|
HANG TUAH (merged:orcish,tyrone,senyum_77,TimahMulia,redsinner,aji & botet)
[Copy link]
|
|
satu lagi article menarik
http://hulubalang-lagenda.tripod.com/tuah9.html |
|
|
|
|
|
|
|
lagi article hang tuah (english)
http://www.silat.f9.co.uk/hangtuahintro.htm
[ Last edited by neostream on 31-7-2004 at 07:39 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
menariknya perbincangan korangg.. |
|
|
|
|
|
|
|
tapi tuah tu bodoh kan.. jebat ngamuk sbb nak back up dia.. dia plak dtg nak bunuh si jebat... taik hidung masin tol si tuah nih.. daulat raja yerlah gak.. tapi x nak tengok punca naper member dia tu ngamuk.. |
|
|
|
|
|
|
seek1u This user has been deleted
|
yg jelasnya..hang tuah ialah LEGENDA.dan bukan factual..
pasal takde bukti SAHIH |
|
|
|
|
|
|
|
legenda maksudnya wujud la tapi di tokoh tambah ceritanya... |
|
|
|
|
|
|
|
HANG TUAH BUKAN ORANG MELAYU?
HANG TUAH BUKAN ORANG MELAYU?
Ramai di kalangan anggota masyarakat kita terutamanya orang-orang Melayu menganggap Hang Tuah adalah legenda pahlawan Melayu. Pada hakikat sebenarnya Hang Tuah bukanlah dari keturunan Melayu sebagaimana yang disangkakan. Itulah yang bakal dihuraikan dalam artikel ini.
Bukti yang dapat menerangkan asal-usul Hang Tuah setakat ini, hanyalah dapat disandarkan pada namanya. Oleh itu satu kajian secara hipotesis telah dijalankan dengan bersandarkan kepada ‘nama’ manusia untuk memperolehi jawapan tentang asal-usul Hang Tuah sebenarnya.
Dalam perbendaharaan nama-nama orang Melayu semasa zaman kesultanan Melaayu Melaka, tiada terdapat nama-nama seumpama Hang Tuah, Hang Kasturi, Hang Jebat, Hang Lekir, Hang Lekiu, ringkasnya ringkasan yang bermula dengan ‘Hang’. Sejarah juga telah mencatatkan nama-nama dari bangsa Cina yang bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee. Ia bergantung kepada suku kaum atau asal-usul keturunan mereka dari wilayah tertentu dari China. Kemungkinan untuk mendakwa bahawa gelaran ‘Hang’ telah dianugerahkan oleh Raja-Raja Melayu juga tiada asasnya.
Mengikut buku ‘Sejarah Melayu’ edisi W.G. Shellabear penerbitan Malaya Publishing House Ltd. Singapore halaman 123-131, menyatakan tentang Tun Perpatih Putih, iaitu utusan Sultan Mansur Shah ke negeri China telah membawa balik bersamanya seramai 500 orang dayang serta Puteri Hang Li Po. Sultan Mansur Shah dikatakan telah berkahwin dengan puteri dari China ini dan telah menghasilkan anak bernama Paduka Mamat.
Perkara yang menarik dari edisi W.G. Shellabear ini ialah munculnya nama puteri Hang Li Po. Hasil perkahwinan ‘campur’ antara puteri Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah, telah dikurniakan seorang putera dan telah diberi nama Paduka Mamat. Nama Paduka Mamat adalah nama Melayu dan tidak pula berlaku nama ‘Paduka Hang Mamat’ sebagai penghargaan kepada puteri Hang Li Po, contohnya. Sejarah telah membuktikan bahawa nama-nama dari keturunan Cina biasanya bermula dengan Hang, Tan, Maa dan Lee bergantung kepada suku kaum mereka dan dari wilayah tertentu asal mereka.
Jika dihubungkaitkan dengan nama Hang Tuah dari sebutan loghat Cina adalah berbunyi seperti Hang Too Ah. Nama Hang Jebat berbunyi Hang Jee Fatt, Hang Lekir pula seperti Hang Lee Ker, manakala Hang Lekiu seperti Hang Lee Kiew. Mengikut prosedur tentang suku kata nama bangsa atau keturunan Cina, biasanya cuma terdiri dari 3 suku kata sahaja. Nama Hang Kasturi pula diragui kerana 4 suku kata walaupun ia bermula dengan perkataan Hang. Perkataan Kasturi pula ada berbaurkan loghat bahasa Melayu.
Hang Too Ah, Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker, Hang Lee Kiew, adalah keturunan dari rombongan puteri Hang Li Po.
Keempat-empat sahabat ini kemudiannya telah memeluk agama Islam tetapi mengekalkan sebutan nama mengikut loghat bahasa Melayu atas sebab-sebab tertentu, seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Lekir dan Hang Lekiu.
Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan. Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati.
Berdasarkan hipotesis ini juga bererti orang-orang Melayu telah kehilangan seorang pahlawan lagenda yang selama ini mereka bangga-banggakan.Walaupun demikian orang-orang Melayu telah terselamat daripada tuduhan menderhaka kepada Sultan. Hang Jebat atau nama asalnya Hang Jee Fatt yang telah menderhaka kepada Sultan bukanlah daripada keturunan orang Melayu Jati?
- - - - - - - - - - - - - - - - - - -
Fuihhh, apa dok pikiak sedara uh? Rasa rasa possible tak?
[ Last edited by fleurzsa on 18-1-2005 at 12:25 PM ] |
|
|
|
|
|
|
bug_vengeance This user has been deleted
|
aku rasa ini yang kali ke 1juta kali aku baca pasal artikel ni
kihkih
pedulik apa aku hang tuah cine ke india ke keturunan red indian ke
:lol |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau macam gituh kenapa cerita PUTERI GUNUNG LEDANG diorang tak gunakan JET Li ke Jackie Chan ke sebagai Hang Tuah kan lagik power! hehehe, anyway movie tuh pun macham besar nyer let down larh, publisiti dia heng sana heng sini, tapi bila aku tengok dia masih jauh dibelakang movie movie macham crouching tiger, house of flying daggers. Tapi okaylah niat dia besar. |
|
|
|
|
|
|
bug_vengeance This user has been deleted
|
ala
memasing punya taste la
aku suke PGL tu
org lain tak suka....aku tak kisah pun |
|
|
|
|
|
|
|
.
.]
Aku dah masuk sejuta satu kali baca artiKel ni.
Hang Li ker..
mana da huruf R dlm bahasa cina..
Satu lagi hepotisis kata Hang Tuah ni orang Penang..
dan ada best prennya orang Jawa peranaKan India keturunan sumatera sebelah bapak dan Keturunan banjar sebelah nenek mertua.
Namanya Hang LeKuK |
|
|
|
|
|
|
|
Mana ada Cina nama Too Ah?Kalau Ah Too tu mungkinlah.NI sape lah punya teori ni?Suka2 aje buat teori.Sudah2lah tu nak merendahkan bangsa sendiri.Biarlah lagenda yg ada tu tetap kekal lagenda.Biarlah Melayu ada lagenda pahlawannya sendiri macam King Arthur,Robinhood utk English.Takde pulak diorang nak cari asal usul bangsa robinhood yg sebenar sama ada jews atau apa.Sebab diorang berbangga dgn lagenda diorang.
Agaknya org kita ni takde self confident,rasa rendah diri tu tebal sgt sampai pahlawan yg ada dlm lagenda bangsanya pun nak ditukarkan kpd bangsa lain.
Kita panggil lagenda sebab takde bukti penulisan sejarah yg nyata.Kita lupa agaknya bangsa kita banyak dijajah oleh bangsa2 Eropah.Kemungkinan utk diorang memusnahkan manuskrip2 lama yg memberi kredit kpd kemajuan dan keagungan bangsa kita adalah sesuatu yg tak dpt ditolak.Tujuannya adalah supaya org kita ( yg dijajah) menjadi lemah semangat juang,hilang jatidiri,kurang yakin diri dan seterusnya.Begitu juga manuskrip lama kita banyak yg disimpan di dlm muzium2 di negara2 bekas penjajah ini.Banyak yg kita sendiri tak tahu ttg keagungan sejarah bangsa kita sehingga akhirnya kita sendiri akur dgn kelemahan kita sepertimana yg bekas penjajah mahukan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by rempo at 16-1-2005 11:53 AM:
Mana ada Cina nama Too Ah?Kalau Ah Too tu mungkinlah.NI sape lah punya teori ni?Suka2 aje buat teori.Sudah2lah tu nak merendahkan bangsa sendiri.Biarlah lagenda yg ada tu tetap kekal lagenda.Biarla ...
:setuju: :setuju: :setuju:
aku stuju rempo...!! |
|
|
|
|
|
|
|
teori tu memang banyak keraguan..!!
tapi teori kan teori...
kajian utk hasilkan "TEORI HANG TUAH & RAKAN2nya BUKAN MELAYU" tu
seperti yg slalu diulang cakap bahawa TEORI tu
hanya bersandarkan nama
dan banyak yg diragui oleh PENCIPTA TEORI tu...!!
jadi , ia BUKANLAH SUATU FAKTA !!
:solute: |
|
|
|
|
|
|
|
alkisahnye. kisah hang tuah itu betul2 wujud kah atau sekadar mitos?? |
|
|
|
|
|
|
|
agaknya PENCIPTA TEORI tu tERAMATLAH "genius" ?
adakah mereka tahu akan KOSA KATA NAMA2 dlm RUMPUN MELAYU...?
kan RUMPUN MELAYU tu amatlah LUAS....
rumpun melayu terdiri drp suku Melayu, suku Jawa, suku Tagalog, suku Bugis,suku Minangkabau, suku Pattani, suku Cham, suku Kadazan, suku Dusun, suku Mandailing, suku Acheh, suku Banjar, suku Timor,suku Iban, suku Melanau, dan byk lagi... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ashna at 16-1-2005 12:38 PM:
alkisahnye. kisah hang tuah itu betul2 wujud kah atau sekadar mitos??
Hang Tuah bukan satu mitos atau dongeng..!!
buktinya ialah MAKAM @ KUBUR HANG TUAH dan 4 RAKANnya...
kesemua MAKAM itu ialah MAKAM 5 SAHABAT tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Makam Mereka tak semuanya berada berdekatan ....
MAKAM HANG TUAH sememangnya WUJUD...
mengikut kitab SEJARAH MELAYU...
kubur HANG TUAH berada di TANJUNG KELING , MELAKA...
HANG TUAH ditanam di tanjung itu kerana dia ialah LAKSAMANA
ANGKATAN LAUT....
jadi kubur yg tak diketahui namanya itu sebenarnya ialah kubur HANG TUAH
jelas skali....memang pun di TANJUNG KELING tu ialah kubur HANG TUAH..!!
tapi cuma digelar oleh orang sekarang sbg MAKAM TUA...
yg bermakna makam itu dah terlalu tua atau purba..
usia makam itu sebenarnya sama dgn usia ketika KERAJAAN MELAYU MELAKA
wujud....
[ Last edited by senyum_77 on 16-1-2005 at 01:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
dalam masyarakat MELAYU PURBA atau LAMA
terdapat banyak GELARAN bersuku kata satu saja
antaranya ialah :
DANG....>> Dang ANUM, DANG MERDU WATI, DANG SAJI, DANG BARU dll.
( digunakan utk perempuan yg berkhidmat atau berjasa di istana)
HANG...>> Hang Nadim , dan lain2 lagi (yg Dah tahu)
TUN ...>> Tun Perak , Tun Kudu , Tun Teja , dll
( adakah mereka bukan Melayu pasal nama hanya ada 3 suku kata? )
SANG...>> Sang Sapurba ....dll
DAN BANYAK LAGI...
kesimpulannya, jika nama hanya ada 3 suku kata tak semestinya dia ialah bangsa cina .
p/s: "Hang" yg ada pada nama Puteri Cina, Li Po bukanlah nama keturunan @ surname dia. Ini kerana "Hang" itu ialah gelaran yg dianugerahkan kpdnya oleh Sultan Mansur Syah.
[ Last edited by senyum_77 on 16-1-2005 at 03:52 PM ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|