|
ALL ABOUT EBI KORNELIS - Dulu & Kini : Volume 4
[Copy link]
|
|
berita sampingan pagi ni dr murai.com.my
Teks oleh Ellyna Ali
KUALA LUMPUR, 15 MEI 2008: Desas-desus yang mengatakan bahawa syarikat rakaman EMI Malaysia bakal 'bungkus' atau menutup pejabat serta operasi mereka di Malaysia tidak lama lagi benar-benar mengejutkan karyawan seni serta artis terbabit.
Bayangkanlah, sesudah beroperasi selama lebih 30 tahun dan menjadi syarikat rakaman gergasi antarabangsa pertama yang membuka pejabat mereka di Malaysia, apakah ini tanda-tanda kejatuhan EMI?
Memikirkan nasib kebanyakan artis tempatan yang bernaung di bawah syarikat rakaman ini juga sangat membimbangkan sekali. Jumlah syarikat rakaman yang sedia ada sekarang ini tidaklah banyak mana dan kebanyakan label ini juga sudah menghadkan pengambilan penyanyi rakaman sebagai artis naungan mereka.
Jadi, ke mana mereka akan pergi selepas ini? Bagaimana nasib karya dan lagu nyanyian nama-nama besar seperti Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma, Sudirman Haji Arshad, Datuk Sharifah Aini, Hail Amir, Uji Rashid, Ella dan KRU?
Mereka adalah sebahagian daripada sejarah yang pernah tercetus dalam evolusi muzik tanah air dan sejarah ini telah pun menjadi khazanah yang sangat berharga.
Pada waktu yang sama, bagaimana pula dengan nasib pekerja tempatan yang sudah sekian lama menaburkan jasa dan khidmat mereka terhadap syarikat rakaman gergasi antarabangsa tersebut?
Bagi mendapatkan pengesahan mengenai kedudukan EMI Malaysia, murai.com.my berjaya mendapatkan Pengerusi Persatuan Industri Rakaman Muzik Malaysia (RIM) yang juga Pengarah Urusan Universal Music Malaysia Sdn Bhd.
Sandy Monteiro ketika dihubungi di pejabatnya semalam berkata, setakat ini pihak RIM juga masih belum mendapatkan pengesahan yang jelas berhubung perkara itu.
"Apa yang kita tahu, sejak EMI bertukar tangan ke pemilik yang baru iaitu Guy Hands yang latar belakangnya dulu dalam bidang perbankan, banyak perubahan yang akan dilakukan dalam EMI.
"Ini termasuklah mengurangkan jumlah artis naungan, menghadkan jumlah tenaga kerja daripada 4,000 kepada 2,000 orang serta serta mengecilkan atau menutup saja beberapa pejabat operasi EMI.
"Perubahan besar ini membabitkan EMI secara keseluruhannya dan ini tidak terkecuali berlaku di EMI Asia dan Asia Tenggara. Sudah pastilah EMI di Malaysia juga akan menerima kesannya.
"Cuma kita tidak tahu apa yang akan berlaku pada EMI di Malaysia nanti. Kalau di Indonesia, ia masih beroperasi. Di Singapura, hanya bahagian jualan mereka saja yang masih beroperasi dan di Thailand, mereka langsung tiada apa-apa lagi," katanya.
Janet Jackson, Robbie Williams turut terjejas
Menurut Sandy lagi, sekiranya berlaku penutup EMI Malaysia atau di bahagian domestik syarikat rakaman gergasi antarabangsa tersebut, ia sememangnya memberi kesan ke dunia hiburan.
"Inilah yang sangat merisaukan kami di RIM namun sebagai persatuan muzik, RIM sendiri tidak berupaya untuk berbuat apa-apa kerana segala keputusan terletak di tangan pemilik barunya, Guy Hands. Sebagai orang dari dunia perbankan, sudah tentu dia mahu melihat EMI membuat keuntungan segera atau jangka masa pendek untuk menyelamatkan syarikat rakaman tersebut.
"Sekarang ini pun banyak artis antrabangsa EMI yang sudah meninggalkan syarikat rakaman itu termasuklah Rolling Stones dan Janet Jackson. Terbaru ialah Robbie Williams kerana dia tidak dapat melihat bagaimana dia mampu bekerja dengan orang seperti Guy Hands," kata Sandy.
Beliau berkata, dia dan RIM sudah lama menjangkakan keadaan seperti ini akan berlaku dalam di Malaysia sejak 7 hingga 8 tahun lalu.
"Cetak rompak dan kegiatan download sememangnya adalah permulaan kepada kejatuhan bisnes hiburan ini. Akibat daripada itu macam-macam kemelut yang berlaku sehinggalah munculnya bisnes jualan secara ringtones pula.
"Namun, kalaulah EMI hendak mengharapkan keuntungan dari segi jualan ringtones, mereka sebenarnya harus memulakan dari awal lagi. Itulah yang ditekankan Guy dan sekarang ini, ia disifatkan sebagai sudah terlewat.
"Apapun bagi kami yang lain terutama saya di Universal Music, kami masih lagi positif dengan bisnes hiburan yang sudah sekian lama kami ceburi ini. Begitu juga Warner Music Malaysia walaupun dikatakan mula tidak stabil kerana berdepan banyak masalah dalaman," katanya.
((realiti industri muzik sekarang.....nak buat album penuh pun dah tak kerap mcm dulu......kena pomot cara lain.....ringtones ke, album single ke)) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #968 lailamajnun04's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #972 tweetytweety's post
stacy sampai nanes prektis nyanyi lagu ni.....feel terlebey suda |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #977 tweetytweety's post
got ur posto....yg itu pong udah feeling terlebey suda
tu lah stacy sudah WAH!!.....lagi satu nak nengok Stanly & Toi >>>ada ka akan terlebey suda especially stanly ? |
|
|
|
|
|
|
| |
|