|
Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]
[Copy link]
|
|
940# baghal
ayat pertama, firman Allah;"Sesungguhnya Kami menciptakan tiap-tiap sesuatu menurut takdir ( yang telah ditentukan)."
(Surah Al-Kamar :49)
ayat kedua, firman Allah; "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri."(Surah Ar-Rad : 13)
Di mana titik persamaan 2 ayat di bawah sekiranya Tuan mengaku ia tidak bertentangan..
Titik persamaan 2 ayat tu adalah 'tiap-tiap sesuatu menurut takdir'
sebagaimana pengertian Takdir yang telah di utarakan dahulu berkaitan Hadith riwayat Jabir:
Sabda Rasul s.a.w;
... pada akhir zaman nanti akan ada suatu golongan yang berbuat kemaksiatan, kemudian mereka berkata "Allah menakdirkan perbuatan itu kita lakukan". Orang yang menentang pendapat mereka (yang salah) pada zaman itu adalah bagaikan orang yang menghunus pedangnya fi-sabilillah.
Dari Ayat-ayat dan hadith itu dapat dimergertikan bahawa Takdir itu;
1.Sesuatu peraturan tertentu yang dibuat oleh Allah di alam ini.
2.sebagai undang2 umum atau kepastian yang diikatkan didalamnya antara sebab musabab, sebab akibatnya.
3.Perkara yang telah diketahui oleh Allah akan setiap perbuatan manusia (tiada erti pemaksaan umpama robot) yang timbul dari peraturan yang telah dibuatNya. |
|
|
|
|
|
|
|
940# baghal
Oh ya... apa kaitan huraian Takdir dengan fahaman sufi saudara ? (maaf.. aku memang suka bertanya ) |
|
|
|
|
|
|
|
941# Nazrulism
Titik persamaan 2 ayat tu adalah 'tiap-tiap sesuatu menurut takdir'
Adakah kita yang menentukan takdir kita sendiri?
Sabda Rasul s.a.w;
... pada akhir zaman nanti akan ada suatu golongan yang berbuat kemaksiatan, kemudian mereka berkata "Allah menakdirkan perbuatan itu kita lakukan". Orang yang menentang pendapat mereka (yang salah) pada zaman itu adalah bagaikan orang yang menghunus pedangnya fi-sabilillah.
Orang jabariah berpegang seperti itu..
Dari Ayat-ayat dan hadith itu dapat dimergertikan bahawa Takdir itu;
1.Sesuatu peraturan tertentu yang dibuat oleh Allah di alam ini.
Peraturan apa?
2.sebagai undang2 umum atau kepastian yang diikatkan didalamnya antara sebab musabab, sebab akibatnya.
Apa maksud undang2 umum atau kepastian? Apa hukum sebab akibat/ sebab musabab?
3.Perkara yang telah diketahui oleh Allah akan setiap perbuatan manusia (tiada erti pemaksaan umpama robot) yang timbul dari peraturan yang telah dibuatNya.
Adakah itu bermakna manusia mempunyai kuasa memilih? boleh merubah takdir yg tertulis?
Bagaimana dgn firman Allah yg semuanya telah tertulis?
Firman Allah Taala ;
"wakullu shaghiirin wakabiirin mustatharun"
"Dan segala (urusan) yang kecil maupun yang besar adalah tertulis."(Surah Qamar :53) |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 4-1-2010 11:09
943# baghal
Apa maksud undang2 umum atau kepastian? Apa hukum sebab akibat/ sebab musabab?
Undang2 umum / kepastian.
Surah Yasin : 37-40
Dan lagi dalil yang terang untuk mereka (berfikir) ialah malam; Kami hilangkan siang daripadanya, maka dengan serta-merta mereka berada dalam gelap-gelita; Dan (sebahagian dari dalil yang tersebut ialah) matahari; ia kelihatan beredar ke tempat yang ditetapkan baginya; itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui; Dan bulan pula Kami takdirkan ia beredar melalui beberapa peringkat, sehingga di akhir peredarannya kelihatan kembalinya pula ke peringkat awalnya (berbentuk melengkung) seperti tandan yang kering. Dengan ketentuan yang demikian), matahari tidak mudah baginya mengejar bulan, dan malam pula tidak dapat mendahului siang; kerana tiap-tiap satunya beredar terapung-apung di tempat edarannya masing-masing.
Apa hukum sebab akibat - sesuatu dilakukan mengakibatkan berlaku sesuatu.
seperti memakan menghilangkan lapar, meminum menghilangkan dahaga, belajar untuk menjadi pandai.
Sebab Musabab - sifat sesuatu yang meyebabkan berlaku
makanan mengenyangkan, air hilang dahaga, Ilmu jadi berpengetahuan.
Ini sebagai contoh PERATURAN yang telah ditetapkan oleh Allah dalam pengaturan perjalanan alam ini.
Adakah kita yang menentukan takdir kita sendiri?
Takdir kita terbahagi 2 (termasuk dalam takdir/ditentukan Tuhan)
1. Diluar kehendak/ pilihan manusia- spt bangsa kita, siapa ibubapa kita, fizikal kita dll.
2. Didalam lingkungan kehendak/ pilihan manusia - seperti memilih makanan disukai, Belajar ilmu yang digemari dan mana2 urusan manusia yang ia tentukan untuk melaksanakan atau tidak.
Dalam Hadith sahih
"Setiapa anak itu dilahirkan menurut fitrah"
Bermaksud asal kejadian manusia adalah suci, bersih dan murni. Dan ini dikukuhkan oleh Firman Allah surah Syams :7-10
"Demi diri manusia dan Yang menyempurnakan kejadiannya, Serta mengilhamkannya (untuk mengenal) jalan yang membawanya kepada kejahatan, dan yang membawanya kepada bertakwa; Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih, Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya.
Dapat difahami bahawa manusia asalnya sama rata, jujur dan lurus tapi diberikan untuk berfungsi dapat menerima kebenaran dan kesalahan, juga mempunyai persiapan untuk menjadi baik atau buruk.
Disamping itu manusia juga diberikan akal yang dapat menyatakan menyatakan yang benar sebagai kebenaran dan sesuatu yang bathil sebagai kebathilan. Dapat membezakan yang baik dan buruk serta dapat digunakan untuk membezakan antara ucapan benar dan ucapan dusta.
Nota: Kehendak manusia juga tidak terlepas dari kehendak dan keizinan Tuhan. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by Nazrulism at 4-1-2010 11:25
943# baghal
Adakah itu bermakna manusia mempunyai kuasa memilih? boleh merubah takdir yg tertulis?
Bagaimana dgn firman Allah yg semuanya telah tertulis?
Firman Allah Taala ;
"wakullu shaghiirin wakabiirin mustatharun"
"Dan segala (urusan) yang kecil maupun yang besar adalah tertulis."(Surah Qamar :53)
Memang semuanya telah tertulis !
Jika saudara memilih begini... telah tertulis begini-begini.
Jika saudara memilih begitu... telah tertulis begitu-begitu.
Dengan niat (samada baik atau buruk) yang terdetik dihati/jiwa pun telah ada dalam pengetahuan Allah.
Bagaimana pula huraian 'Takdir' saudara (fahaman sufi) ?
...oppss soalan lagi !... soalan sebelum inipun belum anda jawab... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by izzansdy at 4-1-2010 12:44
859# izzansdy
Anda yang keliru sebenarnya... Saya pasti Tuhan itu ada, dan saya pasti akan adanya pemberianNya (Rahmat/laknat).
apa yang belum PASTI, apakah balasan yang kita terima.. Adakah ...
Nazrulism Post at 27-12-2009 16:32
Maaf naz lambat jawab... banyak urusan
Anda masih belum lagi jawab soalan saya.... boleh ke pegangan ahli tasawuf dijadikan akidah???
Takut terputus kasih itu.... maksudnya kita yg putuskan kasihnya(lupa akan tuhan)
Kasih tuhan sudah pasti dan nyata bagi org yg beriman (bukan ragu2 lagi)...
Sudah nyata kasihnya.... mengapa mengharap pd suatu yg sudah nyata....sehingga kita lupa pd
pemberi kasih(tuhan)...
Juga kerna nyatanya kasih tadi dpt saya berhubung(beribadat) dng tuhan....
Mengapa mengharap pd pemberian bukan pd pemberi.....
Anda bawakan saya ayat ttg kedurhakaan.....
Tidak kah dng melupakan pemberi(allah) dng mengharap pd pemberian itu sifat durhaka????
Nampak anda langgar lagi ayat yg anda bawa....
Anda mengaharapkan pemberian.....
Tidakkah anda dari golongan org yg telah melanggar ayat surah Al imran yg pernah saya bawa dahulu...
"mereka mengharap mati(syahid) sebelum menghadapinya...."
dan bukan saya yg langgar...anda yg langgar kan ayat nie...
Itu le saya sentuh ttg masaalah ikhlas kerna ada ayat ttg ikhlas dan tawakkal...
Itu juga saya sentuh ttg pengharapan pd tuhan bukan pd pemberian....
Sudah pun saya bawakan ayat ttg takut HANYA pd tuhan.....
Adakah org yg takut pd azab tuhan itu org yg sebenar2 takut pd tuhan...
Kesimpulannya.... jika takut pun mana kita boleh sembunyi dari tuhan....
Itu le saya bawakan makna takut yg sebenar2 takut utk saya....
Dan kini siapa yg langgar ayat ini sekarang(ttg takut)????Anda ke saya????
Tuhan zalim ke nak masukkan kita dlm neraka....???? Tidakkah kita yg pilih jln ke neraka / syurga ???
Dan adakah itu kemuncak dari peribadatan kita pd tuhan( ingin masuk syurga / takut masuk neraka)???
Sedangkan kasih tuhan yg sudah nyata kita lupa...
Jika tidak bagaimana anda faham hadith kudsi ini
" Sesungguh nya RAHMAT ku dpt mengalahkan KEMURKAAN ku" ---- Abu Hurairah
kerna dlm quran ada menyebut tuhan tidak menzalimi kita walau sekecil zarah pun???
Malah kita selalu menyebut tuhan maha pengasih lagi maha penyayang...
Dan jika anda org yg mengamalkan ayat surah ARRAHMAN
"Maka nikmat ku yg mana satukan yg telah kamu kufuri??"
Anda bersyukur pd tuhan diatas pemberiannya...
ATAU anda bersyukur pd pemberian yg diberi tuhan...????
Bagaimana faham pegangan anda mengharap pd pemberian????
Telah saya katakan dahulu... nikmat itu dari ALLAH... dan nikmat itu BUKAN ALLAH !
Tidak kah dng begini anda bersyukur pd pemberian yg diberi tuhan...cuba fahamkan saya...
Bersyukur(Berterima kasih ) itu pd pemberinya(ALLAH)...
Lihat lagi bagaimana anda dng tidak secara langsung melanggar ayat ARRAHMAN itu lagi
Bagaimana faham anda ttg Bala'...???
Adakah ia nikmat ????
Jika ia bagaimana mensyukurinya?????
Jika tidak sila nyatakan sebabnya (fahaman anda)
Naz , bukan saya nak salahkan apa yg anda bawa....saya cuma bawakan apa yg tertulis dlm kitab saya dan anda
anda sbg org yg sempurna akal...nilaikan sendiri le...
Dan bukan itu motif saya....
Balik pd persoalan motif perbincangan le....yg anda timbulkan....
ADAKAH PEGANGAN AHLI TASAWUF BOLEH DIJADIKAN AKIDAH????
Dah penat saya tanya....
Anda timbul kan masaalah ini.... jangan tanya saya...
Anda perlu jawab.... BOLEH ATAU TIDAK....
Jika tidak.... dimana salahnya....atau pegangan saya melanggar ayat alquran....
Anda yg langgar bagaimana saya mau mengikut pegangan anda...
|
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by izzansdy at 4-1-2010 13:57
saudara naz...
Al-Anbiya : 90
Maka Kami perkenankan doanya dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami.
Pandai pula anda bawa ayat nie....
Hati yg kyusuk pd tuhan atau hati yg kyusyuk pd pemberian.....
Faham kan ayat itu betul2.... sempurnakan janji(amanah) kita dulu....
Permohonan itu setakat menunjukkan sifat seorg hamba...
adakah pengharapan tadi mengatakan mengharap pd pemberian....
Makin banyak ayat anda bawa makin banyak nampak bercanggah dng ayat yg lain...
lagi satu...
Al Mukminun :57-61
Sesungguhnya orang-orang yang sentiasa bimbang disebabkan takut kepada (kemurkaan) Tuhan mereka; Dan orang-orang yang beriman kepada ayat-ayat Tuhan mereka; Dan orang-orang yang tidak mempersekutukan sesuatu yang lain dengan Tuhan mereka; Dan orang-orang yang memberi apa yang mereka berikan sedang hati mereka gementar kerana mereka yakin akan kembali kepada Tuhan mereka; Mereka itulah orang-orang yang segera mengerjakan kebaikan dan merekalah orang-orang yang mendahului pada mencapainya.
Nampak tak ayat ttg org yg beriman pd ayat2 tuhan yg anda bawa....
Jng percaya yg ini.... langgar yg lain....
Lihat ttg mempersekutukan allah....syirik( menduakan)...
Jika anda mengharap pd pemberian dlm ibadah anda.....
Bagaimana nie.... dlm hati anda ada pengharapan pd tuhan dan mengharap pd pemberian le....
Tidak kah ini menduakan !!!!!inikah yg anda maksudkan dng kyusyuk...
Anda faham tak ayat yg anda bawakan !!!!
Sudah saya nyatakan nikmat itu dari ALLAH... dan nikmat itu bukan ALLAH...
Beribadah(menyembah) pd ALLAH bukan....
mengapa dlm hati ada pengharapan pd pemberian tuhan???
Tidakkah saya pernah nyatakan ikhlas itu hanya MENGHARAP pd tuhan...
Sayyidatuna Aisyah r.a. telah bertanya kepada Rasulullah s.a.w mengenai firman Allah di dalam ayat di atas :
Maksudnya lebih kurang: “Mereka memberikan apa yang mereka berikan sedangkan hatinya mereka takut…….” Katanya: “Wahai Rasulullah s.a.w! Adakah kerana mereka mencuri, berzina dan gerun?
Rasulullah s.a.w menjawab:
"Tidak, wahai puteri as-Siddiq! Tetapi mereka berpuasa dan bersolat dan takut amalan mereka tidak diterima.”
(Riwayat Ahmad, Tirmidzi dan Ibnu Majah)
Maksud hadith itu bukan mau tuhan menerima ibadah kita....
tapi takut amalan tak diterima tuhan kerna belum sempurna janjii kita dan tidak
kah sifat seorg hamba itu lemah.....
lalu ia mengharap pd tuhannya....
kerna janji tuhan(pemberian) itu sudah PASTI...
Tidakkah saya pernah kata Iman itu ada tingkatannya...
Tapi dlm beribadah bg org2 yg beriman.... sempurnakanlah janji kita....
nescaya tuhan sempurnakan janjinya.....
Ibadah seorg hamba hanya ia mengharap pd pemberinya...
Anda seolah2 menjadikan hadith sbg hukum atau pegangan...
Tidakkah hukum itu dari alquran...
Tidakkah baru sahaja saya bawakan ayat ttg janji dari surah al baqarah...???
hadith itu mesti sesuai diguna pakai bagi setiap ayat yg anda jumpa dlm alquran...
Jangan disalah ertikan..... bahaya tu !!!
Dan jangan memegang sebahgian ayat2 tuhan dan melanggar yg lain.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by izzansdy at 4-1-2010 13:57
saudara naz...
Anda seolah2 menjadikan hadith sbg hukum atau pegangan...
izzansdy Post at 4-1-2010 13:34
Sebelum saya respon yang lain-lain.... saya inginkan penjelasan yang ini!
Adakah hadith (sunnah) tidak boleh dijadikan sumber hukum/Aqidah ? |
|
|
|
|
|
|
|
946# izzansdy
Tidak kah dng melupakan pemberi(allah) dng mengharap pd pemberian itu sifat durhaka????
Nampak anda langgar lagi ayat yg anda bawa....
Masakan boleh lupa pada pemberi kalau mengharapkan rahmatNya dan takut azabNya.
TAPI kalau tidak menghiraukan RahmatNya dan Azabnya... akan tersalah berIKHLAS dengan 'tuhan' yang tak mampu memberi rahmat dan azab!
Sekalian makhluk yang ada di langit dan di bumi sentiasa berhajat dan memohon kepadaNya. Tiap-tiap masa Dia di dalam urusan (mencipta dan mentadbirkan makhluk-makhlukNya)!
( سورة الرحمن , Ar-Rahman, Chapter #55, Verse #29)
Akuilah yang kita hanya sebagai makhluk... berhajat kepadaNya dengan Memohon kepadaNya!
Sebagaimana suruhan Allah ini.
Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu, akan masuk Neraka Jahannam dalam keadaan hina.
( سورة غافر , Ghafir, Chapter #40, Verse #60)
Ingat : 1. Jangan sombong takbur daripada beribadat.
2. Jangan sombong takbur daripada berdoa kepadaNya (rasa tak perlu minta (doa) kerana tak harapkan
apa- apa dari Allah)
Akibatnya sangat Buruk.
Allah Yang menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon sebarang hajat.
( سورة الإخلاص , Al-Ikhlas, Chapter #112, Verse #2)
Telah Allah nyatakan... "Untuk memohon sebarang hajat" spt Memohon (mengharap) Syurga, memohon dijauhkan dari neraka (takut) dan apa jua permohonan DAN yang menjadi TUMPUAN ketika permohonan itu adalah ALLAH.
Tidak timbul "menduakan Tuhan" dengan pemberianNya .... Kecuali kalau kamu anggap pemberianNya mempunyai sifat seperti sifat Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Minta izin saudara.. kerana pinjam post ini.
[quote] Post Last Edit by baghal at 4-1-2010 02:44
Puak graved yg memutarbelitkan kebenaran, tp masih ramai yg buta tuli ikut..sedangkan Saidina Ali kwh, beliau mencaci dan menjelekkan Syi`ah dan memuji para sahabat Rasulullah.Beliau berkata pada hal 143:
“Sungguh saya telah melihat para sahabat Muhammad , tidak satu pun diantara mereka yang mirip dengan kamu!Mereka dipagi hari rambutnya kusut dan wajahnya penuh debu, karena semalaman telah sujud dan ruku`, dengan bergantian antara dahi dan pipi mereka, mereka berdiri seakan-akan diatas bara api karena mengingat hari kebangkitan mereka! Sepertinya diantara mata mereka ada guratan-guratan keteduhan (kekhusuan) karena lamanya sujud! Jika disebut nama Allah berderailah air mata mereka hingga membasahi dada mereka, mereka menunduk bagaikan pohon yang diterpa angin yang kencang, itu semua karena takut adzab dan mengharapkan pahala 盵/color]
baghal Post at 4-1-2010 02:40 [/quote] |
|
|
|
|
|
|
|
944# Nazrulism
Apa hukum sebab akibat - sesuatu dilakukan mengakibatkan berlaku sesuatu.
Kerajaan Malaysia melaksanakan/ memperketatkan undang2 jlnraya misalnya had laju, pakai tali pinggang keselamatan, topi keledar...tp kenapa masih ada kemalangan berlaku?
seperti memakan menghilangkan lapar, meminum menghilangkan dahaga, belajar untuk menjadi pandai
Ada yg makan tp xkenyang..cthnya ahli politik atau orang yg tamak..ramai orang belajaq, guru yg sama, kelas yg sama, toilet yg sama tetapi knp ada ranking tahap kepandaian...?
2. Didalam lingkungan kehendak/ pilihan manusia - seperti memilih makanan disukai, Belajar ilmu yang digemari dan mana2 urusan manusia yang ia tentukan untuk melaksanakan atau tidak.
Firman Allah Taala;
"waallaahu khalaqakum wamaa ta'maluuna"
Ertinya:"Padahal Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu". (Surah Ash-Shaaffat :96)
Berdasarkan ayat di atas, adakah akai Tuan masih dapat merubah apa yg Allah tentukan, sedangkan Allah jadikan Tuan dan apa yg Tuan lakukan...
Takdir kita terbahagi 2 (termasuk dalam takdir/ditentukan Tuhan)
1. Diluar kehendak/ pilihan manusia- spt bangsa kita, siapa ibubapa kita, fizikal kita dll.
Dalam Hadith sahih
"Setiapa anak itu dilahirkan menurut fitrah"
Pernyataan di atas menguatkan lagi hujah ,apa yg kita lakukan telah ditetapkan oleh Allah Taala...dimana titik persamaan yg usaha Tuan boleh merubah takdir Tuhan..?
?????? |
|
|
|
|
|
|
|
Minta izin saudara.. kerana pinjam post ini.
Nazrulism Post at 4-1-2010 16:11
Tuan amik post ni, pasal nak ngadu domba ka? |
|
|
|
|
|
|
|
947# izzansdy
Maksud hadith itu bukan mau tuhan menerima ibadah kita....
tapi takut amalan tak diterima tuhan kerna belum sempurna janjii kita dan tidak
kah sifat seorg hamba itu lemah.....
lalu ia mengharap pd tuhannya....
kerna janji tuhan(pemberian) itu sudah PASTI...
Mengharap - tidak membawa maksud memaksa Tuhan menerima ibadat kita /membalas ibadat dengan syurga.
TAPI rasa "PASTI' yang yang akan membawa kepada berIKHLAS kepada 'tuhan' yang tidak mampu memberikan apa-apa rahmat dan balasan azab kerana BERASAKAN telah menurut perintah dengan sempurna.
Beginilah.. kalau susah nak menangkap makna dan perbezaan antara pemberian dan pemberi (Allah) yang menjadi matlamat ibadah kita, saya cuba bawakan analogi atas dunia ini.
Kita belajar (kaedah) untuk mendapatkan Ilmu (matlamat),
kemudian kita MENGHARAPKAN keputusan cemerlang dan TAKUT gagal dalam peperiksaan.
-Mengharapkan keputusan cemerlang dan takut gagal itu tidak sesekali merosakkan Ilmu yang menjadi matlamat utama malah sikap itu juga menjadi pendorong untuk mendapatkan Ilmu sebaik mungkin. Yang menjadi masalah bila kita hanya ambil salah satu sahaja (pendorong @ matlamat) sepertimana kaum sufi yang mengambil aspek kecintaan sahaja dengan meninggalkan aspek Pengharapan dan takut. |
|
|
|
|
|
|
|
955# Nazrulism
[quote]
"waallaahu khalaqakum wamaa ta'maluuna"
Ertinya:"adahal Allah-lah yang menciptakan kamu dan apa yang kamu perbuat itu". (Surah Ash-Shaaffat :96)
Macam Jabariah pulak pemahaman tuan ni..
[/quote]
Saya cuma ulang makna ayat tu... Ayat tu jelas menunjukkan hak mutlak Allah sebagai Maha Pencipta dan tidak ada sekutu bagiNya yg dapat mengubah ciptaanNya ?????
Huraikanlah supaya tidak jadi jabariah..
Al-Baqarah :284
Segala yang ada di langit dan yang ada di bumi adalah kepunyaan Allah dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hati kamu atau kamu memyembunyikannya, nescaya Allah akan menghitung dan menyatakannya kepada kamu. Kemudian Ia mengampunkan bagi sesiapa yang dikehendakiNya dan menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) Dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Ayat diatas menyatakan semuanya adalah kepunyaan Allah (spt Ash-Shaafat:96). Ia mengampun dan menyiksa sesiapa yang dikehendakiNya (Ketentuan takdir)... Tapi Allah telah menunjukkan jalan bagaimana mengelak diseksa sebagai takdirnya dan digantikan dengan mendapat pengampunan sebagai takdirNya seperti ayat dibawah;
Ayat tu terang jelas tulis sesiapa yg dikehendakiNya..bukan mengelak takdirNya..tidak ada kena mengena merubah takdir..
Jadi gunakanlah sedikit akal untuk memikirkannya dan mengikuti jalan yang telah ditunjuk itu... Jangan berserah pada takdir semata-mata.
Adakah akal dapat mengubah takdir?
Apa yg Tuan hurai, belum nampak ada persamaan ayat yg di bincangkan..kehendak Allah dan usaha ikhtiar |
|
|
|
|
|
|
|
956# baghal
[quoteAyat tu terang jelas tulis sesiapa yg dikehendakiNya..bukan mengelak takdirNya..tidak ada kena mengena merubah takdir..][/quote]
Memang jelas "sesiapa yang dikehendaki" kesyurga dengan syarat melaksanakan perintahnya spt surah Thaha :82. dan tuan kata "bukan mengelak takdirNya"... itu tepat kerana manusia tidak ditakdirkan kesyurga atau neraka (tak perlu elak pun.. cuma perlu memilih- guna akal) melainkan melalui pilihan manusia itu sendiri (memilih yang benar atau salah/terpesong).. sebab itulah ianya sesuai dengan "Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri "
Tuan ada masalah ke.. Tuhan mentakdirkan manusia dengan kebebasan memilih (agar layak/wajar diadili) .. tapi masih tertakluk kepada kuasa Allah untuk menggerakkan perbuatan satelah pilihan masing-masing samada taat atau ingkar.
Kenapa nak ikut faham Jabariah yag memahamkan "sesiapa yang dikehendakiNya" dengan fahaman "Sebagai ketentuan sejak azali lagi" atau memang fahaman sufi sebegini?.. seperti pandangan mereka bila Iblis enggan sujud pada Adam, kononnya Iblis inilah yang paling mengerti bahawa sujud itu hanya pada Allah serta memang telah ditakdirkan Iblis keneraka.. BUKAN kerana iblis ingkar (Aqidah songsang).
Cuba fikir sikit... Jika seseorang itu diikat kaki dan tangan, lalu dicampakkan ke laut.
Kemudian di beri amaran.. AWAS... jangan terkena air! ......... Boleh ker begini? |
|
|
|
|
|
|
|
956# baghal
Apa yg Tuan hurai, belum nampak ada persamaan ayat yg di bincangkan..kehendak Allah dan usaha ikhtiar
Sabar... pelan-pelan !!!.
Jika tuan dah nampak akan persamaan ayat (tidak bertentangan antara satu sama lain)... TIDAKLAH tuan terpengaruh dengan fahaman sufi.... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by baghal at 5-1-2010 23:42
957# Nazrulism
tak perlu elak pun.. cuma perlu memilih- guna akal
Tapi Allah telah menunjukkan jalan bagaimana mengelak diseksa sebagai takdirnya dan digantikan dengan mendapat pengampunan sebagai takdirNya
Cuba baca apa yg Tuan dah tulis dalam thread #955
Itu ayat Tuan sendiri, dah lupa ka?
manusia tidak ditakdirkan kesyurga atau neraka melainkan melalui pilihan manusia itu sendiri (memilih yang benar atau salah/terpesong).
Tidakkah ayat Tuan bertentangan dengan firman Allah..bukan saya kata, Allah kata..
Firman Allah :
"wamaa arsalnaa min rasuulin illaa bilisaani qawmihi liyubayyina lahum fayudhillu allaahu man yasyaau wayahdii man yasyaau wahuwa al'aziizu alhakiimu"
"Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."(Surah Ibrahim: 4)
Tuhan mentakdirkan manusia dengan kebebasan memilih
tertakluk kepada kuasa Allah untuk menggerakkan perbuatan
Xpayah saya jawab, ayat Tuan di atas masih menunjukkan tidak ada persamaan ayat..
Saya tambah lagi hadis tentang ketetapan Allah..
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri telah memberikan contoh penanaman aqidah yang kukuh ketika baginda mengajari anak bapa saudara baginda, Abdullah bin Abbas radhiyallahu ‘anhuma dalam sebuah hadits yang diriwayatkan oleh Al-Imam At-Tirmidzi dengan sanad yang hasan. Ibnu Abbas bercerita,
“Pada suatu hari aku pernah berboncengan di belakang Nabi (di atas kendaraan), beliau berkata kepadaku: “Wahai anak, aku akan mengajari engkau beberapa kalimat: Jagalah Allah, niscaya Allah akan menjagamu. Jagalah Allah, niscaya engkau akan dapati Allah di hadapanmu. Jika engkau memohon, mohonlah kepada Allah. Jika engkau meminta tolong, minta tolonglah kepada Allah. Ketahuilah. kalaupun seluruh umat (jin dan manusia) berkumpul untuk memberikan satu pemberian yang bermanfaat kepadamu, tidak akan bermanfaat hal itu bagimu, kecuali jika itu telah ditetapkan Allah (akan bermanfaat bagimu). Ketahuilah. kalaupun seluruh umat (jin dan manusia)berkumpul untuk mencelakakan kamu, tidak akan mampu mencelakakanmu sedikitpun, kecuali jika itu telah ditetapkan Allah (akan sampai dan mencelakakanmu). Pena telah diangkat, dan telah kering lembaran-lembaran”.
Hadis di atas juga menunjukkan semua dalam ketetapan Allah, tidak ada kuasa makhluk mampu merubah keadaan..dan, fahamlah betui2..pena telah diangkat, dan telah kering lembaran2.
"sesiapa yang dikehendakiNya" dengan fahaman "Sebagai ketentuan sejak azali lagi"
Apakah hadis di atas bertentangan dgn maksud ketentuan Allah sejak azali???
seperti pandangan mereka bila Iblis enggan sujud pada Adam, kononnya Iblis inilah yang paling mengerti bahawa sujud itu hanya pada Allah serta memang telah ditakdirkan Iblis keneraka.. BUKAN kerana iblis ingkar (Aqidah songsang).
Fahaman di atas memang sesat lagi menyesatkan, jangan ikut "mereka" itu !!
Mana Tuan dapat ayat tu, dari web antisufi lagi ka?? banyak betui yg menyeleweng dari fahaman sufi..bertaubatlah, jgn baca web tu lagi, kalu baca pun jgn bawak ke sini buat hujah...
Cuba fikir sikit... Jika seseorang itu diikat kaki dan tangan, lalu dicampakkan ke laut.
Kemudian di beri amaran.. AWAS... jangan terkena air! ......... Boleh ker begini?
Zalim namanya....(tapi takkan Allah zalim pulak?) so, Tuan kena cari persamaan ayat tu supaya orang xkata Allah zalim.
Sabar... pelan-pelan !!!.
Jika tuan dah nampak akan persamaan ayat (tidak bertentangan antara satu sama lain)... TIDAKLAH tuan terpengaruh dengan fahaman sufi....
Allah bersama orang2 yg sabar..sampai hari ni hujah Tuan masih belum nampak persamaan, Tuan hujah mengikut 'syok sendiri' Tuan saja..padahal hujah Tuan masih jauh dari nampak kesamaannya..
Saya akan tinggalkan kesufian saya kalu Tuan boleh beri saya nampak dengan jelas persamaannya!!! |
|
|
|
|
|
|
|
Nazrulism:
seperti pandangan mereka bila Iblis enggan sujud pada Adam, kononnya Iblis inilah yang paling mengerti bahawa sujud itu hanya pada Allah serta memang telah ditakdirkan Iblis keneraka.. BUKAN kerana iblis ingkar (Aqidah songsang).
Baghal:
Fahaman di atas memang sesat lagi menyesatkan, jangan ikut "mereka" itu !!
Sama shj.
Setiap makhluk tidak akan terlepas dari makar (tipu daya) Nya walaupun ia Malaikat, iblis,jin &Manusia sekalipun.
Pena telah diangkat, dan telah kering lembaran-lembaran.
WALLAHU A'LAM. |
|
|
|
|
|
|
| |
|