CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: azwana_alia

ii) we LOVE Hazama - juara AF9 yg lain ada?

   Close [Copy link]
Post time 9-6-2011 10:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by tweetytweety at 9-6-2011 10:46

hai yuu ols...

pepagi lagi segmen Riuh di Era Pak Nil, Hanif dengan Ray.
they ols buat kat rumah kaca.

then dengarnyer ada farewell bekfesbersama Hazama, Azri, Fina & Lena bersama para ticers Ning, Syafi sama Fati ada buat evaluation of the kids' performance.  ala-ala report card giteww..

Sebelah petang pulok khabarnyer bebudak ni ke Putrajaya for soundcheck...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2011 11:03 AM | Show all posts
cedok kt murai.com.my (gambo x reti nak paste)

KUALA LUMPUR, 8 JUN 2011: Bukan mudah untuk menerima tawaran dan menduduki kerusi pengkritik tetap Akademi Fantasia 9 (AF9). Bukan saja perlu memberikan kata-kata semangat tetapi juga harus menggagahkan diri untuk menempuh pelbagai respon sama ada positif mahu pun negatif daripada penonton setia AF9.
Namun, tiada siapa tahu isi hati Fauziah Datuk Ahmad Daud atau lebih dikenali dengan panggilan Kak Ogy. Adakah kritikan yang diberikan Kak Ogy itu benar-benar lahir dari hatinya atau sekadar satu lakonan yang mana segalanya telah ditulis oleh penulis skrip?
Jadi, sebelum menjelang konsert final AF9 yang bakal dilabuhkan tirainya di Dataran Putrajaya pada 12 Jun 2011 ini, murai.com.my telah berjaya mendekati pelakon hebat ini mengenai isi hatinya yang menyandang gelaran pengkritik tetap AF9 bersama rockers Hattan.
"ada konsert pertama, kedua dan ketiga, saya memang betul-betul marah terhadap kesemua pelajar AF9. Yelah, bagi saya, sebelum mereka menyertai AF9, sudah pasti mereka dah menonton AF yang terdahulu. Saya rasa amat boring apabila melihat persembahan sebegitu saja. Saya sampai dah rasa letih duduk kerusi pengkritik dengan menyaksikan persembahan ala-ala saja.
"Bagi saya, ramai sebenarnya yang tidak faham situasi dan keadaan apabila seseorang itu diamanahkan untuk duduk dikerusi pengkritik tetap. Sejujurnya, saya memang dilahirkan ke dunia ini sebagai seorang yang mempunyai semangat yang cukup mendalam terhadap dunia seni.
"Jadi, apa yang saya luah, komen dan kritik selama ini adalah amanah yang perlu saya lakukan sebagai salah seorang insan seni yang selama ini memperjuangkan kesenian. Bagaimanapun, pada minggu ke-4, saya diminta agar tidak terlalu ghairah dan perlu bersikap tenang dalam melontarkan kritikan.
"Sepatutnya, sebagai seorang pelajar, mereka tidak perlu ada rasa takut pada saya setiap kali nak adakan persembahan. Pun begitu, apabila saya kawal kata-kata saya dalam memberikan komen, banyak pula kesalahan yang mereka lakukan sehingga saya sendiri nampak mereka tidak faham apa yang perlu mereka persembahkan setiap minggu.
"Terus-terang, duduk di kerusi ini bukanlah hanya untuk mengkritik saja. Saya merasakan saya perlu berkongsi ilmu bersama mereka kerana saya mahukan sesuatu impak yang berlainan pada setiap minggu. Bagaimanapun, saya kecewa kerana mereka sering menyogok benda yang sama ibarat tiada gunanya komentar pedas dan panas dari pengkritik.
"Selepas melihat keadaan ini, saya merasa amat pelik sehingga tertanya-tanya adakah pelajar-pelajar tidak berfikir dulu sebelum melakukan persembahan. Sebab itulah juga, saya diminta oleh pihak produksi untuk turun padang mendidik mereka sebelum melakukan persembahan.
"un begitu, saya difahamkan ada suara-suara tidak puas hati dan menyangkakan apa yang saya ajar pada pelajar seperti saya cuba merampas takhta dari seorang pengkritik kepada seorang cikgu. Siap ada yang cakap saya over rules.
"Saya merasakan ketiadakpuasan hati itu sebagai satu perkara yang tidak adil. Saya bukannya terhegeh-hegeh untuk mendidik mereka. Apa yang saya lakukan adalah atas kehendak Astro.Saya telah dijemput jadi tidak salah rasanya saya menerima jemputan berkenaan.
"Sebagai pengkritik, setiap hari saya akan tonton sendiri apa yang berlaku dalam diari. Apa yang boleh saya katakan, sebagai pendidik atau cikgu mereka perlu mendidik, bukannya seperti apa yang saya nampak dalam diari.
"Setiap kali sebelum nama pelajar ini dipanggil untuk mengadakan persembahan, saya nampak mereka seakan tiada semangat. Saya juga berfikir, adakah mereka sebegitu disebabkan mereka takut pada saya? Bagi saya, tiada salah untuk mereka berani mencuba. Test and error.
"Melihat mereka, saya tahu mereka tidak warming up. Sepatutnya mereka perlu dimaklumkan tentang ini. Bila sudah warming up, saya rasa persembahan mereka mesti gempak dan ada dinamik.
"Sejujurnya, saya jadi malas untuk kritik lebih-lebih. Sebabnya, budak-budak ni semua suka menjawab balik apa yang dikritik. Saya ni duduk di situ bukan untuk mendiamkan sebaliknya saya perlu berikan kritikan. Memberitahu apa yang saya nampak.
"Saya sendiri sebagai pelakon, perlukan pengarah untuk memberitahu apa dan di mana silapnya saya. Walaupun saya pernah menang anugerah, bukan bermakna saya ini sempurna. Jadi, saya perlukan orang untuk komen tentang lakonan saya. Itulah yang sikap yang seharusnya wujud dalam diri pelajar-pelajar ini.
"Saya juga cuba tidak mahu marah-marah kerana saya tak mahu tengok pelajar sampai tak ada mood nak menyanyi. Tetapi, bila saya cakap apa yang sepatutnya, saya dituduh melebih-lebih pula. Saya tak kisah di boo...pekikan boo itu bagi saya boleh jadi satu lagu buat saya.
"Saya rasa, saya ni setaraf dengan pengkritik American Idol iaitu Simon Cowell kerana saya dan dia ada persamaan iaitu pengkritik yang sering di boo setiap kali memberi komen. Terus-terang, saya betul-betul frust. Nita saya hanyalh nak berikan ilmu, namun sebaliknya terjadi.
"Apa boleh saya buat. Saya bersabar dan saya tak mahu bermusuh dengan sesiapa. Kalau boleh saya tak mahu sentuh tentang vokal. Pada minggu ke-8, saya terkejut dan merasakan mereka semuanya tidak di ajar apa itu estetika seni. Tentang kaitan pergerakan, baju, make-up dan lighting.
"Dalam hati saya, perkara yang berlaku dalam konsert ke 8 tempoh hari tak sepatutnya terjadi jikalau mereka di ajar tentang estetika seni. Saya pernah menuntut ilmu selama 3 tahun di Jakarta hanya itu mengetahui tentang apa itu estetika seni. Saya lakukan ini sebab saya mahu buktikan bahawa saya bukannya berdiri disebabkan ayah dan ibu saya.
"Sebagai insan seni, pelajar-pelajar perlu menggunakan akal dan hati. Jika tidak tahu, mereka perlu beranikan bertanyakan kepada guru-guru mereka. Bagi saya, tak ada excuse bahawa mereka ni semua masih baru lagi.
"Setiap orang pernah jadi baru. Tak kiralah pelakon, penyanyi, wartawan, pengacara, produser dan apa jua kerja sekalipun. Saya naik fed- up dengan mereka ni tetapi dalam waktu yang sama saya kasihan.
"Nasihat saya pada semua finalis sebelum konsert, mereka perlulah berlatih dan terus berlatih. Saya memang mengharapkan sesuatu yang di luar jangkaan akan berlaku pada malam konsert final itu nanti. Dari awal lagi, harapan saya memang setinggi gunung. Setakat ini, saya tak fikir mereka dah buat yang terbaik walaupun ada yang kata itu yang terbaik.
"Mereka perlu tahu, dalam sejarah AF, orang akan ingat orang yang pertama jadi juara AF dan orang yang terakhir jadi juara AF. Oleh itu, berikan sesuatu yang diluar kotak pemikiran. Kalau boleh saya mahu orang yang menang itu sememangnya layak memegang trofi berkenaan.
"Bila dah juara pula, mereka perlu mempertingkatkan lagi ilmu sebagai insan seni. Terus-terang saya katakan, mereka perlu ada inisiatif tersendiri untuk pergi jauh lagi. Mereka perlu tanya pada diri mereka sendiri, adakah mereka mahu glamor saja atau mahu menjadi selebriti yang boleh disebut sebagai lagenda.
"Kalau nak glamor saja, suka hatilah. Kalau nak disegani, cari sesuatu yang orang tak boleh expect. Saya mengaku, bahawa saya ni bukanlah sesempurna mana. Banyak orang hentam saya tapi saya tahu mereka tidak faham.
"Saya kecewa dengan sikap segelintir pihak. Saya tengok antara kesemua pelajar AF9, hanya Hazama yang ambil serius apa yang dikritik dan diajar. Mungkin dia dah tunggu lama iaitu sejak dari AF4 lagi.
"Sekali lagi saya tekankan, saya mahu tengok perbezaan mereka. Setiap lagu ada karektor tersendiri. Mungkin ramai tak faham apa yang cuba saya sampaikan ini. Apapun kerjaya yang mereka ceburi, mereka perlu hormat dan jaga nama baik kerjaya itu. Kesimpulannya, apa yang boleh saya katakan AF9 tak sepertimana yang diharapkan."
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 11:05 AM | Show all posts
morning uols
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 11:25 AM | Show all posts
Reply 962# gossip


wah... kak ogy puji ama la... mmg nmpk dia bersungguh2 n komited...
so iols tetap tabal HAZAMA juara AF musim ni w/pon ditakdirkn dia xjadi juara...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 11:32 AM | Show all posts
Reply  gossip


wah... kak ogy puji ama la... mmg nmpk dia bersungguh2 n komited...
so iols te ...
low_profile Post at 9-6-2011 11:25


Low jom gerak gempur AFUNDI 20 ama, insyaallah klu mmg rezeki ama, dia pasti akan bergelar juara jugak , klu x dia tetap juara di hati kita semua
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 11:49 AM | Show all posts
Low jom gerak gempur AFUNDI 20 ama, insyaallah klu mmg rezeki ama, dia pasti akan bergelar juara ...
gossip Post at 9-6-2011 11:32


insyaAllah.... kalo ade rezeki bleh la tgk ama pegang trofi juara AF wat kali terakhir....n semoga heols berjaya kt luar pasni...
mane taw ade rezeki bleh dpt penyanyi lelaki popular or bintang plg popular 2011...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-6-2011 11:52 AM | Show all posts
insyaAllah.... kalo ade rezeki bleh la tgk ama pegang trofi juara AF wat kali terakhir....n semo ...
low_profile Post at 9-6-2011 11:49


amin..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 11:53 AM | Show all posts
halooo uols sume...tadi tgh dok layan diari langsung ama tadi pagi kat bilik vokal lama gak layan peminat yg menebeng kat luar tu....siap promote suh beli lagu pokok..untung ye depa dpt beramah mesra lagi...klau iols tu mesti dah malew kura2..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2011 12:07 PM | Show all posts
Reply 968# nadsan80


lagu pokok 2 mmg best kn... terserlah lemak merdu suara dia...
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 12:16 PM | Show all posts
habis banner bebudak fans buat dah kena cabut kat pagar luar rumah kaca..
krew dah mula kejer-kejer clearing rumah kaca. the moment bebudak tu gi Putrajaya sekerat hari ni for soundcheck..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 12:29 PM | Show all posts
Lagu Pokok tu MUH prefer Nubhan Nanyi kan. Harap2 lepas kuar AF nanti boleh dengar Ama bawak lagu tu..
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 01:09 PM | Show all posts
HAi uols.....baru dapat masuk....pagi2 ni bz amats....sempat dengar breakfast era kat umah kaca.   Sporting lah akak yg dapat brekpes ngan AMA.  AMA pon ceria jer.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 01:16 PM | Show all posts
Iols dpt info deols akan ade grand lunch dkt rumah kaca with cikgu2
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 01:16 PM | Show all posts
Lagu Pokok tu MUH prefer Nubhan Nanyi kan. Harap2 lepas kuar AF nanti boleh dengar Ama bawak lagu tu ...
luvaries Post at 9-6-2011 12:29



    Iols Ada skodeng kat fb MUH....Ada lah yg Tanya pasal isu ni....kata MUH, since AMA sebok dengan AF, dorang Guna sapa saja yg deols pilih and kena ikut commitment masing2.  Tapi AMA dah abes AF, mungkin astro and MUH can work out cemana AMA will fit into MUH activity cam tuh lah.  Tapi ramai lah rekues nak AMA jugak cemana pon.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 01:20 PM | Show all posts
Mane uols bace posting si inarah neh? Kat hfc ke?
Btw morning uols..tadi ama kene interview dgn pa ...
azwana_alia Post at 9-6-2011 09:10



    Ya Jah kat HFC...ramai jugak kat sana Cuba korek2 Tanya sapa Mak Lang...Ada yg taw tapi ofkos ramai yg tak taw.  Ramai yg taw Cuba cover sheols....kata biar empunya badan or AMA sendiri announce.  Dengar citer, after abes AF malam tuh nanti reporters sume nak Tanya soklan cepumas ni.
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 01:23 PM | Show all posts
Iols dpt info deols akan ade grand lunch dkt rumah kaca with cikgu2
azwana_alia Post at 9-6-2011 13:16



    Skang ni ker...iols kat kawasan berhampiran ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2011 01:37 PM | Show all posts
Iols dpt info deols akan ade grand lunch dkt rumah kaca with cikgu2
azwana_alia Post at 9-6-2011 13:16



    Uols kat sana noks... Amik gambar...iols nak lunch kat sana tadi, terlepas simpang, terus gi melawati.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 01:38 PM | Show all posts
Iols kat aeon neh..lepas dpt info grand lunch tu..guess what? I saw maklang!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-6-2011 01:44 PM | Show all posts
Mohon tepek pic mak lang utk pengesahan
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2011 01:51 PM | Show all posts
Reply 979# azwana_alia


   uols ade amik gmbr maklang ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:55 AM GMT+8 , Processed in 0.046387 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list