|
Edited by boca120879 at 6-5-2019 09:15 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
الَّذِينَ قَالَ لَهُمُ النَّاسُ إِنَّ النَّاسَ قَدْ جَمَعُوا لَكُمْ فَاخْشَوْهُمْ فَزَادَهُمْ إِيمَانًا وَقَالُوا
(Iaitu) orang-orang (yang mentaati Allah dan Rasul)
yang kepada mereka ada orang-orang yang mengatakan,
"Sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan untuk menyerang kamu,
kerana itu takutlah kepada mereka",
maka perkataan itu menambah keimanan mereka
dan mereka menjawab,
حَسْبُنَا اللهُ وَنِعْمَ الْوَكِيلُ
"Cukuplah Allah menjadi Penolong kami
dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung."
(Surah Ali 'Imran 3:173)
Doa mohon perlindungan
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Yahya bin Ayyub, Qutaibah dan Ibnu Hujr, kesemuanya daripada Ismail bin Ja'far,
daripada Ibnu Ayyub, daripada Ismail, daripada al-Ala', daripada bapanya, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Jauhilah kalian
daripada La'anaini."
Para sahabat bertanya,
"Wahai Rasulullah,
siapa La'anaini itu?"
Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Orang yang buang air (hajat)
di jalan (yang dilalui) manusia
atau di tempat berteduhnya mereka."
(Hadith Muslim no. 397)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 9-5-2019 10:37 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
لَا يُكَلِّفُ اللَّهُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا
Allah tidak membebani seseorang
melainkan sesuai dengan kesanggupannya.
لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ
Dia mendapat pahala (daripada kebajikan) yang diusahakannya
dan dia mendapat seksa (daripada kejahatan) yang dikerjakannya.
رَبَّنَا لَا تُؤَاخِذْنَا إِنْ نَسِينَا أَوْ أَخْطَأْنَا
(Mereka berdoa):
"Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau hukum kami
jika kami lupa atau kami tersalah.
رَبَّنَا وَلَا تَحْمِلْ عَلَيْنَا إِصْرًا كَمَا حَمَلْتَهُ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِنَا
Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat
sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami.
رَبَّنَا وَلَا تُحَمِّلْنَا مَا لَا طَاقَةَ لَنَا بِه
Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau pikulkan kepada kami
apa yang tidak sanggup kami memikulnya.
وَاعْفُ عَنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَارْحَمْنَا
Beri maaflah kami,
ampunilah kami,
dan rahmatilah kami.
أَنْتَ مَوْلَانَا فَانْصُرْنَا عَلَى الْقَوْمِ الْكَافِرِينَ
Engkaulah Penolong kami,
maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir."
(Surah Al-Baqarah 2:286)
Doa mohon keampunan
& pertolongan Allah
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
قَالَ
Dia berkata,
رَبِّ اغْفِرْ لِي
"Ya Tuhanku,
ampunilah aku
وَهَبْ لِي مُلْكًا لَا يَنْبَغِي لِأَحَدٍ مِنْ بَعْدِي
dan anugerahkanlah kepadaku kerajaan
yang tidak dimiliki oleh seorang juapun sesudahku,
إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
sesungguhnya Engkaulah Yang Maha Pemberi."
(Surah Sad 38:35)
Doa Nabi Sulaiman mohon keampunan
& kekayaan
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
وَمِنْهُمْ مَنْ يَقُولُ
Dan di antara mereka ada orang yang berdoa,
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً
"Ya Tuhan kami,
berilah kami kebaikan di dunia
وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً
dan kebaikan di akhirat
وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
dan peliharalah kami daripada azab neraka."
(Surah Al-Baqarah 2:201)
Doa mohon kebaikan di dunia & akhirat,
terpelihara daripada azab neraka
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih banyak2 atas segala perkongsian |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 16-5-2019 10:20 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Musaddad, daripada Yazid bin Zurai', daripada Daud bin Abu Hind, daripada Al Walid bin Abdurrahman, daripada Jubair bin Nufair, daripada Abu Dzar,
"Kami pernah berpuasa Ramadan bersama Rasulullah s.a.w.,
dan Rasulullah s.a.w. tidak pernah mengerjakan solat malam bersama kami sedikit pun dalam sebulan sampai berlalu sepertiga (1/3) malam,
setelah malam keenam (6) (dari akhir bulan) Rasulullah s.a.w. juga tidak mengerjakan solat malam bersama kami,
ketika pada hari kelima (5) (dari akhir bulan), Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat malam bersama kami hingga tengah malam pun berlalu.
Maka kata Abu Dzar, "wahai Rasulullah, alangkah baiknya sekiranya anda memperbanyak solat sunnah (qiyamullail) pada malam hari ini untuk kami!."
Maka Rasulullah s.a.w. bersabda, "Sesungguhnya apabila seseorang solat (malam) bersama imam hingga selesai, maka akan dicatat baginya seperti bangun (untuk mengerjakan solat malam) semalam suntuk."
Kata Abu Dzar, "Ketika malam keempat (4) (dari akhir bulan) Rasulullah s.a.w. tidak mengerjakan solat malam (bersama kami),
setelah malam ketiga (3) (dari akhir bulan), Rasulullah s.a.w. mengumpulkan keluarganya, isteri-isterinya dan orang-orang, lalu melakukan solat malam bersama kami, sampai kami khuatir ketinggalan al-Falah."
Jabir bertanya, "Apakah al-Falah itu?"
Jawab Abu Dzar, "Waktu sahur,
kemudian Rasulullah s.a.w. tidak lagi melakukan solat malam bersama kami pada malam-malam berikutnya dari sebulan itu."
(Hadith Abu Daud no. 1167)
Nota penting: Untuk pemahaman yg lebih baik, sila rujuk nasihat pakar (ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya) |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
رَبَّنَا لَا تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا
(Mereka berdoa),
"Ya Tuhan kami,
janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan
sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami,
وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً
dan kurniakanlah kepada kami
rahmat dari sisi Engkau;
إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ
kerana sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (kurnia)."
(Surah Ali 'Imran 3:8)
Doa mohon ditetapkan iman
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kalau yg nyatakan ilmu Allah itu tak amanah, itulah makna "menyia2kan amanah".
Kiamat hanya terjadi saat amanah disia2kan. Sendiri buat, sendiri tanggung ye. |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
وَأَيُّوبَ إِذْ نَادَىٰ
dan (ingatlah kisah) Ayub,
ketika ia menyeru Tuhannya,
رَبَّهُ أَنِّي مَسَّنِيَ الضُّرُّ
"(Ya Tuhanku),
sesungguhnya aku telah ditimpa penyakit
وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِينَ
dan Engkau adalah Tuhan Yang Maha Penyayang
di antara semua penyayang."
(Surah Al-Anbiya 21:83)
Doa Nabi Ayub ketika ditimpa penyakit dahsyat
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ ۖ قَالَ
Di sanalah Zakaria mendoa kepada Tuhannya seraya berkata,
رَبِّ هَبْ لِي مِنْ لَدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً
"Ya Tuhanku,
berilah aku dari sisi Engkau seorang anak yang baik.
إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاءِ
Sesungguhnya Engkau Maha Pendengar doa."
(Surah Ali 'Imran 3:38)
Doa Nabi Zakaria mohon zuriat yang baik
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
10 ayat terawal Surah Al-Kahf
Doa mohon terpelihara daripada Dajjal
الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي أَنْزَلَ عَلَىٰ عَبْدِهِ الْكِتَابَ وَلَمْ يَجْعَلْ لَهُ عِوَجًا
Segala puji bagi Allah
yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Quran)
dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya
(Surah Al-Kahfi 18:1)
قَيِّمًا لِيُنْذِرَ بَأْسًا شَدِيدًا مِنْ لَدُنْهُ وَيُبَشِّرَ الْمُؤْمِنِينَ الَّذِينَ يَعْمَلُونَ الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ أَجْرًا حَسَنًا
sebagai bimbingan yang lurus,
untuk memperingatkan seksaan yang sangat pedih daripada sisi Allah
dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman,
yang mengerjakan amal soleh,
bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,
(Surah Al-Kahf 18:2)
مَاكِثِينَ فِيهِ أَبَدًا
mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya,
(Surah Al-Kahf 18:3)
وَيُنْذِرَ الَّذِينَ قَالُوا اتَّخَذَ اللَّهُ وَلَدًا
Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata,
"Allah mempunyai anak"
(Surah Al-Kahf 18:4)
مَا لَهُمْ بِهِ مِنْ عِلْمٍ وَلَا لِآبَائِهِمْ ۚ كَبُرَتْ كَلِمَةً تَخْرُجُ مِنْ أَفْوَاهِهِمْ ۚ إِنْ يَقُولُونَ إِلَّا كَذِبًا
Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu,
begitu pula nenek moyang mereka.
Alangkah buruknya kata-kata yang keluar daripada mulut mereka,
mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.
(Surah Al-Kahf 18:5)
فَلَعَلَّكَ بَاخِعٌ نَفْسَكَ عَلَىٰ آثَارِهِمْ إِنْ لَمْ يُؤْمِنُوا بِهَٰذَا الْحَدِيثِ أَسَفًا
Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati
setelah mereka berpaling,
sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran).
(Surah Al-Kahf 18:6)
إِنَّا جَعَلْنَا مَا عَلَى الْأَرْضِ زِينَةً لَهَا لِنَبْلُوَهُمْ أَيُّهُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا
Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya,
agar Kami menguji mereka
siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.
(Surah Al-Kahf 18:7)
وَإِنَّا لَجَاعِلُونَ مَا عَلَيْهَا صَعِيدًا جُرُزًا
Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula)
apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus.
(Surah Al-Kahf 18:8)
أَمْ حَسِبْتَ أَنَّ أَصْحَابَ الْكَهْفِ وَالرَّقِيمِ كَانُوا مِنْ آيَاتِنَا عَجَبًا
Atau kamu mengira bahawa orang-orang yang mendiami gua dan (yang mempunyai) raqim itu,
mereka termasuk tanda-tanda kekuasaan Kami yang menghairankan?
(Surah Al-Kahf 18:9)
إِذْ أَوَى الْفِتْيَةُ إِلَى الْكَهْفِ فَقَالُوا
(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua,
lalu mereka berdoa:
رَبَّنَا آتِنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً وَهَيِّئْ لَنَا مِنْ أَمْرِنَا رَشَدًا
"Wahai Tuhan kami,
berikanlah rahmat kepada kami daripada sisi-Mu
dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini)."
(Surah Al-Kahf 18:10)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 27-5-2019 01:05 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
11 ayat terakhir Surah Al-Kahf
Doa mohon terpelihara daripada Dajjal:
وَعَرَضْنَا جَهَنَّمَ يَوْمَئِذٍ لِلْكَافِرِينَ عَرْضًا
dan Kami nampakkan Jahanam pada hari itu
kepada orang-orang kafir dengan jelas,
(Surah Al-Kahf 18:100)
الَّذِينَ كَانَتْ أَعْيُنُهُمْ فِي غِطَاءٍ عَنْ ذِكْرِي وَكَانُوا لَا يَسْتَطِيعُونَ سَمْعًا
iaitu orang-orang yang matanya dalam keadaan tertutup
daripada memperhatikan tanda-tanda kebesaran-Ku,
dan mereka tidak sanggup mendengar.
(Surah Al-Kahf 18:101)
أَفَحَسِبَ الَّذِينَ كَفَرُوا أَنْ يَتَّخِذُوا عِبَادِي مِنْ دُونِي أَوْلِيَاءَ ۚ إِنَّا أَعْتَدْنَا جَهَنَّمَ لِلْكَافِرِينَ نُزُلًا
maka apakah orang-orang kafir menyangka
bahawa mereka (dapat) mengambil hamba-hamba-Ku
menjadi penolong selain Aku?
Sesungguhnya Kami telah menyediakan neraka Jahanam
tempat tinggal bagi orang-orang kafir.
(Surah Al-Kahf 18:102)
قُلْ هَلْ نُنَبِّئُكُمْ بِالْأَخْسَرِينَ أَعْمَالًا
Katakanlah,
"Apakah akan Kami beritahukan kepadamu
tentang orang-orang yang paling rugi perbuatannya?"
(Surah Al-Kahf 18:103)
الَّذِينَ ضَلَّ سَعْيُهُمْ فِي الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَهُمْ يَحْسَبُونَ أَنَّهُمْ يُحْسِنُونَ صُنْعًا
Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini,
sedangkan mereka menyangka bahawa mereka berbuat sebaik-baiknya.
(Surah Al-Kahf 18:104)
أُولَٰئِكَ الَّذِينَ كَفَرُوا بِآيَاتِ رَبِّهِمْ وَلِقَائِهِ فَحَبِطَتْ أَعْمَالُهُمْ فَلَا نُقِيمُ لَهُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ وَزْنًا
Mereka itu orang-orang yang telah kufur terhadap ayat-ayat Tuhan mereka
dan (kufur terhadap) perjumpaan dengan Dia,
maka hapuslah amalan-amalan mereka,
dan Kami tidak mengadakan suatu penilaian bagi (amalan) mereka pada hari kiamat.
(Surah Al-Kahf 18:105)
ذَٰلِكَ جَزَاؤُهُمْ جَهَنَّمُ بِمَا كَفَرُوا وَاتَّخَذُوا آيَاتِي وَرُسُلِي هُزُوًا
Demikianlah balasan mereka itu neraka Jahanam,
disebabkan kekafiran mereka
dan disebabkan mereka menjadikan ayat-ayat-Ku dan rasul-rasul-Ku sebagai olok-olok.
(Surah Al-Kahf 18:106)
إِنَّ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ كَانَتْ لَهُمْ جَنَّاتُ الْفِرْدَوْسِ نُزُلًا
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh,
bagi mereka adalah syurga Firdaus menjadi tempat tinggal,
(Surah Al-Kahf 18:107)
خَالِدِينَ فِيهَا لَا يَبْغُونَ عَنْهَا حِوَلًا
mereka kekal di dalamnya,
mereka tidak ingin berpindah darinya.
(Surah Al-Kahf 18:108)
قُلْ لَوْ كَانَ الْبَحْرُ مِدَادًا لِكَلِمَاتِ رَبِّي لَنَفِدَ الْبَحْرُ قَبْلَ أَنْ تَنْفَدَ كَلِمَاتُ رَبِّي وَلَوْ جِئْنَا بِمِثْلِهِ مَدَدًا
Katakanlah,
“Sekiranya lautan menjadi dakwat untuk (menulis) kalimat-kalimat Tuhanku,
sungguh habislah lautan itu sebelum habis (ditulis) kalimat-kalimat Tuhanku,
meskipun Kami datangkan tambahan sebanyak itu (pula)."
(Surah Al-Kahf 18:109)
قُلْ إِنَّمَا أَنَا بَشَرٌ مِثْلُكُمْ يُوحَىٰ إِلَيَّ أَنَّمَا إِلَٰهُكُمْ إِلَٰهٌ وَاحِدٌ ۖ فَمَنْ كَانَ يَرْجُو لِقَاءَ رَبِّهِ فَلْيَعْمَلْ عَمَلًا صَالِحًا وَلَا يُشْرِكْ بِعِبَادَةِ رَبِّهِ أَحَدًا
Katakanlah,
“Sesungguhnya aku ini manusia biasa seperti kamu,
yang diwahyukan kepadaku,
"Bahawa sesungguhnya Tuhan kamu itu adalah Tuhan yang Esa."
Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya,
maka hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh
dan janganlah ia mempersekutukan seorang pun dalam beribadat kepada Tuhannya."
(Surah Al-Kahf 18:110)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Ishaq bin Ibrahim, daripada Jarir, daripada Muhammad bin Ishaq,
daripada Amru bin Abu Amru, daripada Anas bin Malik,
"Rasulullah s.a.w. mempunyai doa-doa
yang tidak pernah ditinggalkan
untuk membacanya,
اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ الْهَمِّ وَالْحَزَنِ
(Ya Allah,
aku berlindung kepada-Mu daripada
kegelisahan,
kesedihan),
وَالْعَجْزِ وَالْكَسَلِ
(kelemahan,
kemalasan),
وَالْبُخْلِ وَالْجُبْنِ
(kebakhilan,
sifat pengecut),
وَالدَّيْنِ وَغَلَبَةِ الرِّجَالِ
(hutang
dan penindasan para penguasa).
(Hadith Nasai no. 5355)
Doa mohon perlindungan daripada kegelisahan, kesedihan, kelemahan, kemalasan, kebakhilan, sifat pengecut, hutang & penindasan para penguasa
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 29-5-2019 05:28 PM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Muhammad bin Al Mutsanna, daripada Mu'adz bin Hisyam, daripadaHisyam, daripada Qatadah, daripada Salim bin Abul Ja'd Al Ghathafani, daripada Ma'dan bin Abu Thalhah Al Ya'mari, daripada Abu Darda`, Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Siapa yang menghafal sepuluh (10) ayat daripada awal Surah Al-Kahf,
maka ia akan terpelihara daripada (kejahatan) Dajjal."
Daripada Muhammad bin Al Mutsanna dan Ibnu Basysyar, (kedua-duanya) daripada Muhammad bin Ja'far, daripada Syu'bah, daripada Zuhairbin Harb, daripada Abdurrahman bin Mahdi, daripada Hammam, daripada Qatadah,
Syu'bah berkata, “daripada akhir Surah Al-Kahf”
Hammam berkata, “daripada awal Surah Al-Kahf”
(Hadith Muslim no. 1342)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Yahya bin Musa, daripada Abu Mu'awiyah, daripada Al Laits (Ibnu Abu Sulaim),
daripada Ziyad, daripada Abu Hurairah,
Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Tidaklah seseorang yang berdoa kepada Allah
kecuali akan dikabulkan untuknya,
baik akan disegerakan di dunia
atau dijadikan tabungan di akhirat
atau akan menghapus dosa-dosanya
sesuai dengan doa yang dia minta,
selama dia tidak berdoa untuk kemaksiatan
atau memutus tali silaturrahim
atau terburu-buru."
Mereka bertanya,
"Wahai Rasulullah!
Bagaimana dia terburu-buru?
Rasulullah bersabda,
"Dia berkata,
aku telah berdoa
akan tetapi Rab-ku tidak juga mengabulkan untukku."
(Hadith Tirmidzi no. 3531)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Abu Bakar bin Abu Syaibah, daripada Yazid bin Harun,
daripada Abdul Malik bin Abu Sulaiman, daripada Abu Az Zubair,
daripada Shafwan bin Abdullah bin Shafwan (suami kepada puteri Abu Darda),
"Suatu ketika dia mendatanginya,
namun dia hanya mendapati [Ummu Darda']
dan tidak mendapati Abu Darda'.
Ummu Darda pun berkata,
“Apakah kamu mahu berangkat haji tahun ini?”
Shafwan menjawab,
“Ya”
lalu Ummu Darda berkata,
“Doakan kebaikan untuk kami,
kerana Nabi s.a.w. bersabda,
“Doa seseorang untuk saudaranya yang sedang tidak bersamanya,
adalah mustajab (terkabul).
Kerana di atas kepalanya,
terdapat malaikat yang akan mengaminkan doanya
setiap kali dia berdoa untuk kebaikan saudaranya.
Malaikat itu akan berucap,
“Amin,
dan untukmu kebaikan yang serupa.”
Shafwan berkata,
“Kemudian aku pergi ke pasar,
dan di sana aku bertemu dengan Abu Darda,
dia lantas membacakan hadith Nabi s.a.w. yang sama kepadaku.”
(Hadith Ibnu Majah no. 2886)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Malik, daripada Yahya bin Yahya, daripada Said bin Abu Said Al Maqbari,
daripada Abu Salamah bin Abdurrahman,
Abu Salamah bin Abdurrahman bertanya kepada Aishah,
"Bagaimanakah solat (sunnah) Rasulullah s.a.w.
pada bulan Ramadhan?"
Aisyah menjawab,
"Rasulullah s.a.w. mengerjakan solat sunnah
baik ketika Ramadhan
atau di luar Ramadhan
tidak lebih dari sebelas (11) rakaat,
Rasulullah s.a.w. mengerjakan empat (4) rakaat,
kamu tidak perlu menanyakan
kualiti dan panjangnya solatnya,
setelah itu Rasulullah s.a.w. mengerjakan empat (4) rakaat,
kamu tidak perlu menanyakan
kualiti dan panjangnya solatnya,
kemudian Rasulullah s.a.w. solat tiga (3) rakaat."
Aishah bertanya kepada Rasulullah s.a.w.,
"Wahai Rasulullah,
apakah anda tidur sebelum witir?
Rasulullah s.a.w. menjawab,
"Wahai Aisyah,
kedua-dua mataku memang tidur,
namun hatiku tidak."
(Hadith Muslim no. 1219)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by boca120879 at 2-1-2020 10:59 AM
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh
Daripada Isma'il bin Abdullah, daripada Ibrahim bin Sa'd, daripada Shalih, daripada Ibnu Syihab,
daripada Ubaidullah bin Abdullah bin Utbah bin Mas'ud, daripada Abdullah bin 'Abbas,
"Rasulullah s.a.w. telah mengutus seseorang
dengan membawa surat
dan memerintahkan kepadanya
untuk memberikan surat tersebut
kepada Pemimpin Bahrain.
Lalu Pemimpin Bahrain itu memberikannya
kepada Kisra (Raja Parsi).
Tatkala dibaca (oleh Kisra, Raja Parsi),
surat itu dikoyaknya."
Ibnu Syihab berkata,
"lalu Rasulullah s.a.w. berdoa
agar mereka (kekuasaan kerajaan Parsi)
dirobek-robek sehancur-hancurnya."
(Hadith Bukhari no. 62)
Nota penting:
Untuk pemahaman yg lebih baik,
sila rujuk nasihat pakar
(ulama, ustaz atau yg setaraf dengannya)
|
|
|
|
|
|
|
| |
|