CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

[R-TV] ONE IN A MILLION 3 : PART 3

[Copy link]
Post time 3-5-2009 09:16 PM | Show all posts
Originally posted by missy_ina at 3-5-2009 19:36
ari tu ain duk belah mane kat stadium?
kte nk donlod la lagu tomok...
mse ontheway balik..lum lagi kuar dari shah alam, lagu tomok dah kedengaran kat radio..lallalala


ain duduk ngan group2 baju kuning tu..dekat2 ngan group family tomok..
ramai kan???
ain yg pegang huruf2 T.O.M.O.K tu..
ain pegang huruf T..

depan ain adik tomok,Shira..
dalam group tu meriah sgt kan??
ina duduk kat mane???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2009 10:46 PM | Show all posts
Originally posted by defeduck at 3-5-2009 18:28


Lagu Freedom (Arwah Seha was the lead vocalist). Nama lagu tu Mulanya Di Sini. Neh lagu fav time kecik2 dulu...time late 80's....

mesti you baby lagi time lagu Mulanya Di Sini neh......sbb ...


oh i see...okay
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 08:57 AM | Show all posts
Tomok bangkit semula

Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]

Peluang kedua yang diberikan peminat hiburan tanah air bagaikan azimat cukup bermakna

MEMECAH dominasi dan tradisi dua musim terdahulu yang disandang juara wanita di kalangan orang biasa, One In A Million edisi ketiga (OIAM 3) memberi gelombang baru apabila rakyat Malaysia sepakat memilih Tomok atau nama sebenarnya Shah Indrawan Ismail, 24, sebagai juara lelaki pertama.

Malah, kebangkitan Tomok itu mencipta rekod baru apabila menjadi golongan artis sulung yang layak menerima ganjaran RM1 juta dengan undian sebanyak 3.93 peratus.

Kejayaan yang dilakar vokalis kumpulan Newboyz itu disaksikan di hadapan penonton di rumah dan di Stadium Malawati, Shah Alam ketika cuti Hari Pekerja disambut rakyat Malaysia 1 Mei lalu. Ironinya, jika hanya dua saja peserta dipilih untuk beraksi di pentas akhir pertandingan realiti nyanyian yang disiarkan di saluran 8TV itu, takhta juara sebenarnya bukan menjadi milik jejaka kelahiran Kuala Lumpur itu.

Bayangkan di awal permulaan saat diumumkan Awal Ashaari dan Marian Caunter, debaran dan kehampaan cukup terasa apabila nama Tomok disebut sebagai peserta yang tersingkir. Namun, peluang kedua yang diberikan pengundi OIAM 3 sekali gus menjadi pengubat hatinya untuk terus mempamerkan persembahan bertenaga menerusi dua buah lagu termasuk lagu baru ciptaan Aubrey Suwito, Rindu Terhenti yang liriknya tulisan Tinta S.

“Masa diumumkan tersingkir saya harus akur dengan keputusan itu tapi saya bersyukur peluang kedua yang diberikan pengundi bagai azimat yang cukup bermakna. Tak saya nafikan tekanan mula melingkari perasaan apabila disebut sebagai peserta yang paling rendah skala undiannya.

“Terima kasih kepada rakyat Malaysia, peminat, keluarga, pihak produksi dan media yang memberi ruang baru untuk saya membuktikan sisi lain yang ada dalam diri ini. Tak dilupakan 8TV yang selama ini tidak jemu menyokong dan memberi kepercayaan untuk saya tampilkan Tomok yang baru.

“Kemenangan ini terlalu bermakna kepada saya dan pengalaman yang dikutip ketika menyertai OIAM 3 banyak memberi pengalaman baru termasuk belajar mengenai nyanyian, imej dan macam-macam lagi. Dengan izin dan rahmat Tuhan, kerja keras saya selama ini berbayar dengan gelaran juara ini,” katanya ketika sidang media diadakan sejurus selepas selesai pertandingan.

Meranapkan impian dua lagi finalis lain iaitu Esther dan Aweera, Tomok cukup bersahaja memberi nafas baru kepada lagu dendangan asal Aizat berjudul Hanya Kau Yang Mampu. Entah di mana kekuatan dan tenaga yang diserap anak kesayangan Ismail Salim dan Siti Fatimah Haron itu kerana setiap kali muncul di pentas bagaikan ada aura yang menunjukkan dirinya bakal juara yang dicari-cari.

Malah, pengkritik tetap, Syafinaz Selamat dan Paul Moss memuji melambung persembahan Tomok dan menyifatkan malam itu adalah malam miliknya tanpa ragu. Bukan bersikap berat sebelah, Syafinaz dalam komennya terhadap Tomok sempat mengingatkan pengundi untuk terus mengundi kerana bimbang apa yang terjadi pada musim pertama berulang lagi musim ini.

Penyanyi yang terkenal dengan vokal soprano itu sendiri tidak menyangka Tomok akan berubah secara drastik. Ia bagaikan sebuah kelahiran semula kerana tiada lagi Tomok yang pernah diingati dengan suara sengau dan ‘tangkap leleh’ ketika menerjah persada seni 10 tahun lalu. Kata Tomok, dia pernah jatuh terduduk dan terkapar-kapar mencari titik untuk kembali semula.

Bukti sejarah boleh dicipta kembali

TRANSFORMASI Tomok cukup menyerlah kerana jika selama ini dia masih tercari-cari haluan diri termasuk terikat dengan kehendak syarikat rakaman tetapi tidak lagi kini kerana dia sudah tahu genre muzik serta paksi sebenar yang diingininya.

Siapa kata sejarah tidak mungkin berulang seperti judul lagu Newboyz kerana dengan kejayaannya, Tomok membuktikan sejarah boleh dicipta kembali.

“Perubahan saya kini adalah jenama baru untuk saya terus bangkit daripada kegagalan lalu. Saya bersama Newboyz pernah melalui fasa kegemilangan dan kejatuhan yang cukup perit untuk dikenang. Ada hikmah di sebalik apa yang terjadi kerana ia sebagai proses mematangkan diri dan pastinya saya tidak mahu kembali menjadi Tomok yang dulu.

“Seiring peredaran masa, Tomok yang baru ini menjadi pembakar semangat untuk saya meneruskan legasi seni yang ada. Tak dinafikan dulu saya pernah dikecam dengan kritikan yang cukup hebat namun demi peminat dan keluarga yang masih setia menyokong, saya bangkit semula,” katanya sambil memberitahu ibu bapa dan keluarganya yang menjadi sumber inspirasi selama ini.

Mengenai kemenangannya, Tomok seperti dalam kenyataannya sebelum ini dia bercadang untuk membuka sebuah studio rakaman yang lengkap di samping menghasilkan sebuah album solo yang berkualiti. Menurut Tomok, dia mahu memberi tumpuan kepada dirinya dulu tanpa mengabaikan jenama Newboyz yang pernah menaikkan namanya.

“Sebagai balasan kepada yang terus setia menyokong, saya mahu melahirkan album solo yang terbaik dan berkualiti. Saya mahu terus memperkasakan industri seni yang dilihat agak lesu kebelakangan ini. Saya mahu album itu dihasilkan dengan penuh dedikasi dan bukan sekadar tangkap muat.

“Saya juga ingin bekerja dengan orang seni yang terhebat di Malaysia mahu pun luar negara jika berpeluang. Saya yakin bekerja dengan orang berbakat contohnya seperti Aubrey Suwito pastinya hasil yang diterima cukup berbaloi. Insya-Allah dengan duit kemenangan itu juga, saya akan adakan kenduri doa selamat dan menyalurkan sebahagian wang ke rumah anak yatim,” katanya yang banyak mengkaji cara Faizal Tahir sewaktu di OIAM musim pertama menjadikan lagu orang lain menjadi seperti lagu milik sendiri.

Ditanya apakah Tomok bakal menukar namanya untuk projek album solo, pintasnya ketika dan saat ini dia belum terfikir untuk mengubahnya lagi. Katanya, nama Tomok itu sendiri menjadi nama rezekinya termasuk digunakan untuk mengundinya di OIAM 3.

“Saya tidak pasti lagi sama ada mahu menukar nama atau tidak dan hal itu belum terlintas lagi di benak fikiran saya. Tapi ke depan nanti siapa tahu. Kenapa saya perlu menukar nama itu sedangkan saya tahu nama itu hanya dimiliki saya seorang saja. Lagi pun ia adalah kenangan nama timangan yang diberikan keluarga ketika kecil,” katanya sambil memberitahu nama Tomok diberi kerana saiz tubuhnya yang gempal sewaktu kecil.

FAKTA:

Kata Ahmad Izham Omar selaku Ketua Pegawai Eksekutif 8tv

    * Selain Tomok yang diserapkan menandatangani kontrak bersama Monkey Bone dan diuruskan di bawah 8Unit, keputusan sama ada Esther dan Aweera mengikuti jejak yang sama masih dalam perbincangan dan bakal diputuskan tidak lama lagi.
    * Melihat OIAM musim ini sebagai yang paling terbaik, malah tiga finalis turut berkembang menjadi kelopak mawar yang berseri.
    * Single Tomok, Rindu Terhenti sudah mula dimainkan di corong radio.
    * Merancang dan berazam untuk menghasilkan album solo Tomok secepat yang mungkin.
    * Menjawab kepada persoalan kenapa persembahan kumpulan Bunkface diletakkan di satu sudut di dalam stadium itu, katanya ia sebagai memberi kelainan dan memberi penghargaan kepada kumpulan itu supaya lebih dekat dengan khalayak penonton seperti mana persembahan gig yang pernah mereka lakukan.



Esther

    * Mendapat undian sebanyak 33.39 peratus
    * Menyanyikan lagu Menggapai Mimpi nukilan komposer Sharon Paul dan lirik oleh Lew Mable. Untuk lagu kedua, dia mengalunkan lagu dendangan Rihanna, Please Don’t Stop The Music.
    * Dalam kenyataannya di sidang media, Esther berkata, dia mengucapkan tahniah kepada Tomok sambil berseloroh kepada juara itu untuk berkongsi sedikit wang yang dimenangi itu.
    * Katanya lagi, sebelum membuat persembahan di peringkat akhir, dia tidak terlalu memikirkan soal untuk menang dan hanya mahu memberikan persembahan yang terbaik. Malah, katanya perasaan untuk menang itu tiada sama sekali kerana pada akhirnya ia berbalik kepada undian.
    * Tidak mendedahkan jumlah wang yang diterima Tomok kerana bimbang dengan faktor keselamatan yang bakal dihadapinya. Ia dilakukan berdasarkan pengalaman lalu.



Aweera

    * Menerima undian di tempat ketiga sebanyak 27.41 peratus
    * Menyanyikan lagu ciptaan Lin Li Zhen dan lirik, Pacha Osman berjudul Ku Di Sini. Untuk lagu kedua, Aweera mendendangkan tiga lagu, Sampai Syurga, My Baby You dan Hukum Karma secara medley.
    * Sewaktu sidang media terpancar riak kekecewaan di wajahnya namun memintas perkara itu dengan berkata dia terlalu penat hingga tidak dapat menyanyikan secara lancar ketika bersama-sama Tomok dan Esther membuat persembahan dengan juara OIAM musim kedua, Ayu menerusi lagu Inspirasi Abadi. Katanya lagi, lagu itu diterima pada saat akhir (hari Khamis) dan tumpuan lebih banyak diberikan kepada persembahan akhir.
    * Bercadang untuk tampil dengan single sendiri ciptaannya dan terus tegar memperjuangkan irama rock.



Menarik sekitar final OIAM 3

    * Pakaian yang disarung Esther turut diperkatakan pada malam itu. Jelas sekali, busana yang digayakannya tidak sesuai dan menampakkan sisi kemontokan gadis kelahiran Kota Kinabalu, Sabah itu.
    * Paul Moss dan Syafinaz Selamat turut menjadi perhatian peminat yang tidak lepas mengambil kesempatan bergambar sejurus selesai persembahan akhir itu.
    * Kelihatan rakan artis seperti Shila Hamzah, Iz, Ainul Aishah dan Intan Ladyana turut hadir memberikan sokongan.

kredit Berita Harian
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 09:10 AM | Show all posts
dengar HotFM cepat...rase2nye pasni ade aweera ngan esther..
tak tau la sama ada orgnye yg akan muncul or lagunye saje..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 09:29 AM | Show all posts
nasib baik tomok menang ...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 09:40 AM | Show all posts
lagu aweera kat hot fm..!!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2009 10:03 AM | Show all posts
tahniah pada tomok...he deserve it.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 12:06 PM | Show all posts
Tomok tolak glamorOleh FAIZAL SAHARUNI
[email protected]
"Sebelum ini ramai yang cakap saya sekadar popular dengan lagu yang mendayu-dayu dan kedengaran kekampungan"
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2009 12:06 PM | Show all posts
Ingin bergelar komposer
Banyak lagi yang ingin dikongsi Tomok saat dirinya diwawancara pihakmedia. Karier seninya menjadi tajuk bualan utama sekali gus menzahirkanaspirasinya yang tinggi menggunung dalam cabang seni.
Menyelak satu persatu lembaran hajatnya, Tomok memasang angan-angan untuk menjadi seorang komposer.
Enggan dikenali sebagai penyanyi yang mendendangkan lagu milik orangsemata-mata, sebaliknya dia mahu kreativiti yang dimilikinya diluahkandalam lagu. Dinyanyikan sendiri olehnya atau barangkali diberikankepada artis lain.
"Sepanjang berada di OIAM3, saya banyak berkomunikasi denganAubrey. Dia banyak memberi tunjuk ajar kepada saya untuk menjadiseorang penyanyi yang berjaya.
"Saya berjanji untuk terus menimba ilmu dengan Aubrey. Selepas ini,kami akan sering bertemu untuk membincangkan tentang album saya yangakan dilahirkan.
"Kalau diberikan kesempatan, saya juga ingin melibatkan diri dalampenggubahan lagu. Saya akan belajar sedikit demi sedikit. Tidak kiralahkalau ia mengambil waktu panjang sekali pun.
"Saya tahu bukan mudah untuk menggapai cita-cita ini. Maka saya kenaringan mulut bertanya kepada individu-individu yang berpengalamansebagai komposer untuk mengasah bakat yang tidak seberapa ini," ungkapTomok yang bakal mengadakan projek istimewa bersama New Boyz danmembina studio muzik sendiri selepas ini.
Tidak melupakan nasib insan lain, Tomok juga akan menyumbangkansejumlah wang yang diperoleh daripada hasil kemenangannya kepada rumahanak-anak yatim. Dia juga akan mengadakan kenduri sebagai tandakesyukuran memegang status juara OIAM3.
Esther, Aweera terima kekalahan
Dalam pada itu, Esther juga dilihat tidak kurang hebatnya semasa menyampaikan lagu Please Don't Stop The Music dan Menggapai Mimpi, manakala Aweera pula memilih medley Sampai Syurga, My Baby You dan Hukum Karma selain lagu barunya, Kini Ku Di Sini.

Peminat kini menanti kelahiran album terbaru daripada Tomok yang baru.

Tanpa berselindung, Esther, 21, mengaku Tomok menjadi insan paling layak meraih gelaran juara OIAM3. Namun dia pasrah dengan tuah yang lebih berpihak kepada Tomok.
"Tomok berhak jadi juara. Lagipun banyak perubahan yang sudah diatunjukkan selama ini. Saya sendiri kagum dengan dirinya yang tidakmudah berputus asa dan sentiasa ada inisiatif mahu belajar.
"Terus terang, siapa sahaja yang tidak bersedih kerana kalah dalampertandingan ini lebih-lebih lagi apabila mengenangkan penyokong yangselama ini memberi banyak galakan kepada saya.
"Mungkin tiada rezeki, tetapi saya sentiasa bersikap terbuka dengankemenangan Tomok. Saya masih lagi boleh mengejar cita-cita untukbergelar penyanyi selepas ini.
"Kalau saya berusaha dengan gigih pada masa depan, maka tidak mustahil saya juga akan mencapai kejayaan," jawabnya optimis.
Bagi Aweera, 18, kekalahannya dengan Tomok bukanlah pengakhirankepada segala-galanya. Dia tidak mahu menjadi seorang insan yang mudahmengalah apatah lagi usianya masih ranum.
"Saya akur dengan keputusan ini. Tiada apa yang perlu dirisaukankerana saya tetap akan menempatkan diri dalam bidang nyanyian danbergelar penyanyi rock.
"Saya harap kemunculan saya dalam industri ini dapat diterima denganbaik oleh masyarakat. Hakikatnya, ini baru permulaan untuk saya.
"Banyak lagi pahit dan manis untuk saya hadapi selepas ini," ujaranak kelahiran Perlis itu yang awal-awal lagi sudah boleh mendugakeindahan dan kejelikan lapangan seni.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 12:24 PM | Show all posts
'Kelahiran baru' Shah IndrawanOleh ABD. AZIZ ITAR
[email protected]

AWAL Ashaari (kiri) danMarion Caunter (kanan) sewaktu mengumumkan kemenangan Tomok di StadiumMalawati, Shah Alam, Selangor, malam Jumaat lalu.

TIDAK dinafikan, Tomok menjuarai pertandingan nyanyian One In A Million musim ketiga (OIAM3)kerana undian khidmat pesanan ringkas (SMS) tertinggi yang diterimanya daripada para penonton.
Antara faktor utama yang menyumbang kepada kemenangan Tomok ituialah populariti dan pengalamannya menyanyi bersama kumpulan New Boyzselama sedekad.
Berbeza dengan dua lagi finalis OIAM3 iaitu Esther dan Aweera yangmasih mentah dalam bidang nyanyian, apatah lagi keduanya baru pertamakali menyetai pertandingan besar seperti itu.
Bagaimanapun, kelebihan Tomok bukan setakat itu sahaja, sebaliknya,penyanyi berusia 24 tahun itu turut membuktikan bakatnya dalam bidangnyanyian lebih menyerlah selepas menyertai OIAM3.
Menurut Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail, pertandingan anjuran stesen 8TV itu banyak membantu dalam mengembangkan lagi bakatnya dalam bidang nyanyian.
"Tomok sudah 10 tahun berada dalam industri muzik. Sokongan daripadapihak media massa banyak membantu kejayaan Tomok. Banyak yang Tomokpelajari semasa menyertai OIAM3 seperti soal mengadakan persembahan,penjagaan imej dan cara nyanyian.
"Bagi Tomok, 8TV sudah 'ubah' Tomok menjadi Tomok yang baru danlebih berjaya dalam bidang nyanyian," katanya pada sidang media selepasdiumumkan juara OIAM3 di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor, malamJumaat lalu.
Dengan kemenangan itu, Tomok yang berasal dari Kuala Lumpur meraihhadiah keseluruhan bernilai RM1 juta selain menerima kontrak sebagaiartis di bawah naungan syarikat rakaman Monkey Bone Records.
Terbukti OIAM3 menjadi medan terbaik buat Tomok membuktikankepelbagaiannya dalam bidang nyanyian di mana ia tidak terikat kepadakonsep lagu pop rock yang sering dibawakannya bersama New Boyz sebelumini.
Penyanyi tinggi lampai ini misalnya, sering memperlihatkan gayanyanyiannya dengan membawakan lagu-lagu yang berlainan rentak sepertipop, rock dan sentimental pada setiap konsert mingguan OIAM3.
Sebagai contohnya, sebelum ini Tomok pernah membawakan lagu-lagusentimental Alleycats secara medley tetapi dengan gaya sertapersembahannya yang tersendiri.
Malah, pengkritik tetap OIAM3, Syafinaz Selamat sering memuji gayavokal Tomok yang bukan sahaja mantap tetapi dia juga mampu mengawalpentas dengan aksinya yang tersendiri.
"Saya lihat persembahan Tomok paling memberangsangkan setakat ini.Saya terperanjat kerana tadi Tomok hampir tersingkir, tetapi ramai yangvote (undi) Tomok," komen Syafinaz selepas Tomok mengadakan persembahan pada malam itu.
Undian terendah
Ketika awal konsert terakhir OIAM3 itu, Tomok menerima undian SMSterendah iaitu sebanyak 30 peratus, berbanding Esther (37 peratus) danAweera (32 peratus).
Nasib menyebelahi Tomok apabila daripada undian SMS yang dihantar oleh para penonton ke laman sesawang OIAM lebih 90 peratus mahukan dia bersama Esther dan Aweera bersaing pada peringkat akhir pertandingan tersebut.
Namun, kemasukan semula Tomok pada final OIAM3 seakan-akan sudahdijangka berdasarkan lagu-lagu yang telah disediakan oleh pihakpenganjur.
Ini kerana, setiap peserta disediakan sebuah lagu baru khusus untuk dipersembahkan pada malam itu.
Jika Tomok tidak diserapkan untuk bertanding pada peringkat akhir, maka sia-sialah lagu ciptaan Aubrey Suwito berjudul Rindu Terhenti yang dicipta khusus untuknya.
Pada masa sama, aura dan sokongan para penonton terhadap Tomok jugadapat dilihat sejak minggu-minggu sebelumnya lagi apabila ramai yangterus memberi sokongan kepadanya.
Jangkaan para penonton semakin kuat apabila undian SMS yang ditutuppada pukul 10.20 malam itu melonjakkan nama Tomok dengan memperolehiundian tertinggi berjumlah 39 peratus mengenepikan Esther (33 peratus)dan Aweera (27 peratus).
Biarpun hampir tersingkir daripada final OIAM3, tetapi itu tidakmematahkan semangat Tomok untuk bangkit membuktikan bakat sertapersembahannya yang mantap.
"Tomok terima kalau tersingkir awal pada malam ini. Tetapi Tomokbersyukur kerana diberi peluang kedua. Tomok berusaha untuk mencapaitahap yang terbaik," ujar Tomok.
Tidak dinafikan juga, selain menjulang namanya lebih tinggi dalampersada seni suara tanah air, OIAM juga seakan-akan mencipta suatutransformasi buat Tomok.
Sebabnya, sepanjang menyanyi bersama New Boyz sejak 1999, penyanyiyang menggemari masakan nasi ayam ini tidak banyak diberi peluangmengembangkan bakat nyanyiannya secara lebih meluas.
Justeru, beliau menjadikan OIAM3 sebagai suatu platform bagimembuktikan bahawa Tomok yang muncul dalam program TV realiti itubukannya Tomok yang peminat kenali 10 tahun lalu.
"Dalam OIAM Tomok diberi peluang untuk memilih lagu-lagu yang sesuaidan Tomok suka. Sebab itu, ini adalah masa yang sesuai untuk Tomokmemanjangkan karier Tomok. Dulu peluang itu agak terbatas.
"Tomok mula menyanyi semasa berumur 15 tahun, jadi ramai orang ingatini adalah Tomok yang lama. Tetapi Tomok berasa yakin dan seronokapabila setiap minggu para penonton suka dengan persembahan Tomok yangberbeza-beza," jelasnya.
Rancangan RM1 juta
Hadiah keseluruhan berjumlah RM1 juta termasuklah imbuhan dalambentuk wang tunai dan kontrak syarikat rakaman merupakan yang terbesarpernah disajikan buat para peserta pertandingan nyanyian di negara ini.
Sama seperti pemenang lain, Tomok yang mula menyertai pertandingannyanyian pada usia lapan tahun turut mempunyai perancangannya yangtersendiri.
Kata penyanyi yang telah merakamkan enam album bersama New Boyz ini,dia akan menggunakan wang hasil kemenangannya itu bagi merakamkan albumsolonya di bawah Monkey Bone Records dalam waktu terdekat ini.
"Merakamkan album solo merupakan salah satu idaman Tomok. Kalauboleh selepas ini Tomok mahu bekerja dengan komposer yang hebat sepertiAubrey. Tomok mahu ubah cara nyanyian dan tingkatkan lagi kualiti.
"Daripada situ ia mungkin akan membuka peluang dan pasaran lebihluas hingga ke luar negara. Kalau boleh, Tomok juga mahu membuka studiolatihan dan rakaman sendiri. Perancangan lebih kepada karier dalambidang nyanyian," katanya yang merancang mengadakan kenduri doa selamatatas kemenangannya itu.
Perancangan Tomok itu cukup bersesuaian kerana selain menyanyi, diayang gemar bermain futsal juga mempunyai kecenderungan mencipta lagudan lirik sendiri pada masa depan.
Aubrey yang banyak membantunya sewaktu dalam pertandingan yangmenampilkan Paul Moss dan Syafinaz Selamat sebagai pengkritik tetap itujuga seolah-olah menjadi ikon terbaik buat Tomok bagi mencapaiimpiannya itu.
"Kalau boleh Tomok mahu jadi macam Aubrey dan Tomok juga mahubekerjasama dengan dia. Tomok harap dia boleh tolong. Tomok mahubuktikan bakat Tomok bukan setakat menyanyi tetapi juga mencipta lagu,"pintanya.
Sepanjang Tomok bersama New Boyz sejak 1999, dia telah merakamkan enam album berjudul New Boyz (1999), Akur (2000), Wirama (2001), Inspirasi (2003), Bermulanya Satu Evolusi (2005) dan Semula Padaku (2007).
Konsert minggu terakhir OIAM3 berlangsung penuh meriah apabila parapenyokong Tomok, Esther dan Aweera memenuhi ruang Stadium Malawati,Shah Alam, Selangor dengan kehadiran 10,000 penonton.
Setiap peserta diberi peluang menyampaikan dua buah lagu termasuklah sebuah lagu baru dan juga berkonsepkan medley dalam dua persembahan berasingan pada konsert yang diacarakan oleh Awal Ashaari dan Marion Caunter itu.
Tomok misalnya, menyanyikan lagu Hanya Kau Yang Mampu (Aizat) dan Rindu Terhenti, Esther menyanyikan lagu Please Don't Stop The Music (Rihanna) dan Menggapai Mimpi, manakala Aweera (Sampai Syurga, My Baby You, Hukum Karma serta Kini Ku Di Sini).
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 12:24 PM | Show all posts
8TV urus  RM1 juta  Tomok

JUARA  OIAM3 kini di dalam genggaman Tomok selepas hampir empat bulan  dia bersaing merebut gelaran tersebut.

TIDAK dinafikan, Tomok yang mempunyai kelebihan daripada segipengalamannya menyanyi bersama New Boyz sejak 10 tahun lalu mempunyaikekuatan vokal dan gaya persembahan yang mantap.
Hasilnya, kelebihan itu memberikan pulangan yang besar buat Tomok apabila dia ditabalkan sebagai juara baru One In A Million musim ketiga (OIAM3) oleh para peminatnya.
Bukan sekadar menggenggam gelaran juara, sebaliknya, apa yangmenjadi perhatian masyarakat ketika ini ialah habuan RM1 juta yangturut dibawa pulang oleh Tomok.
Bertuah badan Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismailkerana kejayaan berpihak padanya. Ia sekali gus menebus 'maruah'beberapa teman artis popular sebelum ini yang pernah menyertai OIAMtetapi semuanya tewas di pertengahan jalan.
Soalnya kini, bagaimana bentuk pelaburan RM1 juta yang akan dilaksanakan oleh penganjur iaitu 8TV terhadap Tomok?
Apakah dia akan memperoleh jumlah wang berkenaan dalam bentuk tunai?
Menjawab persoalan itu, Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar berkata, bukan semua jumlah RM1 juta diperoleh Tomok dalam bentuk tunai.
Sebaliknya, sebahagian daripada habuan kemenangan itu akan dilaburkan demi kebaikan karier seni Tomok pada masa depan.
Apatah lagi kata Izham, berdasarkan pengalaman OIAM sebelum ini,pengurusan wang dalam jumlah yang besar harus diuruskan dengan carayang betul demi kebaikan seseorang juara OIAM itu.
"Kami memang ada rancangan untuk membantu Tomok menguruskan wanghadiah kemenangannya itu. Memang Tomok akan mendapat dalam bentuk cash (tunai) tetapi bukan secara keseluruhannya.
"Ini kerana, berdasarkan pengalaman kami sebelum ini, pegangan tunaiyang besar mungkin akan menjejaskan keselamatan dia (Tomok).Sekurang-kurangnya duit itu akan pergi kepada dia juga," jelasnya.
Sehubungan itu, Izham bersama Monkey Bone Records yang bernaung dibawah 8TV kini sedang merancang untuk menerbitkan album solo Tomokdalam waktu terdekat ini.
Tambahnya lagi, dengan wang atas kemenangan Tomok itu,sekurang-kurangnya tiga buah album solo penyanyi terbabit akanditerbitkan di bawah syarikat rakaman tersebut.
"Lagu terbaru Tomok yang dinyanyikannya pada malam ini, Rindu Terhenti pula mula disiarkan malam ini di stesen-stesen radio termasuk di laman Gua Music.com. Lagu-lagu single Esther dan Aweera juga akan disiarkan di saluran-saluran berkenaan," katanya lagi.
Sementara itu, Izham juga pada masa sama memuji keunikan vokal dan personaliti yang ditampilkan oleh Esther dan juga Aweera.
Menurut Izham, kelebihan Tomok sepanjang OIAM3 secara tidak langsungmenyerlahkan daya saing dan kredibiliti Esther dan Aweera bagimenampilkan keunikan yang ada pada diri dua peserta muda terbabit.
"Persembahan Tomok memang spectacular (hebat). Itu fasalramai peminat undi dia. Saya tidak pernah dengar suara ketiga-tigabintang ini... mereka amat unik. Kita sudah ada rancangan untuk mereka.
"Saya anggap mereka ini sebagai bunga mawar yang sedang berkembang. Inilah spirit(semangat) dalam OIAM. Tunggulah Isnin ini (hari ini) dan kami akanduduk berbincang rancangan untuk mereka ini nanti," katanya.
Kelegaan Esther & Aweera
SEBAGAI tuan punya badan, meskipun tewas dalam gelanggang OIAM3, Esther dan Aweera menerima kenyataan itu dengan hati yang terbuka.
Malah, dua finalis pertandingan nyanyian yang disiarkan secaralangsung menerusi stesen 8TV malam Jumaat lalu itu lega keranapersaingan mereka akhirnya bernoktah.
"Akhirnya habis juga (OIAM3). Tahniah pada Tomok. Saya berasa legaOIAM3 sudah berakhir selepas empat bulan saya berada di dalampertandingan ini. Terima kasihlah kepada 8TV yang telah menjaga sayadengan baik.
"Saya tidak menyangka akan menyertai pertandingan ini, apatah lagi muka saya selalu keluar surat khabar," komen Esther sambil ketawa kecil pada sidang media selepas OIAM3 berakhir di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor malam Jumaat lalu.
Esther atau nama penuhnya Elizabeth Applunius Chin @ Esther, 21,tidak menafikan berasa sedikit kecewa apabila gagal menjulang gelaranjuara OIAM3 yang menyediakan hadiah lumayan itu.
Kata penyanyi berusia 21 tahun dan berasal dari Kota Kinabalu, Sabahini, kekecewaannya itu tercetus apabila mengenangkan sokongan daripadapara peminat sejak dari awal dia menyertai pertandingan tersebut.
"Sedikitlah (kecewa)... tetapi saya rasa para pengundi saya lebihkecewa. Sebelum naik pentas pada awal konsert tadi pun saya sudah dapatrasakan tidak akan menang. Saya hanya terfikir ini adalah last day (hari terakhir) konsert.
"Saya hanya mahu lakukan yang terbaik. Perasaan untuk menang itu saya tidak rasa. Lagi pun ini soal vote(undian). Saya anggap ini bukan malam saya, ini adalah malam Tomok. Apayang penting, saya sudah melangkah dalam industri ini (muzik) dansampai ke Top 3 OIAM3," katanya lagi.
Sungguhpun gagal bergelar juara, namun peserta berkulit putihmelepak ini telah berusaha bersungguh-sungguh bagi menjayakanpersembahannya pada malam itu.
Esther bukan sahaja memperdengarkan kemantapan vokalnya sewaktu menyanyi tetapi aksinya menari semasa menyanyikan lagu Please Don't Stop The Music juga memukau para penonton.
Ternyata berbadan sedikit gempal tidak menghalang beliau menyanyisambil menari serta bergelek dengan lincah sekali sewaktu mendendangkanlagu yang dipopularkan oleh penyanyi Rihanna itu.
Sementara bagi Aweera pula, peluang bersaing pada peringkatakhir OIAM3 merupakan suatu pengalaman manis dan berharga yang tidakakan dilupakan sehingga ke akhir hayatnya.
Jelas jejaka berambut panjang yang meminati muzik rock ini, beliau menganggap penyertaannya dalam OIAM3 sebagai salah satu cara untuk memperkenalkan bakatnya dalam persada seni suara tanah air.
"Saya bersyukur walaupun tidak menang tetapi berjaya sehingga kefinal OIAM3. Apatah lagi, ini merupakan kali pertama saya menjejakkankaki ke dalam dunia seni suara. Dalam ramai-ramai peserta yang pergi audition (uji bakat) saya antara yang telah terpilih.
"Saya bukan sahaja terpilih tetapi layak bertanding hingga ke final.Terima kasihlah kepada semua kakitangan 8TV yang banyak membantu sayaselama berada dalam pertandingan ini," ujarnya.
Sama seperti Esther, Aweera atau nama sebenarnya Nasharul AweraNorhissham, 18, juga memperlihatkan gaya dan kredibilitinya yangtersendiri terutamanya dalam menampilkan imej rock yang diminatinya selama ini.
Seperti yang pernah disuarakan oleh Syafinaz Selamat, pengkritik OIAM3 itu tidak menafikan bahawa Aweera merupakan penyanyi rock baru yang boleh meneruskan kesinambungan dalam industri muzik tempatan pada masa depan.
"Tetapi awak (Aweera) harus ingat kita bukannya mahu mencaripengganti Amy (Search) atau Awie (Wings). Awak harus berdiri atas kakiawak sendiri (untuk mencipta nama)," komen Syafinaz sejurus anakkelahiran Perlis itu usai mengadakan persembahan pada malam tersebut. -ABD. AZIZ ITAR
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 12:26 PM | Show all posts
Lahirnya Tomok baruOleh Elrafaei Sapi
[email protected]

Rap
KETIKA aktif menyanyi bersama kumpulan New Boyzsuatu ketika dulu, vokalis Shah Indrawan Ismail atau Tomok mengakui diamenempuh pengalaman mencabar sebagai artis. Katanya, bukan mudah untukmeraih pendapatan banyak apatah lagi ada yang tidak mempercayai bakatnyanyian yang dimilikinya.
Bagaimanapun, malam Jumaat lalu kehidupan Tomok berubah bila diamuncul juara program realiti, One In A Million musim ketiga (OIAM3)yang berlangsung di Stadium Malawati, Shah Alam Selangor.

Berbanding dua peserta yang turut bersaing ke peringkat akhir OIAM3iaitu Elizabeth Applunius Chin atau Esther dan Nasharul AweeraNorihissham (Aweera), kemenangan Tomok memberi kejutan.

Diawal sebelum pertandingan akhir bermula, Tomok diumumkan sebagaipeserta yang tersingkir kerana mendapat undian SMS terendah, tetapi ituhanya gimik bila 90 peratus penonton sebenarnya sudah membuat keputusandi laman web 8TV agar Tomok diberi peluang untuk bertanding sama.

Bagaikan petanda awal kemenangannya, persembahan Tomok akhirnya berjayamemikat hati penonton dan dua juri profesional iaitu Syafinaz Selamatdan Paul Moss.

Tomok berpeluang menyampaikan dua lagu iaituHanya Kau Yang Mampu nyanyian asal Aizat dan lagu baru ciptaan AubreySuwito bersama Tinta S, Rindu Terhenti.

Persembahan Tomokpada malam itu mendapat pujian juri profesional. Kata Syafinaz,persembahan pertama paling memberangsangkan hingga selesai persembahankedua, juri itu membayangkan Tomok adalah pilihannya untuk menjadijuara kali ini.

Paul pula memuji Tomok berjaya menunjukkanpersembahan dengan gaya sendiri dan mantap. Malah, Paul juga terkejutdengan sokongan peminatnya yang mengundi mahu penyanyi itu bertandingdi peringkat akhir. Tomok berjaya meraih undian SMS sebanyak 39.3peratus diikuti Esther dengan 33.29 peratus dan Aweera, 27.4 peratus.

Bagi Tomok, menganggap kemenangan ini suatu yang bermakna pada diriuntuk mengubah nasib sebagai penyanyi selepas keluar dari programberkenaan. Katanya, dia mahu menjadi Tomok baru yang hadir dengan albumsolo tetapi pada masa sama, masih mahu berjuang bersama kumpulanlamanya.

"Saya terima keputusan jika tersingkir pada malamini tetapi saya mahu buktikan, saya mampu berikan persembahan terbaikuntuk pertandingan akhir ini. Walaupun berlaku transformasi pada sayasejak menyertai OAIM3 tetapi ini adalah diri saya yang sebenar.



"Dulu, ketika bersama New Boyz, peluang agak terbatassebaliknya kini adalah masa yang sesuai untuk saya tonjol diri secarasolo. Kemenangan RM1 juta ini, akan saya gunakan untuk menghasilkanalbum yang lebih baik bersama komposer hebat seperti Aubrey.


"Saya gembira perubahan yang saya lakukan pada persembahan setiapminggu disukai peminat. Selepas ini saya masih mahu bersama New Boyzdan saya akan bawa pengalaman OAIM3 sebagai perubahan pada kumpulansaya. Pengalaman OIAM3 banyak mengajar saya dan mengubah cara nyanyiansaya menjadi lebih baik.

"Apapun, nama Tomok yang lama tidakhilang. Jika sebelum ini ada yang tidak percaya dengan bakat nyanyiansaya tetapi kini saya buktikan. Saya tidak nafikan sejak 10 tahunberada dalam bidang seni ini, banyak kritikan saya terima.

"Namun, saya tetap teruskan semangat untuk berjaya. Apapun, anggotakeluarga khusus ibu bapa saya dan peminat memberi sokongan yang kuatpada saya untuk meraih kejayaan besar ini," katanya.

Estherpula yang menjadi naib juara menerima keputusan dengan terbuka walaupunkecewa dengan kekalahan kepada Tomok. Katanya, dia tetap berbanggadengan pencapaian diri melangkah ke peringkat akhir dan paling berhargakerana menimba pengalaman menyertai OAIM selama tiga bulan.

"Kecewa tetap ada tetapi lebih kecewa pada peminat saya yang banyakmengundi. Sebenarnya, ketika berada di pentas saya hanya terfikir untukberikan persembahan terbaik.

"Dalam diri, saya tidakmempunyai perasaan untuk menang. Bagaimanapun, saya bersyukur keranaberada dalam kelompok Top 3," katanya.

Pada persembahan malamitu, Esther terlebih dulu menyampaikan lagu baru, Menggapai Mimpiciptaan Sharon Paul dan Lew Mable dan lagu kedua, Please Don't Stop TheMusic yang dipopularkan Rihanna.

Kedua-dua juri mengkritikpersembahan lagu pertama kurang menyerlah berbanding lagu kedua yanglebih bertenaga dan menghiburkan.

Bagi Aweera, persembahanpertama dengan lagu medley, Sampai Syurga, My Baby You dan Hukum Karmadiikuti lagu baru, Kau Ku Di Sini ciptaa Lin Li Zhen dan Pacha Osmanmendapat kritikan berbeza.

Jika komen lagu pertama, kedua-duajuri mahu Aweera membuktikan identiti sendiri, sebaliknya Syafinazmenyatakan lagu kedua memberikan emosi yang kuat pada penonton walaupunPaul menganggap, ia persembahan yang kurang bertenaga dan melihatkehebatan Aweera bukan pada malam itu.

"Saya tetap gembirakerana berpeluang membuat persembahan pada peringkat akhir kali ini.Saya juga bersyukur kerana berada dalam Top 3 apatah lagi bukan mudahsampai ke tahap ini jika dilihat pada sesi uji bakat OIAM3 hinggakini," katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omarpula berkata album solo Tomok akan disiapkan dalam tempoh tiga bulan.Bagaimanapun, peluang untuk Esther dan Aweera untuk menyertai MonkeyBone masih dalam pertimbangan.

"Tiga peserta kali inimenunjukkan persembahan terbaik pada peringkat akhir ini. Nyata,latihan menerusi OIAM3 selama ini mengubah mereka menjadi penyanyilebih baik dari aspek persembahan.

"Dari aspek undian SMSpenonton, jumlahnya meningkat 67 peratus untuk malam ini. Bagi Tomok,kami mempunyai perancangan untuk album solonya nanti dansekurang-kurangnya dia akan mendapat peluang hasilkan tiga albumbersama kami," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 01:10 PM | Show all posts
Originally posted by defeduck at 3-5-2009 20:40
tak leh donlod atau tak leh main. Kalau tak leh main, mmg kena gi site yg dier bagi tu and donlod drm (digital rights) pastu baru boleh main.

Kiter hari tu tak der masalah nak donlod. After be ...


tadi dah habis download 3 lagu tu.Tapi bila nak play balik dia tulis "Sorry.You need license to enjoy this digital music.Please register as a member and complete the payment procedure to obtain this licience first."

Gila ke apa....dah jadi member dia nak apa lagi
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 09:02 PM | Show all posts
Originally posted by doden at 4-5-2009 13:10


tadi dah habis download 3 lagu tu.Tapi bila nak play balik dia tulis "Sorry.You need license to enjoy this digital music.Please register as a member and complete the payment procedure to obta ...


adeh....tak paham btol lerr dgn gua neh.....cuba upgrade drm kat link microsoft yg ada kat site tu......
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 04:21 PM | Show all posts
tahniah .~~~
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2009 04:25 PM | Show all posts

Reply #941 ain_lazerella's post

ala....kte duk kat belakang awk tu ler...
tp kat ats...depan stage gak la...
xperasan plak ain yg pegang T tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2009 12:02 AM | Show all posts

Balas #956 missy_ina\ catat

dari belakang mmg tak nmpk ain pegang T..huhu!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 12:11 AM | Show all posts

Reply #957 ain_lazerella's post

tp kan dari big screen kan nampak...cume tak perasan
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 02:19 AM | Show all posts
dah kerap kuar pun single tomok tuh
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 08:17 AM | Show all posts
Rahsia jutawan muda    Oleh Zul Husni Abdul Hamid
[email protected]               

     TOMOK sangat akrab dan manja dengan ibunya.

                   Tomok simpan segala kesukaran ketika mula bertapak dengan kumpulan New Boyz daripada ibunya, Siti Fatimah Harun

SINARmatanya yang redup pada pertemuan petang Rabu lalu menterjemahkanperasaan terharu dan bangga atas pencapaian anak lelakinya yang kinibergelar jutawan muda selepas menjuarai pertandingan realiti, One In AMillion (OIAM), seminggu lalu.

Bicaranya pula menumpahkan seluruh rasa kasih dan sayang,tanpa batas dan sempadan terhadap kesungguhan anak yang membahagiakanibu bapanya menerusi bakat kurniaan Allah.
        
    Tiada pernah Siti Fatimah Harun, 50, menyangka kerjakeras anak yang begitu mencintai dunia nyanyian akhirnya dihargaipencinta seni dengan penghargaan yang terlalu tinggi.

   
Malah katanya, OIAM juga mendedahkan sebuah rahsia yang selama ini tersimpan kemas jauh di sudut hati anak kesayangannya itu.

Hanya selepas menonton OIAM baru Fatimah memahami perit jerihyang terpaksa dilalui Tomok untuk membuktikan kepada peminat bakatbesar yang dimilikinya.
                          
KENANGAN ketika zaman kanak-kanak bersama kakaknya, Isma yang kini menyertai AF7.

                        Tidaksesekali dia menyangka anak lelakinya itu begitu kuat menyimpan rahsia,menyembunyi segala kepedihan hanya untuk menggapai cita-citanya sebagaipenyanyi.

Air mata kakitangan Koperasi Bank Islam cawangan MajuJunction, Kuala Lumpur ini, mengalir deras tatkala mendengar luahanTomok akan kesukaran yang ditempuhinya ketika mula bertapak dengankumpulan New Boyz.

"Saya tidak pernah tahu dia dibaling batu dan telur ketikamula menyanyi dulu. Tomok tidak pernah bercerita semua itu kepada saya.

"Mungkin sudah menjadi sikapnya, tidak suka menyusahkansesiapa atau membuat keluarga bimbang. Selalunya setiap kali pulangdari persembahan, Tomok akan berkurung dalam bilik. Tidak pernah diabersuara atau duduk bercerita mengenai persembahan yang dijayakannya.

                        
AKTIF bermain muzik di sekolah.
                        "Jikatidak kerana OIAM, saya sendiri tidak tahu begitu sukar laluan Tomokuntuk mengejar cita-citanya. Melihat dia menangis, saya turut samamengalirkan air mata mengenangkan betapa kuat semangatnya untukberjaya," katanya sebak.

Sesi fotografi yang disusun khas sebagai meraikan sambutanHari Ibu pada 9 Mei ini juga banyak mengenalkan khalayak siapa sebenarinsan yang memiliki nama penuh, Shah Indrawan Ismail, 24, ini.

Tomok di mata Fatimah ialah seorang anak yang bertanggungjawabdan sentiasa mendahulukan kepentingan insan yang disayanginya. Setiapwang hasil menjayakan persembahan bersama New Boyz dulu tidak pernahdisorok daripada pengetahuan keluarga.

Bukan bermakna keluarga mengongkong segala perbelanjaan dankemahuannya, cuma Tomok senang melihat rezeki yang diterima dikongsibersama keluarga tercinta.

"Rumah tempat kami bernaung ini Tomok yang bayarkan wangpendahuluan. Bapanya cuma menyambung ansuran bulanan. Dia pandaiberjimat, jarang boros membeli itu ini walaupun sudah punya wangsendiri pada usia muda," katanya.

Akui Fatimah, apa yang dikecapi Tomok hari ini adalah hasilusaha kerasnya selama ini. Usaha yang tidak pernah kenal erti lelah danjemu, biarpun dugaan tidak pernah jemu menyapa sepanjang perjalananitu.

Sebuah pesanan untuk anak kesayangannya, jangan melupai jasa mereka yang menyokong perjuangannya sepanjang di OIAM.

Disebabkan itu kata Fatimah, dia sentiasa berdoa semoga Tuhantidak mengubah sikap anaknya serta dijauhi perkara yang bolehmerosakkan nama baik mereka sekeluarga.

"Sampai sekarang saya tidak benarkan dia pulang lewat malam.Selagi dia tiada di rumah, selagi itu saya tidak akan melelapkan mata.

"Alhamdulillah, Tomok memang mendengar kata. Jarang diamembantah kerana dia tahu, apa yang kami lakukan ini untuk kebaikannyasendiri," katanya mengenai anak keempat daripada enam adik beradik itu.

Sepanjang Tomok menyertai OIAM, rutin kehidupan keluargaFatimah juga mengalami perubahan. Dia tidak akan membiarkan Tomokberjuang sendirian, malah dirinya sentiasa hadir di Sri Pentas 2, PlazaAlam Sentral untuk memberi sokongan.

"Ibu mana yang tidak mahu melihat anaknya berjaya? Sekuat manapun saya mahu Tomok menang, saya tidak mampu menahan suratan yangditakdirkan Tuhan. Ketika Tomok diumumkan hampir tersingkir, hati sayaluluh.

"Sedih dan pedih kerana saya tahu dia bekerja keras untukberada dalam Top 3. Alhamdulillah, semua itu hanya gimik keranaakhirnya Tomok layak juga bertanding.

"Kami sekeluarga berterima kasih kepada semua pihak yangmelihat kelebihan serta kekuatan bakat Tomok. Jasa mereka tidak mampukami balas dengan wang ringgit.

"Hanya ucapan terima kasih dapat diberikan kerana sokongan mereka meletakkan Tomok pada kedudukan sangat istimewa," katanya.

Selain Tomok, anak kedua Fatimah, Ismaliza Ismail atau Ismasedang berjuang dalam program realiti popular, Akademi Fantasia (AF) 7.

Kejayaan 'basuh' segala kritikan

MENITI 10 minggu yang penuh kejutan, Tomok sendiri tidakmenyangka dia mampu bertahan hingga ke final dan menjulang gelaranjuara.

Selama tempoh itu kata Tomok, dia sentiasa mengingatkan dirisegala kemungkinan yang akan berlaku serta bersedia menerima jikaditakdirkan perjuangannya menemui noktah awal.

Kejayaan yang disifatkan anak kelahiran Kuala Lumpur itusebagai membasuh segala kritikan serta serangan yang diterimanyaapabila mengambil keputusan untuk menyertai program realiti itu.

"Saya kuatkan semangat, malah tidak mahu terlalu memikirkankritikan negatif sebaliknya setiap minggu berusaha memperbaikikelemahan.

"Hanya selepas membawakan lagu Crazy In Love, saya mendapatsemangat dan kekuatan untuk terus berkarya apabila menerima pelbagaireaksi positif.

"Daripada situ saya memperoleh kepercayaan dan alhamdulillah,semua pengorbanan itu berbayar menerusi kemenangan ini," katanyaterharu.

Meraih gelaran juara kata Tomok, mengubah drastik segalapandangan umum terhadap kemampuan dan bakatnya yang selama inidipandang sebelah mata oleh sesetengah pihak.

Merendah diri kata Tomok yang pernah merakamkan enam albumbersama New Boyz, dia bersyukur kerana kelahiran semulanya diterimapositif peminat sekali gus memudahkan laluannya untuk bergerak solo.

Akuinya, kalau bukan kerana OIAM barangkali sukar untuk diamenepis tanggapan yang pernah dilemparkan kepada kumpulan yang terkenaldengan identiti 'lagu leleh' itu.

"Saya pernah lalui zaman sukar sebagai artis, justeru tidaksesekali menyangka akan mampu mendaki tahap ini. Segala pengalamanpahit dulu seakan terhapus dengan kemenangan ini," katanya.

Ketika nama masih panas, Tomok berharap dapat merealisasikan impian untuk memiliki album penuh dalam tiga bulan terdekat ini.

Ingin sekali bekerja dengan Aubrey Suwito dan Audi Mok, Tomokyang turut mengagumi kejayaan Faizal Tahir juga berharap akan dapatmembawakan sentuhan penyanyi lelaki popular itu.

"Dia banyak memberikan inspirasi untuk persembahan sayasepanjang berada di OIAM, selain membuat rujukan daripada kumpulanpopular antarabangsa seperti My Chemical Romance dan Muse.

"Alhamdulillah, ruang yang diberi OIAM terlalu luas untukmenyerlahkan kematangan saya dalam bermuzik. Inilah Tomok yang baru,"katanya.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-2-2025 12:13 AM GMT+8 , Processed in 0.121110 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list