2 cawan beras - rendam 2-3 jam pastu kisar halus
1 cawan kacang hijau - sangrai pastu rebus sampai kembang
1 cawan kacang merah - rebus sampai kembang
3/4 cawan sagu - rendam biar kembang
2 ketul saiz sederhana keledek oren- dadu
1 ketul saiz sederhana keledek purple - dadu
10 biji pisang - campuran pisang raja, emas, nangka/tanduk - dipotong dadu/serong
1/2 cawan kacang tanah - sangrai n buang kulit
2 biji kelapa parut putih - diperah santannya [jgn terlampau cair]
2 ketul gula melaka - cincang pastu masak sket dgn air then tapis
1 cawan gula pasir
5-6 ulas nangka [semalam takde nangka..kita ganti jek dgn cempedak]
daun pandan
kacang hijau n merah sebahagiannya dikisar halus, sebahagian dibiarkan kasar
santan, gula pasir, gula merah dan daun pandan dimasak dlm kawah/kuali.
masukkan beras kisar n kacau ..once dah mula nak mendidih..masukkan keledek n kacang hijau/merah..
masukkan the rest [kecuali kacang tanah n sagu] n kacau dgn api perlahan hingga pekat n naik wap
masukkan sagu n kacang tanah..kacau hingga kental, kaler dia darken n aduannya berkilat-kilat
tuangkan dlm loyang/bekas yg dilapik daun pisang..ratakan sket then taburkan dgn kacang tanah sangrai..
biar sejuk pastu bleh diceduk/potong utk dihidangkan
amaran oleh kerajaan:
proses mengacau bubur asyura nih menuntut masa n tenaga yg panjang [kita kaco 3 jam lebih..but again it depends on kuantiti n api]
sila sediakan minuman kopi radix[atau lain2 yg sewaktu dgnnya] utk memastikan tenaga yg berterusan..