|
ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11
[Copy link]
|
|
kesunyianlah kami ujung minggu niii................. |
|
|
|
|
|
|
|
kesunyianlah kami ujung minggu niii.................
cewey2 Post at 20-5-2011 23:02 ![](http://forum.cari.com.my/images/common/back.gif)
btol 2..sunyi nyer.. ![](static/image/smiley/default/mad.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kak juna..
smbg la lgi..plz!! |
|
|
|
|
|
|
|
smiley pun nyorok sama cik pai ayam ke......peninglah cikgu amir nak cari 2 orang yang hilang.......![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kesunyianlah kami ujung minggu niii.................
cewey2 Post at 20-5-2011 23:02 ![](http://mforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
yup...btul 2...
sunyi yg amat...huhuhuhuhu |
|
|
|
|
|
|
|
Jaluran cahaya mencelah masuk dari langsir yang beralun lembut di tiup angin. Hujan yang tadi mencurah turun sudah reda. Dahlia menarik langsir dan meninjau ke luar. Matahari malu malu menjenguk. Dia menghirup udara nyaman di kawasan berbukit ini. Sudah dua hari dia menumpang di rumah Ustazah Munirah yang juga di jadikan asrama bagi pelajar tahfiz perempuan. Inilah satu satunya tempat yang di rasakan selamat. Tak mungkin dia dapat di jejaki. Rumah dan madrasah yang terletak di Janda Baik itu jarang di kunjungi orang luar. Huh… ironisnya nama tempat ini.
Dahlia turun ke dapur dan membantu ibu Ustazah Munirah dan pembantu rumah menyediakan minuman petang untuk pelajar seramai 8 orang itu. Sambil mengatur sanwic telur dalam talam, Dahlia menangkap suara mereka mengalunkan ayat suci dari madrasah di sebelah rumah. Betapa beruntungnya gadis gadis remaja yang sudah dididik dari usia muda untuk meneruskan perjuangan Rasullullah. Dahlia sendiri berasa agak segan bila berdepan dengan mereka. Aura suci bersih memancar dari muka mereka. Segala tingkah mereka tertib dan bersantun, aku rasa cemerkap dan loklak. Siap menghidang roti sandwich dan teh O di tikar yang terbentang di ruang depan, Umi mengajak Dahlia ke serambi.
“ Lia , Umi nak cakap sikit. ” Ibu Ustazah Munirah membahasakan dirinya Umi pada semua orang, tak kira usia. Uh-oh, aku dah boleh agak apa yang Umi nak cakap. Semalam pun Ustazah dah tarbiah aku tapi separuh jalan saja sebab aku dah tersengguk sengguk menahan kantuk.
“ Lia tahu kan apa hukum isteri yang tinggalkan rumah tanpa izin suami?” Dahlia mengangguk.
“ Tahu. Saya berdosa. Saya tahu saya ikut perasaan tapi susah saya nak hilang rasa syak wasangka.”
“ Lia dah tak boleh hidup dengan suami Lia lagi? Besar sangat kah kesalahan dia? Cuba cerita kat Umi. Kalau pun Umi tak boleh tolong selesaikan masaalah Lia, Umi boleh tolong dengar. Mungkin Lia rasa lega lepas dah luahkan.”
Umi mengingatkan dia pada arwah Mak. Walaupun pertama kali berjumpa dia sudah selesa bersama wanita berumur itu. Dahlia membuang pandang ke pepohon hijau yang menjadi pagar semulajadi halaman rumah mereka. Betul kata Umi. Selalunya Ellisya dan Najwa jadi tempat aku mengadu. Tapi mereka kurang arif tentang masaalah rumahtangga. Walaupun mulanya rasa canggung, kisah cinta tiga segi antara dia – Amir – Sarah di luahkan. Umi pendengar yang bijak, dia mendengar dengan tenang dan bertanya bila perlu. Biarpun dia seorang isteri pada Tok Imam dan ilmu agamanya luas, tapi dia tidak “ judgemental”. Macam Ustazah Munirah juga.
“ Lia betul betul rasa yang Amir ada hubungan cinta dengan Sarah? Lia tergugat?” tanya Umi bila Dahlia selesai bercerita.
Dahlia berjeda “ Kalau tak cinta pun, perasaan sayang tu ada. Kalau tidak kenapa dia membantu Sarah untuk pindah ke sini? Memang saya rasa tergugat. Dulu saya ingat Sarah isteri orang. Rupa rupanya dia janda. Saya tak mahu prejudis terhadap kaum janda tapi SMS dia pada Amir memang macam perempuan gatal. Sampai bersayang sayang! Sakit hati saya Umi. Amir pula tak delete SMS Sarah. Seronok baca berulang kali agaknya. Lagipun abang dia beristeri dua, manalah tahu Amir pun ada cita cita sama.“
“ Firasat Umi Amir cuma kasihan pada teman lama.”
“ Macam mana Umi tahu? Mula mula kasihan, lama lama berkasih kasihan. Tak mustahil kalau Amir jatuh cinta dengan kekasih lama dia. Saya kena redha kalau Amir ingin kahwin dengan Sarah. Tapi saya tak sanggup berkongsi. ” Rasa pilu menujah.
“ Bertenang Lia. Tak bermakna kalau abangnya berkahwin dua, Amir juga akan buat begitu. Lelaki yang berkahwin lebih dari satu sebenarnya meletak sebelah kaki dalam neraka. Bukan mudah memimpin satu keluarga, apatah lagi dua. Itu belum lagi masuk bab berlaku adil. “
“ Kalau macam itu, kenapa ramai sangat lelaki kahwin dua? Tak takut kah?”
“ Sebab ramai jahil dan bertindak mengikut nafsu. Mereka cari keseronokkan dunia saja. Umi bukan anti poligami sebab poligami di benarkan dalam Islam. Kalau Umi menidakkan kalam Allah, besar dosanya. Cuma ramai lelaki yang bila kawin kata ikut sunnah Nabi tapi tidak tahu tanggungjawab dalam berpoligami. Tapi bagi perempuan yang kukuh imannya dan redha bila suami berkahwin lagi, ganjarannya amat besar, insyaallah. “ Umi menepuk tangan Dahlia.
“ Umi tengoklah saya. Nak jadi isteri solehah pun tak mampu. Macam mana saya nak redha kalau suami kawin lagi. Tengok muka si Sarah pun saya dah rasa nak bagi pelempang.” Umi tersengih mendengar jawapan Dahlia yang jujur.
“ Lia kena bincang dengan Amir. Lia tahu kan, malaikat menjauhi isteri yang menolak kemahuan suami. Ini pula Lia lari terus dari suami. Cari jalan penyelesaian yang terbaik. Sebelum buat keputusan, jangan lupa solat istikharah. “
Dahlia mengalih pandang pada pelajar yang beratur masuk ke rumah untuk minum petang. Sejuk mata memandang wajah wajah suci bertudung labuh biru cair dan berjubah biru gelap. Kalau anak aku perempuan, aku nak dia jadi pelajar di sini. Perutnya di usap.
“Bapa Lia mesti risau kan? Sudahlah adik Lia di hospital, Lia pula hilang. Kasihan dia. Umi rasa baik Lia bagi tahu mereka yang Lia selamat di sini.”
Memang betul kata Umi. Kalau Amir tak perlu aku pun, aku kena fikirkan Babah dan Danial. Macam mana kesihatan Danial. Bolehkah Babah nak jaga Danial bila dia keluar hospital nanti? Takkan nak harapkan Usu.
“ Terimakasih Umi sebab sudi dengar cerita saya. Saya nak telefon bapa saya sekarang.” Handphonenya sudah lama di tutup. Entah berapa puluh mesej dan missed call yang masuk.
Dahlia terus sebak bila suara Babah kedengaran “ Lia… mana Lia pergi? Lia sihat kah?” Suara bapanya tidak begitu jelas. Signal kurang baik di tempat terpencil begini.
“ Babah ni… tak bagi salam pun. Lia okay. Lia tinggal di rumah kawan. Babah dengan Danial apa khabar? Bila dia nak keluar?”
“ Babah okay. Danial kena duduk hospital lagi seminggu. Nasib baik lah Lia telefon. Kami risau sangat. Puan Sri Sabihah dah nak buat police report. Lia kat mana? Lia merajuk dengan Amir kah? Amir tak bersalah. Dia Cuma salah sangka..”
“ Hello ..hellooo… tak dengar lah Bah … line kat sini teruk..” potong Dahlia. Geli telinga aku dengar Babah asyik nak backing Amir. Benci!
“ Lia, Babah nak minta tolong. Lia ada dekat KL kah?” Hj Zul menguatkan suara.
“Babah janganlah tanya mana Lia. Cukuplah kalau Lia kata Lia sihat dan selamat. Babah nak minta tolong apa? Tapi jangan suruh Lia jumpa Amir” Dia memberi amaran.
“ Okay..okay. Babah tak paksa. Yang Babah nak minta tolong ni pasal Danial. Lia kena jumpa pegawai Mara. Nanti Babah hantar nombor dan alamat pejabat. Lia tolong explain keadaan Danial, dia tak boleh balik ke Cairo sekarang. Minta tunda satu semester. Boleh?”
Ini yang susah. Maknanya aku kena ke KL. “ Amir masih ada di hospital KK?”
Hj Zul tergelak kecil.“Hmm… sayang juga kamu kat dia ya. Dia dah keluar. Mummy dia dah bawa dia berehat di Penang. Tak nak bagi sesiapa ganggu dia.” Nasib baik Dahlia tak melihat “gangguan” dari Sarah. Mesti bertambah lama rajuknya.
Selamat! Aku boleh balik ke KL. Meskipun aku seronok tinggal di sini bersama Umi dan Ustazah Munirah tapi sampai bila aku nak menumpang. Di KL nanti aku nak cari tempat tinggal sendiri dan cari pekerjaan.
“ Ok Bah. Lia jumpa pegawai Mara. Kirim salam kat Danial. Babah jaga diri ya. Nanti Lia telefon lagi.” Panggilan di matikan. Hj Zul senyum lega di hujung talian. |
|
|
|
|
|
|
|
Keesokannnya Dahlia menumpang Ustazah Munirah ke KL. Kebetulan Ustazah Munirah menjadi penceramah di Masjid Wilayah, tak jauh dari kondonya. Kalau nak cari kenderaan awam dari Janda Baik memanglah susah. Sepanjang perjalanan Ustazan Munirah tak henti memberi nasihat.
“ Lia jangan cepat sangat mengalah. Dengar dulu penjelasan Amir. Apa apa tindakan yang Lia nak ambil pun, ingat baby dalam perut tu. Kadang kadang kita kena berkorban untuk orang yang kita sayang. ”
“ Tapi tak mungkin Lia dapat terima Sarah sebagai madu. Lia tak cukup kuat nak dapat payung emas. Rasa macam nak ketuk payung kat kepala si Sarah adalah.”
Ustazah Munirah tergelak. “ Hidup bermadu bukan senang. Bukan semua madu boleh bertolak ansur. Kak Mun harap Amir tak lah sampai ke situ.”
Kereta Ustazah Munirah menghampiri kondominum Menara Hartamas. Dahlia memandang kawasan letak kereta. Dia melepas nafas lega bila tempat letak kereta Amir kosong. Selamat!
“ Jaga diri Lia baik baik. Telefon Kakak kalau ada masaalah. Jangan lupa buat solat hajat. Baca ayat ayat Quran dan doa yang kakak ajar. “ Mereka berpelukan sebelum Lia melangkah menuju ke lif
Sudah seminggu lebih dia tidak pulang ke rumah. Mesti rumah dah bau hapak. Kunci di jolok dan pintu di kuak. Dia menapak masuk ke ruang tamu. Dadanya bergetar kencang. Beg yang di jinjit terlepas ke lantai. Apa dah jadi?! Ini sudah sabotaj! |
|
|
|
|
|
|
|
sori ...kena stop sbb ada org nak guna lappy
nanti besok lusa sambung
selamat bercuti hujung minggu |
|
|
|
|
|
|
|
msti amir ad tggu lia kat kondo niey... |
|
|
|
|
|
|
|
kak juna...
mendera sungguh ni,...
ni mesti mengikut si Amir punye styles. cian kami...![](static/image/smiley/default/cry.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Aduh.. suspen nya.. apa yang jd kat umah lia tu...
TQ kak smiley.. esok smbg lagi.. :-) |
|
|
|
|
|
|
|
akak,klu boleh smbg laa esk.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semua family ada dlm rumah tu ha ha ha sambut kedatangan lia |
|
|
|
|
|
|
|
mesti amir ader kat kondo tue.....;) |
|
|
|
|
|
|
|
mesti amir ada tunggu lia kat kondo tu..... best best.. sambung lagi....![](static/image/smiley/default/biggrin.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
kak junaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa |
|
|
|
|
|
|
|
semua org ada tunggu lia kt kondo..
ustazah curi2 tgk hp lia terus msg amir/cikgu zul pasal lia.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|