reach, suara Esther kelihatan tenggelam dengan suara-suara lelaki...Persembahan yang biasa macam persembahan Suki, Faizal dengan Alif dulu..At the distance ke apa nama dia..
|
|
|
|
|
|
|
|
Keputusan....8TV memainkan peranan dia pada waktu ini dengan memberitahu updates jumlah undian dari masa ke semasa ia akan membuat orang menjadi semakin ghairah untuk mengundi....Cakap Esther sekejap di atas, Aweera di bawah, Tomok di tengah..pada malam itu rakyat Malaysia ada yang sudah buka mata sikit kenapa Esther tidak mengulangi kejayaan Daniel Lee dengan Suki Low, iaitu Syafinaz mengatakan "kalau tak akan jadi masa malam season 1 dulu...".Awal dan Marion menekankan undian melalui telefon di rumah.Iya, aku ada unid jugak untuk menyelamatkan Tomok dan Aweera dan sms yang aku terima balik [Free msg]E1201:Sorry!Your account balance is not sufficient to do this transaction.Banyak kali aku vote banyak kali itulah yang aku dapat balik..
"Pemenang One In A Million season threee ialah..................." ( dalam hati aku kata Tomok, Tomok, Tomok....)
"Tomok...."...wah, aku rasa macam 8TV dah pengundi2 dah perbetulkan kesilapan dorang semasa memilih Daniel dan Suki Low sebagai pemenang dulu....
Lihat Daniel...Roslan Aziz cakap selepas persembahan Nita,"Berikan saya satu sebab kenapa Nita tidak boleh menang?"
Suki Low...."Pada saya ini persembahan terbaik the best of the night, standing offesen ke ntah apa ntah"-Syafinaz.Orang2 dalam dewan semua bangun bagi tabik respect dengan persembahan Faizal.Aku rasa macam dah gila orang2 tu malam tu termasuklah aku sekali selepas Faizal selesai dengan medley nya..
Tetapi dua contoh persembahan di atas akhirnya tidak menjadi kenyataan dan bercanggah sama sekali dengan pengumuman pemenang dia..Dan malam tadi akhirnya dah cipta sejarah sekali lagi dan sekaligus membetulkan kesilapan pada malam itu
Aku menangis bila Tomok menang, aku mengingatkan usaha Faizal Tahir buat persembahan malam Finale akhirnya dapat di jayakan oleh Tomok...Macam inilah baru di namakan pertandingan.Tak nak orang cakap2 belakang lagi.Yang layak menang harus menang.Bukan ntah sapa2 orang ntah....Biarlah adil pertandingan tu.Meskipun orang tu mulanya aku tak suka sangat sebab bawa lagu2 jiwang..Aku menangsi untuk kejayaan Tomok....
Yang tak sedapnya...Bila Ning Baizura pakai pakaian singkat di jemput naik ke pentas dan berpelukan dengan Tomok...Harap2 tak timbul kontroversi selepas Nabil dan awek dia berpelukan masa ABP dulu..
hikmah daripada kemenangan Tomok:
1.Akan membuka mata mana-mana penyanyi lagu2 jiwang cintan yang ingin pandangan dari perspektif lain dan berbeza daripada juri.Aku minat sangat kalau vocalis kumpulan Sting dapat masuk tapi tak boleh kot umur dia dah tua.AKu rasa tahun depan ramailah yang akan menjemput artis2 cintan masuk pertandingan ini untuk menjalani tranformasi dari penyanyi lagu lagu meleleh kepada penyanyi2 lagu muzik terkini.COntohnya vocalis kumpulan Saujana datang ujibakat
Apapun, aku suka sangat sampai menangis aku di buatnya dengan kemenangan Tomok pada malam tersebut.
Tahniah sekali lagi!
[ Last edited by doden at 3-5-2009 17:50 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Amylea tak pernah bercita-cita jadi penyanyi
Assalamualaikum, saya Husna amat meminati Amylea dan ingin terus menyokong Amylea sebagai anak seni.
1. Apakah pekerjaan Amylea sebelum bergelar salah seorang pelajar AF3?
2. Sepanjang bergelar anak seni, berapa banyak trofi yang di gondol oleh Amylea?
3. Kenapa Amylea melibatkan diri dalam bidang seni ini mungkin ada yang istimewa yang boleh Amylea kongsi bersama kami sebagai peminat?
Saya sentiasa mendoakan kejayaan Amylea dalam apa jua bidang.
n Nurul Husna Mohammad,
Simpang, Perak.
AMYLEA
1. Sebelum menyertai AF3, saya baru sahaja habis SPM dan bekerja sebagai seorang penyanyi bersama dengan ayah menggantikan tempat ibu saya.
2. Hehehe... saya baru saja terlibat, jadi tak ada walaupun satu trofi. Tambahan pula tidak aktif menyanyi semasa di bangku sekolah sehinggakan piala pertandingan pun tidak ada. Yang banyak hanyalah sijil-sijil kokurikulum semasa di sekolah.
3. Latar belakang keluarga memang terlibat dalam bidang seni dan mungkin darah seni itu sudah mengalir dalam diri. Biar pun tidak pernah bercita cita untuk menyanyi tetapi apa kan daya, takdirnya saya di sini. Sekarang saya rasakan saya tidak mahu berada di tempat lain selain bidang ini.
Perit kena kritik
Hai Amylea, harapan saya agar anda sentiasa sihat dan mendapat berkat daripada Ilahi dalam meneruskan perjuangan.
1. Apa pengalaman yang mungkin tidak dapat Amylea lupakan sepanjang bergelar anak seni?
2. Apa petua Amylea menjaga suara agar dapat menyanyi dengan baik?
3. Album sudah dipasaran, tapi nampak gayanya promosi kurang. Komen sikit.
n Adawiyah, Setiawangsa KL
AMYLEA
1. Semua pengalaman yang saya lalui semuanya tak dapat dilupakan. Apa yang positifnya saya dapat bekerjasama dengan orang-orang penting dalam industri. Paling kurang menyenangkan saya apabila ada pihak yang tidak pernah memahami diri saya dan mengeluarkan komen-komen yang negatif. Memang perit untuk ditelan.
2. Sejujurnya saya tidak ada apa-apa petua untuk menjaga suara. Saya hanya menjaga kesihatan diri dan saya pasti ini semua adalah daripada mental sahaja. Kalau kita terlalu bergantung dengan macam-macam petua kita yang akan rasa ada yang tak kena. Kena selalu bersemangat dan yakin itu saja petuanya.
3. Saya mula sertai OIAM musim 3 sejak Disember lepas dan pada masa itu juga album dipasarkan. Jadi saya atau mana-mana artis yang menyertai OIAM telah menandatangani perjanjian bahawa tidak dibenarkan untuk mempromosikan apa-apa jenis keluaran rekod selagi berada di OIAM3. Sebab itu kurang promosikan apatah lagi pihak pengurusan dulu sudah tidak ada lagi. Tapi sekarang saya tengah mempromosikan kembali.
Kualiti tak jamin apa-apa
Assalamualaikum.
Hai, saya harap awak sentiasa sihat dan terus maju jaya. Di sini ada beberapa soalan yang saya nak awak jawab.
1. Keluar Akademi Fantasia kemudian masuk One In A Million. Tak rasa janggal ke sebab asyik masuk program realiti sahaja?
2. Nama Amylea tidak sepopular nama-nama bintang AF yang lain. Tidakkah Amylea berkecil hati dengan perkara tersebut memandangkan Amylea mempunyai bakat yang cukup besar.
3. Popular atau kualiti yang baik? Mana satu pilihan Amylea?
n Johan Johari, Johor.
AMYLEA
1. AF dan OIAM dua perkara yang sangat berbeza. Saya tak rasa asyik masuk program realiti kerana ini hanya kali kedua saya menyertai pertandingan nyanyian sepanjang hidup saya.
2. Saya tidak rasa kecil hati kerana saya mempunyai idola-idola yang saya sanjung. Saya ukur diri pada mereka ini. Jadi saya tak pernah rasa saya sebesar mana. Saya akur sebagai orang baru saya mesti bekerja keras memastikan saya sentiasa berada disini dan dinilai dengan bakat selain populariti sahaja
3. Kedua duanya sama penting. Tak guna berkualiti tetapi tidak dapat kongsi dengan orang lain.
Pahit jadi anak seni
Assalamualaikum adik. Kakak merupakan peminat setia adik sejak dahulu lagi. Sedih kakak apabila adik terkeluar daripada OIAM tempoh hari.
1. Bagaimana rasanya menjadi anak seni? Adakah betul jalan yang adik pilih?
2. Apa perasaan adik apabila melihat peserta OIAM lain yang melangkah ke final sedangkan adik terkandas?
3. Siapa yang paling banyak memberikan galakan dan dorongan di kala adik dilanda masalah?
Sekian, terima kasih.
n Juita Citra Terindah, Selama, Perak.
AMYLEA
1. Tentulah banyak pahitnya. Tetapi saya percaya tak kira apa bidang yang dipilih tentu ada turun naiknya. Muzik adalah hidup saya dan saya bernafas dalam dunia ini. Biar apa pun ini saja yang saya jalan yang akan saya pilih, saya pasti laluinya juga.
2. Secara profesional, bohong kalau saya tidak cemburu atau terkilan. Tetapi ini semua dugaan dan pasti ada sebab dan hikmah di sebaliknya. Secara peribadi saya tumpang seronok kerana tak lama lagi akan muncul lagi artis-artis yang berkualiti untuk memeriahkan dunia seni kita.
3. Tentulah ibu bapa. Saya bersyukur pada Allah kerana bukan saja mempunyai ibu bapa yang sangat hebat tetapi dikurniakan sahabat-sahabat yang tak jemu menyokong. Mereka inilah yang menjadi tulang belakang saya. Saya kuat kerana mereka.
Harap bertemu jodoh
Selamat sejahtera Amylea.
Apa khabar? Saya harap supaya anda sihat sentiasa. Seronok melihat anda dipentas OIAM. Tapi sedih kerana anda telah tersingkir.
1. Apa matlamat jangka masa panjang Amylea dalam bidang muzik?
2. Bila lagi nak terjun ke dalam bidang lakonan?
3. Gambarkan diri Amylea 10 tahun akan datang.
Saya harap anda berjaya pada masa hadapan.
n Rahina Azlinda Samsudin, Segamat Johor
AMYLEA
1. Wow. Saya sukakan soalan ni sebab lain dari yang lain. Saya bercita-cita mahu menjadi seorang penghibur, pengarah muzik, penulis lirik dan seorang produser muzik yang disegani. Bukan hanya untuk saya tetapi untuk menghasilkan lebih ramai penyanyi yang bagus. Saya mahu dikenali sampai peringkat antarabangsa dah semua itu akan jadi kenyataan jika diizin Allah. Doakan saya.
2. Ermm... Saya tak pasti tapi buat masa ini saya memang tak ada rancangan untuk jadi pelakon kerana kurang berminat.
3. Saya harap masa itu semua cita-cita akan tercapai. Dapat memberi kebahagiaan pada ibu bapa dan mungkin dapat bertemu jodoh.
Suka Afdlin Shauki
Assalamualaikum Amylea.
Saya ada beberapa soalan dan sangat berharap agar anda dapat menjawabnya.
1. Siapakah ikon anda dalam bidang muzik?
2. Apa strategi anda untuk terus popular dan bertahan dalam bidang seni?
3. Selama mana anda nak terus terlibat sebagai penyanyi? Tak terfikir nak cuba bidang lain pula ke?
AMYLEA
1. Ikon saya ialah Afdlin Shauki, Alicia Keys, Natasha Bedingfield, Aubrey Suwito dan Hujan
2. Saya mesti terus percayakan diri dan kebolehan yang saya miliki. Tidak cepat berpuas hati dan sentiasa ada kelainan supaya orang tidak bosan. Saya amat menghargai peminat-peminat kerana tanpa mereka tak bermakna usaha saya.
3. Saya sudah bertekad untuk terus berjaya dalam bidang ini. Nyanyian? Mungkin tidak terus sampai tua tapi saya ingin menjamin kehidupan dari segi penulisan lagu dan menerbit dan ini seolah olah duit pencen saya nanti. |
|
|
|
|
|
|
|
Peserta OIAM 3 berkualitiSAYA ingin mengucapkan tahniah kepada 8TV atas kejayaan One in aMillion musim ini. Rasanya tidak melampau kalau saya katakan OIAM 3mempunyai barisan peserta top 12 yang paling berkualiti dari segikualiti vokal, ‘kecerdikan’ muzik’ hinggalah ke faktor paras rupa danpersonaliti jika dibandingkan dengan program realiti pencarian bakattempatan yang lain.
Tagline Find Your Own Voice juga tepat kerana para peserta cukupyakin dengan gaya mereka yang unik dan tersendiri, senang kata memangtak ada ‘sampah’ pun dalam program ini.
Pada awalnya, saya agak skeptikal apabila senarai peserta top 12diumumkan kerana terkandung beberapa orang artis yang sebelum ini sayakategorikan sebagai ‘suam-suam kuku’.
Pandangan saya ternyata meleset, Tomok, sebagai contoh seringmemberikan persembahan yang kreatif dan telah berjaya membuktikankepada Malaysia kebolehan sebenar dirinya.
Saya juga memuji komen Syafinaz Selamat dan Paul Moss kerana tidak memanjakan peserta-peserta.
* Dee, Shah Alam, Selangor |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #913 ain_lazerella's post
btol2...kte p0n tgk tomok pesan kat crew 8tv tuh...sape la org yg naek atas pentas tu..nk je kte sekek pale dia.wahahah...pape pn, kte suke bangat tomok menang.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by doden at 3-5-2009 17:29
Persembahan TOP 3...hm...nyanyi lagu Sheila Majid dan Freedom.Lagu Freedom tu macam tak pernah dengar pun tapi at the end of the song, at the high reach, suara Esther kelihatan tenggelam dengan suara-suara lelaki...Persembahan yang biasa macam persembahan Suki, Faizal dengan Alif dulu..At the distance ke apa nama dia..
Lagu Freedom (Arwah Seha was the lead vocalist). Nama lagu tu Mulanya Di Sini. Neh lagu fav time kecik2 dulu...time late 80's....
mesti you baby lagi time lagu Mulanya Di Sini neh......sbb tu tak pernah dgr... |
|
|
|
|
|
|
|
cuba dengar versi studio kat guamuzik..
wah versi studio Tomok best |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by doden at 3-5-2009 18:32
cuba dengar versi studio kat guamuzik..
wah versi studio Tomok best
dah beli kerr?
RM 3 sahaja....ada jual minus one sekali......(minus one di jual berasingan) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #931 ain_lazerella's post
ari tu ain duk belah mane kat stadium?
kte nk donlod la lagu tomok...
mse ontheway balik..lum lagi kuar dari shah alam, lagu tomok dah kedengaran kat radio..lallalala |
|
|
|
|
|
|
|
My OIAM Ranking (saja-saja nak buat )
3rd : OIAM 2 - peserta banyak yang macam gila glamour je lebih berbanding bakat *cough Iz and Tiara *cough
2nd : OIAM 1 - terbaik dari tone suara keseluruhan peserta top 12, especially peserta lelaki. tapi sebab baru 1st season, dia orang tak ada benchmark untuk dilepasi, peserta pun masih agak terkial-kial atas stage.
1st : OIAM 3 - sangat terbaik overall, semua nyanyi sedap, lebih tersendiri, peserta lebih berani and creative . first time in sejarah OIAM aku setuju dengan keputusan akhir. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by defeduck at 3-5-2009 18:43
dah beli kerr?
RM 3 sahaja....ada jual minus one sekali......(minus one di jual berasingan)
dah beli dah guna no serial no beli kat 7e tapi tak boleh nak download macamana ha?boleh tolong tak
apa benda dia tulis nie
| Download Notice:
| 1. | | If download fail and playback fail, you can try to through the Microsoft Web site http://drmlicense.one.microsoft.com/ to upgrage your Window Media Player Component and then reboot your computer.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
download dah banyak kali tapi tak leh jugak |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #937 doden's post
tak leh donlod atau tak leh main. Kalau tak leh main, mmg kena gi site yg dier bagi tu and donlod drm (digital rights) pastu baru boleh main.
Kiter hari tu tak der masalah nak donlod. After beli jerr dier bagi link pastu boleh donlod terus. Jap I bolh cuba try beli minus one dier...... |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by doden at 15-2-2021 03:43 PM
request to delete this post
|
|
|
|
|
|
|
| |
|