CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15157|Reply: 131

Tak Puas Hati Lama Tak Ada Job, Mila Jirin Persoal KJ- "Apa Beza Makan Di R

[Copy link]
Post time 5-10-2021 11:03 AM | Show all posts |Read mode
Mila Jirin tertekan dah dua tahun peniagaan industri perkahwinannya tak dapat beroperasi.


Disebabkan itu dia tampil menyuarakan pendapatnya mengenai status Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berhubung majlis sosial.


Foto: IG






"Saya tidak kisah sekiranya ada pihak nak kecam atau kritik saya disebabkan perkongsian saya itu. Saya hanya menyuarakan bagi pihak industri perkahwinan.


"Bukan saya cakap hanya kapasiti saya seorang tetapi ramai kawan-kawan dan semua yang terlibat dalam industri perkahwinan terkesan.


"Kami tertekan sebab perniagaan tak dapat beroperasi hampir dua tahun. Apa beza makan beramai-ramai di restoran dengan makan di majlis perkahwinan?


"Bukankah itu perkara yang sama saja? Saya rasa semua orang dah tahu batas ketika bertemu dengan orang," katanya kepada mStar.




  



Tambah Mila, "Saya terkilan sebab semua industri sosial tidak dipanggil kementerian untuk berbincang. Kami bukanlah mahu minta bantuan dari segi kewangan.


"Tapi beri kami peluang untuk berbincang idea macam mana SOP untuk majlis sosial. Rasa-rasanya seluruh rakyat dah faham kini hidup dalam norma baharu.


"Sekurang-kurangnya beri kelonggaran seperti jemputan dalam 50 orang dalam masa beberapa jam. Kami akan ikut saja SOP yang ditetapkan."




  



Jadi apa pendapat anda? -CARI
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
ada ke ko gi restoran pastu ko peluk cium semua pelanggan dalam tu? tak kan.

{:smile
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:17 AM From the mobile phone | Show all posts
Dari majlis mcm ni dulu covid spike.. selain dr menular kt tmpt keje.. aku mmg elakkanlah pegi kenduri ni akan dtg.. utk org introvert mcm aku mmg tak berapa suka sgt majlis kenduri ni.. dtg pun just nk tunjuk muka. Huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:20 AM | Show all posts
pergi restoran makan habis balik..
gi kenduri dah makan lepak sembang makan lagi sembang lagi..
melekap amik gambar peluk-peluk pegang-pegang..
lagi pulak dah lama tak jumpa kena kurung..
mau haruk pikuk masing-masing..
anak biar bercempior mak bapak sibuk mengilai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:21 AM From the mobile phone | Show all posts
1. Kalau kerajaan bagi buat majlis kahwin, then ada langgar SOP, pastu u nak cakap apa? Oh sorry, kitaorang tak boleh control ahli keluarga yang nak tepuk tampar??

2. Ada ke orang pi restoran duduk more than 1-2 hrs? Cium pipi, peluk, etc? Takde I rasa. I rasa kerajaan just not confident yang orang2 ber-family besar ni akan follow these SOPs..

3. Confidentnye u tulis 100 orang dalam masa 3 jam, tengok je la contoh mall. Sekarang macam tak follow SOP.. Tapi mall lain la, cause bukan tempat berkumpul untuk majlis and kalau I nak pergi, i pergi. Majlis ni, bukan tak tau, once dah start, every week ada.

4. U maybe boleh control orang (kalau u boleh la), but tak ke pening pulak family nak pick and choose top 100 people to attend my reception gitu…

Conclusion ya, tunggu je la. Once rentas negeri dah boleh, I think kerajaan pun akan pasrah je. December ni pun dah kasi hint nak bukak border. 1-2 months je then boleh la bukak wedding business ya. Time tu la nanti tengok la harga
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:31 AM | Show all posts
g mamak xde salam sampul tu lh...susah sgt ke
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-10-2021 11:40 AM | Show all posts
milaaa ooo mila, malas nak berhujah beza makan di restoran dengan kenduri kawin sebab dah ramai bagi sebab2nya. so aku just nak pesan mentang2 lah jadi bodoh tu percuma jangan lah ditunjukkan sangat.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Xtau la hati iols ni hitam ke ap.. Sejak ad covid ni.. Mmg xde kenduri kawen. Mmg iols rsa aman damai.. Yela.. Kalo x.. Every weekend ad kenduri.. Boleh gaduh laki bini..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 12:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Cik_jantung at 14-1-2022 07:40 AM

..........
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:02 PM | Show all posts
Dah 2 tahun covid takkan tak sedar lagi, betapa majlis sosial mcm kenduri nih boleh bikin spike kes?
Mmg beza la makan kedai makan dgn makan kenduri.
Kenduri tu kalau kau pergi makan je, takde nak bersalam, peluk cium tu org kata kau sombong. Lagilah jadi bahan umpatan.

Dah tiba masa kenduri buat kecil-kecilan je, jimat dan mudah.
Pengantin pun tak payah nak keluar duit banyak.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa question papa I ni hahh
Kat restoran takde nak peluk cium semua org la. Lepas minum air terus pakai mask balik. And tak pernah bawa children lg.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:03 PM | Show all posts
--tak cerdik sangat nii,,orang tak sekolah pon tau beza makan kenduri dan makan kat restoran
--kalau dia nak open majlis kahwen , cadangkanlahh majlis yg patuh sop, makan dalam kubikle  , open space ke wut evaaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:03 PM From the mobile phone | Show all posts
prettyuglybabe replied at 5-10-2021 11:20 AM
pergi restoran makan habis balik..
gi kenduri dah makan lepak sembang makan lagi sembang lagi..
me ...

Belom lagi bab merokok lagi piawwww melepak tuu. Syokkk oh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:03 PM | Show all posts
acik mila kenapa skang heboh ey.. nak komen sana sini..
hahahaha nak kalahkan arul samah keee???
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:04 PM | Show all posts
spesis nak tunjuk pandai dengan KJ juga ni...
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Catering dia ni buka semata2 untuk majlis kawin je kan. Untuk amal jariah buat jugakkan. Macam orang nak buat amal sedekah mknn tempah kat dia. Suh letak mana2 pusat kebajikan ke apa..cube buat offer ckit. Kat tempat aku ni abang jual nasi lemak rm1.50-2.00 laku keras. Hampir setiap minggu dia up kat group war2 kan ada hamba Allah sedekah 100 bungkus nasi lemak. Sapa2 kelapangan ambikk kat kedai dia. Tapi kalau bajet sebungkus dan rm10 ke atas mahai laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 12:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Betulla tu..ape beza..buka jelaaa..dh kata endemikk..politaik bkmpul maki2 dr awl tahun siap ada bideo sume xkena saman.pffttt
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:15 PM | Show all posts
ehh dia ni punnn
memula dulu kemain meratib #kerajaangagal lepastu u turn sedih bila abah kena kecam segala
ko nak apa sebenarnya mila oiiii.. semua benda ko  nak ratib.. mcm tak kena pulak tuuu
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:19 PM | Show all posts
behaviour org pegi kenduri lain dengan behaviour org pegi mkn kat kedai.... pegi kenduri jumpa sedara mara mesti nak salam, cium pipi...duduk dekat2 bersembang pastu brp byk tgn dah pegang sourvenier utk bg pd tetamu etc.

kalau pegi makan kat kedai pulak, customer masuk kedai,  duduk (itu pun satu meja dua org, meja pun berjarak2, order, mknn sampai buka mask..makan...pastu bayar pastu balik.
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2021 12:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Kena adapt kot dengan situasi. Apa kata pekerja2 tu suruh buat makanan tapi jual kat grab food. Sama aje. Area kl jual beriani semua mahal gila. Jadi pekerja pun tak perlu nak buang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-10-2024 05:21 PM GMT+8 , Processed in 0.059659 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list