CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mohdmus

Ilmu tasauf dan tarikat [+ gabungan thread mohdmus]

[Copy link]
Post time 6-1-2010 11:43 AM | Show all posts
959# baghal
tak perlu elak pun.. cuma perlu memilih- guna akal

Tapi Allah telah menunjukkan jalan bagaimana mengelak diseksa sebagai takdirnya dan digantikan dengan mendapat pengampunan sebagai takdirNYA

Cuba baca apa yg Tuan dah tulis dalam thread #955
Itu ayat Tuan sendiri, dah lupa ka?


Itupun tak boleh faham ker?... Kalau dah memilih dengan betul, secara tidak langsung telah mengelak menerima seksa !

Tidakkah ayat Tuan bertentangan dengan firman Allah..bukan saya kata, Allah kata..

Firman Allah :

"wamaa arsalnaa min rasuulin illaa bilisaani qawmihi liyubayyina lahum fayudhillu allaahu man yasyaau wayahdii man yasyaau wahuwa al'aziizu alhakiimu"

"Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka. Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan Dia-lah Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana."(Surah Ibrahim: 4)


Ayat ini juga tidak bertentangan !
Jika semuanya telah ditakdirkan.. Tak perlupun diutuskan Rasul untuk memberi penjelasan yang terang.. melainkan agar manusia dapat memilih samada nak mengikuti Rasul atau mendustakan Rasul yang diutus.
Al-Insan:3
"Sesungguhnya Kami telah menunjukkan kepadanya (melalui akal dan Rasul) akan jalan-jalan (yang benar dan yang salah; maka terserahlah kepadanya) samada dia bersyukur (dengan beriman dan taat), ataupun dia berlaku kufur (dengan mengingkari kebenaran atau menderhaka). "

Jelas Allah telah memberikan petunjuk dan bimbingan kepada manusia akan jalan yang hendak ditempuhnya (yang hak @ bathil). Terserah kepadanya yang mana satu menjadi pilihan hatinya

Al-Balad :10
Dan Kami telah menunjukkan kepadanya (manusia) dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi).

Ingatlah, setiap manusia akan diminta bertanggung-jawab akan segala perbuatan, tingkah laku dan kecenderungannya diakhirat nanti

Surah Syam
9 Sesungguhnya berjayalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih bertambah-tambah bersih (dengan iman dan amal kebajikan),
10 Dan sesungguhnya hampalah orang yang menjadikan dirinya yang sedia bersih itu susut dan terbenam kebersihannya (dengan sebab kekotoran maksiat).

surah Muddatstsir : 38
Tiap-tiap diri terikat, tidak terlepas daripada (balasan buruk bagi amal jahat) yang dikerjakannya

Maka Allah menyesatkan siapa yang Dia kehendaki, dan memberi petunjuk kepada siapa yang Dia kehendaki


Disini.. tiada ditakdirkan (ditetapkan) sesat atau mendapat petunjuk melainkan "Siapa yang Dia kehendaki"
Siapa yang Dia kehendaki sesat ?...  Orang yang memilih ingkar.
Siapa yang Dia kehendaki mendapat petunjuk ?... sila rujuk surah Thaha :82 (dah banyak kali aku suruh ko baca!)

INGAT: Allah tidak zalim dengan menghukum perkara yang diluar pilihan manusia itu sendiri,

Cuba fikir sikit... Jika seseorang itu diikat kaki dan tangan, lalu dicampakkan ke laut.
                        Kemudian di beri amaran.. AWAS... jangan terkena air!   ......... Boleh ker begini?
Zalim namanya....(tapi takkan Allah zalim pulak?)  so, Tuan kena cari persamaan ayat tu supaya orang xkata Allah zalim.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2010 10:11 AM | Show all posts
961# Nazrulism
Itupun tak boleh faham ker?... Kalau dah memilih dengan betul, secara tidak langsung telah mengelak menerima seksa !

Ayat ini juga tidak bertentangan !
Jika semuanya telah ditakdirkan.. Tak perlupun diutuskan Rasul untuk memberi penjelasan yang terang.. melainkan agar manusia dapat memilih samada nak mengikuti Rasul atau mendustakan Rasul yang diutus.


Hadis riwayat   Abdullah bin Masud ra., ia berkata:
Rasulullah saw. sebagai orang yang jujur dan dipercaya bercerita kepada kami: Sesungguhnya setiap individu kamu mengalami proses penciptaan dalam perut ibunya selama empat puluh hari (sebagai nutfah). Kemudian menjadi segumpal darah selama itu juga kemudian menjadi segumpal daging selama itu pula. Selanjutnya Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan diperintahkan untuk menulis empat perkara yaitu: menentukan rezekinya, ajalnya, amalnya serta apakah ia sebagai orang yang sengsara ataukah orang yang bahagia. Demi Zat yang tiada Tuhan selain Dia, sesungguhnya salah seorang dari kamu telah melakukan amalan penghuni surga sampai ketika jarak antara dia dan surga tinggal hanya sehasta saja namun karena sudah didahului takdir sehingga ia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah ia ke dalam neraka. Dan sesungguhnya salah seorang di antara kamu telah melakukan perbuatan ahli neraka sampai ketika jarak antara dia dan neraka tinggal hanya sehasta saja namun karena sudah didahului takdir sehingga dia melakukan perbuatan ahli surga maka masuklah dia ke dalam surga.

Hadis riwayat   Anas bin Malik ra.:
Sesungguhnya Allah Taala mengutus seorang malaikat di dalam rahim. Malaikat itu berkata: Ya Tuhan! Masih berupa air mani. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal darah. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal daging. Manakala Allah sudah memutuskan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka malaikat akan berkata: Ya Tuhan! Diciptakan sebagai lelaki ataukah perempuan? Sengsara ataukah bahagia? Bagaimanakah rezekinya? Dan bagaimanakah ajalnya? Semua itu sudah ditentukan dalam perut ibunya.

Hadis di atas menunjukkan takdir telah ditetapkan sebelum kita lahir...sehinggalah seorang yg berakhlak ahli neraka tetapi apabila takdir dia ke syurga maka dia akan masuk syurga jugak (rujuk hadis 1).

Jadi, macamana dengan usaha makhluk dapat mengubah takdir?

INGAT: Allah tidak zalim dengan menghukum perkara yang diluar pilihan manusia itu sendiri,
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 11:20 AM | Show all posts
961# Nazrulism
Tuan kata ASWJ...xnak masuk forum trajedi 'kan bala' ke? Syiah kutuk2 sahabat Nabi tuh!!!

Bela lah sahabat..
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 01:30 PM | Show all posts
963# baghal

ler tu......??
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 03:05 PM | Show all posts
963# baghal

ler tu......??
salikin Post at 9-1-2010 13:30


OOO....dia ke ?   
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2010 08:42 PM | Show all posts
sesungguhnya salah seorang dari kamu telah melakukan amalan penghuni surga sampai ketika jarak antara dia dan surga tinggal hanya sehasta saja namun karena sudah didahului takdir sehingga ia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah ia ke dalam neraka.


Kerana amalannya.. amalan seorang warak, Tapi sayang kerana didahului takdir (pilihan yang salah diawalnya), maka ia melakukan perbuatan ahli neraka (aqidah yang salah)

Diciptakan sebagai lelaki ataukah perempuan?
- Takdir yg bukan pilihan manusia.

Dan bagaimanakah ajalnya?
- Takdir yang bukan pilihan manusia.

Sengsara ataukah bahagia? Bagaimanakah rezekinya?
- Takdir yang bersangkutan dengan pilihan manusia (Ditakdirkan Tuhan, manusia diberi kebebasan memilih)

Jadi, macamana dengan usaha makhluk dapat mengubah takdir?

Berusaha dengan pilihan yang betul (guna akal), kemudian berdoa dan bertawakal!

INGAT: Allah tidak zalim dengan menghukum perkara yang diluar pilihan manusia itu sendiri,
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-1-2010 08:44 PM | Show all posts
961# Nazrulism
Tuan kata ASWJ...xnak masuk forum trajedi 'kan bala' ke? Syiah kutuk2 sahabat Nabi tuh!!!

Bela lah sahabat..
baghal Post at 9-1-2010 11:20


... Dah lemas ker ?.... mintak pelamponggggggggg!
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 02:23 PM | Show all posts
Post Last Edit by baghal at 10-1-2010 14:28

966# Nazrulism

Nampaknya hadis bahasa Melayu pun Tuan salah tafsir..lupa tanya, Tuan guna bahasa apa?

Kerana amalannya.. amalan seorang warak, Tapi sayang kerana didahului takdir (pilihan yang salah diawalnya), maka ia melakukan perbuatan ahli neraka (aqidah yang salah)


Cuba perhatikan huraian Tuan dengan hadis berkenaan..

Selanjutnya Allah mengutus malaikat untuk meniupkan roh ke dalamnya dan diperintahkan untuk menulis empat perkara yaitu: menentukan rezekinya, ajalnya, amalnya serta apakah ia sebagai orang yang sengsara ataukah orang yang bahagia

Jelas hadis tu cerita, rezeki, ajal, amalan kita di dunia (iman atau kufur) dan sengsara atau bahagia telah Allah utuskan malaikat tulis spt yg telah ditentukan/ditetapkan..

Sesungguhnya salah seorang dari kamu telah melakukan amalan penghuni surga sampai ketika jarak antara dia dan surga tinggal hanya sehasta saja namun karena sudah didahului takdir sehingga ia melakukan perbuatan ahli neraka maka masuklah ia ke dalam neraka


Apabila seseorang itu telah ditentukan Allah sebagai penghuni neraka, walaupun seumur hidup beramal dgn amalan ahli syurga tetapi di hujung hayatnya pasti dia akan melakukan amalan ahli neraka krn telah ditentukan Allah kesudahannya di neraka..didahului takdir maksudnya takdir telah ditetapkan dahulu sebelum dia lahir, sesuai dgn hadis tu..

Takdir yg bukan pilihan manusia.

Takdir yang bersangkutan dengan pilihan manusia (Ditakdirkan Tuhan, manusia diberi kebebasan memilih)


Cuba la baca betui2...malaikat tu tanya Tuan ke tanya Tuhan...

Sesungguhnya Allah Taala mengutus seorang malaikat di dalam rahim.Malaikat itu berkata:
Ya Tuhan! Masih berupa air mani. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal darah. Ya Tuhan! Sudah menjadi segumpal daging.Manakala Allah sudah memutuskan untuk menciptakannya menjadi manusia, maka malaikat akan berkata: Ya Tuhan! Diciptakan sebagai lelaki ataukah perempuan? Sengsara ataukah bahagia? Bagaimanakah rezekinya? Dan bagaimanakah ajalnya? Semua itu sudah ditentukan dalam perut ibunya.

Bila malaikat tanya, takdak pulak Allah jawab,"biar hamba aku yg buat pilihan..."

Berusaha dengan pilihan yang betul (guna akal), kemudian berdoa dan bertawakal!

Lain kali kita bincang bab doa dan tawaqal...skrg selesaikan dulu bab takdir Allah tetapkan dan pilihan ,usaha makhluk..



INGAT: Allah tidak zalim dengan menghukum perkara yang diluar pilihan manusia itu sendiri,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2010 02:40 PM | Show all posts
... Dah lemas ker ?.... mintak pelamponggggggggg!
Nazrulism Post at 9-1-2010 20:44


eh...jangan bagi pelampong!! kalu aku mati pun, mati syahid!! ALHAMDULILLAH..

Mati dalam menegakkan agama, tp...cuma musykil sikit ngan Tuan, mengaku ASWJ, xnak bela sahabat..masa panas, Tuan diam sembunyi..bila forum dah sunyi, baru Tuan muncul buat ulasan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 05:24 PM | Show all posts
eh...jangan bagi pelampong!! kalu aku mati pun, mati syahid!! ALHAMDULILLAH..

Mati dalam menegakkan agama, tp...cuma musykil sikit ngan Tuan, mengaku ASWJ, xnak bela sahabat..masa panas, Tuan d ...
baghal Post at 10-1-2010 14:40


wehh yob, kalau nak lemas orang bagi pelampong kau tak mau...  bukan lagi shahid tapi bunuh diri.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 06:05 PM | Show all posts
wehh yob, kalau nak lemas orang bagi pelampong kau tak mau...  bukan lagi shahid tapi bunuh diri.
ibnur Post at 10-1-2010 17:24


Nak kena tengok jugak sapa yg nak tolong tu...pihak musuh ke, pihak kita..kalu pihak musuh, lebih baik shahid..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2010 07:57 PM | Show all posts
Nak kena tengok jugak sapa yg nak tolong tu...pihak musuh ke, pihak kita..kalu pihak musuh, lebih baik shahid..

baghal Post at 10-1-2010 18:05


TAKBIRRRR........ALLAHUAKBAR.........TAKBIRRRRR........

wokey2 balik asal.....

Tariqat ialah bg memilih jalan yang lebih selamat pada segala amalan dan segala pekerjaan serta meninggalkan perkara2 yg dianggap menjadi kesamaran seperti hendaklah kita memilih jalan Wara'. Wara' disini bukanlah bererti seseorang itu asyik memegang tasbih saja sehingga tiada mahu ia berusaha dan bekerja sepertimana yang dkehendaki oleh syariat akan tetapi wara' yang dikehendaki disini ialah seperti mana yg dijelaskan oleh ulama'. Imam Al-Ghazali telah membahagikan wara' itu kpd 4 bahagian iaitu:

a) Wara' Orang Kebanyakan. Iaitu wara' bg orang yang meninggalkan segala perkara yang diharamkan oleh Allah Taala dan ini adalah wara' orang yang sedang berada pada darjat Syariat.

b) Wara' Orang Yang Soleh. Iaitu wara' bg org yg meninggalkan segala perkara yang samar2 hukumnya(syubhat) perkara ini jika dikerjakan tidaklah menjadi salah bagi org yg berada pada darjah Syariat akan tetapi menjadi salah bagi org yg berada pd darjah Tariqat.

c) Wara' Orang Yang Muttaqin(takut pada Allah Taala). Iaitu wara' bg orang yang meninggalkan barang yang tiada mengapa jika dikerjakan tiada jadi makruh dan tiada pula Khilafu Aula ini adalah kerana takut luput (hilang) barang yang diantara Allah Taala daripada nur dan cahaya yang berada pada mata hatinya.

d) Wara' Orang Yang Siddiqin(orang2 yang benar). Iaitu wara' bagi orang yang meninggalkan segala perkara yang menyebabkan terasing diantaranya dan diantara Allah Taala daripada segala jenis perkara yang membinasakan agama Allah Taala dan hatinya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2010 11:43 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nazrulism at 11-1-2010 23:56

968# baghal
Apabila seseorang itu telah ditentukan Allah sebagai penghuni neraka, walaupun seumur hidup beramal dgn amalan ahli syurga tetapi di hujung hayatnya pasti dia akan melakukan amalan ahli neraka krn telah ditentukan Allah kesudahannya di neraka..didahului takdir maksudnya takdir telah ditetapkan dahulu sebelum dia lahir, sesuai dgn hadis tu..

Kesudahan di neraka... kerana diri sendiri melakukan amalan ahli neraka (Allah mempunyai bukti yang tegas nyata).
Bersangka baiklah kepada Tuhan,
INGAT: Allah tidak Zalim.... lihat hujah Allah kepada orang yang mengatakan 'amalan ahli neraka mereka' kerana ditentukan oleh Tuhan !

An'am
148 Orang-orang musyrik akan mengatakan: Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain) dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun. Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami. Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta.149 Katakanlah (wahai Muhammad: Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti) maka Allah mempunyai bukti yang tegas nyata. Oleh itu, jika Dia menghendaki tentulah Dia akan memberi hidayat petunjuk kepada kamu semuanya.

Ra'd :27
...... Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan agamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya,

As-saff :5
Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu? Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayat petunjuk) dan sememangnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang fasik (derhaka).

Al-A'raf :175
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

kenapa nak ikut seperti fahaman mereka... bukankah Allah telah memberi peringatan seperti berikut !

Al-A'raf :179
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 12:52 AM | Show all posts
973# Nazrulism


salam...


sorry ek mencelah korang ek...

korang tengah sibuk2 ape ek? bleh tau tak ek? i malas aa nak belek page blkg2 ek... mintak tlg bg tau dgn ringkas ekk...


tenkiu ekk....

Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 12:55 AM | Show all posts
Nak kena tengok jugak sapa yg nak tolong tu...pihak musuh ke, pihak kita..kalu pihak musuh, lebih baik shahid..
baghal Post at 10-1-2010 18:05


btl jgk kata2 mu ek... tapi... tgk plak keadaan nyer ekk....

sbb ade ulamak kata, mati lemas tu sendiri pun dikira mati syahid tau ek... tp, tgk keadaan laa ekk...


hehehe


(sorry menyampuk ekk)
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 11:06 AM | Show all posts
Post Last Edit by izzansdy at 12-1-2010 11:39
947# izzansdy  



Mengharap - tidak membawa maksud memaksa Tuhan menerima ibadat kita /membalas ibadat dengan syurga.
TAPI rasa "PASTI' yang yang akan membawa kepada berIKHLAS kepada 'tuhan' ya ...
Nazrulism Post at 4-1-2010 23:36


Maaf naz.... lambat jawab.... sibuk dng urusan kerja...

Anda silap jika anda kata pegangan org sufi tiada pengharapan dan rasa takut.....
kerna telah pun saya jelaskan.... cuma yg tersebut itu diantara kita ada perbezaannya...
Ttg cinta pd tuhan sudah pun saya bawakan ayat dari quran...
Cuba anda renungkan sejenak.. mengapa ayat yg diulang2 banyaknya dlm satu surah....
Disini dari surah ARRAHMAN..... 31kali di ulang2....

" maka nikmat ku yg mana satukah yg telah kamu kufuri ?" ARRAHMAN

Jika ini yg diamalkan ahli tasawuf......yg anda maksudkan dng kecintaan...
Persoalannya sekarang adakah ia SALAH?????
Rukun iman yg pertama.... percaya pd ADANYA TUHAN....
bukan pd pemberiannya......
Kita tidak akan kasih pd tuhan jika kita belum pasti kasih tuhan itu sudah nyata...
Kasih ini bukan boleh diakal2kan..... ia dirasai didlm hati...
Tidakkah tuhan tlh beri kita hati , akal agar kita dapat mendekatinya....
Begitu juga fahamannya pd rukun ihsan....
Sebab itu ikhlas dlm ibadah itu , pengharapan pd TUHAN
Islam itu menyerah.... tiada paksaan dlm mengerjakan ibadah / perintah tuhan
Takut masuk neraka itu ibarat ibadah itu menjadi satu paksaan...
bukan didirikan atas kerelaan kerna mengerti HAK2 seorang HAMBA...dan HAK2 tuhannya(dasar tauhid)
Itu juga saya nyatakan bhw takut itu kerna takut kita putuskan KASIH tuhan yg sudah nyata...( lupa akan tuhan)

Berulang kali saya nyatakan bukan saya menyalahkan apa yg anda bawa....
Telah saya nyatakan IMAN itu ada tingkatannya....
Saya cuma bermuzakarah dng anda kerna anda seolah2 menyalahkan AKIDAH ahli tasawuf...

Fahami betul2 apa yg dikatakan dng A.S.W.J
Pegang semua kata2 tuhan dan amalkan... dan ikuti sunnah rasul

Malu lah kita pd tuhan jika amalan kita tak diperbaiki.... maksudnya, pengangan itu juga yg kita
amalkan dari mula kita beribadah(kecil) sampai rambut kita beruban....
Tidakkah  saya pernah membawa ayat ttg memperbaiki amal???

Maaf naz, sedari mula saya sudah meminta izin dari anda utk meneruskan perbincangan ini...
Kerna ia pasti akan membuka aib..... Saya minta maaf banyak2...
Bagi saya tugas saya hanya memperingatkan antara satu sama lain....

Maaf sekali lagi....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-1-2010 04:28 PM | Show all posts
Post Last Edit by izzansdy at 12-1-2010 11:39



Maaf naz.... lambat jawab.... sibuk dng urusan kerja...

Anda silap jika anda kata pegangan org sufi tiada pengharapan dan rasa takut.....
kerna ...
izzansdy Post at 12-1-2010 11:06


Bahasa yang cukup indah sekali....syabas sedara. Bahasa yang bersih melambangkan hati yang bersih juga sebagaimana yang diperjuangkan oleh ahli tasauf.
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 06:05 PM | Show all posts
973# Nazrulism


salam...


sorry ek mencelah korang ek...

korang tengah sibuk2 ape ek? bleh tau tak ek? i malas aa nak belek page blkg2 ek... mintak tlg bg tau dgn ringkas ekk...


tenk ...
GT0 Post at 12-1-2010 00:52


Salam.
takper... takpayah belek (semuanya perkara yang telah dibahaskan sejak ribuan tahun dahulu...)
Tapi... jika sudi, sambung jer perkara-perkara yang disentuh pada page terkemudian ekk!
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 10:58 PM | Show all posts
976# izzansdy  
Anda silap jika anda kata pegangan org sufi tiada pengharapan dan rasa takut.....


Orang sufi yang selalu kata "Tak harapkan syurga (" maka nikmat Ku yg mana satukah yg telah kamu kufuri ?") dan bukan takut azab neraka"

Persoalannya sekarang adakah ia SALAH?????
Rukun iman yg pertama.... percaya pd ADANYA TUHAN....
bukan pd pemberiannya......


Adakah ia lebih benar (fahaman sufi) berbanding para Rasul yang mengharap dan takut?
Percaya pd adanya Tuhan... mesti juga percaya adanya balasan dari Tuhan dan patut mengharap dan takut.

Tidakkah tuhan tlh beri kita hati , akal agar kita dapat mendekatinya....
Begitu juga fahamannya pd rukun ihsan....

Ya.. diberi hati  (jiwa) dan akal untuk mendekatiNya, tapi haruslah ikut petunjuk (Qur'an dan sunnah).. bukan menggunakan rasa dan perasaan!

Islam itu menyerah.... tiada paksaan dlm mengerjakan ibadah / perintah tuhan
Takut masuk neraka itu ibarat ibadah itu menjadi satu paksaan...
bukan didirikan atas kerelaan kerna mengerti HAK2 seorang HAMBA...dan HAK2 tuhannya


Islam itu tunduk dan menyerah ....HAK seorang HAMBA mesti patuh pada PERINTAHNYA (suruhan dan larangan).. dan HAK TUHAN untuk membalasnya, kerana itu disediakan Syurga dan Neraka untuk yang patuh dan yang ingkar.
Tapi bagi sufi.. Pahala dan Dosa tiada membawa makna, mereka bebas mengikut kerelaan  kerana takmengharap nikmat dan taktakut azab.

[quoteMalu lah kita pd tuhan jika amalan kita tak diperbaiki.... maksudnya, pengangan itu juga yg kita
amalkan dari mula kita beribadah(kecil) sampai rambut kita beruban....
][/quote]
Pegangan (aqidah) kita haruslah tetap... bukan setakat rambut beruban malah hingga sampai ke liang lahad!.. memperbaiki amalan dari segi menghayati Ibadah yang disyari'atkan.. Bukan beribadah dengan jalan lain.

Pegang semua kata2 tuhan dan amalkan... dan ikuti sunnah rasul
Reply

Use magic Report

Post time 12-1-2010 11:06 PM | Show all posts
973# Nazrulism

Kesudahan di neraka... kerana diri sendiri melakukan amalan ahli neraka (Allah mempunyai bukti yang tegas nyata).

Saya setuju, sebab saya pun tulis camtu...

An'am
148 Orang-orang musyrik akan mengatakan: Kalau Allah menghendaki tentulah kami dan datuk nenek kami tidak mempersekutukanNya (dengan sesuatu yang lain) dan tidak pula kami haramkan sesuatu apa pun. Demikianlah juga orang-orang yang dahulu sebelum mereka telah mendustakan (Rasul-rasul) sehingga mereka merasai azab seksa Kami. Katakanlah: Adakah kamu mempunyai (sesuatu keterangan yang berdasarkan) ilmu supaya dapat kamu tunjukkan kepada kami? Tiadalah kamu menurut melainkan sangkaan semata-mata dan kamu pula tidak lain hanyalah berdusta.149 Katakanlah (wahai Muhammad: Kalau kamu sudah tidak ada sesuatu bukti) maka Allah mempunyai bukti yang tegas nyata. Oleh itu, jika Dia menghendaki tentulah Dia akan memberi hidayat petunjuk kepada kamu semuanya.

Orang musyrik tu cakap, kalau Allah menghendaki..
Allah berfirman, jika Dia menghendaki..

jelas ayat di atas, bermaksud semua berlaku dengan kehendak Allah..

berbalik kpd pokok soalan..bagaimana amalan, ikhtiar usaha makhluk boleh mengubah kehendak Allah, sedangkan Allah sendiri firman, semua yg berlaku dengan kehendak Dia..

Kita ada ilmu, dengan kehendak Dia..
Kita berjalan, dengan kehendak Dia..

Ada perkara yg kita buat tanpa kehendak Dia???

Ra'd :27
...... Katakanlah (wahai Muhammad): Sesungguhnya Allah menyesatkan sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya), dan memberi petunjuk ke jalan agamanya, sesiapa yang rujuk kepadaNya,

As-saff :5
Dan (ingatlah peristiwa) ketika Nabi Musa berkata kepada kaumnya: Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakiti daku, sedang kamu mengetahui bahawa sesungguhnya aku ini Pesuruh Allah kepada kamu? Maka ketika mereka menyeleweng (dari kebenaran yang mereka sedia mengetahuinya), Allah selewengkan hati mereka (dari mendapat hidayat petunjuk) dan sememangnya Allah tidak memberi hidayat petunjuk kepada kaum yang fasik (derhaka).

Al-A'raf :175
Dan bacakanlah kepada mereka (wahai Muhammad), khabar berita seorang yang kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat (Kitab) Kami, kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar dari mematuhinya, lalu dia diikuti oleh Syaitan (dengan godaannya), maka menjadilah dari orang-orang yang sesat.

kenapa nak ikut seperti fahaman mereka... bukankah Allah telah memberi peringatan seperti berikut !

Al-A'raf :179
Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.


Saya pun xdak masalah dgn ayat di atas..benarlah kata2 Allah Yg Maha Agung....

Cuma, Tuan belum jelaskan sesuatu yg telah di tulis, di takdirkan sebelum kita lahir..mcmana usaha Tuan dapat mengubah kehendak Allah yg telah ditetapkan...tentang ancaman Allah, janji Allah dlm ayat di atas, saya pun tidak ada keraguan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54892 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55320 Replies : 25
Mangkuk kosong pun kena bayar
ultra78Mangkuk kosong pun kena bayar
Views : 16312 Replies : 7
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 36419 Replies : 1323
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 5543 Replies : 178
'Lily' ditemui mati dengan menyayat hati, kaki dipotong. Update 26/12/2024 - Bangkai kucing dan anjing ditemui
ultra78'Lily' ditemui mati dengan menya
Views : 70731 Replies : 164
Aisar Khaled 'kejar'  Fuji ratu fyp Indonesia
sonya21Aisar Khaled 'kejar' Fuji ratu
Views : 30706 Replies : 39
Tanda tanya akhirnya terjawab, mahu berkahwin punca Syasya tinggalkan Dolla
babyorangeTanda tanya akhirnya terjawab, mahu berk
Views : 27719 Replies : 191
madu gula tok matahari
aaanf14madu gula tok matahari
Views : 108431 Replies : 1133
Acikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikorek
maklukpenggodaAcikpor vs. Ngai, isu tajaan MARA dikore
Views : 43139 Replies : 1209

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-12-2024 09:14 AM GMT+8 , Processed in 0.308854 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list