|
RIANZ PARADISE VOL. 60 - VOTE ABPBH & LAGU2 BARU, RIA@SABAH(30/1-2/2)
[Copy link]
|
|
Originally posted by mialynn at 31-1-2009 11:01 PM ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
lynn rasa anak2 Nad tu anak dgn si ED kan kak....
Nak abiskan Part 15 ke malam ni? atau simpan esok? |
|
|
|
|
|
|
|
ok mlm ni free sikit kita start sambung>>>>
Esoknya pagi-pagi lagi aku ke kolej tapi hatiku masih berdebar2 memikirkan apa yg berlaku semalam. Pukul 12 tgh hari sewaktu menghadiri kuliah ekonomi aku sengaja seperti biasa duduk di tempat yg agak tercorot cuba melarikan diri dari pandangan lelaki semalam. Seakan dia mencari-cari wajahku. Mmg dasar lelaki gatal! Dengus ku di dalam hati. Apa saja yg di ajar bagai tak masuk ke mindaku ketika ini. Tiba2 namaku dipanggil. Aku terpinga-pinga, langsung tak mendengar soalannya tadi.
"Lain kali nak berangan balik rumah dgn suami awak" lantang suara itu menyindirku. Seakan semua mata di dalam bilik kuliah itu tertumpu ke wajahku. Rasa seperti ingin menangis di situ atau hendak ku baling kasutku ke mukanya, biar dia rasa. Aku bukan malu sbb aku isteri orang tp cara dia menyindirku mmg tak dpt ku maafkan. Kalaulah dia bukan pensyarahku dah lama aku maki ke mukanya di situ juga.
Sebaik saja bunyi itu kedengaran, aku pantas berlari ke pintu dewan kuliah tapi belum sempat kakiku melepasi pintu itu, namaku dipanggil oleh lelaki itu lantang sekali menggunakan mikrofon di mejanya. Langkahku terhenti, pelajar2 lain memandangku dgn hairan.
"Do you want us to wait for you? "tanya sahabat baikku Kieran, gadis Punjabi yg setia menemaniku dan menumpangkan keretanya ke mana-mana.
"No, I'll be fine" kataku perlahan.
Perlahan2 aku turun melalui tangga tepi membiarkan tiada lagi pelajar yg tinggal barulah aku menapak dekat ke meja pensyarah di depan. Dia hanya melihatku sambil memeluk tubuhnya yg tinggi lampai berdiri bersandar di meja itu.
"Ada apa?" tanyaku sambil memberanikan diri memandangnya.
"Marah lagi?" tanya Fariz kembali.
"Why should I?" jwbku berani.
"Oh! Jd betullah you isteri kpd org kanan my dad?" soalannya semakin pelik.
"Apa pula kena mengena dgn you?" tanyaku bengang.
"Patutlah you tak pernah layan I, rupanya isteri org, hairan, bila masanya you kahwin?" Soalan Fariz bertali arus.
"So sekarang you dah tahu, apa masalahnya?"
"Masalahnya I like you, I can't forget you just like that!" berderau darahku mendengar pengakuannya.
"Look, I pernah kata I dah berpunya, semua org dah tahu, I tak ada masalah dgn status I, org lain boleh terima, so you pun sepatutnya boleh terima, bukannya masih nak mengejar org" kataku terhambur dgn tegas.
"I don't understand, of all these people why Azam?" pelik betul nada suaranya. Kenal benar dia dgn Azam. Kalau org lain mesti panggil Dr Azam ataupun Azamuddin.
"What's wrong with him?" tanyaku sinis.
Fariz hanya memandang ku sambil berfikir sesuatu, dia bagai terkunci di situ menyimpan sesuatu yg tdk ku tahu. "I ada hal nak cakap dgn you but not here" kata Fariz akhirnya bila lama berdiam.
"I ada kelas, kalau pasal your paper, I'lll see you in yr office" jwbku cepat.
"No, out side" terkejut aku mendengar kata2 itu.
"Sorry I tak keluar dgn lelaki, I isteri org, you sepatutnya sedar dari dulu" kataku bertegas sambil menapak keluar. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetmm at 31-1-2009 11:06 PM ![](http://eforum9.cari.com.my/images/common/back.gif)
Nak abiskan Part 15 ke malam ni? atau simpan esok?
NAKKKK!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sweetmm at 31-1-2009 10:58 PM ![](http://eforum3.cari.com.my/images/common/back.gif)
Pit = Daddy
ooooo bapaknye si Pit nie ker...ingatkan ED.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by yunt at 31-1-2009 10:59 PM ![](http://eforum9.cari.com.my/images/common/back.gif)
mummy blings)))))))))))))))))
jom laa registerrr kat board nehhh..nnt dpt lmpuu O R E N umah kite..
eh, mcm mana nak dftar???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|