CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jac_diehard_fan

[R-TV] ONE IN A MILLION 3 : PART 3

[Copy link]
Post time 8-5-2009 11:02 AM | Show all posts
boring r mlm2 jumaat aku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-5-2009 11:51 AM | Show all posts

Balas #961 AyieBoyZ\ catat

bersyukur taperlu berebut tv dgn org   dan dpt blk awal sket kampun g
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 12:56 PM | Show all posts
Zaman pop leleh sudah berakhirOleh SAHARUDIN MUSTHAFA
[email protected]


Saat-saat manis ketika ditabalkan sebagai juara OIAM musim ketiga.

SEPULUH tahun dahulu, Shah Indrawan Ismail sama seperti rakan sebayanya yang lain dibesarkan dalam persekitaran masyarakat yang berpendapatan sederhana di kawasan perumahan Bandar Tun Razak, Cheras, Kuala Lumpur.
Di situ dia dibesarkan dan kehidupannya hanyalah di sekitar lingkaran masyarakat yang terdiri daripada keluarga pelbagai kaum.
Seperti biasa, setiap pagi dia ke sekolah yang berdekatan dengan kediaman keluarganya.
Pada waktu petang pula, Shah Indrawan yang gemar bermain bola sepak akan bersama rakan-rakan sepermainan beriadah untuk mengeluarkan peluh.
Di kalangan rakan-rakannya, nama Shah Indrawan bukanlah nama yang popular.
Sebaliknya, remaja lelaki itu lebih dikenali sebagai Tomok yang dibesarkan oleh pasangan suami isteri, Ismail Salim dan Siti Fatimah Harun dengan penuh tertib serta dibekalkan dengan panduan dan nasihat agar menjadi seorang anak yang bertanggungjawab.
Hari ini, hidupnya berubah dalam sekelip mata.
Gelaran 'jutawan segera' yang diberikan kepadanya selepas meraih gelaran juara musim ketiga, One In A Million (OIAM) masih terlalu janggal buatnya.
"Duit pun belum dapat, mana boleh panggil saya jutawan," katanya pada pertemuan awal di kediaman baru Tomok dan keluarganya di Alam Damai, Cheras petang Rabu lalu.
Kemenangan yang tidak pernah diduga Tomok membawa rahmat yang bukan sedikit bagi anak muda berusia 24 tahun itu.
Dahulunya, dia berjuang atas tiket kumpulan New Boyz. Dia bersama rakan-rakannya bekerja keras untuk memahat nama sebagai band boy yang berjaya di persada seni tanah air.
Namun lumrah bagi artis berkumpulan lelaki bukan mudah untuk menarik perhatian masyarakat secara total.
Dihina, dikecam, dikritik hanya kerana lagu-lagu yang New Boyz perjuangkan berkonsepkan pop leleh dan melankolik menyebabkan Tomok diheret sama dalam perdebatan.
Mujur, Tomok seorang yang sedar diri. Tidak pernah ambil kisah cakap-cakap negatif orang-orang di sekeliling, dia dan rakan-rakan dalam New Boyz sekadar memekakkan telinga dan tebalkan muka.
"Yang saya tahu saya dan rakan-rakan cari makan dalam muzik. Buat apa nak ambil kisah cakap orang. Walaupun pedih telinga dibuatnya, diam sajalah," Tomok berkongsi keperitan hidup pada awal penglibatannya sebagai anak seni pada sekitar tahun 1999.
Bertitik tolak daripada cabaran-cabaran yang diterima, Tomok menyedari, dia harus melakukan transformasi pada kerjaya seninya.
Tanpa menunggu lama, selepas kontrak rakaman New Boyz bersama syarikat rakaman Suria Records berakhir, dia nekad mahu menyertai OIAM yang ketika itu sedang dalam pencarian menjejaki peserta.
"Saya memang menyimpan hasrat ingin sertai OIAM. Alhamdulillah saya berjaya dalam uji bakat dan akhirnya terpilih ke peringkat Top 12.
"Namun, berada dalam senarai Top 12 bukan saat yang menggembirakan saya kerana menyedari cabaran menjadi makin sukar," ujarnya.
Hanya kerana dia seorang artis menyertai program realiti, Tomok tidak sangka ramai yang menentang penglibatannya.
Mujur kekuatan diri yang ada sepanjang tempoh sedekad menjadi artis profesional menjadi dinding kesabarannya.
Bagaimanapun, selama menjayakan konsert mingguan, setiap minggu Tomok membuat persediaan dari aspek mental bahawa dia akan tersingkir lebih awal berbanding orang lain.
"Setiap minggu saya sudah bersedia untuk disingkirkan sebab saya sangat memahami sentimen audiens.
"Saya tidak menyalahkan audiens jika mereka tidak mahu memilih saya kerana yang dicari mereka adalah penyanyi baru," kata Tomok penuh positif.
Kemanisan menemani Tomok sepanjang dia berada dalam konsert mingguan.
Pujian dua pengkritik tetap OIAM, Syafinaz Selamat dan Paul Moss menjadi motivasi buat Tomok untuk memperkasakan kedudukannya.
Sehinggalah pada final OIAM minggu lalu, keadaan menjadi sangat genting buat Tomok.
Bukan saja Tomok yang merasakan masa depannya hampir gelap, bahkan seluruh kaum keluarga penyanyi itu juga sudah seperti hilang semangat.
Masakan tidak, nama Tomok diumumkan sebagai peserta yang tersingkir pada pentas final OIAM.
Mahu tahu apa perasaan Tomok?
"Tuhan saja yang tahu betapa remuknya hati saya. Saya tak boleh nak berkata apa-apa ketika itu. Tipulah kalau saya katakan saya tidak sedih, kecewa dan putus asa.
"Alhamdulillah, keadaan berubah di saat-saat akhir dan rezeki berpihak kepada saya. Syukur yang tidak terhingga kerana rezeki yang ditentukan buat saya," kata Tomok yang masih tergamam dengan kejayaan itu sehingga ke hari ini.
Dan rasa terima kasih Tomok pada stesen penyiar, 8TV yang menawarkannya peluang keemasan itu sentiasa tidak pernah lekang dari bibir Tomok.
Ikrarnya, dia mahu memastikan transformasi imej dan aliran muziknya selepas menyertai OIAM benar-benar berbaloi dengan hadiah kemenangan yang diberikan kepadanya.
"Fokus saya selepas ini ialah memberikan perhatian pada penerbitan album solo.
"Inilah saat yang saya nantikan. Saya mahu berubah demi kebaikan kerjaya seni saya," ujarnya yang sudah tidak sabar untuk ke studio merakamkan album solo.
Andai peluang diberi, Tomok mahu bekerjasama dengan komposer Aubrey Suwito serta Audi Mok yang disifatkan anak muda itu sebagai dua komposer kreatif tanah air.
Paling utama, Tomok mahu mengutip seberapa banyak ilmu muzik daripada dua karyawan muzik yang semakin masyhur itu.
New Boyz tetap di hati
Sesudah menjadi bintang solo, apakah ini bermakna, tumpuan Tomok pada kumpulan New Boyz akan hilang sekelip mata?
Itulah yang menjadi tanda tanya di kalangan media dan peminat-peminatnya.
"Tidak mungkin saya melupakan rakan-rakan New Boyz. Kami sudah sepakat akan terus bersama memperjuangkan apa yang kami lakukan selama ini.
"Cuma kini, saya perlu memberikan tumpuan pada karier solo saya terlebih dulu. Selepas segala-galanya reda, saya pastinya akan bekerjasama dengan New Boyz pula," itu janji Tomok buat rakan-rakan New Boyz dan peminat-peminat kumpulan itu.
Pengorbanan rakan-rakan New Boyz kata Tomok bukannya sedikit.
"Setiap minggu mereka datang beri sokongan semasa saya dalam OIAM. Saya gembira kerana mempunyai rakan-rakan yang cukup memahami aspirasi saya dalam muzik," ujarnya dalam nada terharu.
Doa buat Isma
Di kalangan peminat seni tanah air, barangkali semuanya sudah sedia maklum, ketika ini seorang lagi saudara kandung Tomok sedang diuji bakat seninya.
Yang dimaksudkan ialah Ismaliza Ismail, 30, yang merupakan salah seorang peserta yang sedang menimba ilmu dalam Akademi Fantasia ke-7 (AF7).
Ismaliza atau Isma merupakan kakak sulung Tomok.
Andai rezeki berpihak kepada Isma, pastinya keluarga bahagia itu akan mendapat kejayaan berganda dan melengkapkan cita-cita mereka untuk menjadi keluarga seni yang disegani.
"Saya gembira dengan perkembangan kejayaan kakak saya dalam AF7. Doa saya kejayaan juga akan berpihak padanya," Tomok menyuarakan rasa bangga pencapaian Isma yang juga 'rakan karibnya' dalam bidang seni.
Kata Tomok, dia dan Isma sering bertukar pandangan mengenai kerjaya sebagai anak seni.
Kerana itu juga, vokalis utama kumpulan New Boyz ini tidak sabar-sabar untuk hadir memberi sokongan kepada Isma pada persembahan konsert AF nanti.
Tomok anak yang baik - Ibu
Bagi wanita bernama Siti Fatimah Harun, 50, tiada apa yang menggembirakannya ketika ini selain daripada mendoakan Tomok terus berjaya menggenggam kejayaan pada masa depan.
Sebagi ibu, jauh di sudut hati, Siti Fatimah berkongsi gembira dengan tuah anak keempatnya itu.
"Hati ibu mana yang tak seronok tengok anaknya berjaya. Walaupun Tomok tidak belajar tinggi, tapi saya bersyukur kerana dia berjaya dengan caranya.
"Doa saya Tomok akan kekal merendah diri dan menjadi anak yang baik dan bertanggungjawab. Saya sentiasa berpesan pada Tomok jangan lupa diri hanya kerana berjaya dalam sesuatu perkara," Siti Fatimah menitipkan nasihat buat kesekian kalinya kepada anak bujangnya itu.
Ditanya peribadi Tomok pula, wanita yang cukup peramah ini menjelaskan, anaknya itu merupakan seorang yang pendiam.
Bahkan, Siti Fatimah tidak menafikan juga bahawa Tomok seorang yang gemar berahsia.
"Jarang sekali dia bercerita mengenai kesusahan menjadi artis. Bila tengok dia menangis dalam OIAM bercerita mengenai kesukarannya, baru saya tahu yang Tomok banyak memendam rasa.
"Namun, saya bersyukur kerana dia tidak pernah menyusahkan saya dan juga bapanya. Bahkan, dia pula yang banyak membantu memberikan kehidupan yang selesa buat kami sekeluarga," kata Siti Fatimah lagi.
Sebagai anak, Tomok menghargai pengorbanan ayah dan ibunya dalam membesarkan dia sehingga menjadi Tomok hari ini.
Janji Tomok juga, dia mahu memberi keutamaan kepada ayah dan ibu sementelah dia masih lagi bujang.
Dan kerana itu, awal-awal lagi Tomok sudah merancang sejumlah amaun wang kemenangan itu untuk dihadiahkan kepada ibu dan ayah yang selama ini menjadi tulang belakang kejayaannya.
Selebihnya, dia mahu membuat pelaburan masa depan selain hal-hal yang melibatkan penerbitan album dan aspek 'penjenamaan semula' kerjaya seninya seperti yang dirancang oleh 8TV.
"Saya takut andai saya lupa diri satu hari nanti. Itulah kebimbangan saya. Kerana itu saya pohon kepada keluarga dan rakan-rakan tegurlah saya andai ada perubahan ketara yang boleh menjahanamkan masa depan berlaku pada diri saya," pinta Tomok sebelum mengakhiri perbualan pada petang itu.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 06:14 PM | Show all posts
hurm...malam ni nak tengok rancangan ape huh??? OIAM dah habes...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 06:31 PM | Show all posts
sunyi jer dah rumah nih......OIAM3 dh abih katakan....


ai nk ucapkn hepi mothers day to all mums in d whole wide world....

luv u so much mummy, xde tandingan di dunia dn smpi syurga............

   
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2009 02:04 AM | Show all posts
nak ajak kawan2 sini masuk contest mingguan lisa anjurkn utk mentor3 nih la.....TQ

rujuk http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=418114&extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2009 02:59 PM | Show all posts
ESTHER - MENGGAPAI MIMPI
http://www.hotfm.com.my/hotfm_prelude.asp
UNDI!!!

Nape lagu TOMOK belum lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2009 07:53 PM | Show all posts

Balas #967 i_know_you_wont\ catat

sbb lagu tomok ngan aweera da stat main awal2 aritu... kirenye lagu esther derang main kat situ jela kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2009 11:41 PM | Show all posts
rindunye kat thread nie..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 12:03 AM | Show all posts
Setelah menonton sebahagian dari konsert Final AF malam ini, saya rasa saya ingin mengucapkan tahniah kepada produksi Grand Finals OIAM 3 kerana segala2 nyerr adalah tip-top and excellent....dari segi timing, stage, hosts (yang pro n tak buat lawak bodoh), contestants, baju (walaupun baju esther hazab), juri yg tak bagi komen meleret.....lagu baru finals yg amat tip-top utk semua peserta.....lighting, everything lah boleh dikatakan amat cemerlang......final AF7 mmg tak leh nak tandingi neh....you guys are just sengaja excellent!
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 01:45 AM | Show all posts

Balas #970 defeduck\ catat

aku tertengok sikit af7 finals tadi, tapi tak tahan (maafkan saya af fans). lepastu terus masuk bilik cari top 12 OIAM 3 punya opening performance kat youtube.
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by defeduck at 17-5-2009 12:03 AM
Setelah menonton sebahagian dari konsert Final AF malam ini, saya rasa saya ingin mengucapkan tahniah kepada produksi Grand Finals OIAM 3 kerana segala2 nyerr adalah tip-top and excellent....dari ...

actually....w/pun lisa tak follow sgt af7 or lain2 af pun....just tgk2 gitu2
mmg lisa perasan gak produksi dia org yg langsung tak leh lawan oiam
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 11:05 AM | Show all posts
af7 mane leh tanding ngan oiam.. lngit ngan bumi r.. huhu..

td tertengok nasi lemak kopi o kt tv9.. tomok ade.. rupenye ari nih burfday die.. huhu.. best r die nyanyi aku cinta padamu ngan rindu terhenti td..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by defeduck at 17-5-2009 00:03
Setelah menonton sebahagian dari konsert Final AF malam ini, saya rasasaya ingin mengucapkan tahniah kepada produksi Grand Finals OIAM 3kerana segala2 nyerr adalah tip-top and excellent....dari segi timing,stage, hosts (yang pro n tak buat lawak bodoh), contestants, baju(walaupun baju esther hazab), juri yg tak bagi komen meleret.....lagubaru finals yg amat tip-top utk semua peserta.....lighting, everythinglah boleh dikatakan amat cemerlang......final AF7 mmg tak leh naktandingi neh....you guys are just sengaja excellent!


ya betul....
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 07:53 PM | Show all posts
uwaa..!!

semalam tgk konsert final AF7 samapi kul 12 mlm..boring..!!!!!

mmg mcm langit dan bumi ngan konsert final oiam3..sgt2 gempak..

semalam tengok pon sebab tau tomok ade,dan mmg nak tgk kak isma..

paling tak best,hadiah nom.5 trofi je???


nasib bek tomok menang sejuta..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2009 07:53 PM | Show all posts
Originally posted by AyieBoyZ at 17-5-2009 11:05
af7 mane leh tanding ngan oiam.. lngit ngan bumi r.. huhu..

td tertengok nasi lemak kopi o kt tv9.. tomok ade.. rupenye ari nih burfday die.. huhu.. best r die nyanyi aku cinta padamu ngan ri ...


oo,yeke??
ade catch up tak??

cam best jer..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-5-2009 01:51 AM | Show all posts
harap2 semua leh enter peraduan mingguan untuk MENTOR lak....TQ

rujuk http://forum.cari.com.my/viewthread.php?tid=418114&extra=page%3D1
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2009 11:24 AM | Show all posts
dengarkanlah lagu akan tiba dari penyanyi Amylea versi studio..agak menarik sebab Amylea yang tulis lagu nie dan Alif yang nyanyikannya.Tetapi penulus lagu nie nyanyikan balik.teringat masa dia nyanyi TOP 12 kot...


http://www.fileden.com/getfile.php?file_path=http://www.fileden.com/files/2006/6/20/78828/Amylea%20akan%20tiba.amr
format amr.Sesuai untuk hp jer
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.594562 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list