CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Anak_Nogori

ATM akan bantu PDRM menangani bersih 2.0 9 Julai 2011?

  [Copy link]
Post time 29-6-2011 11:31 PM | Show all posts
TUNTUTAN:
Bersihkan senarai undi
Mereformasikan undi pos
Gunakan dakwat kekal
Akses media bebas & adil
Masa berkempen minima 21 hari
Kukuhkan institusi awam
Hentikan rasuah
Hentikan politik kotor

BALACI PAHAM:
Anwart anwart anwart
Ambiga
Komunis

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2011 11:35 PM | Show all posts
Adakah peluru hidup akan digunakan kali ini
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 08:38 AM | Show all posts
Adakah peluru hidup akan digunakan kali ini
copypaste Post at 29-6-2011 23:35



    klu nk jd mcm kt mesir...sila la pkai peluru hidup....

elok2 demo secaa baik...terus piket mkn 3,4 bulan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 01:08 PM | Show all posts
Silat Cekak Hanafi haramkan ahli sertai 9 Julai

KUALA LUMPUR 29 Jun - Kira-kira 75,000 ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi diharamkan daripada menyertai sebarang perhimpunan sama ada anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) atau Himpunan Patriot (Patriot) pada 9 Julai ini.

Pewaris Mutlaknya, Md. Radzi Hanafi berkata, jika persatuan mendapati ada di antara ahlinya berbuat demikian, mereka akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas termasuk dilucutkan keahlian.

Justeru katanya, kenyataan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) mengenai kesediaan 50,000 ahlinya 'bertempur' pada hari berkenaan tidak melibatkan seorang pun daripada 75,000 ahli persatuan itu.

"Saya juga berharap agar pihak yang mahu menyertai salah satu daripada tiga perhimpunan pada hari berkenaan (9 Julai) supaya tidak memakai pakaian yang tertera logo Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi.

"Tiada gunanya bagi para pengamal silat menyertai perhimpunan pada hari berkenaan kerana itu bukan agenda kita," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Mahaguru PSSLM, Tan Sri Omardin Mauju berkata, seramai 100 guru daripada pelbagai pertubuhan silat akan membuat kata sepakat pada pertemuan Sabtu ini demi mempertahankan keselamatan negara sebagai benteng ketiga selepas tentera dan polis.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Waris Malaya, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad ketika dihubungi berkata, ahli-ahlinya akan tetap turun bersama Patriot pada 9 Julai ini bagi membantah tindakan pembangkang menggunakan cara subversif bagi mendapatkan kuasa di negara ini.

"Kami menggesa Kementerian Dalam Negeri menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas penggerak Bersih yang menerapkan fahaman komunisme sebelum keadaan menjadi parah atau kita tengok sama ada kami pula yang akan dikenakan tindakan di bawah ISA," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 01:08 PM | Show all posts
Silat Cekak Hanafi haramkan ahli sertai 9 Julai

KUALA LUMPUR 29 Jun - Kira-kira 75,000 ahli Persatuan Seni Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi diharamkan daripada menyertai sebarang perhimpunan sama ada anjuran Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) atau Himpunan Patriot (Patriot) pada 9 Julai ini.

Pewaris Mutlaknya, Md. Radzi Hanafi berkata, jika persatuan mendapati ada di antara ahlinya berbuat demikian, mereka akan dikenakan tindakan disiplin yang tegas termasuk dilucutkan keahlian.

Justeru katanya, kenyataan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia (PSSLM) mengenai kesediaan 50,000 ahlinya 'bertempur' pada hari berkenaan tidak melibatkan seorang pun daripada 75,000 ahli persatuan itu.

"Saya juga berharap agar pihak yang mahu menyertai salah satu daripada tiga perhimpunan pada hari berkenaan (9 Julai) supaya tidak memakai pakaian yang tertera logo Silat Cekak Pusaka Ustaz Hanafi.

"Tiada gunanya bagi para pengamal silat menyertai perhimpunan pada hari berkenaan kerana itu bukan agenda kita," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Semalam, Mahaguru PSSLM, Tan Sri Omardin Mauju berkata, seramai 100 guru daripada pelbagai pertubuhan silat akan membuat kata sepakat pada pertemuan Sabtu ini demi mempertahankan keselamatan negara sebagai benteng ketiga selepas tentera dan polis.

Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Waris Malaya, Sheikh Weshal Sheikh Ahmad ketika dihubungi berkata, ahli-ahlinya akan tetap turun bersama Patriot pada 9 Julai ini bagi membantah tindakan pembangkang menggunakan cara subversif bagi mendapatkan kuasa di negara ini.

"Kami menggesa Kementerian Dalam Negeri menggunakan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) ke atas penggerak Bersih yang menerapkan fahaman komunisme sebelum keadaan menjadi parah atau kita tengok sama ada kami pula yang akan dikenakan tindakan di bawah ISA," katanya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 01:09 PM | Show all posts
klu nk jd mcm kt mesir...sila la pkai peluru hidup....

elok2 demo secaa baik...terus pi ...
angura Post at 30-6-2011 08:38


mana ko tahu kalau ada komunis tetiba tembak pendemo2 ni ngan peluru hidup, supaya negara ini huru hara?...ada jaminan ke?.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2011 01:17 PM | Show all posts
http://pusakagayongpulaupinang.blogspot.com/

P.S.S.P.G.M hq majlis gurun dah kasi semboyan..........paduka tok ayah cikgu majid beri jaminan tak halang mana2 anak pusaka gayong dari menyertai ataw menghindari perhimpunan tu.........


PULAU BESAR: Pengamal silat yang sebenar tidak akan bermegah-megah dengan ilmunya dan mengancam keselamatan orang lain, sebaliknya hanya mempergunakan ilmu yang dipelajari untuk manfaat agama, bangsa dan negara.

Malah, mana-mana pengamal silat yang dengan sengaja menakut-nakutkan orang lain untuk menunjukkan kekuatan, pasti akan menerima balasan daripada Allah.

“Orang yang hendak buat kacau kita tidak galakkan. Kalau mereka hendak tunjuk megah, Allah Taala akan bagi balasannya,” demikian dinyatakan Pengasas dan Guru Utama Pertubuhan Silat Seni Pusaka Gayong Malaysia, Cikgu Abdul Majid bin Mat Isa.

Beliau berkata demikian sewaktu mengulas kenyataan  Omardin Mauju, Guru Utama Silat Lincah Malaysia yang mengancam supaya perhimpunan Bersih 9 Julai ini dibatalkan, jika tidak mahu ‘berperang’ dengan pengamal seni silat di negara ini.

Omardin, mengeluarkan ugutan kepada Pengerusi Bersih, Ambiga Sreenevasan supaya menghentikan hasrat itu kerana khuatir tidak dapat mengawal ‘emosi’ anak-anak didiknya jika mereka ‘bertembung’ pada perhimpunan itu nanti.

Kenyataan Omardin itu disiar akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini.

Bercakap lebih lanjut, Cikgu Majid berpendapat tujuan Bersih adalah berhimpun secara aman untuk menuntut keadilan, justeru tidak ada sebab  mana-mana pertubuhan silat memusuhi peserta himpunan itu.

“Kita tak berfikir yang mereka (Bersih) akan menimbulkan masalah. Kita tak anggap begitu. “Apa-apa tindakan yang kita mahu ambil hendaklah berpaksikan keadilan yang sebenarnya,” kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid juga memberi jaminan bahawa penuntut Silat Gayung Pusaka sendiri tidak akan mengancam dan menakut-nakutkan orang lain daripada menyertai mahupun menghindari perhimpunan tersebut.

“Saya pun tak akan izinkan anak-anak Gayung buat kacau pada perhimpunan begini,” kata Cikgu Majid.

Cikgu Majid atau nama penuhnya Abdul Majid Mat Isa adalah Pengarah dan Gurulatih Utama Pusaka Gayong Malaysia dan masih mengekalkan gelaran ‘Cikgu” walaupun beliau sendiri sebenarnya bertaraf seorang mahaguru dalam dunia persilatan.

Cikgu Majid adalah murid kanan pengasas Gayong Malaysia, Allahyarham Datuk Meor Abdul Rahman dan menuntut seni silat Melayu itu di Woodlands, Singapura.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 01:19 PM | Show all posts
Sumbat penganjur Bersih ke penjara

NUSAJAYA 29 Jun - Gesaan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) supaya penganjur perhimpunan haram Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) disumbat ke dalam penjara mendapat sambutan hangat daripada ADUN lain pada Persidangan DUN di Kota Iskandar di sini hari ini.

Ucapan Datuk Abdullah Md. Ali (BN-Bukit Naning) yang penuh semangat menggesa Kementerian Dalan Negeri (KDN) menahan mereka terlibat menganjurkan perhimpunan haram itu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), disambut dengan tepukan meja oleh para ADUN.

"Nampaknya mereka ini benar-benar mencabar kesabaran kerajaan kerana tetap berdegil mahu meneruskan perhimpunan haram itu. Mereka ini sebenarnya lebih berbahaya daripada komunis dan perkara ini perlu dipandang serius.

"Tak payah beri bermacam-macam alasan. Kita ada kuasa, jadi gunakan kuasa kita. Tak perlu tunggu hingga 9 Julai, tangkap dan sumbat sahaja mereka ini kerana cuba menimbulkan huru-hara di negara kita yang aman ini," katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata, tindakan tegas memang sepatutnya diambil ke atas pihak terlibat kerana tiada sebab untuk tidak berbuat demikian memandangkan mereka secara terang-terangan tidak menghiraukan pandangan orang lain.

Pendapat sama turut disuarakan, Datuk Abdul Aziz Sapian (BN-Nusajaya) yang menyifatkan perhimpunan haram Bersih itu sudah menjadi kotor kerana telah dicemari dengan agenda-agenda yang mampu menggugat ketenteraman awam.

"Saya menerima banyak sangat rungutan daripada orang ramai yang terpaksa melalui kesesakan lalu lintas yang teruk ekoran banyak sekatan jalan raya yang dilakukan disebabkan perkara itu.

"Justeru itu, saya menyeru kepada pembangkang yang mencetuskan perkara ini supaya tarik balik usaha tersebut. Kalau nak rampas kuasa sekali pun gunakanlah secara demokrasi dan bukannya buat tindakan yang tidak bertamadun itu," ujarnya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2011 01:21 PM | Show all posts
kenapa semua mcm huru hara jer pasai perhimpunan ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 02:42 PM | Show all posts
selama ni sesama mulayu tak penah bergasak kaa? atau sesama mulayu aje begasak, cino/koling tak  ...
pyropura Post at 29-6-2011 22:21



kalu dh semua melayu bergasak apa yg tggl jer nnt? api kecil2 jadi kawan bl besar jd lawan...

selain beribu2 yg berhimpun nnt akan ada jgk beribu yg "bertanduk" tue dok main peranan diorg jgk...

kalu polis & ATM power cube jgn bg diorg dpt msk kt tmpt2 yg dirancang tue, kawal jgn bg diorg dpt berarak sbb klu dh dpt berarak susah nk bersurai..myb polis & ATM jg kt sepanjang laluan pejalan kaki jgn bg masuk jalanraya utk berarak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 02:45 PM | Show all posts
Bekas perajurit kecewa cubaan hidupkan fahaman komunis
30/06/2011 1:36pm

KANGAR 30 Jun — Persatuan Bekas Perajurit Negeri Perlis (PBPPs) kecewa dengan cubaan pihak tertentu menghidupkan semula fahaman komunis di negara ini.

Yang Dipertuanya, Datuk Idrus Kassim berkata, perkara itu sepatutnya tidak berlaku ketika rakyat menikmati kemakmuran dan keharmonian setelah negara mencapai kemerdekaan.

"Mereka terbabit harus insaf dan sedar betapa kesenangan hidup mereka, keluarga dan anak-anak mereka hari ini adalah hasil nikmat kemerdekaan negara,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Beliau menyifatkan percubaan menghidupkan fahaman komunis itu amat berbahaya, apatah lagi ia turut dikaitkan dengan perhimpunan haram oleh puak pengacau yang dijadualkan pada 9 Julai ini. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 03:11 PM | Show all posts
Reply 966# Anak_Nogori


    klu ade jgk tang nk pkai peluru hidup...maknenye polis kne kerja keras la mengawal keadaan yg bakal menjadi lebih buruk....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2011 03:16 PM | Show all posts
Reply  Anak_Nogori


    klu ade jgk tang nk pkai peluru hidup...maknenye polis kne kerja keras  ...
angura Post at 30-6-2011 15:11


apa plak kerja polis..najib turun jadi PM dan istiharkan je magaren..kasi kuasa pada Agung..tugas tentera plak lah...habis cerita..dah selesai masing2 sembelih menyembelih..nampak dah aman..gugurkan mageran...Najib naik balik jadi PM...macam berlaku 13 mei dulu lah..
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 03:25 PM | Show all posts
Reply 973# Anak_Nogori


    hahahahahahaha...adeh sakit perut aku ketawa la ankle...tingginye imagine ko...


sblm meleret terjuih2 kan...

aku nk tanye la skit..knp digunakan peluru hidup?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2011 10:25 AM | Show all posts
Reply  Anak_Nogori


    hahahahahahaha...adeh sakit perut aku ketawa la ankle...tingginye imagi ...
angura Post at 30-6-2011 15:25


kan dah citer kat atas tu...lagi nak tanya plak..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2011 10:34 AM | Show all posts
Tujuh ditahan, ratusan barang dirampas dari pusat kegiatan Bersih...

    Rabu, 29 Jun 2011 12:52
    Administrator

    * Email
    * Cetak
    * PDF

altKEMASKINI Polis Selangor Rabu menyerbu sebuah rumah berhampiran Hospital Assunta di Petaling Jaya, yang dipercayai dijadikan tempat kegiatan yang ada kaitan dengan perhimpunan haram pada 9 Julai.

Serbuan yang dilakukan kira-kira 11 pagi diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah dan disertai lebih 10 anggota polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi berkata dalam serbuan itu, polis merampas beratus-ratus helai baju yang tertulis logo dipercayai berkaitan perhimpunan haram itu.

Katanya polis akan menyiasat kes itu lebih lanjut mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan.

Sementara itu, kira-kira pukul 3.50 petang ini, kelihatan dua lelaki dan lima perempuan berumur lingkungan 20 hingga 40-an yang berada di dalam rumah tersebut di arah masuk ke dalam trak polis.

Difahamkan, polis turut merampas empat kain rentang, enam buah kotak, tujuh plastik dan beberapa poster.

Peguam yang mewakili tujuh individu yang ditahan itu, Honey Tan Lay Ean berkata ketujuh-tujuh mereka ditahan polis bagi membantu siasatan menurut Seksyen 27(5) Akta Polis dan peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Bernama melaporkan, di tempat kejadian mendapati berlaku satu pergaduhan di antara anggota polis dengan beberapa individu yang berada berhampiran rumah berkenaan.-29/6/2011
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-7-2011 10:34 AM | Show all posts
Tujuh ditahan, ratusan barang dirampas dari pusat kegiatan Bersih...

    Rabu, 29 Jun 2011 12:52
    Administrator

    * Email
    * Cetak
    * PDF

altKEMASKINI Polis Selangor Rabu menyerbu sebuah rumah berhampiran Hospital Assunta di Petaling Jaya, yang dipercayai dijadikan tempat kegiatan yang ada kaitan dengan perhimpunan haram pada 9 Julai.

Serbuan yang dilakukan kira-kira 11 pagi diketuai oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor SAC Mohd Adnan Abdullah dan disertai lebih 10 anggota polis.

Ketua Polis Selangor Datuk Tun Hisan Tun Hamzah ketika dihubungi berkata dalam serbuan itu, polis merampas beratus-ratus helai baju yang tertulis logo dipercayai berkaitan perhimpunan haram itu.

Katanya polis akan menyiasat kes itu lebih lanjut mengikut Seksyen 50 (3) Akta Pertubuhan.

Sementara itu, kira-kira pukul 3.50 petang ini, kelihatan dua lelaki dan lima perempuan berumur lingkungan 20 hingga 40-an yang berada di dalam rumah tersebut di arah masuk ke dalam trak polis.

Difahamkan, polis turut merampas empat kain rentang, enam buah kotak, tujuh plastik dan beberapa poster.

Peguam yang mewakili tujuh individu yang ditahan itu, Honey Tan Lay Ean berkata ketujuh-tujuh mereka ditahan polis bagi membantu siasatan menurut Seksyen 27(5) Akta Polis dan peruntukan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

Bernama melaporkan, di tempat kejadian mendapati berlaku satu pergaduhan di antara anggota polis dengan beberapa individu yang berada berhampiran rumah berkenaan.-29/6/2011
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2011 10:37 AM | Show all posts
Perhimpunan 9 Julai kalau ON juga boleh cetus huru-hara kata KPN

    Rabu, 29 Jun 2011 18:26
    ROSLAN BIAN
KETUA Polis Negara Tan Sri Ismail Omar petang Rabu mendedahkan hasil risikan dan taksiran keselamatan PDRM, sekiranya perhimpunan haram Bersih diadakan juga, situasi itu boleh mencetuskan ketegangan, huru hara, kemusnahan harta benda, kecederaan malah mungkin mengakibatkan kehilangan nyawa.

Hasil risikan juga mendapati ada usaha pihak tertentu dan anasir-anasir asing yang mengambil kesempatan untuk mengeksploitasi keadaan ekoran perhimpunan haram haram di beberapa lokasi di ibu negara pada 9 Julai ini.
“Dengan menilai kepada fakta-fakta dan keadaan semasa, situasi kini juga mempunyai potensi dan keberangkalian yang dominan untuk menganggu kehidupan masyarakat negara ini yang aman damai,” katanya.

Bercakap dalam sidang media di Ibui pejabat Polis Bukit Aman, Ismail menegaskan, situasi demikian jika tidak ditangani dengan segera dan berkesan, ianya boleh menjejaskan kenteteraman awam dan keselamatan negara.
Katanya, polis tidak akan membenarkan mana-mana individu atau pihak tertentu mengambil tindakan yang boleh mencetuskan huru hara dan anarki berdasarkan undang-undang yang ada.

Ismail menegaskan, polis akan bertindak tegas terhadap mana-mana pihak yang menganjurkan dan menyertai perhimpunan haram itu

Menurutnya, beliau akan menggunakan segala kuasa yang ada selain maklumat diperolehi untuk bertindak menghalang pihak terbabit mencetuskan huru hara.

Diminta mengulas sama ada anasir asing itu ada kaitan dengan pihak tertentu termasuk parti politik di negara ini dan yang menganjurkan perhimpunan haram itu, Ismail menjelaskan, beliau tidak boleh mendedahkan perkara itu kerana ianya adalah kegunaannya untuk bertindak.

“Saya memantau setiap kata-kata, tindakan dan perbuatan semua orang. Saya ingin peringatkan, jagalah jangan kata-kata dan perbuatan itu supaya tidak tergolong yang  boleh mencetuskan orang bergaduh,” ujarnya.

Dalam sidang media itu, Ismail mengesahkan polis menyerbu pejabat Bersih di Petaling Jaya, petang tadi.

Seramai tujuh orang ditahan dan 540 t shirt Bersih pelbagai warna dirampas.

Selain itu katanya, sejak 6 Jun hingga semalam, 1,830 laporan polis dibuat pelbagai pihak yang menentang perhimpunan haram tersebut.

Manakala sejak empat hari lalu, 101 ditangkap dengan 45 daripadanya masih ditahan atas pelbagai kesalahan berkait perhimpunan itu.

Ismail berkata, polis sudah memanggil beberapa pihak yang mahu terbabit dengan perhimpunan pada 9 Julai dan memberi ingatan kesan yang bakal dihadapi jika perhimpunan itu diteruskan juga dan jangan membelakangkan undang-undang dalam tindakan masing-masing.

Ditanya cakap-cakap pembangkang, kononnya polis akan isytihar darurat pada 9 Julai jika perhimpunan itu diadakan, Ismail berkata, semua pihak boleh buat andaian masing-masing.

Bagaimanapun, beliau sekali lagi memberi amaran jangan sampai ada kata-kata dan tingkah laku boleh mengundang tindakan daripada pihak polis.

Katanya, ini termasuk tidak memilih sesiapa saja sama ada mereka berpangkat atau tidak.
“Jangan pula ada yang berselindung disebalik peraturan atau undang-undang. Polis akan bertindak ikut moto Tegas, Adil dan Berhemah,” katanya.-29/6/2011 OLEH ROSLAN BIAN
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2011 10:46 AM | Show all posts
Pintu rundingan SPR-Bersih masih terbuka

    Jumaat, 01 Julai 2011 04:28
    NOOR HASILAH ISMAIL

    * Email
    * Cetak
    * PDF

altSuruhanjaya Pilihanraya (SPR) masih membuka pintu kepada Datuk Ambiga Sareenenasen untuk berunding, tetapi pengerusi Bersih itu hendaklah memisahkan dirinya daripada politik.
Namun jika Ambiga nak sangat berpolitik, beliau dinasihatkan supaya mendaftarkan saja Bersih sebagai sebuah parti politik.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, berkata, sekiranya Bersih mahu menegakkan demokrasi, mereka perlu memisahkan diri daripada parti pembangkang yang cuba mengambil kesempatan untuk mencapai agenda mereka.

“Saya bagi pihak SPR nak beritahu Ambiga, pintu  rundingan dengan Bersih masih dibuka. Ia belum ditutup. Saya rayu pada Ambiga, pisahkan diri anda dari parti-parti politik ,” katanya pada forum “Tuntutan Bersih – Apa Penjelasan SPR” di Kuala Lumpur, Khamis.

Antara yang menghadiri forum berkenaan yang dianjurkan oleh Pusat Perkembangan Minda ialah wakil-wakil Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO), Parti Politik, Blogger dan beberapa Agensi Kerajaan.

Wan Ahmad berkata, beliau percaya Ambiga telah diperalatkan oleh parti pembangkang yang mempunyai agenda untuk Pilihanraya Umum ke-13. Katanya tindakan pembangkang atau Bersih yang menggalakkan rakyat Malaysia mencontohi demonstrasi seperti di Mesir adalah satu penghinaan kepada kebijaksanaan rakyat negara ini.

Menurut Wan Ahmad, pada November 2010 SPR telah menjemput Ambiga dan ahli-ahli jawatankuasa untuk mendengar 17 cadangan yang dikemukakan mereka. Katanya, setelah mendengar cadangan setiap ahli, SPR mendapati mereka mempunyai interprestasi yang berbeza terhadap undang-undang dan perlembagaan yang berkaitan. Bagaimanapun katanya mereka berpuashati dengan penjelasan SPR.

“Pada Januari tahun ini Bersih telah meminta satu lagi pertemuan susulan dan mengemukakan lapan tuntutan. Bagaimanapun SPR mencadangkan pertemuan itu ditangguhkan kerana kami sedang sibuk dengan persiapan menghadapi Pilihanraya Negeri Sarawak.

“Mereka mengurangkan 17 cadangan itu kepada lapan. Tetapi tiba-tiba cadangan berubah menjadi tuntutan dan mereka mahu buat demonstrasi pula,” katanya.

“Bersih bukan lagi Bersih yang saya kenal dulu. Bersih sekarang sudah menjadi begitu kusut. Mereka mahu meneruskan perhimpunan pada 9 Julai ini. Bayangkan apa akan terjadi kalau itu berlaku.

“Kita sudah melihat apa yang berlaku pada suasana perniagaan di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada ketika itu.Yang terlibat dengan perhimpunan itu bukan Bersih sahaja, tetapi banyak parti politik,” katanya.

“SPR  telah menggunakan sistem yang sama pada Pilihanraya Umum (PRU) 2004 dan 2008 yang menyaksikan pembangkang menang 82 kerusi dan lima negeri. Apa lagi yang kotor,” katanya.

Wan Ahmad berkata, dia percaya Pakatan Rakyat sebenarnya sudah mula risau dengan kebangkitan Barisan Nasional (BN) yang ditunjukkan menerusi beberapa kemenangan dalam Pilihanraya Kecil (PRK) sejak tahun lalu. Oleh kerana itu, katanya pembangkang sanggup lakukan apa sahaja untuk mendapatkan sokongan rakyat.

“BN sudah mula menang. Saya rasa mereka sudah mula risau. Trend sudah berubah. Rakyat Malaysia perlu faham apa agenda mereka,” katanya.

Dalam forum berkenaan, Wan Ahmad turut menjawab mengenai isu pengundi hantu. Katanya ia berlaku apabila apabila berlaku kematian, ia tidak dilaporkan serta merta kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

“Apabila berlaku pilihanraya pada ketika itu, nama si mati masih terdapat dalam sistem. Itu yang mengakibatkan nama orang yang sudah mati pun tersenarai sebagai pengundi,” katanya.

Menurutnya hasil kajian yang dibuat, SPR mendapati 40% rakyat Malaysia tidak menetap di alamat seperti yang tertera dalam kad pengenalan mereka. Setelah berhijrah dari kampung untuk bekerja di bandar, mereka tidak menukar alamat dan apabila pulang untuk mengundi, mereka disalah anggap sebagai pengundi hantu.

Katanya bagi mengelakkan perkara ini berlaku, SPR akan memperkenalkan Sistem Biometrik (Teknik Imbasan Cap Jari) pada PRU akan datang. Katanya sistem ini lebih efektif daripada Sistem Dakwat Kekal yang dituntut oleh Bersih.

Wan Ahmad berkata, dakwaan wujudnya “pengundi hantu” sengaja diada-adakan untuk mewujudkan persepsi bahawa pilihanraya boleh ditipu.

Mengulas apa yang berlaku kepada Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali di mana terdapat nama enam bangsa Cina berdaftar menggunakan alamat rumah ibunya, Wan Ahmad berkata pendaftaran yang dibuat sebelum 2002 banyak dibuat tidak mengikut alamat dalam MyKad.

“Sebelum akta daftar pemilih yang baru diperkenalkan pada 2002, yang mewajibkan pengundi didaftarkan mengikut alamat pada Mykad, sesiapa sahaja boleh mendaftar untuk orang lain di mana sahaja.

“Enam nama bangsa Cina yang didaftarkan menggunakan alamat Azmin berdaftar pada 1994 dan 1996, sebelum akta 2002 dilaksanakan,” katanya.

Wan Ahmad berkata, dengan sistem yang ada sekarang, adalah hampir mustahil seseorang itu boleh mengundi dua kali melainkan pengundi berkenaan menggunakan kad pengenalan palsu. Mengenai cadangan pembangkang supaya pendaftaran pengundi dibuat secara automatik, Wan Ahmad berkata, ia bertentangan dengan dasar demokrasi.

“Undang-undang di negara kita tidak mewajibkan pendaftaran pengundi. Kita tidak boleh memaksa rakyat berdaftar atau mengundi. Itu hak rakyat sama ada mereka mahu mendaftar sebagai pengundi atau tidak,” katanya.

Wan Ahmad berkata isu yang dibawa oleh Bersih bertujuan menimbulkan rasa benci rakyat terhadap SPR dan rasa benci itu akan diterjemahkan dalam bentuk undi yang menentang kerajaan. – 30/6/2011.-OLEH NOOR HASILAH ISMAIL
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-7-2011 10:48 AM | Show all posts
Bersih: PAS tak berganjak walau amaran bakal huru hara...

    Khamis, 30 Jun 2011 15:55
    ROSLAN BIAN

    * Email
    * Cetak
    * PDF

mat-sabunWalaupun polis sudah menyatakan kebimbangan tercetus huru hara dan mungkin meragut nyawa, PAS tetap akan menyertai perhimpunan haram Bersih pada 9 Julai ini.

Apatah lagi kehadiran beramai-ramai ahli PAS itu atas arahan dan restu Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Ketua Dewan Ulama, Datuk Harun Taib.

“Mereka tiada pilihan lain sebalik perlu bersama pada perhimpunan 9 Julai nanti melainkan ada arahan sebaliknya," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu pada sidang media di ibu pejabat PAS, Khamis.

Katanya, PAS memberi jaminan perhimpunan itu akan berlangsung secara aman.

Bagaimanapun menurut Mohamad, parti itu tidak akan membela ahli yang bertindak ganas pada hari tersebut.

“Polis atau pihak keselamatan boleh menahan dan mengambil tindakan terhadap ahli PAS yang melanggar undang-undang.

"Polis boleh ambil tindakan atau menahan ahli PAS yang buat kacau seperti membakar kereta atau melempar batu. Kita tidak akan membela mereka kalau betul ahli PAS bertindak ganas," katanya.

Enggan mengulas amaran Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar kesan buruk jika perhimpunan itu tetap berlangsung, Mohamad sebaliknya mahu polis mengambil tindakan terhadap pihak yang mengeluarkan kenyataan yang boleh mencetuskan pertumpuhan darah.

Beliau merujuk kenyataan pemimpin persilatan yang didakwa mengeluarkan amaran sanggup bermandi darah dan sanggup mati bagi mnenghalang perhimpunan itu.

Ditanya apakah PAS mengambil kira rintihan penjaja sekitar lokasi perhimpunan dan pemandu teksi yang terjejas pendapatan mereka, Mohamad menyifatkan demonstrasi itu sebaliknya membawa keuntungan kepada pihak berkenaan.

Katanya, apabila orang ramai tentu mereka akan membeli belah dan berbelanja.

“Kalau mereka  tak mahu orang ramai atau perniagaan laku, pergi berniaga di Ulu Tembeling (pendalaman Pahang),” sindirnya.

Mohamad menyifatkan rintihan dan keluhan golongan itu bukan dari hati nurani tetapi hasutan pihak tertentu.

Sebelum sidang media itu Mohamad dipanggil memberi keterangan di Balai Polis Gombak berhuhung kenyataannya mengenai Bersih semasa berucap di muktamar parti itu baru-baru ini.

Beliau turut mengesahkan dipanggil polis Ibu Pejabat Bukit Aman petang ini yang ada kaitan dengan perhimpunan Bersih pada 9 Julai nanti.- 30/6/2011 OLEH ROSLAN BIAN
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 04:59 AM GMT+8 , Processed in 0.188049 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list