ChronoReaper This user has been deleted
|
Originally posted by azharfcsit at 21-10-2006 06:32 PM
org kelate pure melayu..nk gelak aku dgr statemnet ni..
jgn di up sgt org kelate ni...muka ja cun sekali cakap bersepah..
terus tak cun..sbb tu ramai ppuan kelate kawin ngan org kelate je..tak ...
It's seem that your statement is full of hatred towards the Kelantanese.... |
|
|
|
|
|
|
|
Anda suku Melayu dari mana? Tanya USM...
07-02-2007 11:46:23 PM
Oleh IAN MCINTYRE
KOTA BARU: Pusat Genom Manusia di sekolah perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) akan dapat memastikan secara saintifik suku terawal yang meneroka Semenanjung daripada 14 suku Melayu di negara ini.
Hasil tersebut akan diperolehi selepas kajian genetik selama tiga tahun yang akan berakhir pada 2009.
Sepasukan 20 penyelidik dari sekolah perubatan, sekolah sains perubatan dan sekolah pergigian akan membantu pusat genom tersebut.
Pengarahnya Dr Zilfalil Alwi berkata kajian awal mendapati Melayu terdiri daripada 14 suku di negara ini, termasuk Melayu Kelantan dan Melayu Minang.
"Kami setakat ini berjaya mengesan asal-usul genetik Melayu Kelantan daripada Melayu yang menetap di Pattani (di selatan Thailand) dan Melayu Minang pula daripada Sumatera Barat (Indonesia)."
Pensampelan untuk 12 lagi suku kaum akan dijalankan secara berperingkat-peringkat dan pusat genom ini mengalu-alukan sukarelawan untuk menderma darah mereka bagi kajian tersebut, kata Dr Zilfalil. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
mua ka ka... ramai nya yg suka melatah..
nampaknya ramai jugek umat disini yg anti kelantan.... apapasal ek?
mua ka ka...
kalau lah tajuk thread ni di ubah kepada Orang Melaka Melayu Sebenar? aku pasti dan yakin ramai umat umat kat sini yg cakap: "huuu yoooo... caya lah" " aku sukung" "melaka memang hebat" dan bermacam macam lagi ...... dan begitu juga kalu topik ini bertajuk " Orang Selangor Melayu Sebenar"? pun pujian akan ditaburkan...
apa yg dapat aku rumus kan... korang ni phobia ngan orang kelantan... apa pasal? aku pun tatau....
p/s: aku mat pahang..... i/c kosong anam.... |
|
|
|
|
|
|
ChronoReaper This user has been deleted
|
Originally posted by geng_tx at 10-2-2007 11:57 AM
mua ka ka... ramai nya yg suka melatah..
nampaknya ramai jugek umat disini yg anti kelantan.... apapasal ek?
mua ka ka...
kalau lah tajuk thread ni di ubah kepada Orang Melaka Melayu Se ...
Macam la org Klate ni suke mkn org... ntah ape2... |
|
|
|
|
|
|
|
kenapa xdimulakan kajian di sumatera,sedangkan disanalah perkataan melayu mula2 digunakan? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 BeachBoys's post
ini pasal sejarah malaysia..jadi mereka bertumpukan kat malaysia jek le. lagipon kan ke migrasi berlaku dari tanah besar ke pulau2. jadi pulau di nusantara ni di diami dari mereka yang berhijrah merentasi semenanjung lah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 BeachBoys's post
Setuju! Perkataan ' Melayu ' lahir dari bahasa Jowo Majapahit yang bermaksud pelarian. Disaat kemuncak hagamoni Majapahit akibatnya empire SriVijaya mula berpecah dan serpihan cuba membangunkan kembali kuasa Srivijaya yang di namakan 'Melayu' di Sungai Batang Hari di utara Palembang. Sekian satu cebisan sejarah. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #2 Syd's post
Terkenang memori lalu belajar kat APM UM.masa belajar dulu rasanya teori asal- usul Melayu dibincangkan masih ada kekurangan tapi yg ni nampak lebih terkini.Dengan teori ni jugak menyangkal pendapat sesetengah pengkaji yg mengatakan org Melayu adalah keturunan orang Asli.Sebenarnya Melayu berasal dari rumpun yang lain dengan orang Asli.Pendapat ini juga disokong dengan melihat perkembangan masyarakat Melayu yg terdapat di Semenanjung Msia terus maju dan berkembang dari segi penempatan,kegiatan harian,dan bentuk fizikal.
Jika dibandingkan perbezaan ketara antara org Melayu dgn Org Asli penempatan masyarakat Melayu terletak di pesisir pantai,bercucuk tanam,lalu wujudnya penempatan melayu di kampung2.Sementara petempatan org Asli di hutan2 sekitar Tanah Melayu dgn menjalankan aktiviti berburu dan mengutip hasil hutan.Mereka berpegang dgn kepercayaan animisme,ketamadunan masyarakat Orang Asli agak perlahan dan statik kerana mereka hanya menjalankan aktiviti seperti masyarakat purba yang hanya tinggal di hutan menjalankan aktiviti kehidupn secara tradisional.Sistem kepercayaan animisme jelas terlihat dari segi ritual keagamaan yg mempercayai unsur2 mistik,sehingga terpengaruh dalam kesenian mereka seperti membuat ukiran patung2 dari watak semangat yg mereka percayai.
Sementara itu kegiatan harian masyarakat Melayu terus berkembang menerusi tamadunnya mempunyai sistem kerajaan beraja,dan mempunyai kepercayaan agama dari animisme,kepada agama Hindu seterusnya dgn kemasukan Islam masyarakat Melayu telah berpegang kepada Islam lalu wujud tamadun Islam di Tanah Melayu dgn sistem tulisan Jawi,sistem perundangan Islam dlm kerajaan Melayu,termasuk juga dari segi kesenian menerusi rekabentuk bangunan2 seperti masjid, ukiran2,lukisan2 berunsur Islam.
Selain dari itu perbezaan ketara antara melayu proto dan duetro adalah dari segi bahasa iatu masyarakat orang Asli menggunakan bahasa Semai dan ala..lupa pulak!(nota kat kg)!iaitu antara 2 bahasa utama masyarakat org asli di tanah Melayu.
Sementara masyarakat melayu menggunakan bahasa Melayu yang mempunyai sistem morfologi,fonologi,dan leksikografi yang jauh berbeza dgn Bahasa orang Asli.Jadi teori masyarakat Melayu berasal dari org Asli tidak tepat.
Namun setelah negara kita melalui proses permodenan berlaku penghijrahan masyarakat orang Asli ke dalam kelompok masyarakat Melayu,melalui sosio-politik berlakulah perubahan dari segi pendidikan,petempatan,keagamaan ,lalu wujud perkahwinan campur,kemasukan agama Islam dalam masyarakat orang Asli,dan taraf hidup,pendidikan serta tamadun mereka berkembang.Namun identiti masyarakat orang asli itu masih kelihatan berbeza dgn masyarakat Melayu.Mungkin juga dengan usaha kerajaan memperbaiki taraf hidup masyarakat dgn mewujudkan Jab.Hal ehwal Org Asli(JHEOA)maka jurang semakin kurang.
[ Last edited by miftahuljamilah at 12-1-2008 03:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #11 miftahuljamilah's post
Sementara masyarakat melayu menggunakan bahasa Melayu yang mempunyai sistem morfologi,fonologi yang jauh berbeza dgn Bahasa orang Asli.Jadi teori masyarakat Melayu berasal dari org Asli tidak tepat. Ini memang tepat sekali. Melayu di Tanah Melayu umumnya tidak boleh di andaikan dari keturunan orang Asli. Sungguhpun etnik Melayu adalah satu gulungan dominan dan mempunyi budaya, sistem kesultanan dan bahasa sendiri mereka bukanlah penghijrah yang terawal. Kaum orang asli sudah lama bertapak. Kelompok Melayu pengikut Parameswara yang berhijrah di pesisiran pantai barat Johor ( Muar) dan akhirnya membuka Melaka merupakan satu phenomena yang agak baru ( recent) . Dalam penhijrahan mereka telah mendapat perlindungan dan bantuan dari Jakun Laut yang diwaktu itu orang asli yang asal tinggal di muara sungai. Dari kontek assimilasi yang jelas ialah Jakun yang tinggal di daerah yang dipanggil Negeri Sembilan yang mana majoriti telah memeluk agama Islam dan mewarisi budaya dan adat resam Minangkabau. Sebagi imbuhan mereka dikurniakan darjat Undang atau Datuk Undang yang berhak melantik Yang Di Pertuan yang datang dari Pagar Ruyung. Jadi tidak hairan kalau separuh dari orang Melayu di Nogori itu orang Jakun Asli yang sudah assimilsi. Maaf ini bukan satu kenyataan yang derogatory.Dalam posting yang lalu saya ada memperkatakan Melayu asal dari Palembang. Akan tetapi kalau dikaji usul asal bahasa Melayu yang di bicara hari ini adalah berakar umbi dan tumbuh di barat Kalimantan dipersekitaran Pontianak..kalau tidak silap saya terbaca somewhere..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 thamrong's post
btol..suku biduanda mmg asalnya dari orang asli. Datok aku sendiri dari suku biduanda and i'm proud of it..because of the keaslian hehehe. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #10 thamrong's post
erm, itu kalau bahasa jawa. tapi kalau bahasa india, Melayu tu maksud dia Orang bukit/gunung. Sbb kan ke zaman dulu orang india byk datang ke Kedah tua, dan kedah tua menjadikan gunung jerai sebagai tanda. Sbb tu diorang panggil orang situ orang melayu. Malaya pulah bermaksud gunung / tanah gunung. Himalaya = Gunung Salji. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #12 thamrong's post
Parameswara atau Sultan Iskandar Syah hanyalah org yg bertanggungjawab membuka kerajaan atau kesultanan Melayu Melaka yg terkenal itu.Sedangkan bangsa Melayu bukan baru bermula dgn kewujudan Melaka malah beribu2 tahun sbl kerajaan kesultanan Melaka,Melayu sudah lama bertapak di Tanah Melayu.Ini terbukti dgn kewujudan kerajaan2 Melayu purba spt Langkasuka,Kedah Tua,Gangga Negara,Kembayat Negara dan mungkin juga kerajaan2 yg jauh lebih lama yg tidak tercatat dlm sejarah. |
|
|
|
|
|
|
|
Ada 2 teori yg menarik perhatian saya utk dipertimbangkan ttg asal Melayu.Satu:Melayu berasal dr Palembang,Srivijaya dgn anggapan pusat kerajaan Srivijaya di sana dan dgn kewujudan Sungai Melayu di sana.
Dua:Melayu mmg berasal dr Tanah Melayu dgn menganggap penghijrahan adalah lebih munasabah dr tanah besar kemudian baru ke pulau2 bukan sebaliknya.
Secara peribadi saya lebih bersetuju dgn teori kedua.Sekiranya nama Sungai Melayu di Jambi(?)diambilkira sbg menunjukkan bukti Melayu berasal dr sana kenapa tidak kita mengambilkira nama Tanah Melayu itu sendiri yg lebih besar iaitu sebuah semenanjung berbanding dgn sebatang sungai sebagai bukti asalnya Melayu.Kemudian Srivijaya bukanlah kerajaan Melayu terawal,banyak lagi kerajaan Melayu lama yg sudah atau pernah wujud di Tanah Melayu jauh sbl wujudnya Srivijaya (kalau benarpun pusat kerajaannya di Palembang).
[ Last edited by rempo at 13-1-2008 03:48 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Orang Melayu di Semenanjung Malaysia terbahagi kepada 2 kumpulan iaitu Melayu Anak Dagang dan Melayu Semenanjung.
Istilah 'Melayu Anak Dagang' merujuk kepada suku-suku pribumi Nusantara yang bukan penduduk asal Semenanjung. Mereka berasal dari Kepulauan Indonesia, Champa, Filipina dan Brunei.
Melayu Anak Dagang merangkumi:-
- Suku Aceh
- Suku Banjar
- Suku Batak-Mandailing
- Suku Boyan (Bawean)
- Suku Bugis
- Suku Cham
- Suku Jawa
- Suku Kerinci
- Suku Minangkabau
- Suku Rawa
- Suku Yunnan
- Suku Jambi
- Suku Riau
'Melayu Anak Dagang' tidak dianggap sebagai pendatang di Semenanjung kerana penduduk Nusantara menganggap bahawa Kepulauan Melayu adalah hak milik bersama. Itu adalah sebab utama mengapa kerajaan Malaysia memberi mereka status Bumiputra.
Istilah 'Melayu Semenanjung' pula merujuk kepada suku-suku pribumi Nusantara yang merupakan penduduk asal Semenanjung. Melayu Semenanjung merangkumi:-
Suku Kedah Tua
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Kedah Tua pada awal abad ke-4 Masihi.
- merujuk kepada orang Melayu di Kedah, Pulau Pinang, Perlis, utara Perak dan selatan Thai (Satun, Trang, Phuket dll)
Suku Perak
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Gangga Negara pada awal abad ke-2 Masihi.
- merujuk kepada orang Melayu di Perak (bahagian tengah dan selatan)
Suku Kelantan dan suku Patani
- dua suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kerajaan Langkasuka pada abad pertama atau ke-2 Masihi.
- merujuk kepada orang Melayu di Kelantan, Patani dan wilayah-wilayah lain di selatan Thailand.
Suku Terengganu
- suku pribumi Semenanjung yang asalnya dari keturunan penduduk Kerajaan Langkasuka yang berhijrah ke Terengganu (Terengganu adalah sebahagian jajahan Langkasuka)
- merujuk kepada orang Melayu di Terengganu.
Suku Pahang
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kota Muang Pahang - salah satu kota Naksat (Naksat city) di bawah pemerintahan Langkasuka
- Kota Muang Pahang masih tidak ditemui sehingga sekarang.
- merujuk kepada orang Melayu di Pahang.
Suku Johor
- suku pribumi Semenanjung yang mendirikan Kota Gelanggi atau Perbendaharaan Permata pada 650 tahun Masihi.
- Kota Gelanggi adalah dipercayai ibu kota pertama empayar Srivijaya sebelum berpindah ke Palembang, namun kota tersebut masih tidak ditemui.
- merujuk kepada orang Melayu Jati di Johor.
Berdasarkan kenyataan aku di atas, maka jelas bahawa teori yang mengatakan bahawa orang Melayu berasal dari Sumatera atau Borneo adalah tidak benar!
aku setuju dengan pendapat rempo - orang Melayu, kebudayaan Melayu dan Bahasa Melayu (termasuk Bahasa Indonesia) berasal dari Semenanjung. Srivijaya juga bermula di Semenanjung dan bukannya Sumatera.
Jika benar orang Melayu berasal dari Kerajaan Melayu di Sumatera, maka siapa yang mendirikan Kerajaan Langkasuka, Gangga Negara, Kedah Tua, Kota Gelanggi, Kota Muang Pahang, Chih-Tu dan Ligor? Semua kerajaan-kerajaan tersebut wujud jauh lebih awal dari Kerajaan Melayu.
Penduduk Indonesia berhijrah dari Dataran Yunnan ke Kepulauan Indonesia melalui Semenanjung Malaysia.
Menurut teori penghijrahan manusia purba, manusia berhijrah dari daratan ke pulau, bukan sebaliknya.
[ Last edited by ijad_adiputera at 13-1-2008 12:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Saya hargai semua forumist yang memberi sumbangan dalam topik ini. Ini yang saya mahu " we discuss as matured individuals". Syabas semua. Teruskan.
Tahun 2004 Timothy P. Barnard telah melahirkan satu buku " CONTESTING MALAYNESS- Malay Identity Across Boundaries" Publisher National University of Singapore. Dalam buku itu banyak definasi Melayu dalam kontek Nusantara dan ada chapter yang khusus untuk Melayu semenanjung " Melayu Antecedents on the Peninsula".
[ Last edited by thamrong at 13-1-2008 11:12 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Modus operandi terciptanya bangsa Melayu
SEHINGGA hari ini, masih belum ada penjelasan yang sah, berasaskan sumber bukti yang sahih dan selaras dengan realiti, siapakah sebenarnya yang dinamakan 憃rang Melayu |
|
|
|
|
|
|
|
syd, ada dua klasifikasi sebenarnya
melayu dari segi ras (lebih kepada soal konsep kepercayaan dan kebudayaan)
melayu dari segi etnik (lebih kepada genetik dan asal usul) |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #20 migdal_bavel's post
macam mane pulak melayu dari segi politik (cthnya melayu pelembagaan) ? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #21 dCrook's post
Di Malaysia perkataan Melayu tidak lagi membawa pengertian antropological-ethnological kerana sudah di high-jacked oleh perlembagaan Malaysia kerana tujuan politik. Maka ramai dari kita terutama dari kaum muda yang kurang tahu usul asal Melayunya ( saperti yang di kata oleh ijad) dalam dinamik permodenan Melayu di Malaysia sudah mula hilang identitiny. Contohnya dalam memberi nama anak-anak sudah pakai nama Mat Salleh. |
|
|
|
|
|
|
| |
|