CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

ATM akan bantu PDRM menangani bersih 2.0 9 Julai 2011?

  [Copy link]
Post time 27-6-2011 01:24 PM | Show all posts
Senang cakap, elok perhimpunan BERSIH dibuat di PULAU PINANG.
Bukankah Kerajaan Lim Guan Eng sokong ...
NAT_11 Post at 26-6-2011 14:33

betul tu,
daripada sibuk buat kacau kat kuala lumpur,
baik la ubah tempat perhimpunan ke pulau pinang

guan eng bekalkan plastik sampah sorang satu kepada
setiap bengap yang hadir, dan bersihkan pulau mutiara
yang terkenal dengan kekotoran dan sampah sarap
yang menjijikkan tu.. baru cerita pasal bersih.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

Post time 27-6-2011 01:44 PM | Show all posts
pesal area sogo, kg baru jadi pilihan ek ?
area-area seapark, pj old town, damasara utama sinun tak best ke ?
sian sogo...mesti sale drop hari tu...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-6-2011 04:55 PM | Show all posts
Perhimpunan Bersih: 16 diberkas hasut orang ramai
27/06/2011 3:59pm

PETALING JAYA 27 Jun - Polis menahan 16 lelaki yang dipercayai menghasut orang ramai supaya menyertai perhimpunan haram yang dirancang pada 9 Julai ini.

Ketua Polis Selangor, Tun Hisan Tun Hamzah berkata, kesemua mereka yang ditahan mengikut Seksyen 27 (5) Akta Polis, iaitu perhimpunan tanpa permit polis yang sah, dibebaskan dengan jaminan polis.

"Tangkapan kesemua mereka ini dilakukan di sekitar Shah Alam, Gombak, Klang Utara dan yang terbaru pagi semalam, iaitu lapan orang ditahan di Taman Kosas, Ampang," katanya kepada pemberita hari ini selepas menghadiri majlis penyerahan sijil kepada beberapa individu yang berjaya mematahkan kes ragut di sekitar Subang.

Tun Hisan berkata, penahanan 16 individu terbabit adalah kerana polis mempunyai kuasa mengikut Seksyen 105 Kanun Acara Jenayah iaitu tindakan pencegahan daripada berlakunya sebarang jenayah.

"Bukan maksud orang itu pakai baju kuning (dipakai semasa perhimpunan), kita tangkap. Polis juga ada prosedur atau asas nak tangkap seseorang itu, maknanya bila ada perkara yang disyaki serta maklumat, barulah tangkapan akan dilakukan," katanya. - Bernama

Post time 27-6-2011 05:16 PM | Show all posts
Post Last Edit by pyropura at 27-6-2011 17:29
KEMASKINI Perhimpunan Patriot anjuran Pemuda Umno dan Kelab Putra 1Malaysia dilancarkan Ahad bagi mewakili suara orang ramai dalam menentang perhimpunan haram yang akan dianjurkan kumpulan pengacau pada 9 Julai.
Pengerusi bersama perhimpunan itu, Datuk Abdul Azeez Rahim berkata pihak mereka akan bertindak sebagai badan bagi mewakili suara 'majoriti senyap' yang menurutnya pada perhimpunan haram yang sama pada tahun 2007, tiada medium untuk mereka menyampaikan tentangan.

"
Sementara itu, ketua penyelaras himpunan Patriot, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, penganjur perhimpunan haram itu sebenarnya mempunyai niat jahat di sebalik perkara-perkara yang dibawa mereka di dalam memorandum.-26/6/2011
Anak_Nogori Post at 27-6-2011 09:40

bila melihat pada nama2 yang di highlight merah ni, aku jadi keliru apakah ini Umno atau MIC atau PPP...
Reply

Use magic Report

Post time 27-6-2011 05:40 PM | Show all posts
Compom ke ATM nak turunkan bebudak dia....

Wahhhh.... PGA dan FRU dan kawasan yang sewaktu dah tak cukup strength kea....

Awat Omar Din nak turun jugak....

Meriah tul la 9hb nie.....

Pesta...pesta.....pesta....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-6-2011 09:01 AM | Show all posts
Haaaaa...nak sangat jatuhkan kerajaan bukan melalui pilihanraya tapi melalui jalanraya..jom kita sama2 tengok kerajaan mana yg akan jatuh dulu melalui jalanan..

9 Julai: Bibit-bibit nak kecoh dah nampak...Pemuda UMNO lepas geram depan ibupejabat PKR

    Selasa, 28 Jun 2011 07:30
    HELME HANAFI

patriot-pkrhqGara-gara ucapan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Mohd Akin yang ancam mahu mengulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat ‘menerusi jalanan’ jika tuntutan Bersih tidak dipenuhi telah mencetuskan gelombang reaksi.

Isnin malam kira-kira 700 Pemuda UMNO berkumpul depan ibu pejabat PKR di Merchant Square, Tropicana,Petaling Jaya untuk meluahkan rasa geram dan marah.Ia dilihat sebagai pengakuan terbuka motif sebenar PKR dan pakatan pembangkang disebalik rancangan perhimpunan Bersih.

Kumpulan tersebut datang dengan 500 buah motorsikal dan 70 kereta itu sebagai tanda bantahan terhadap ucapan Shamsul dan sekaligus memberi peringatan kepada PKR agar tidak meneruskan hasrat mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

Mereka diketuai oleh Exco Pemuda UMNO, Lokman Noor Adam.Beliau disertai  bersama beberapa lagi pemimpin UMNO negeri dan bahagian Wilayah Persekutuan dan Selangor.

Menurut Lokman, hakikat sebenar demonstrasi (Bersih) 9 Julai ialah untuk merampas kerajaan dengan cara demonstrasi jalanan setelah gagal melalui proses demokrasi (pilihan raya umum ke 12) 2008 dan gagal beli ahli parlimen pada 16 September.

Lokman yang terkenal dengan aksi demonstrasi sewaktu memimpin pemuda PKR dulu dalam satu mesej di laman sosial twitter berkata, kalau untuk perjuangkan Anwar dulu beliau dilokap lapan kali dan ditahan ISA dua kali.

“Kali ini untuk pertahankan kedaulatan negara yang nak kamu guling ini.... NYAWA SAYA sanggup saya serahkan,” katanya.

Lokman juga menafikan bahawa Pemuda UMNO yang berkumpul di depan pejabat PKR mahu membakar bangunan tersebut.

“Bila pulak kami ugut nak bakar pejabat PKR, pejabat itu bukan pejabat PKR… pemilik bangunan itu sendiri mahu bangunan itu dilelong,”katanya.

alt

Beliau turut mengesahkan seramai 15 orang telah ditahan polis berikutan konvoi motorsikal tersebut.

Sementara itu, Ketua Pemuda UMNO Selangor Engku Salleh Engku Abd Jamal ketika dihubungi Agendadaily berkata tindakan tersebut adalah reaksi dari Pemuda UMNO terhadap tindakan Bersih yang mahu mengadakan perhimpunan haram 9 Julai ini.

“Kita nak bagitahu PKR bahawa jika perhimpunan tersebut tidak dibatalkan, Pemuda UMNO Selangor tidak akan bertanggungjawab lagi terhadap apa-apa kejadian buruk yang berlaku.

“Kita tidak boleh kawal ahli kita yang marah dengan tindakan mereka yang cuba menganggu ketenteraman awam di negara ini,” kata.

Tambahnya lagi, jika Bersih masih berdegil untuk meneruskan perhimpunan tersebut, maka mereka perlu berdepan dengan Pemuda UMNO dahulu sebelum berdepan dengan pihak berkuasa.

“Saya jamin, jika diteruskan, Bersih akan berdepan dengan Pemuda UMNO sebelum berdepan dengan polis,”katanya.

Shamsul dalam ucapannya di satu majlis yang dapat dilihat di youtube berkata rakyat mempunyai dua cara untuk menjatuhkan kerajaan, samada melalui pilihan raya atau jalan raya.

Ramai yang terkejut dan marah mendengar ucapan itu yang turut disiarkan oleh Buletin Utama TV3 malam Isnin.

Mengulas mengenai perkara itu, Ketua Pemuda UMNO Petaling Jaya Utara Armand Azha Abu Hanifah berkata ucapan Shamsul tersebut mempunyai unsur subversif dan boleh memudaratkan keselamatan negara.

“Pemuda UMNO akan pertahankan kerajaan yang dipilih oleh rakyat ini dengan apa saja cara,” ujar bekas ketua Wira Perkasa itu.

Agendadaily turut difahamkan, selain Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan dan Selangor, Pemuda UMNO Negeri Sembilan juga mengadakan bantahan di ibu pejabat PKR negeri di Rahang.-27/6/2011-OLEH HELME HANAFI
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-6-2011 09:08 AM | Show all posts
Hidupkan fahaman komunis cubaan rampas kuasa

    Isnin, 27 Jun 2011 13:03
    Administrator

Cubaan pihak tertentu untuk menghidupkan kembali fahaman komunisme di negara ini merupakan rancangan jahat untuk merampas kuasa secara haram dengan cara menghuru-harakan pemikiran rakyat, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata rancangan itu jelas menunjukkan pihak terbabit tidak mempunyai cara lain untuk mempengaruhi rakyat, sehingga sanggup menghidupkan fahaman yang menyalahi undang-undang negara.

"Fahaman dan amalan komunisme di Malaysia adalah haram di sisi undang-undang dan tidak diiktiraf di Malaysia dan ini telahpun distemkan dalam perjuangan negara, dalam semangat perlembagaan dan juga dalam segala amalan demokrasi.

"Ia bukan sahaja diharamkan di sini malah di Singapura, Brunei dan negara-negara lain. Perkara ini (sepatutnya) tidak timbul lagi," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Rais berkata perkara terbabit tidak seharusnya dipermainkan atau dijadikan bahan politik dan tindakan tegas harus dikenakan terhadap mereka yang terlibat.

"Rakyat yang mempunyai pemikiran waras, berkeluarga, berpendidikan, berniaga dan mempunyai kepentingan lain, harus bangkit menentang program jahat yang tidak sah di sisi undang-undang negara ini," katanya.

Semalam, polis menahan sekumpulan aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) di plaza Tol Sungai Dua di Kuala Batas dan merampas pelbagai barangan seperti risalah dan baju T yang tertulis nama Chin Peng, Rashid Maidin dan Suriani Abdullah yang mempunyai kaitan dengan fahaman Parti Komunis Malaya (PKM).

Kumpulan berkenaan yang menaiki sebuah bas persiaran dipercayai dalam rangka kempen berkaitan perhimpunan haram yang dijadualkan 9 Julai ini.

Timbalan Ketua Polis Negeri, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, maklumat itu diperoleh hasil siasatan terhadap 31 penyokong Bersih diketuai Ahli Parlimen Sungai Siput yang juga  pemimpin Parti Sosialis Malaysia (PSM), Dr. Jeyakumar Devaraj yang ditahan semalam.

Menurutnya, selain membawa beribu-ribu risalah berunsur anti kerajaan, kumpulan itu juga membawa baju-T tertera gambar pemimpin komunis yang diangkat sebagai ‘kesatria’ termasuk pemimpin gerila komunis Cuba, Che Guavera dan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) seperti Chin Peng, Rashid Maidin, Abdullah CD dan Suriani Abdullah.

“Berdasarkan isi kandungan risalah, tulisan nama pemimpin PKM di bahagian belakang baju T, polis percaya kumpulan itu ada membawa unsur-unsur untuk menghidupkan semula fahaman komunis yang haram dari sudut undang-undang.

“Ini sesuatu yang serius kerana kempen Bersih itu nampaknya dimasukkan unsur-unsur seolah-olah untuk hidupkan semula fahaman komunis, bukannya semata-mata menuntut pilihan raya bersih,” katanya.

Pada sidang akhbar itu, Abdul Rahim turut membacakan salah satu ayat dalam risalah milik kumpulan berkenaan dipercayai mempunyai kaitan dengan perhimpunan Bersih yang berbunyi:

“Kalau rakyat Marhaen di negara-negara Arab dapat menjatuhkan rejim-rejim kuku besi yang berdekad-dekad lama memerintah, tidak mustahil rakyat Malaysia menuntut perubahan politik di tanah air kita. Pemerintahan satu parti. Masa untuk perubahan”.

Menurut Abdul Rahim, tindak-tanduk kumpulan berkenaan jelas merupakan satu ancaman kepada keselamatan negara apatah lagi melibatkan sebuah pertubuhan yang diharamkan oleh undang-undang.

Katanya, kesemua yang ditahan berusia 16 hingga 64 tahun dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 122 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak lebih 20 tahun atau denda.

“Kesemua mereka kini ditahan bagi membantu siasatan polis manakala seorang daripadanya yang berusia 16 tahun dibebaskan kerana masih di bawah umur,” tambahnya.-27/6/2011
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 28-6-2011 03:03 PM | Show all posts
Deiiiiiiiiiii lu pun tahu bantah jugak ka...jom kita sama2 turun..

Perhimpunan Bersih: Parti Makkal Sakti turut bantah
28/06/2011 11:58am

KUALA LUMPUR 28 Jun – Parti Makkal Sakti yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin pertubuhan Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf) yang telah diharamkan, turut menyuarakan bantahan terhadap rancangan mengadakan perhimpunan haram oleh pihak berkepentingan pada 9 Julai ini dan berpendapat ia tidak membawa manfaat kepada rakyat.

Presidennya, Datuk R.S. Thanenthiran berkata, demonstrasi jalanan itu bercanggah dengan hasrat majoriti rakyat.

“Bersih dipergunakan oleh pihak-pihak tertentu untuk memajukan agenda politik tersendiri dan tidak sama sekali memperjuangkan hak-hak rakyat seperti yang diperkatakan,” katanya di dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Thanenthiran berkata, kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuktikan rakyat mengecapi pembangunan pesat sejak mengambil alih tampuk kepimpinan negara ini.

“Sememangnya pilihan raya di Malaysia dijalankan dengan adil dan saksama dan buktinya ialah bilangan ahli Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada pihak pembangkang ketika ini,” katanya.

Sehubungan itu beliau berkata, pihaknya akan membuat laporan polis serentak di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi pada 11 pagi esok dan di setiap negeri di seluruh negara untuk mencegah rakyat jelata daripada terpedaya dengan hasutan pihak terbabit yang membawa kesan negatif kepada kepesatan pembangunan negara. - Bernama
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 10:54 AM | Show all posts
Perhimpunan haram jatuhkan imej negara – Harrusani

    Rabu, 29 Jun 2011 05:23
    ROSLI ISMAIL

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Datuk S.Ambiga dilihat cuba menjadi 'superhero' dengan tindakannya mengetuai penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Beliau berkata dengan mengetuai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu, penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.

"Tindakan itu juga seolah-olah dia (Ambiga) mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah," katanya ketika dihubungi Bernama di Ipoh.

Beliau turut mencadangkan supaya pengamal undang-undang yang bertindak seperti Ambiga dibatalkan lesen guaman mereka.

Beliau berkata sebelum ini bekas presiden Majlis Peguam itu pernah mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.

Beliau menasihatkan supaya rakyat tidak terpengaruh dengan perhimpunan haram terbabit serta mengelakkan diri daripada menyertainya.-28/6/2011

Post time 29-6-2011 11:04 AM | Show all posts
wah ramai yg pakai baju merah masa demo kat bangunan PKR, komunis ke tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 11:08 AM | Show all posts
Ini sangat serius dan melampau...

    Rabu, 29 Jun 2011 05:08
    ROSLI ISMAIL

    * Email
    * Cetak
    * PDF

altNawaitu Perhimpunan Bersih sudah terang dan nyata.Antara yang londehnya secara terbuka bukan orang lain tetapi Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin.

Satu dunia boleh dengar ucapannya dalam laman youtube yang berapi untuk bagi penyokong pembangkang ‘naik sheikh’ pada satu majlis baru ini.

Hebat Shamsul.Ibarat dunia ana yang empunya.Dia memberi amaran kerajaan boleh digulingkan ‘menerusi jalanan’ jika tuntutan Bersih tidak dipenuhi.

Siapa tahu Shamsul akan bagi alasan dia tersasul cakap nanti.

Pokok pangkalnya itulah gendang yang dipalunya.Maksudnya dari ayatnya apa lagi kalau bukan ...jika kerajaan tidak pada Bersih jawabnya Kuala Lumpur akan jadi Medan Tahrir.

Maka tidak hairanlah para penyokong Patriot yang dinaungi Pemuda UMNO Malaysia berhimpun depan ibupejabat PKR Isnin malam untuk meluahkan rasa geram dan marah.

Malah Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar sendiri menilai kenyataan bos sayap orang muda PKR itu ‘ sangat serius’ dan ‘ melampau’.

Bercakap kepada wartawan selepas satu majlis di Putrajaya Selasa beliau berkata , “ini satu kenyataan yang sangat serius..saya nasihatkan siapa juga jangan buat apa-apa kenyataan yang boleh mudaratkan ketenteraman awam...ini hingga menyebut hendak gulingkan kerajaan melalui perhimpunan..ini melampau.”

Beliau mengingat sesiapapun jangan cuba menangguk diair keruh.

Katanya polis akan memanggil Shamsul bagi membantu siasatan.-28/6/2011
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 01:22 PM | Show all posts
‘Sengaja timbulkan kekecohan’

Oleh MOHD. RAFIE AZIMI
rafie.azimi@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 28 Jun – Berdasarkan pengalaman, Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yakin kekecohan akan sengaja ditimbulkan pada perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) 9 Julai ini.

Beliau yang memang terkenal sebagai ‘tukang kecoh’ dalam perhimpunan anjuran pembangkang sebelum ini berkata, kekecohan sememangnya dirancang dalam perhimpunan-perhimpunan seperti itu bagi membolehkan dunia memandang serong terhadap Malaysia.

“Mereka perlu timbulkan kekecohan supaya dunia nampak sesuatu yang buruk berlaku. Akhirnya mereka menuding jari kepada pihak berkuasa terutama polis untuk tarik perhatian dunia.

“Ia jelas sesuatu yang merugikan rakyat, memesongkan serta mengeruhkan keadaan negara ini. Tetapi rakyat pun tidak suka dan buktinya sehingga hari ini ada kedai-kedai di Jalan Tunku Abdul Rahman tidak mahu saya masuk ke premis mereka akibat kekecohan yang pernah ditimbulkan pada perhimpunan-perhimpunan sebelum ini,” katanya kepada Utusan Malaysia di Lobi Parlimen di sini hari ini.

Bayangan mengenai berlakunya kekecohan pada perhimpunan itu nanti terlihat apabila Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Datuk Zulkifli Noordin semalam menyatakan keyakinan bahawa perhimpunan haram tersebut bakal bertukar menjadi rusuhan sekiranya dibenarkan berlangsung.

Gobalakrishnan dalam pada itu turut meminta rakyat membuka mata betapa perhimpunan haram itu sebenarnya hanyalah agenda Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi mengalihkan perhatian rakyat daripada banyak isu yang menyelubungi Ketua Pembangkang tersebut sebelum ini.

“Keluar saja video yang dikatakan mirip dirinya, Anwar terus minta diadakan perhimpunan ini. Bersandarkan pengalaman, memang saya tahu ia melibatkan Penasihat PKR itu termasuklah tarikh ia dilangsungkan.

“Sampai bila-bila pun beliau akan guna dan perkudakan orang lain. Saya minta masyarakat India keseluruhannya jangan dipergunakan. Jangan kita jadi seperti Mesir yang rakyatnya menderita hanya disebabkan seorang pemimpin,” ujarnya.

 Author| Post time 29-6-2011 01:24 PM | Show all posts
Pembangkang terdesak, jijik - Ibrahim

IBRAHIM Ali menjelaskan sesuatu kepada pemberita pada sidang akhbar berhubung perhimpunan haram Bersih di Kuala Lumpur semalam.- UTUSAN/Fauzi Baharudin

KUALA LUMPUR 28 Jun - Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) secara jelas merupakan gerakan yang diatur pembangkang bagi menumbangkan kerajaan melalui perhimpunan haram dan keadaan huru-hara.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali berkata, ia terbukti dengan penglibatan ramai pemimpin pembangkang daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Pas dan DAP sebagai ahli jawatankuasanya.

Lebih menjijikkan, katanya, para pemimpin pembangkang cuba mengabui mata masyarakat dengan meletakkan bekas Presiden Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan sebagai Pengerusi Bersih 2.

"Pembangkang yang langsung tiada peluang untuk mentadbir negara berdasarkan rekod semasa kerajaan kini terdesak untuk menganjurkan perhimpunan haram Bersih bagi menumbangkan pemerintah.

"Selain menggunakan Ambiga, pembangkang juga menggunakan bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishamuddin Rais yang lari keluar negara berbelas tahun tetapi dibawa masuk kembali oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sewaktu beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri.

"Jadi, Hishamuddin yang kini bebas tanpa dikenakan apa-apa tindakan membantu Anwar yang semakin tersepit lantaran terdapat kes prima facie dalam perbicaraan liwatnya dan skandal video seks, ia satu perkara antara hidup dan mati Anwar," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar khas bagi menjelaskan pendirian Perkasa mengenai Bersih 2 di sini hari ini.

Ibrahim yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas menambah, pembangkang juga jelas merupakan dalang perhimpunan haram pada 9 Julai ini bagi menyelamatkan Anwar melalui satu surat pekeliling yang ditandatangani Setiausaha Agung PKR, Saifudin Nasution bagi mengarahkan ahli parti itu menyertainya.
Reply

Use magic Report

ADVERTISEMENT

 Author| Post time 29-6-2011 01:24 PM | Show all posts
GO India turut bantah perhimpunan Bersih

KUALA LUMPUR 28 Jun — Tindakan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) pada 9 Julai ini turut mendapat bantahan daripada pelbagai parti dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) India.

Presiden Parti Makkal Sakti Malaysia, Datuk R. S. Thanenthiran berkata, rancangan pembangkang untuk mengadakan perhimpunan secara haram bukanlah penyelesaian terbaik dalam menyuarakan rasa tidak puas hati sebaliknya ia mengganggu keselamatan orang awam.

Menurutnya, beliau difahamkan perhimpunan haram itu ditaja oleh anasir-anasir luar yang menyalurkan dana kepada pihak penganjur.

"Saya yakin pihak penganjur mempunyai agenda tersendiri untuk menghancurkan negara," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Thanenthiran, perhimpunan itu tidak akan membawa sebarang keuntungan sama ada kepada pihak penganjur atau pun negara.

Katanya, kemenangan pihak pembangkang di beberapa negeri jelas menggambarkan betapa telusnya perjalanan pilihan raya di negara ini.

Sehubungan itu, pihaknya akan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini pukul 11 pagi esok.

Pandangan beliau turut dikongsi oleh Bendahari Majlis Belia Malaysia, G. Paramasivam.

Paramasivam mengingatkan orang ramai supaya tidak terlalu mengikut telunjuk pihak pembangkang kerana mereka mempunyai agenda tersendiri.

Katanya, perhimpunan yang sengaja dirancang oleh pakatan pembangkang itu adalah untuk menghasut rakyat menimbulkan kekacauan dan huru-hara bagi mencetuskan sentimen kebencian terhadap kerajaan.

Beliau menambah, semua pihak wajar mengambil iktibar ketika perhimpunan sama diadakan empat tahun lalu apabila ia mengganggu aktiviti harian serta perjalanan trafik di ibu negara.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 01:27 PM | Show all posts
Ambiga mahu jatuhkan imej negara - Harussani Zakaria

IPOH 28 Jun — Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria menyifatkan Datuk S. Ambiga dilihat cuba menjadi 'superhero' dengan tindakannya mengetuai penganjuran perhimpunan haram pada 9 Julai ini.

Beliau berkata dengan mengetuai perhimpunan yang tidak mendapat permit daripada pihak berkuasa itu, penganjur mahu mencari publisiti dengan menjatuhkan imej negara pada kaca mata dunia sekaligus akan mendapat publisiti.

"Tindakan itu juga seolah-olah dia (Ambiga) mahu menjatuhkan imej kerajaan di luar negara dengan mengadakan perhimpunan yang tidak mendatangkan faedah," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau turut mencadangkan supaya pengamal undang-undang yang bertindak seperti Ambiga dibatalkan lesen guaman mereka.

Beliau berkata, sebelum ini bekas presiden Majlis Peguam itu pernah mempersoalkan peruntukan yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan berhubung hak dan keistimewaan orang Melayu.

Harussani berkata, malangnya ada kalangan masyarakat yang sudah lupa serta mempunyai perasaan hasad dengki antara satu sama lain.

"Rentetan itu, mereka bertindak menyokong perhimpunan haram yang bakal dianjurkan pada 9 Julai ini bagi menunjukkan tanda protes," katanya. - BERNAMA

yup..batalkan saja lesen guaman ambiga tu..lepas tu halau je dari negara ini..cari lah negara mana yg dia rasa paling bersih PRUnya..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-6-2011 01:35 PM | Show all posts
Kerajaan perlu ambil tindakan

KUALA LUMPUR 28 Jun — Kerajaan, terutama pihak keselamatan, perlu mengambil tindakan keras ke atas pengacau yang merancang mengadakan perhimpunan haram pada 9 Julai ini, termasuk menahan mereka di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Pelbagai badan bukan kerajaan dan ahli akademik berpendapat tindakan keras itu perlu diambil berikutan pihak polis telah pun menerima hampir 2,000 laporan daripada pelbagai lapisan masyarakat di seluruh negara membantah perhimpunan haram itu.

Pensyarah Undang-Undang Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Dr. Sham Rahayu Abdul Aziz berpendapat tidak ada pihak yang boleh menjamin ketenteraman dan keselamatan masyarakat sekeliling jika perhimpunan haram yang dijangka menghimpunkan lebih 500,000 orang itu diadakan.

Menyokong pendapat itu, pensyarah Kajian Politik dan Antarabangsa dari Universiti Utara Malaysia (UUM), Md. Shukri Shuib pula berkata, ISA merupakan pilihan terbaik bagi mengekang perhimpunan sebegini yang dilihat mempunyai unsur subversif terhadap negara.

Bagi Presiden Alternative Action Team (AAT), B. Kalaivanar, perhimpunan yang diketuai oleh Datuk S. Ambiga itu adalah muslihat untuk menghasut generasi muda supaya mengikuti perhimpunan haram tersebut.

"Ambiga pernah mengadakan perhimpunan pada tahun 2007 bagi menggugat keharmonian kaum dan agama. Selepas itu beliau sekali lagi membuat perhimpunan Walk Of Justice jadi kita boleh menilai mengenai dirinya," katanya. - BERNAMA

P/s:- nampaknya ramai yg sokong dikenakan akta ISA...so...tak ada masalah gomen nak sumbat mereka2 ni diKemunting..
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 02:00 PM | Show all posts
baju pon jd isu ke...alahai....
angura Post at 24-6-2011 18:05

sebab dia jadi alat provokasi .....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

ADVERTISEMENT

Forum Hot Topic

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT

Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-7-2024 02:30 PM GMT+8 , Processed in 0.188264 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list