|
Hilang Suara, Konsert Anuar Zain Hari Ini Terpaksa Dibatalkan
[Copy link]
|
|
xtau la kalau isu tiket x laku buat yonder cancel the show. but bodoh la yonder cancel sgt2 last minute...menanggung kos tambahan usung peralatan pi pasang kat panggung anniversari tu..then umum cancel...unpack semula...dah la tiket x laku...tambah kos bagai...kalau betul lah |
|
|
|
|
|
|
|
jgn masa ko nk mengonsert aku kena outstation..anuatzen. Mmg aku hamok panggung anibeseri tu sehari sblm aku pegi.. |
|
|
|
|
|
|
|
haram aku tau psl kewujudan konsert neh sampai la tertgk kat astro ria ada pengumuman konsert nuar zain live kat garden manatah dibatalkan.kalau sbb rege tiket mahal penyebab utama..boleh tau tak tiket semahal berapa?mmg serius tak tau ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
harga tiket paling murah..RM388 paling mahal RM888 ko rasa.. iols pun x mampu..
|
|
|
|
|
|
|
|
bapok mahall tikettt,, xsangka rakyat malaysia ni kaya raya husnuzon2 hahah |
|
|
|
|
|
|
|
owwhh..kesahnya.kalau rm388 paling murah tu utk local artist ..mmg mintak mahap ler bebyk.tak hingin okehh.tak berbaloi langsung.
|
|
|
|
|
|
|
|
Auw abg nuarrrr masih mgancam |
|
|
|
|
|
|
|
ISU KONSERT: SAYA MASIH TUNGGU TARIKH BAHARU" - ANUAR ZAIN
Semua sedia maklum mengenai pembatalan konsert 'Yonder Music Music Live Series By The Lake, Anuar Zain and You' yang dijadualkan pada pertengahan bulan lalu.
Konsert tersebut dibatalkan disebabkan masalah pada pita suara atau Laringitis yang menyebabkan suara penyanyi popular Anuar Zain hilang sebaik melakukan raptai persembahan pada sebelah pagi, iaitu hari yang sepatutnya diadakan konsert di Panggung Anniversary, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Anuar berkata yang beliau masih menunggu perkembangan daripada penganjur, Yonder Music, berhubung perkara itu.
Katanya, serangan penyakit itu mengambil masa kira-kira tiga minggu untuk pulih dan mengakui baru 80 peratus sembuh sebelum dapat menjayakan 'Anuar Zain Album Tour 2017' di Mydin Pulau Sebang, sebagai lokasi pertamanya.
Katanya lagi, beliau yakin pembatalan yang terpaksa dilakukan mempunyai hikmah tersendiri meskipun berasa berat hati sambil menyifatkan keputusan itu perkara cukup sukar kerana perlu menjaga hati dan harapan peminat yang menunggu kemunculannya.
"Saya masih menunggu jawapan daripada Yonder Music jika ada tarikh baharu bagi meneruskan konsert berkenaan dan saya akan mengadakan pengumuman sama ada melalui laman sosial atau sidang media.
"Walaupun konsert yang saya sendiri nantikan itu terpaksa dibatalkan namun saya bersyukur kerana peminat memahami dan memberikan semangat untuk saya segera sembuh daripada Laringitis," jelasnya.
Penyanyi yang kini semakin popular dengan lagu 'Andainya Takdir' itu tidak dapat menyembunyikan rasa kecewanya kerana memang berharap untuk berkongsi pengalaman selama kira-kira 20 tahun sebagai anak seni bersama peminatnya di Panggung Anniversary.
"Ekoran penyakit itu, saya tidak mahu berasa tertekan kerana ia membabitkan emosi saya sebagai penyanyi. Saya menerima dengan terbuka dan percaya pada hikmah ditentukan Yang Maha Esa," katanya yang mendapatkan rawatan awal di Pusat Perubatan Sunway disusuli Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM).
Pada 'Anuar Zain Album Tour 2017' itu, beliau menyanyikan empat lagu lama dan baharu iaitu Kau Bunga Cintaku; Kembali; Andainya Takdir dan Cinta Takkan Berakhir di depan lebih 2,000 peminat dan pengunjung pasar raya besar berkenaan.
Selain itu, Anuar bakal mengadakan persembahan di Mydin Parit Buntar, Perak; Mydin Senawang, Negeri Sembilan; Mydin Samariang, Mydin CityOne dan Mydin Vista Tunku di Sarawak.
Read more: http://www.myartis.com/2017/02/i ... .html#ixzz4ZyL2QIW2 |
|
|
|
|
|
|
| |
|