CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: opahcikcur

ISTANA GAFIM XVIII - Akim calon Artis Baru Lelaki & Penyanyi Lelaki Popular

 Close [Copy link]
Post time 21-1-2010 11:25 PM | Show all posts
it's ok lily..i do understand wht r u trying 2 explain..but sometimes people doesn't think like we're thinking..here we r open n can share everything...coz we're like a family...u have ur own id ...
sally_8176 Post at 21-1-2010 23:16


kande sally, btul tuh..ai pn suka dgn komen2 kande lily..
slalunya bernas n boleh digunapakai..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2010 11:30 PM | Show all posts
Konsert ROKET! Destinasi: Bintang
Type:Music/Arts - Concert
Network:Global
Date:Sunday, January 31, 2010
Time:8:30pm - 10:00pm
Location:Borneo Rainforest @ Sunway
Street:berhadapan dengan Sunway Resort Hotel & Spa



DescriptionKitKat Klub Events mempersembahkan konsert Roket! yang menampilkanjuara-juara Akademi Fantasia musim 7 - Hafiz, Aril & Akim. Saksikankonsert luarbiasa ini yang menggabungkan nyanyian, tarian dan fesyen(dari Bon Zainal, Ervan Design & Materiel) ke sebuah dimensi baru.Kemunculan istimewa dari model-model dari Finalis Pencarian LelakiMaskulin (Majalah Maskulin, Kumpulan Karangkraf).

Harga Tiket: RM38 termasuk 1 minuman

Untuk tempahan, sila hubungi 03 7958 7877 / [email protected]
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 11:44 PM | Show all posts
Post Last Edit by Killa92 at 21-1-2010 23:09

Assalamualaikum warga Istana. Hee baru blk dari menyelesaikan tugasan di luar kota ni. Herm kat sini mesti ramai senior2 yg dah mengalami alam berkerja  ...
Killa92 Post at 21-1-2010 23:08


wah..killa keje dimana?good luck k..
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2010 11:51 PM | Show all posts
wah..killa keje dimana?good luck k..
izati_rowks Post at 21-1-2010 23:44
Kedai komputer jerk sambil keje tauke tu akan ajar psl hardware & sofware sementara menunggu result SPM tp x dpt gaji pun tp iols x kesah
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 12:08 AM | Show all posts
Konsert ROKET! Destinasi: Bintang
Type:Music/Arts - Concert
Network:Global
Date:Sunday, January 31, 2010
Time:8:30pm - 10:00pm
Location:Borneo Rainforest @ Sunway
Street:berhadapan dengan Sunway ...
man1994 Post at 21-1-2010 23:30
Wonder Air apa la yg dpt erk. Hee to Killa x ley gi sbb esok tu kene keje lgpun jauh sgt. Tp kat tv pun ade kan Mummy?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 12:20 AM | Show all posts
bye2 smua..
ngtuk awl plak mlm neh..

nunyte wrga istane..
love uollss..love soltan a.k.a afiqhakim gk!!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-1-2010 12:27 AM | Show all posts
bye2 smua..
ngtuk awl plak mlm neh..

nunyte wrga istane..
love uollss..love soltan a.k.a afiqhakim gk!!
syaza Post at 22-1-2010 00:20
Bye2 beradulah dgn tenang
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 05:14 AM | Show all posts
Post Last Edit by lily76 at 21-1-2010 23:02

Sorry warga istana....

I know maybe u ols upset with me... Cos, i'm upset too..

Either in bod gosip ke, bod music ke, or even dlm bod AF pun, tak  ...
lily76 Post at 21-1-2010 23:00

SABAR JEWLAH KANDEW..........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2010 05:15 AM | Show all posts
Slm2 Killa melaporkan diri.:pompom: Hee melaporkan diri dah nak beradu dah ni baru nak beradu dah terlampau seronok mengambara di gaffimers chat td. Semoga warga Istana semua sihat hendaknye
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 08:11 AM | Show all posts
Muka Baru Kuasai Pencalonan ABPBH09


Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 09:28 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 09:42 AM | Show all posts
Akim - Artis Baru Lelaki Popular & Penyanyi Lelaki Popular

“Mendapat dua pencalonan, Akim anggap itu satu rezeki buat. Apapun Akim ingin mengucapkan terima kasih pada peminat yang terus menyokong Akim walaupun perjalanan karier Akim terganggu dengan kontroversi. Namun Akim anggap itu semua sebagai satu teguran dan kritikan yang membina buat diri ini.

“Andai ditanya siapakah yang bakal menang, Akim boleh katakan yang Faizal Tahir memang kuat untuk kategori penyanyi lelaki popular. Tercalon sebagai finalis saja sudah memadai bagi Akim.”



artikel dr BH online
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 10:24 AM | Show all posts
Akim mahu perbaiki imej, bakat
Oleh METRA SYAHRIL MOHAMED
[email protected]
Gambar SHAHRIL AZMAN ZAIN


SELEPAS Bengang, Akim bakal muncul dengan single terbaru berjudul Inilah Cinta.

TATKALA melangkah bergelar artis selepas keluar dari Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7), tahun lalu, dia dilabel sebagai 'budak baru' yang bermasalah.
Banyak lakaran kritikan berbaur negatif terconteng di wajahnya.
Antara lain, anak muda berusia 19 tahun ini dikatakan sudah besar kepala, tidak serius ketika mengadakan sesi fotografi dan promosi selain merungut kononnya penat menjadi artis.
Begitulah yang menimpa pembawa diri bernama Afiq Hakim Ahmad atauAkim yang kini cukup popular dengan lagu Bengang.
Enggan untuk melenting atau berasa tertekan, semua kritikan yang disiarkan di media itu diterima Akim dengan hati terbuka. Malah berterima kasih kerana ia membolehkannya memperbetul serta memperbaiki kelemahan diri.
Melangkah menyelusuri liku hidup selaku artis, daripada seorang penyanyi, Akim menambah koleksi pengalaman karier apabila diberi peluang beraksi di gelanggang lakonan.
Bergandingan bersama Mila, Aril serta barisan pelakon lama seperti Azizah Mahzan dan Riezman, drama bersiri Kau & Aku menjadi titik permulaan buat Akim mengembangkan bakat.
Namun, lakonan sulungnya menerusi drama terbabit menerima maklum balas yang kurang memberangsangkan.
Agak 'kayu' dan kaku, maklum balas berkenaan tidak dinafikannya malah Akim sendiri mengakui akan perkara tersebut.
"Waktu menerima peluang berlakon, Akim baru sahaja keluar dari AF dan tidak ada asas lakonan.
"Lakonan saya memang keras dan saya tidak nafikan. Ia agak susah kalau hendak dibandingkan dengan menyanyi.
"Semuanya ini adalah pengalaman dan saya dapat pelajari sesuatu untuk diperbaiki pada masa mendatang," katanya ketika ditemui Hits pada sesi fotografi di studio Utusan, baru-baru ini.
Drama muzikal Kau & Aku bersiaran setiap Sabtu pada pukul 10 malam di saluran Ria (saluran 104, Astro).
Ia mengisahkan kehidupan remaja mengejar cita-cita di sebuah kolej seni persembahan.
Menariknya, drama muzikal bersiri 26 episod ini diserikan lagi dengan penampilan istimewa Hafiz (juara AF7), Stacy (juara AF6) dan Dafi (AF5).
Menyambung kata-kata, Akim memberitahu, di sebalik dikritik tidak pandai berlakon, dia berasa bertuah kerana dapat mengaut ilmu lakonan daripada kalangan pelakon senior.
"Bukannya saya tamak sangat hingga mahu mencuba semua tetapi ini adalah pengalaman paling berharga dalam hidup saya. Buat masa ini, saya belum ada menerima mana-mana tawaran berlakon. Kalau ada, saya pasti akan menerima," ujarnya.

2010, AF8 dan cabaran masa depan Akim
Menurut Akim, kehadiran 2010 yang bakal menyaksikan kemunculan AF8 membuatkannya mahu meningkatkan usaha agar terus relevan di medan seni tanah air.
Semakin memahami selok belok dunia hiburan, di sisi Akim, apa yang dilaluinya sepanjang 2009 akan dijadikan tapak untuk menunjangi perjalanan seninya di tahun mendatang.
"Saya sedar dengan kemunculan AF8 serta program realiti lain, akan lahirlah bakat-bakat baru seterusnya. Ia akan merancakkan lagi industri seni tempatan.
"Ini bermakna saingan akan bertambah kuat. Bagi saya, untuk terus hidup sebagai artis, saya perlu tampil dengan sesuatu kelainan serta idea-idea baru.
"Alhamdulillah, saya punyai keluarga dan rakan-rakan yang banyak memberikan sokongan,'' katanya.
Ditanya bagaimana dia ingin tampil dengan sesuatu yang baru, artis naungan Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) ini berkata, dia kini sudah mula berjinak-jinak dengan penulisan lirik.
Untuk itu, jelasnya, dia bakal muncul dengan single kedua berjudul Inilah Cinta, sebuah lagu yang berkisar tentang percintaan.
"Saya tulis sendiri lirik lagu itu. Saya mengambil masa 30 minit untuk hasilkan melodinya.
"Selepas Inilah Cinta, saya akan merakamkan sebuah lagi lagu iaitu Sumpah. Saya juga akan mencipta sebuah lagu bagi dinyanyikan oleh pelajar AF8 nanti," kata Akim yang teruja untuk menanti Inilah Cinta dipasarkan Februari nanti.
Tahun 2010 sememangnya dilalui dengan penuh bergaya oleh Akim apabila single pertamanya iaitu Bengang bertarung di pentas Anugerah Juara Lagu Ke-24 (AJL24) yang berlangsung di Stadium Putra, Bukit Jalil, Kuala Lumpur 10 Januari lalu.
Meskipun gagal memenangi sebarang anugerah, Akim mampu berbangga apabila diumumkan menerima Anugerah Penerima Nada Dering Tertinggi Hotlink di anugerah tersebut.
Akim memenangi anugerah itu melalui Peraduan Saat Kegemilangan Anugerah Juara Lagu 24 Bersama Hotlink yang terbuka kepada semua penonton melalui undian sistem khidmat pesanan ringkas (SMS).
Selain Akim, Stacy turut memenangi Anugerah Artis Popular Pilihan Hotlink melalui lagu Pakai Buang.

Rapat dengan Aril
Sementara itu, Akim berkata, dalam mencari hala tuju serta bergerak di gelanggang seni, dia sering kali mendapat bimbingan daripada rakan karibnya iaitu Aril.
Pernah bersama di pentas AF7, Aril bagi Akim adalah seorang rakan yang tidak lokek dalam memberikan nasihat.
"Ketika dalam AF, saya memang tidak suka cara Aril kerana selalu sangat bagi nasihat. Ia agak merimaskan saya.
"Tetapi, lama kelamaan, saya dapat menerima caranya. Kami sangat rapat dan selalu lepak bersama,'' ujarnya yang belum berkesempatan untuk melancong ke negara ASEAN menerusi pakej percutian yang dimenangi sewaktu menduduki tangga ketiga di malam kemuncak AF7, tahun lalu.

artikel dr utusan malaysia online
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 11:35 AM | Show all posts
Post Last Edit by SaVilara at 22-1-2010 12:25

Info sal konsert roket (spt yg diemailkan oleh pihak enfiniti):

We are glad to book the tickets on your behalf and would be grateful if you would arrange to make the payment asap to confirm your booking.

The concert tickets are RM38 per pax.
** Please note that we are also happy to courier the tickets to your address within
the Klang Valley, for a nominal fee of RM10.

Kindly therefore initiate the payment through our bank, the details as follows:

Account Name - Vertical Energy Sdn Bhd
Account No - 2122 7350 0106 31 (RHB Bank)
*Tolong faks atau emelkan salinan resip bersertakan nama, contact info anda.

Alternatively, you can also pay and collect your tickets directly from us
at:

F603, Pusat Dagangan Phileo Damansara 1,
No. 9, Jalan 16/11, Off Jln D'sara, PJ
Tel: 7958 7877    Fax: 7955 7978

The 90-minute showcase will be held on 31 January 2010 @ 8.30 pm

At: Borneo Rainforest @ Sunway
Across Entrance Of Sunway Hotel & Spa
Persiaran Lagoon, Bandar Sunway, Petaling Jaya
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 11:40 AM | Show all posts


farakim88 Post at 22-1-2010 10:24


cute!

thanx dindew dayang juruhias...
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 12:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by lily76 at 21-1-2010 09:40


"orang lombok*" @ "orang asli*" @ buruh kontrak*" paling hensem kupernah jumpa.. {:1_134:}

*istilah2 digunakan utk kutuk akim kat bod gosip..
- too bad, i'm too sensible n too openminded to feel sentap dgn statement yg leh dibuat bhn lawak cegini

haruskah akim bila ambik gambar je, nak buat aksi 'spastik'cegini? but in a way, okay gak dari aksi pose control-macho jememanjang..
lily76 Post at 21-1-2010 09:06


setiap pose akim (di waktu2 photoshoot yg tak bertema) mmg nampak dia ske letak trademark kekanak riang@remaja gilo2 diew...

kat bod gossip, iol mmg kengkadang gelak jek baca, n kengkadang terasa gak (depends maybe di waktu2 pms)..tp kalo takat kutuk indon kontrak dll tuh, mmg bese sgt dgr dah, dah leh jd joke2 manja dah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2010 12:28 PM | Show all posts
itu la masalahnya.. akim ni bukan leh buat pesen rambut over2 sgt.. kalau salah gaya, makin tak ensem.. bukan makin ensem..

kandew tak kisah dia nampak tak ensem, tapi takut jadi fashion-victim cos trying too hard to please ppl with his style..
lily76 Post at 21-1-2010 09:18


maybe dia masih lam proses experiencing with various styles...n kita leh pilih (or wat poll) sal mana2 pesen wambut yg kita rasew paling menarik di ati lam 'perjalanan' tuh... leh sajes kat dia utk dibuat wambut 'default'
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 12:32 PM | Show all posts
'menepati' ciri ke, yang 'menerapkan' ciri?

thanx, ni hari ni doc kasi MC, leh rehat2 n lepak2 istana lama sikit..
lily76 Post at 21-1-2010 09:32


smlm dindew lak yg 'pengsan' dr time lik keje membawa ke pagi...

xyah soltan terapkan pown those boboyz lam gafim neh dah 'naturally talented' lam bab mengkasanovakan dirik neh kan2 songok n lala kanz?
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 12:37 PM | Show all posts
Err,FT bukan juara OIAM.. Ni penilaian umum ni rasanya.. Yup, it's quitesurprising for Akim, cos ketiga2 Juara OIAM, AF & Mentor 2009 takdpt, tapi yg bukan juara dpt masuk Top5 kategori ni..

Mawi? Expected.. Tahun lepas menang kategori ni, tak mungkin tahun niterus terkeluar pencalonan.. Dlm ABPBH jarang ada kejutan2/perubahan2melampau..

Adam? Hampir setiap tahun, dia mmg ada.. KRU betul2 pandai jaga nkekalkan populariti dia.. Tapi, tahun ni i thought Tomok will take overhis place (walaupun sy ada undi Adam gak )
lily76 Post at 21-1-2010 10:47


haha maybe iol salah sowang yg dah jd lupew yg FT bukan jore sbb kejayaan2 n kemalatopan diew lam industri...

(walopun bkn jd idola) iol pown harap Akim dpt jdkan FT neh sbg panduan lam hal neh... x jd jore tp bkn bermakna peluang menyerlah tertutup terus...Adam n Aizat pown sama..
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2010 01:05 PM | Show all posts
Sorry warga istana....

I know maybe u ols upset with me... Cos, i'm upset too..

Either in bod gosip ke, bod music ke, or even dlm bod AF pun, tak bolehke people accept that kita boleh favor or even neutral dlm byk hal?Suka byk benda, ada opinion dlm byk hal, n suka nak tulis dlm bykthread/bod berlainan..

13 thn lepas, the atmosphere in forum Cari masih sihat, pendapat2 takdedikira bias pada mana2 pihak..  Tapi now, kena label ourself awal2 asfavor pd sesapa lak..  Sampaikan pendapat2 neutral pun leh kena hentamblk.. Adehh..

* ps: Sy sbnrnya suka macam2 jenis lagu, genre, artist, music &dramas, etc.. Citarasa sy sgt luas hence pendapat sy pelbagai.. It'sjust so happen Akim is versatile n multi persona, so i can easilypleased by his aura n talents countlessly n endlessly compared to otherartist.. Sbb tu juga, ada byk pendapat yg sy leh suarakan pasal akim,esp di bod Gafim ni, yg lebih mahupun yg kurang psl Akim.   

Nevertheless, the multitalented n multipersona AfiqHakim's a thing forme, n openminded warga Istana Gafim's a place for me.... Tapi mlm ni sytakde mood nak menulis..
lily76 Post at 21-1-2010 23:00


kandew lily, iol sempat pegi tgk 'preview' apa yg sebenar berlaku (walopun sblm nih iol x berapa terasa nak g 'jaga tepi kain/suar' penghuni umah2 lain)..

upset with u? why must i? i'm amused with the way u handled the situation n to defend for ur self (and sowang dirik lak tuh) without being too 'emotional or sentap', walopun ada beberapa nama yg kat situ nampak hostile (tp ada gak yg openminded n kind) towards people from another board yg dorang terasa kununnya ada 'ill-intention' towards pujaan dowang...and i'm glad at last sumewnya settle n segala kekeliruan n salahfaham dpt difahami..

kadang2 sesetengah orang nih walopun cerdik pandai camne pun, bila dah perasaan fanatik menguasai dirik, mmg susah nak bertindak/berfikir secara rasional..xleh beza antara kritikan ngan kutukan, ataupun pandangan dgn perlekehan (iol maksudkan secara am tanpa merujuk pd mana2 pihak...{:1_147:} dan iol pown sentiasa remind kan dirik sal menda nih agar x terjebak) Kita tau yg soltan pown kena kutuk n perlekehkan ngan sesetengah fan dak lain, tp bila idola dowang yg kena, dorang xleh lak terima...

yang penting skang harap2 istana n board akim's frens yg lain terus aman...kita tau x sumew fans yg 'busuk', ada yg ikhlas sokong idola masing2 tanpa mengutuk n tanpa panetik terlampau...

n iol harap agar kandew lily x terasa serik lagik nak menulis n beri pandangan kat sini...

n walopun kandew tulis lam B.I, iol tawu weol yg lain sumew kat sinik betul2 x kesah (bukannye sbb takut nak bagitau), n rata2 faham apa yg kandew cuba sampaikan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-2-2025 01:56 PM GMT+8 , Processed in 0.073786 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list