CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: bubuk_bearbear

[Tempatan] Fenomena Kepala Air Luar Biasa, Lebih 10 Kampung Dilanda Banjir Kilat Sekitar Ya

[Copy link]
Post time 19-8-2021 04:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by depresio at 19-8-2021 04:22 AM

Gunung jerai tu kecik je aku pnh tido atas resort atas tu
Memang tak delah balak besar mana pon
Mmg kecik je ko naik atas tu ko boleh nampak dahla ada pembalakan ke tak..
Ini mmg kejadian alam je ni sangkaan aku..
Tapiaku ada ingat lalu kat satu tempat tu kaki guning jerai gakla ada rumah bapak besar dia buat kat lereng bukit. Mmg besar gila. Tak tahula yg tu ada kaitan ke tak.. Katanya pembesar negeri punya

Dugaan besar untuk mb kedah
Macam2 la jadi kat hang mat sanusi oi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 04:21 AM From the mobile phone | Show all posts
Member aku kata selama duk kat situ inilah kali pertama kena macam tu..
Berpuluh tahun dari tok nenek duk situ
Aku pnh gi mandi manda kat titi hayun tu
Mmg member aku kata ini first time jadi macam ni

Ujian untuk orang soleh ke apa aku tak taulah
Tapi seingat aku situ memang ada pusat tahfiz dan ada sekolah agama
Org kat situ pon baik2 alim
Kampung situ mmg org alim baik2 la setahu aku
Tak de jenis merapu ke apa naik motor menggila
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 04:22 AM | Show all posts
Bencana Gunung Jerai: 19 kakitangan pusat peranginan terkandas di puncak



YAN: Seramai 19 kakitangan The Jerai Hill Resort terkandas di puncak Gunung Jerai, selepas laluan turun ke kaki gunung berkenaan terputus akibat kejadian tanah runtuh yang berlaku petang Rabu.


Kakitangan hotel berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Hisyam, 32, berkata kesemua kakitangan hotel berkenaan tidak dapat pulang ke rumah masing-masing, dan terpaksa bermalam di atas puncak gunung tersebut malam tadi.


"Hujan turun lebat serta ribut berlaku sejak pukul 2 petang dan kira-kira pukul 4 petang tadi kejadian tanah runtuh berlaku, yang dilaporkan di tengah-tengah Gunung Jerai sehingga menyebabkan laluan naik dan turun di gunung berkenaan tertutup.


"Bekalan elektrik di hotel juga telah terputus sebaik kejadian tanah runtuh berlaku dan sekarang kami hanya bergantung dengan penggunaan mesin 'generator' bagi mendapatkan bekalan elektrik," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, malam tadi.


Katanya, buat masa ini keadaan di puncak gunung itu terkawal dan hujan sudah berhenti, selain pasukan keselamatan temasuk polis dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia turut berada di situ bagi memantau keadaaan.



https://www.astroawani.com/berit ... KKnEcnK_FkaqDIUcImY

Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 04:25 AM | Show all posts

Seorang maut dipercayai lemas manakala 2 masih hilang



YAN – Seorang lelaki berusia 65 tahun merupakan mangsa pertama yang dipercayai lemas dalam kejadian kepala air di Kampung Setoi di sini petang ini.

Dalam kejadian sama, seorang mangsa dilaporkan hilang selepas sebuah rumah di chalet Salak Denai roboh manakala terdapat mangsa terperangkap di atas bumbung di Kampung Setoi.

Sementara itu, dalam kejadian tanah runtuh di Gunung Jerai pula, dua mangsa dijumpai manakala seorang masih hilang.

Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, kejadian banjir berpunca daripada hujan lebat berterusan di kawasan Gunung Jerai.

“Air mengalir laju turun ke kaki gunung melibatkan Sungai Kunyit, Sungai Teroi, Sungai Puteri Mandi dengan laporan pertama berhubung kejadian pada pukul 5.30 petang.

“Banjir melibatkan kawasan di kaki gunung dan kawasan berhampiran sungai serta Kampung Perigi, Teroi Bukit, Singkir, Kampung Permatang Keramat, Kampung Lubuk Boi, Pekan Yan Besar, Titi Teras, Kg. Acheh, Kampung Setoi,” katanya.

Menurutnya, anggaran mangsa terlibat masih dalam siasatan.

“Maklumat awal seramai 60 orang yang perlu dipindahkan segera di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Yan dan Sekolah Kebangsaan Teroi,” katanya.

Tambahnya, mangsa-mangsa di pusat pemindahan akan dibahagikan kepada tiga kategori melibatkan mereka yang positif seramai 14 orang, kuarantin 45 orang serta penduduk biasa 60 orang. – K! ONLINE



Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 04:31 AM | Show all posts
Takutnya tengok air deras macam tu. Pastu ada gak org tweet video2 lain. Seram. Semoga dipermudahkan semua urusan n selamat
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 06:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Takziah kpd keluarga.

Harap2 dpt pindahkan penduduk yg terlibat dgn segera.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-8-2021 06:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Agaknya sbb 2-3 hari dah dok hujan, air jd berkumpul atas gunung jerai, lama2 makin byk, tanah pun dah over serap air, sungai2 pun dah penuh dari2 sebelum ni, org x perasan sbb bukan boleh pi jln2 n keluar rumah sgt pun..tu yg jd kepala air yg kuat and byk air sampai boleh tanah runtuh tu.
Aku agak jelah tah betul tak sbb aku bukan org geo pun. Tapi harap semuanya akan ok semula dan tidak berulang. Takziah pd yg terkorban dan hilang dan terkesan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 06:43 AM From the mobile phone | Show all posts
moga selamat semuanya, hujan dah berhenti ka
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
musim hujan sekarang nie...berhati3 la semua nyer
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 07:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Pekerja Jerai Hill Resort ditemui meninggal dunia

Oleh Zuliaty Zulkiffli
[email protected]
August 19, 2021 @ 12:41am

Guar Chempedak : Pekerja Jerai Hill Resort yang hilang ketika fenomena kepala air berlaku di Gunung Jerai, petang tadi ditemui meninggal dunia oleh pasukan penyelamat pada 10.35 malam.

Mayat Sharuzi Mohamad, 53, ditemui di sebalik timbunan ranting kayu, daun dan dalam lumpur, pada jarak 200 meter dari pusat peranginan terbabit.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, mangsa dipercayai hanyut dibawa arus sebelum tersangkut berdekatan tangki air.

"Lokasi mayat mangsa ditemui sama dengan seorang lagi pekerja resort yang ditemui selamat petang tadi.

"Berikutan itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) di kawasan puncak Gunung Jerai ditamatkan pada 11.30 malam," katanya ketika ditemui.

Dalam insiden kira-kira 4.30 petang Rabu, tiga pekerja Jerai Hill Resort terselamat, manakala seorang hilang namun seorang hilang selepas mereka terperangkap akibat fenomena kepala air di puncak Gunung Jerai.

Disiarkan pada: August 19, 2021 @ 12:41am

#guarchempedak
#IUCNorthernNews

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by MissyMolly at 19-8-2021 08:35 AM

Ooo xde pembalakan
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 07:49 AM From the mobile phone | Show all posts
KIM.K replied at 18-8-2021 09:24 PM
Sekejap je hujan kat sini alhamdulillah.

Sapa tu cakap sea level mmg dah naik, mesia bakal tengg ...

Klau paras air laut naik, byk je negara dan bandar di semua negara lain juga bakal tenggelam. Slh satunya teluk intan klau xsilap, ni masa belajar geografi dedulu lah, akibat peningkatan paras air laut dr aktiviti pemanasan global yg mengakibatkan pencairan iceberg. Xingat dah la ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 08:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by malaygirl at 19-8-2021 08:12 AM
mama_neko replied at 18-8-2021 10:15 PM
tgk video yg kepala ayaq lalu kat kawasan perumahan tu serammmm.. dah la rumah rosak, mana la depa n ...


Kan. Sedih wei tengok habis perumahan tunggang langgang banjir. Kereta bersepah2. Memang jahanam semua harta benda.

Meols baru kena banjir besar kat Pahang bulan 1 haritu. Kereta, moto dan basikal anak2 selamat sebab sempat bawak lari walaupun air laju betul naik. Tapi barang dalam rumah 90% jahanam. Buang je. Nak penuhkan balik perabot dalam rumah bukan mudah. Sampai bulan 8 ni pun rumah meols kosong. Ada perabot basic je buat masa ni. Yes memang down. Malah kalau ternampak berita2 banjir terus bergenang airmata sebab teringat. Pastu bila hujan lebat atau hujan non stop mula la risau tak boleh tidur semua. Macam trauma.

Y kat kedah ni macam lagi dahsyat. Sebab air laju sangat. Sedihnyer. Semoga dipermudahkan urusan orang2 di Kedah.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 08:17 AM | Show all posts
fahdramli replied at 18-8-2021 09:14 PM
Batu 16 mana, padang lumat ka...  kalau kat situ rasanya dak, yang kena yan , gurun dgn merbok

wuih lama x dengaq pasai padang lumat. rumah arwah tok meols. tapi dah terbiar rumahnya. x de sapa jaga lagi dah. xtau ada lagi ke idok rumahnya. ke dah roboh.

tp kwsn rumah tok meols tu dolu cpt naik air. air dr ban depan rumah tu.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa tengok video2 ni.. nampaklah kampung2 kat daerah Yan ni.. cantik2 ye rumah tepi sungai.. aman damai je rasanya. ambil masa lama nak pulih sebab kerosakan sangat besar.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
wanawina replied at 19-8-2021 08:17 AM
wuih lama x dengaq pasai padang lumat. rumah arwah tok meols. tapi dah terbiar rumahnya. x de sapa ...

Adakah padang lumat tempat tragedi pondok pak ya terbakaq?? Atau tempat lain?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-8-2021 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Allah ngerinya tengok air turun menderu2 macam tu. Semoga mereka yang terlibat kat sana selamat.

Aku tengah duduk borak dengan laki aku sambil tengok video air tu, tiba2 anak aku cakap, camtu la perasaan semut bila mom jirus air kat diorang. Tiberrrr
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
wanawina replied at 19-8-2021 08:17 AM
wuih lama x dengaq pasai padang lumat. rumah arwah tok meols. tapi dah terbiar rumahnya. x de sapa ...

Legend nama tu, orang asal kedah ja dok besa sebut. Sapa tak kenai dan tak tau, sekolah agama yang terbakar ramai pelajar perempuan meninggal kan kat padang lumat, pondok pak ya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Belibis replied at 19-8-2021 08:23 AM
Adakah padang lumat tempat tragedi pondok pak ya terbakaq?? Atau tempat lain?

Ya tragedies pindok pak ya ni kat batu 26 padang lumat la, sebelum guaq cempedak
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2021 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
testly replied at 19-8-2021 07:49 AM
Klau paras air laut naik, byk je negara dan bandar di semua negara lain juga bakal tenggelam. Slh  ...

Macamtulah dlm konspirasi. Bah besar lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 11:49 AM GMT+8 , Processed in 0.367164 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list