CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: asmaramv

Rumah 3 : LESTARY : ASMARA 2 [coming soon MAC 2011]

 Close [Copy link]
Post time 30-12-2010 12:51 PM | Show all posts
Dah semua dok demam bola nak tepek gif nih... bg hangat thread yg mcm tak brapa hangat lak arini... semua pakat2 cuti sendiri tak ada mood nak wat apa2....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2010 12:54 PM | Show all posts
Speku Khamis Bola kick 1....

Di pejabat.

Julia melihat perubahan ketara daripada Asmara. Langsung tidak menegurnya apatah lagi tersenyum kepadanya seperti selalu. Dingin & muram. Julia berasa hairan. Julia terasa rajuk hati. Dahla aku tunggu dia kat restoran berjam2 akhirnya tak muncul2 sampai tutup restoran aku tunggu dia. Sepatutnya aku yang rasa marah & tak gembira.

Haiza yang perasan kelainan diantara Asmara & Julia terus menuju ke tempat Julia: Julia, Kenapa dengan boss? Kau ada gaduh2 ke semalam?
Julia angkat bahu: Entah, apa kena boss kau tu ada angin lembut kejap angin pasang. Datang bulan kot? (Melepas geram).
Haiza ketawa kecil: Orang lelaki kalau datang bulan lagi teruk daripada orang perempuan.
Julia: Tak tau aku apa masalah En. Asmara tu? Mungkin dia ada kesulitan lain kot.
Julia mula rasa simpati.
Haiza: Apa kata kau hantar fail ni kat dia. Lepas tu cubalah korek2 masalah dia. Tadi dia call aku minta hantarkan fail ni.
Haiza menghulurkan fail projek ke tangan Julia & Julia menyambutnya.
Julia: Ok. Aku pergi dulu. Wish my luck.
Haiza mengangguk kemudian tersenyum memberi sokongan.

Julia berdandan ala kadar & membetulkan baju yang sedikit berkedut. Bismillah. Julia mengetuk pintu bilik Asmara sambil memberi salam. Terdengar suara Asmara dari dalam menjawab salam & menyuruhnya masuk. Perlahan2 Julia masuk. Asmara tekun melakukan kerja2 seharian.

Julia: En. Asmara, ini fail yang encik nakkan tu.

Bergetar hati Asmara mendengar suara itu. Perasaan rindu kembali singgah dihati. Namun ditahan perasaan itu untuk tidak memandang Julia. Rasa sakit hati masih bersisa.

Asmara: Letak sahaja di situ.

Julia merasa sangat kecewa. Asmara langsung tidak memandangnya. Perlahan2 Julia meletakkan fail tersebut di atas meja.

Julia: Kalau takda apa2 saya keluar dulu En. Asmara.
Asmara: Hmmm…(Dingin).

Julia kecewa lagi. Julia memusingkan badan mengatur langkah beredar dari situ. Tiba2 hanset Asmara menerima panggilan.

Asmara: Hello nek…. Apa demam Adam tak kebah2 juga? Takpe sekarang juga Asmara balik.

Julia terdengar perbualan Asmara tadi merasa cemas. Julia berpusing tidak jadi melangkah pergi. Asmara bersiap2 untuk pulang. Julia memandang Asmara dengan perasaan bimbang. Tanpa menghiraukan Julia laju sahaja langkah Asmara untuk pulang. Tanpa sedar Julia terus menangkap tangan Asmara. Asmara sedikit tersentak sambil memandang tangannya dipegang Julia kemudian memandang pula Julia. Raut wajah Julia penuh perasaan bimbang.

Julia: En. Asmara bagaimana keadaan Adam? Boleh saya jenguk dia?

Tiba2 airmata jatuh dibirai mata Julia. Sayu hati Asmara bagai disiat2 melihatkan Julia begitu. Terus sahaja Asmara memeluk Julia. Julia menangis semahu2nya dalam pelukan Asmara.

Asmara: Awak jangan bimbang Julia. Saya akan bawa awak jumpa Adam. Asmara memujuk lembut.

Asmara meleraikan pelukan & menyapu lembut pipi Julia yang dibasahi airmata.

Asmara: Jom, saya bawa awak jumpa Adam. Lepas tu kita terus ke Hospital.

Julia mengangguk2 lemah. Kemudian mereka beriringan keluar dari bilik pejabat Asmara. Setelah meninggalkan pesan kepada Haiza untuk menjaga pejabat buat sementara waktu. Haiza patuh. Disudut hati kecil Haiza ada juga persoalan keadaan Julia yang sugul & sebab Julia ikut Asmara. Takpe besok aku tanya Julia.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 12:57 PM | Show all posts
Sambungan Speku Bola Kick 2....

Di Hospital.

Doktor: Encik & isteri tidak perlu bimbang kami dah masukkan ubat bagi meredakan demam panas anak encik & isteri encik.

Asmara & Julia saling berpandangan. Tidak semena2 Asmara meletakkan tangannya ke bahu Julia. Julia tergamam.

Asmara: Terima kasih doctor. Isteri saya ni bimbang sangat maklumlah anak tunggal kami.

Julia tidak tahu hendak berkata apa2. Yang penting Adam selamat. Dengan aku aku pun selamat juga. Pandai En. Asmara ambil kesempatan.

Doktor: Baiklah, saya minta diri dulu.
Asmara: Haa… yea. Lebih erat Asmara memegang bahu Julia.
Nenek muncul tiba2 setelah ke bilik air: Asmara, bagaimana dengan Adam?

Asmara tersentak terus tangannya dijatuhkan dari bahu Julia.
Asmara: Haa… nek, Alhamdulillah Adam selamat.
Julia: Nenek apa khabar? Julia menghulur tangan tidak sempat berbuat demikian ketika mereka semua bergegas ke bilik rawatan kanak2.
Nenek tersenyum menyambut salam: Baik, Alhamdulillah. Terima kasih kerana sudi datang. Kalau nak tunggu Asmara bawa Cik Julia jenuh juga.
Julia: Haa… ye ke nek? Julia tersipu2 malu.
Nenek: Nanti Cik Julia singgah ler ke rumah. Boleh jenguk2 Adam.
Julia: Err… takpe ke nenek, tak menyusahkan?
Nenek: Eh, takda susahnya ayah Adam lagi suka. Mata melirik kepada Asmara.

Asmara mengaru2 kepala. Sengaja nenek ni nak bagi Cik Julia terkejut.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 02:27 PM | Show all posts
Sambungan Speku Bola Kick 2....

Di Hospital.

Doktor: Encik & isteri tidak perlu bimbang kami d ...
sellie003 Post at 30-12-2010 12:57
sellie...............suke2 ..........
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 04:38 PM | Show all posts
bestnyer  ..
sj bg iphone4 kat mf..
x sia2 mf teman p jumpa dentist..hahaaa..

oddxx..lama tunggu nih..pengikut setia..nak spekuuuuuu...
thread tdei x update ke...please le oddxx...

go sellie go...
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 05:19 PM | Show all posts
ha ha ha sellie, ok gak speku bola kick u tuh....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2010 05:47 PM | Show all posts
Dengan rendah hatinya saya taruk speku seterusnya ....


Part 6


Farah dan Diana masih menunggu dengan penuh sabar di bilik mesyuarat. Farah kehairanan kenapa Asmara meninggalkan mereka begitu sahaja sedangkan mesyuarat belum dimulakan. Dia mula berasa marah dan kecewa dengan tindakan pengarah urusan Malik Holdings tersebut. Farah memeluk tubuh kebingungan.  Tidak lama kemudian pintu bilik mesyuarat dibuka, pantas Farah dan Diana memandang, ternyata yang membuka pintu bukanlah Asmara ..tetapi setiausahanya.

“Minta maaf ya Cik Farah, Cik Diana…En. Asmara tiba-tiba rasa kurang sihat…dia minta mesyuarat ditangguhkan ke hari yang lain”,
“Hari lain …kurang sihat?, tak kan nak tengok proposal kami sekejap pun tak boleh?”, tanya Farah dengan tegas. “Saya perlu jumpa En. Asmara, walaupun company saya ini company baru tapi En. Asmara tak boleh tindas kami macam ni…sekurang-kurang hargai kami yang datang awal untuk mesyuarat ini”.

Setiausaha Asmara terdiam, ternyata kata-kata Farah itu ada kebenarannya. Sekadar nak melihat proposal..dia pasti Asmara boleh melakukannya.

“Mana bilik En. Asmara, saya perlu jumpa dia…”, tutur Farah lagi sambil bergerak mencari bilik pengarah urusan Malik Holdings tersebut. Setiausaha Asmara cuba menghalang. Dia tidak menyangka disebalik wajah yang manis itu..rupa-rupanya Farah seorang yang tegas.
Farah terus berpusing-pusing disekitar pejabat Malik Holdings. Tiba-tiba langkah kakinya berhenti di hadapan bilik Asmara. Dia menarik nafas panjang. Dia mengetuk pintu. Tiada jawapan. Farah cuba mengetuk lagi. Masih tiada jawapan. Perlukah aku terus masuk, hati kecil Farah berkata. Ah…cubalah...desak kata hatinya.

“ En. Asmara…”, tutur Farah sopan sambil mencari kelibat Asmara.

Asmara yang sedang bersandar dikerusi tersentak. Dia memicit kepalanya yang sakit. Dia menoleh ke arah pintu. Wajah Farah di tenungnya lama.

“En. Asmara…maafkan saya…tapi kami amat berharap En. Asmara dapat lihat proposal dan rekaan kami ini. Ini hasil usaha sulung syarikat kami…” tegur Farah memecah kesunyian. Asmara hanya diam sambil melihat setiausahanya yang berada dihadapan pintu bilik bersama-sama dengan Diana. Pantas Asmara memberi isyarat untuk setiausahanya dan Diana supaya meninggalkannya sendirian bersama Farah.

“Sila terangkan…”,tutur Asmara pendek. Kepalanya semakin berdenyut-denyut namun dia menggagahkan juga dirinya untuk mendengar penerangan Farah. Entah apa yang diterangkan oleh Farah tidak langsung singgah ke dalam kotak fikirannya. Dia tidak mampu menahan kesakitannya lagi. Sesekali Asmara mengetap bibir dan mengenggam tangannya menanggung kesakitan. Airmatanya mula bergenang..sakitnya bukan kepalang.
Farah yang sejak tadi memberi penerangan mengangkat muka melihat untuk Asmara kerana tiada sebarang respon yang kedengaran di telinganya. Asmara dilihatnya amat pucat…hanya bersandar sambil memicit kepala. Pantas Farah bangun mendekati Asmara.
“En. Asmara tak apa-apa….” tegur Farah.

Asmara tidak menjawab. Dia hanya memandang Farah. Lama dan dalam pandangan itu. Mengapa wajahnya amat sama denganmu Zaliya..hati kecilnya berbisik. Asmara cuba bangun namun dia gagal berdiri, dia jatuh. Farah pantas menyambut tangan Asmara. Asmara terduduk dikarpet dia memegang erat tangan Farah.  Asmara menatap wajah Farah ..lama. Separuh dari jiwanya seolah-olah hilang apabila dia menatap wajah gadis itu. Asmara tidak lagi mengenal dirinya sendiri apabila melihat Farah… kesakitan yang sedang ditanggung makin menekan dirinya. Dengan suara yang tersekat dan perlahan dia tiba-tiba berbisik kepada Farah.

“Siapa awak sebenarnya Farah….kenapa awak serupa dia……?”, Farah yang panik hanya memandang Asmara. Airmata mata Asmara mengalir laju. Kenangan lalu yang tidak pernah sehari dilupakan olehnya segar kembali. Lama Asmara dan Farah terdiam. Asmara mengumpul kekuatan untuk berkata lagi.

“ Saya amat-amat rindukan awak…..”
“Mata awak…senyum awak….”
“Adalah nadi hidup saya…”,Asmara menyambung lagi dengan nafas yang tersekat-sekat.

“En. Asmara…saya panggil orang ya…”, Pintas Farah perlahan. Dia tidak keruan dan hampir menangis. Hatinya dihambat simpati. Asmara berkata-kata seolah-oleh diluar kesedaran.

“Zaliya….awaklah segala-galanya untuk saya….jangan tinggalkan saya….saya tak mampu untuk kehilangan awak….”, Asmara meluahkan kata hatinya yang terpendam selama ini. Sudah lama dia menyimpan kesedihan itu sendirian, dia tidak mampu lagi untuk memendamnya.  

Asmara masih terus menggengam erat tangan Farah. Dia memejam matanya. Dia pengsan di dalam dakapan Farah yang kebingungan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 07:30 PM | Show all posts
Dengan rendah hatinya saya taruk speku seterusnya ....


Part 6

Farah dan Diana masih menunggu ...
oddxx Post at 30-12-2010 17:47
oddxx...........caya la ko....best2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2010 08:00 PM | Show all posts
Reply 927# oddxx


oddxxxxxxxxxxxxxxx........
suke gilerrrrrrrrrrr..........
nak lagiiiiiiiiiii!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
cepatlaaaa...............xcitednyerrrr............
bestnyer spekuuu....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 08:43 PM | Show all posts
Dengan rendah hatinya saya taruk speku seterusnya ....


Part 6

Farah dan Diana masih menunggu ...
oddxx Post at 30-12-2010 17:47



Dengan tinggi hatinya saya mbaca speku mu itu, sila teruskan......saya kepenatan menyambut wira2 kita, tapi masih tak penat melayan speku2 oddxx, sellie & bean, yg lain mana?
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 09:39 PM | Show all posts
Speku bola kick 3... tatapan baca waktu malam baru feel masyuuuukkkk....

Di Rumah Asmara.

Asmara begitu asyik memerhatikan Julia yang sedang mendodoikan Adam di atas katil, kamar biliknya. Dapat dilihat betapa kasih & rindunya Julia terhadap Adam. Asmara tersenyum bahagia.

Nenek: Bagus juga kalau Cik Julia menjadi ibu kepada Adam.

Asmara tersentak dengan suara nenek yang tiba2 menegur dari belakang.

Asmara mengangguk: Itu yang saya berhajat sangat nek.
Nenek: Jomla kita berbual kat depan.

Asmara & nenek beredar ke ruang tamu. Mereka melabuhkan punggung di atas sofa.

Nenek: Jadi kamu dah melamar ke Cik Julia seperti yang dirancang?
Asmara menghela nafas berat: Entahlah nek, setiap kali saya cuba merancang sesuatu ada sahaja halangan buat kami berdua.
Nenek: Maksud kamu Asmara?
Asmara: Semalam, saya ajak dia ke restoran. Sambil tu saya ada plan nak melamar dia tapi ada halangan dari pesainglah nek. Abang sepupu dia, Rafizi.
Nenek: Hmm… abang sepupu Cik Julia, maksudnya abang sepupu Cik Julia tu suka dengan Cik Julia atau perasaan kamu saja kot?
Asmara: Tak nek, saya ni lelaki saya tau kalau seorang lelaki meminati seorang perempuan. Renungan lelaki tu err… macam saya merenung Cik Julia nek.
Nenek: Kalau begitu susahlah kamu Asmara. Nenek sekadar bagi pendapat.
Asmara berminat: Apa dia nek?
Nenek: Kamu cuba rapatkan hubungan Adam dengan Cik Julia. Itu sahaja caranya.
Asmara: Saya pun ada terfikir cara tu. Masa dapat call daripada nenek pasal Adam Cik Julia jadi cemas & terus menangis. Nampak sangat dia begitu sayangkan Adam nek.
Nenek: Kalau kamu kata begitu dah tak perlu risau. Nenek rasa Cik Julia pun ada hati dengan kamu. Cuma, yealah orang perempuan kalau pemalu susah sikit nak tunjuk rasa suka tu. Kenalah perlahan2 jangan gelojoh sangat.
Asmara: Eh, mana ada nek? Saya steady jek….
Nenek: Ingat nenek tak nampak kamu letak tangan kamu di atas bahu Cik Julia. Merah padam nenek tengok air muka Cik Julia menahan malu.
Asmara menyeringai, tersenyum nakal: Sorry lah nenek, tak sengaja.

Nenek hanya mampu mengeleng. Parah budak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 09:42 PM | Show all posts
Sambungan speku bola kick 4....enjoy your feeling...

Julia terlena disisi Adam sewaktu mendodoikannya tadi. Julia terjaga dari lena & mula berasa hairan. Terpisat2 Julia sambil menenyeh2 kelopak mata. Julia baru tersedar yang dia kini berada di kamar tidur Asmara. Habis tu En. Asmara tidur di mana? Lampu tidur membantu penglihatan Julia yang samar2. Julia melihat sekeliling kamar. Kemas & teratur bilik ini. Julia turun dari katil perlahan2 agar Adam tidak terjaga. Julia mengatur langkah menjelajah isi bilik kamar ini yang sederhana besar. Julia menuju ke meja cermin Asmara. Entah kenapa hati kecilnya memaksa Julia membuka laci tersebut. Perlahan2 laci ditarik. Eh, bekas apa ni? Julia mencapai bekas kecil warna merah hati & dibuka bekas itu. Wah cantiknya, cincin milik siapakah ini? Julia mengambil cincin emas bertatahkan berlian2 kecil yang berkilau indah. Lalu disarungkan dijari manisnya. Haa… muat2 pula tu. Sambil menggayakan jari jemari runcing Julia. Tiba2 pintu kamar dikuak seseorang. Julia terkejut lalu cepat2 cuba menanggalkan cincin dari jari manisnya. Ish, kenapa payah sangat ni? Tersenggul kepala Asmara dibalik pintu sambil meninjau katil & eh…. Mana dia?

Julia: Err… En. Asmara tak tidur lagi? Pantas Julia sembunyikan tangannya yang masih di sarung cincin.
Asmara: Oh, awak masih di sini saya ingat awak dah balik.
Julia: Encik nak saya balik ke? Kalau begitu…
Asmara: Bu..bukan macam tu Cik Julia… saya cuma bimbang, lagipun malam dah larut. Bahaya kalau balik waktu2 begini.
Julia: Encik… Encik datang ni ada apa yea? Ish, apa punya soalan inikan bilik kamar dia.

Asmara masuk ke bilik kamar perlahan2 takut Adam terjaga dengan derap langkahnya. Kemudian duduk di atas katil berdekatan sisi Adam. Sambil mengelus lembut rambut Adam. Dah kebah demam Adam nampaknya. Julia semakin kecut perut. Takut dengan kehadiran Asmara yang bisa mendebar sukma Julia. Di kamar ini hanya kami. Gulp. Lagi satu masalah. Buatnya En. Asmara perasan aku pakai cincin dia haru aku nanti.

Asmara: Julia…

Lembut sahaja suara itu menyapa dipendengaran Julia. Makin berdebar jantung Julia.

Julia: A…apa dia En. Asmara? Julia semakin menundukkan wajah.

Terdengar derap kaki Asmara menghampirinya. Julia semakin berpeluh dingin. Terasa hembusan nafas hangat diubun2 Julia. Asmara mengelus lembut rambut ikal Julia. Perasaan rindu & sayang begitu mengasak jiwa Asmara.

Asmara: Maafkan saya dengan sikap saya terhadap awak pagi tadi.
Julia: Oh yang itu… saya dah pun lupakan.
Asmara: Awak dah maafkan saya Julia?
Julia: Hmm… saya…saya dah maafkan.

Julia cuba melangkah pergi untuk mengelakkan Asmara tetapi lelaki itu pantas meraihnya dalam pelukan. Adam sedikit merengek. Julia cepat2 menolak tubuh lelaki itu & berlari anak kepada Adam. Julia menepuk2 Adam agar lelap semula.

Asmara hanya merenung sayu akan Julia. Matanya melirik di atas meja cermin. Asmara tersenyum meleret penuh makna. Dia perasan yang cincin lamaran itu seperti diusik. Bekas cincin merah hati terletak di atas meja sedangkan seingat Asmara bekas cincin itu di dalam laci.

Asmara: Err… saya keluar dulu. Selamat malam Cik Julia.
Julia mengerling sekilas: Se…selamat malam.

Asmara mengatur langkah perlahan meninggalkan bilik kamarnya. Setelah pintu ditutup rapat Julia berbaring disisi Adam. Julia merenung wajah polos anak kecil di sisinya. Julia mengusap lembut pipi Adam yang bulat. Tidak lama kemudian Julia kembali lena.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 09:57 PM | Show all posts
Reply 932# sellie003


    suke..suke..suke..
   nak laagiiiii.........
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 10:09 PM | Show all posts
Sambungan speku bola kick 4....enjoy your feeling...

Julia terlena disisi Adam sewaktu mendodoika ...
sellie003 Post at 30-12-2010 21:42
sellie...........baca speku ko wat jantung aku berdebar-debar....terasa  aku dlm bilik tu.sellie....samb lg...hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 10:32 PM | Show all posts
Reply 934# zerra24


Aku pun rasa begitu jua... banyk kali baca nih nak bg feel habis....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 10:34 PM | Show all posts
Tidak menghampakan korg saya tepek satu kali round...

Pagi2 selepas Subuh Julia menyiapkan sarapan untuk mereka. Ceria hati Julia dikala menyiapkan sarapan.

Asmara: Hmm… sedap bau?
Terkejut Julia apabila ditegur dari belakang ketika tekun memasak nasi goreng.
Julia menjadi kalut: Eh, En. Asmara bila bangun?
Asmara: Lepas solat subuh tadi. Buat susah2 aje masak sarapan untuk kami.
Julia: Biasa saja En. Asmara. Saya minta maaf kalau …
Asmara memintas: Eh, tak perlu minta maaf saya lagi suka. Teringin juga nak rasa air tangan Cik Julia.

Masing2 tegak berdiri antara satu sama lain. Entah kenapa sukar untuk Julia mengalih pandangan itu dari anak mata Asmara yang bundar. Meresap lembut ke dalam hati Julia.

Nenek: Amboi sedapnya bau.

Mereka berdua tersentak apabila dikejutkan dengan suara nenek.

Asmara: Takpe saya tolong awak berhidang.

Julia hanya mengangguk kecil. Masing2 sibukkan diri untuk menghilangkan perasaan itu. Nenek pun masuk ke ruang makan sambil mendukung Adam.

Julia: Selamat pagi nek, Adam macam mana dah sihat ke?
Nenek: Alhamdulillah dah sihat sikit. Terima kasih dengan jagaan Cik Julia.
Julia tertunduk malu: Untuk Adam takda susah bagi saya nek. Err…boleh tak kalau saya suapkan Adam nek.

Nenek memandang Asmara. Asmara hanya tersenyum.

Nenek: Boleh apa salahnya. Monolog dalam hati nenek. Sayang benar Cik Julia dengan Adam. Seperti ada pertalian kuat di antara mereka.

Julia tersenyum ceria mengambil tempat bersebelahan Adam. Manakala nenek & Asmara duduk sebelah menyebelah. Asmara mengadap Julia. Bersinar2 mata Asmara memandang, merenung jauh akan diri Julia. Nenek yang melihat di sebelah menyiku Asmara. Asmara tersentak dari lamunan.
Nenek: Kalau yea pun makanlah dulu.
Asmara: Maaf nek, saya tengok Cik Julia pun dah kenyang.
Julia: Apa dia En. Asmara, nasi goreng saya tak sedap ke?
Asmara: Eh, sedap2 saya makanlah ni.
Getus hati Julia: Ada2 saja En. Asmara ni. Mengerling manja.
Asmara tersentak dengan kerlingan manja Julia. Cukup menggoda hati Asmara kala itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2010 11:19 PM | Show all posts
Reply 936# sellie003


    best
   hehe..nak lagi...go..go..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 11:23 PM | Show all posts
Tidak menghampakan korg saya tepek satu kali round...

Pagi2 selepas Subuh Julia menyiapkan sarapa ...
sellie003 Post at 30-12-2010 22:34
sellie.......bab cincin camne ,asmara tau tk??julia bukak ka cincin tu??adehhhh......
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 11:27 PM | Show all posts
Berdebar2 membace speku oddxx.....

Tersenyum panjang membace speku sellie......

Menanti penuh harap speku bean, zammy, wuda & asmaramv.....

My thanks & appreciations for ur great effort, my talented frens.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2010 11:30 PM | Show all posts
Reply 938# zerra24


Cincin tu sempat masukkan kat bekas cuma tak sempat nak taruk balik dlm laci... so Asmara dah tau ler cincin tu Julia pernah usik... masa Julia sorok tangan kat belakang tu kira gigih gak Julia tanggalkn cincin tu... sori sy tak detail bab tu... sy nak bagi cantik ayat so tak citer... sy gambarkn cincin tu Julia mmg sempat masuk dlm bekas tak sempat masukkn bekas cincin tu pula dlm laci... faham tak maksud saya... kalau Faezah act mcm tu... mesti comeykan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-3-2025 11:21 PM GMT+8 , Processed in 0.342984 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list