Serina Redzuawan sekali lagi berang dengan bekas suami, Gavin Edward yang cuba memberi kenyataan palsu pada media tentang apa yang berlaku dengan isu tangkap khalwat baru-baru ini.
Foto: IG Serina Redzuawan
Rakaman temubual tersebut telah mendapat perhatian Serina dan dia telah memuat naik dalam Instagram untuk mendedahkan penipuan Gavin kerana menafikan kebenaran yang sebenarnya.
Serina mendakwa Gavin sememangnya lupa akan tanggungjawabnya untuk menghantar anak-anak ke kelas agama. Dia juga tidak mengaku dengan apa yang berlaku mengenai kes tangkap khalwat.
Serina juga berasa sedih melihat anaknya, Bella yang lebam pada matanya dan marah dengan sikap Gavin yang tidak membawanya terus ke hospital.
Tindakan Gavin yang memutarbelitkan kenyataan membuatkan Serina semakin kuat berusaha untuk mendapatkan semula hak penjagaan anak-anaknya supaya tidak menjadi mangsa terpesongnya akidah.
Foto: IG Serina Redzuawan
Dia memohon netizen agar sama-sama mendoakan dirinya mendapat kemenangan ke atas hak penjagaan anak-anak dan berharap urusan dipermudahkan. Namun begitu, pada masa yang sama dia turut tidak mahu bermusuhan dan tidak akan memisahkan hubungan kasih sayang antara seorang bapa dan anaknya.
Moga Serina terus kuat menghadapi dugaan ini dan mendapat semula hak penjagaan anak-anak secepat mungkin. - CARI
|