CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4355|Reply: 0

[SEJARAH] Kisah di sebalik laungan ‘Vel! Vel! semasa perayaan Thaipusam

[Copy link]
Post time 10-3-2025 10:27 PM | Show all posts |Read mode

Penganut Hindu sedang merayakan Thaipusam, festival Hindu Tamil yang dirayakan pada hari bulan purnama pertama di bulan Thai, yang bertepatan dengan bintang Pusam. Sambutan ini bagi memperingati kemenangan dewa Hindu iaitu Dewa Murugan yang juga dikenali sebagai Dewa Subramaniam. Kerana itu perayaan ini berpusat di kuil-kuil Dewa Murugan. Salah satu lokasi popular adalah di Batu Caves, Selangor.

Apa sebenarnya kisah di sebalik sambutan Thaipusam ini?

Perayaan ini disambut pada bulan ‘Thai’ iaitu bulan kesepuluh dalam kalendar Tamil. Pada sambutan ini, bulan penuh Thai akan berada pada kedudukan melintasi bintang terang bernama ‘Pusam’. Dari sinilah terhasilnya nama ‘Thaipusam’.

Asal usul sambutan perayaan ini dikaitkan dengan kisah purba. Diceritakan bahawa golongan ‘asura’ (makhluk jahat) bernama Surapadman telah berperang dengan para dewa.

Para dewa yang sukar mengalahkan Surapadma telah meminta bantuan dari Dewa Shiva. Maka, Dewa Shiva dengan kuasa saktinya telah menciptakan seorang pahlawan unggul sebagai Dewa Peperangan bernama Murugan (juga dikenali dengan nama Subramaniam, Velan, Kanthan dan Saravanan).

Kemudian, Parvathi yang merupakan isteri Dewa Shiva telah mengurniakan senjata suci berupa lembing yang dipanggil ‘vel’ kepada Murugan untuk menghapuskan Surapadma.


Ketika hampir mati di tangan Murugan, Surapadma sempat memohon keampunan. Pengampunannya diterima lalu Surapadma bertukar menjadi ‘vahana’ (tunggangan para dewa) dalam bentuk seekor merak.

Daripada kisah purba itulah di mana tarikh penyerahan kuasa dalam bentuk vel telah disambut sebagai perayaan Thaipusam. Sebab itu juga kita sering mendengan laungan “Vel! Vel!” semasa perayaan ini.

Laungan ‘Vel! Vel!’ itu bagi memperingati kejayaan para Dewa Murugan menghapuskan kejahatan menggunakan senjata sakti itu. ‘Vel! Vel!’ juga bermaksud lembing kemenangan.

Hari Thaipusam merupakan hari untuk menunaikan nazar, menghapuskan dosa dan memohon ampun. Ramai akan berpuasa untuk membersihkan jiwa. Bagi yang bernazar dan hajat mereka dimakbulkan, maka perlu melakukan upacara tertentu sebagai tanda kesyukuran.

Pada hari perayaan ini, mereka akan membawa susu di dalam belanga yang dihias dengan daun, benang pelbagai corak dan warna. Belanga ini akan dijunjung di atas kepala dari luar kuil sehinggalah ke dalam kuil.

Ramai lelaki akan mencukur rambut dan menyapu serbuk cendana atau mewarnakan kepala yang botak dengan warna kuning daripada kunyit. Amalan ini salah satu cara untuk membayar nazar atau melupakan sesuatu peristiwa menyedihkan.

Bagi yang memohon ampun terhadap dosa mereka pula akan menjunjung kavadi dalam pelbagai bentuk dan saiz. Kavadi ini diperbuat daripada rod besi atau kayu.


Hiasan utamanya ialah bunga-bungaan, bulu burung merak dan di atasnya terletak patung dewa Murugan. Saiznya pula bergantung kepada kemampuan orang yang menjunjungnya. Amalan mencucuk besi pada anggota badan pula adalah cara mereka memohon ampun.

Setiap kali sambutan Thaipusam, akan ada perarakan dari kuil Mariamman ke kuil Murugan. Ia adalah simbolik kepada peristiwa Parvathi menyerahkan ‘vel’ kepada Murugan untuk menghapuskan Surapadman.

Perayaan Thaipusam lebih meriah sambutannya di Malaysia berbanding di India. Ini kerana di India, mereka merayakan Pesta Ponggal lebih meriah berbanding Thaipusam.

Sumber: Majoriti

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 01:37 AM GMT+8 , Processed in 0.036145 second(s), 10 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list