miss_lavander posted on 26-2-2014 01:51 AM
hari tu budak Hanes nih nak saman Dasya Sultan kan, katanya sebarkan fitnah. Skrg dah terbalik kt se ...
Sebahagian daripada pencerian itu berpunca daripada orang ketiga. Adakah kita tahu terdapat undang-undang yang menetapkan hukuman penjara atau denda atau kedua-duanya terhadap mereka yang bergelar orang ketiga yang meruntuhkan rumah tangga orang lain.
Apa pula takrif orang ketiga? Adakah merujuk kepada individu yang menjalin hubungan dengan isteri orang hingga membawa kepada penceraian? Menurut Seksyen 37 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 orang ketiga dirujuk kepada mana-mana orang yang menghalang sesuatu pasangan sudah bernikah daripada hidup sebagai suami isteri.
Seksyen 38 akta sama menyatakan mana-mana orang yang menghasut, memaksa atau memujuk lelaki atau orang perempuan supaya bercerai atau mengabaikan kewajipan dan tanggungjawabnya sebagai suami atau isteri adalah suatu kesalahan. Maknanya, orang ketiga ini boleh terdiri daripada sesiapa sahaja yang bertanggungjawab meruntuhkan sesebuah institusi rumah tangga.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Keluarga/20130523/ke_01/Berhati-hati-jika-anda-orang-ketiga#ixzz2uO5Y0yIl
© Utusan Melayu (M) Bhd
|