tgk..tak pepasal tgk baeksang award yg tak pernah tgk dan gigih cari chengdu fanmeeting...ahaaaskrg masih merepeat...wp ada drama lain....chami layan gak Doctors...KRW
1. Cerita (6.5/10)
- Amat teruja sewaktu menonton beberapa episod terawal kerana saya menjangkakan ianya sebuah kisah dramatik lagi tragik 'ala Pearl Harbour' melibatkan para askar dan doktor. Walaupun sedikit terkilan apabila drama berstatus blockbuster seperti DOTS memilih cara penyampaian yang santai, drama ini juga mengutarakan pointnya yg tersendiri iaitu bagaimana individu bekerjaya berbeza mempunyai perspektif kehidupan yang berbeza, dan seterusnya bagaimana ia mepengaruhi hala tuju perhubungan mereka.
- Isu2 yg diutarakan dlm drama ini amat menarik (contoh: petugas askar melakukan misi khas, gempa bumi, wabak penyakit menular) tetapi sayangnya tidak dikupas atau dijalinkan dgn sempurna. Pada saya drama ini gagal mengekalkan momentumnya seperti di permulaan cerita.
- Secara peribadi saya juga kurang gemar dengan dialog terlalu cheesy yg berulang-ulang antara hero dan heroin. Drama ini diselamatkan oleh lakonan serta chemistry hebat antara pelakon-pelakon utama, serta adegan lucu pelakon-pelakon pembantu yang memeriahkan suasana
2. Keberkesanan Lakonan (8.5/10)
Song Joong Ki (Kapten Yoo Si Jin) *pencalonan Best Actor
- meskipun mempunyai wajah yang comel dan fizikal yang tidaklah terlalu tegap, kebolehan melakonkan scene aksi serta ketepatan gerak geri tubuh membolehkan SJK melakonkan watak askar misi khas ini dengan meyakinkan.
- SJK juga pandai menyesuaikan mimik muka, senyuman serta intonasi suara bagi mewarnai personaliti Yoo Si Jin selaku seorang askar/ketua yang cekap tetapi nakal, seorang kekasih yg hebat serta sahabat yang setia
Song Hye Kyo (Dr Kang Mo Yeon) *pencalonan Best Actress
- 'acting prowess' yang tidak dapat dinafikan selari dgn pengalaman beliau dalam bidang lakonan. Baik scene gembira, lucu atau sedih, bagi saya lakonan SHK tidak pernah mengecewakan
- Dengan penghayatan watak yg baik, SHK dengan mudah menyesuaikan dirinya sebagai watak Dr. Kang cantik, mahir dalam tugas tetapi mudah perasan bagus dan egoistik
Jin Goo (Sarjan Seo Dae Young)*pencalonan Best Supporting Actor
- watak dan gaya lakonan yang 360 darjah berbeza dari satu dramanya yg pernah saya tonton sebelum ini, sekaligus menunjukkan beliau mempunyai 'acting range' yang bagus
- meskipun watak ini tidak menunjukkan sebarang perubahan ekspresi muka dari awal ke akhir cerita, namun JG berjaya memperlihatkan emosi sedih, gembira atau lucu bertepatan dgn scene yang diberikan
Kim Ji Won (Liutenant Yoon Myeong Ju)
- tidak seperti kebanyakan pelakon wanita yg lain, KJW tidak kelihatan kekok membawa watak unit beruniform meskipun fizikalnya amat feminin
- walaupun berjaya memberi lakonan yang baik, sukar bagi saya menilai tahap lakonannya kerana watak ini sangat straightforward dan gaya lakonan KJW juga yang tidak ubah seperti wataknya dalam drama Heirs
3. Aspek teknikal (Lakon layar, teknik pengarahan, sinematografi) (8/10)
- tidak dapat disangkal lagi pemilihan lokasi yang hebat menghasilkan sinematografi yg hebat
- agak sayang mutu pengarahan dan editing sederhana sahaja
- instrumental juga sangat menarik, catchy serta sesuai dengan mood
4. Skor muzik (4.5/5)
- OST pilihan:
Always - Yoon Mirae
Everytime - Chen & Punch
You Are My Everything - Gummy
Talk Love - K.Will
5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (2/5)
- Kurang keinginan nak menonton kerana terlalu cheesy dan cringy
*Drama of The Year
* Best Supporting Actor - Jin Goo
* Best Album Production
*Song of The Year - Always, Yoon Mi Rae
Popular (9):
*Favorite Drama
*Worst Overated Drama
*Popular Actor - Song Joong Ki
*Popular Actress - Song Hye Kyo
*The Most Memorable Scene - Broadcast confession
*Couple of The Year - Song Jong Ki & SongHye Gyo
*Best Kissing Scene - Truck Kiss
*Popular Rookie Actor - Onew
*Drama Poster Choice