|
My rebiu.. @dauswq
panjang neh..harap kau tak boring membacanya.. biasa la aku punya selalu overrrr kan..
Rating Keseluruhan Drama: (8/10)
1. Cerita (7/10)
- Jalan cerita biasa je, agak cliché – isu anak chaebol yg illegitimate, dah ada tunang tapi bercinta dgn pompuan miskin, pastu ada kawan baik tapi bergaduh la pulak. Focus pasal friendship, family, love, life, romance pastu ada comedy sket
- Yang best, walaupun storyline biasa2 je tapi olahan ceritanya kemas, menarik dan tak bosan menonton.
- Banyak dialog2 yg menarik dan meaningful yg boleh diingat walaupun cite dah abis. Especially ayat2 jiwang Kim Tan yg buat semua gadis2 dan mak2 gadis di sini feeling2 muda remaja..hahahaah
Perhaps, Do I like you?
Perhaps, Do I miss you?
I wanted to say, Where are you in.. With who.. When are you going.. Do you have to go.. Please don’t go.. Stay with me more.. I miss you..
Dan banyak lagi..

- Banyak scene2 yg sweet & touching antara Kim Tan & Eunsang, Kim Tan & Young Do, Chan Young & Bona, Myung Soo & friends etc. Setiap watak ada role & tarikan tersendiri dan bukan sekadar pak pacak dlm cerita. Even scene2 yg melibatkan parents diorang pun best lebih2 lagi part mak Kim Tan dan mak Eun Sang.
- Ada bahagian2 tertentu dlm cerita ni yg agak kurang meyakinkan bagi aku. Especially part Kim Tan masih kat US. Contonhnya;
Kim Tan masih Konglish padahal dah 3 tahun dok Amerika
Pelakon2 tambahan Amerika tu mcm tah apa2 je, tak terasa American pun 
Bean powder mistaken as drug?
Drug user snorts (bean powder) drug?
Polis ambik & hantar balik passport Eun Sang mcm tu je ke, takde documentation?
Dan banyak lagi..
- Bezanya drama ni dgn drama high-school romance yg lain ialah cerita ni focus kat isu dan permasalahan golongan2 Heirs – golongan atasan yg dipandang tinggi & hidup mewah, tapi sebenarnya bergelumang dgn bermacam masalah hidup – political marriage, love triangle, family issues, identity crisis at teenage age, parents with highly-expressed behaviour dll
- Endingnya bagi aku memuaskan walaupun tidak fairytale. Sesuai dgn tajuk cerita – The one who wants to wear the crown, bears the crown – maknanya bukan senang nak senang, tak semua yg kita nak kita akan dapat, kadang2 ada perkara yg kena dikorbankan, contohnya;
Kim Tan gets his shares in the company, gets the girl, tapi seluruh dunia pandang dia sebagai anak illegitimate
Kim Won gets the company, tapi kehilangan pompuan yg dia sayang
Life must go on untuk Rachel & Hyosin, walaupun terpaksa begantung dgn medication untuk relieve stress & berdepan dgn semua masalah hidup (ini memang realiti pun)
Chan Young & Eun Sang’s family– walaupun tak kaya, tapi hidup penuh dgn kasih sayang, dan sentiasa berusaha untuk rapatkan hubungan dgn anak2
- In short, bukan la terbaik dari segi jalan cerita, tapi tetap one of my all-time favourite.
2. Keberkesanan Lakonan (8.5/10)
Lee Min Ho (Kim Tan)
- Lakonan yg sangat best, first time aku rasa dia berlakon best.. sebelum ni okay2 aja
- Walaupun muka & body LMH ni nampak agak tua dah untuk bawak watak 18 tahun, tapi lakonan dia boleh convince aku yg Kim Tan ni masih budak sangat. Terasa mcm Kim Tan ni adik aku je, mcm budak2 remaja – cute, sweet, nakal, manja & suka buat perangai.
- Walaupun watak ni agak biasa dan taklah begitu mencabar skill lakonan, tapi aku rasa LMH boleh sampaikan emosi dgn sangat baik hanya melalui pandangan mata dan ekspresi mukanya. Lakonan paling impressive bagi aku ialah masa scene ni;

- Boleh rasa Kim Tan yang lonely, sedih, broken down, marah, naïve, romantic, cheeky, flirty. Antara yg paling mencurigakan ialah renungan mata dia kat Eun Sang yg memukau tu, memang nampak mcm orang betul2 in love 

Ni pulak Kim Tan yang gatal 

- Pencalonan untuk Best Actor.
Kim Woo Bin (Choi Young Do)
- Part2 awal cerita tu Young Do ni sangat la menjengkelkan dan menyakitkan hati, geram aku.
- Tapi last2 character ni berubah jadi watak antagonis yang loveable, bermakna KWB boleh bawak watak ni dgn baik sekali.
- Sangat suka part2 Young Do bromance dgn Kim Tan. Tapi malas nak tepek gambar Young Do sebab aku kan bias. Hahahah 
- Cuma, dah 3 drama dia yg aku tengok (A Gentleman’s Dignity, School 2013, Heirs) – semuanya berlakon jadi student yg kaki buli. Harap next time dia berlakon watak yg lain pulak.
- Pencalonan untuk Best Supporting Actor.
Park Shin Hye (Cha Eun Sang)
- Bagi aku lakonan PSH ni ada part2 yg kurang natural, nampak mcm dibuat2
- Tapi lakonan very the best kat scene2 “angst”. Antara scene lakonan PSH yg aku suka ialah scene dia kena ketakutan lepas kena cekup dlm bilik Kim Tan & scene dia tepis tangan Young Do lepas rooftop kiss
- Part2 sedih dan air mata pun sangat bagus, muka merah dan mata berair je mcm org nangis betul2.
Kim Sung Ryung (mak Kim Tan)
- Lakonan yang sangat bagus jugak
- Mula2 wataknya agak membencikan, pastu tukar jadi lawak, dah ujung2 jadi kesian lak, and lastly rasa mcm warm feeling
- Scene lakonan dia yg aku suka: part dia sungguh2 paut tangan Kim Tan masa Kim Tan dedahkan rahsia yg dia illegitimate son
- Pencalonan untuk Best Supporting Actress
Krystal, Kang Min Hyuk, Park Hyung Sik (Lee Bo Na, Yoon Chan Young & Jo Myung Soo)
- Watak happy go lucky sebagai penyedap jalan cerita je. So aku tak expect watak ni akan berkembang apa2 sebab cuma ada 20 episode je
- Lakonan Krystal dan Hyung Sik harus dipuji for the fact that diorang belum banyak experience berlakon
- Watak Chan Young plain dan tak begitu mencabar kebolehan sebenar Min Hyuk. Aku rasa lakonan dia lebih menawan hati dlm drama Heartstrings.
Lain2
- Lakonan Kang Ha Neul sebagai Hyo Shin rasanya mcm best, tapi wataknya terlalu picisan dan kurang menyerlah
- Lakonan Kim Ji Won sebagai Rachel pun okey
- Yang jadi mak Eun Sang pun best lakonannya tapi sebab watak ni kecik je tambah pulak bisu kan, can’t say much
- Lakonan Jung Dong Hwan sebagai ayah Kim Tan sangat2 la bagus. Biasa la otai. Malas nak cerita panjang. Pencalonan untuk Best Supporting Actor.
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (7/10)
- Peralihan shot dari satu adegan ke adegan lain kemas dan berkesinambungan. Menariknya bila hujung2 episode ada je cliffhanger yg mengujakan, buat aku tak sabar2 nak tengok episode demi episode.
- Teknik pengarahan & lakon layar – rasanya kurang suka dgn adegan2 yg terlalu dramatic ala2 hindustan. Contohnya; scene2 Eun Sang terperangkap kat tengah2 Kim Tan & Young Do. Laki aku guling2 gelak tengok aku tengok part ni. Tapi scene Kim Tan terkesima tengok Eun Sang kat balkoni tu best plak..
- Sinematografi memang sangat cantik lebih2 lagi masa kat Amerika tu. Ni yang aku suka;

4. Skor muzik (4.5/5)
- Aku rasa background music banyak membantu feel cerita ni. Muziknya kena sangat dgn cerita. Paling suka muzik tema Young Do kecewa tu.. Cool dan maskulin je bunyiknya.. sesuai dgn Young Do.
- Semua lagu dlm OST boleh kata favourite, tapi yg I like more more more more and more (baca ikut style Bo Na..hehe ) ialah:
Love Is.. - Park Jang Hyun & Park Hyun Kyu (Bromance)
Moment - 2AM Chang Min
I’m Saying – FTIsland Hongki
Growing Pain – Cold Cherry
Only With My Heart – Lena Park
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)
- Dah banyak kali ulang pun. Satu episode dah tengok at least 2 kali. Lepas ni nak tengok lagi..Hew heww 
Last edited by manganini on 20-12-2013 12:39 PM
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|