CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: StoneCold

TAKDIR [merged] hird, sedondon, kuman

[Copy link]
Post time 30-4-2005 12:42 PM | Show all posts
Originally posted by Akasyah at 30-4-2005 12:00 PM:
Sengaja saya naikkan semula thread ni merujuk kpd thread oleh kyas.. 'ALLAH TAHU TAK?" yg sebenarnya tidak lebih dari soal yg berkaitan dgn takdir. Andainya kita faham erti takdir yg sebenar ...


Betul la tu.... Yang penting setiap peristiwa yang berlaku mesti diiringi dengan USAHA, REDHA DAN TAWAKAL...

Allah tidak memberatkan seseorang melainkan untuk menguji hamba2Nya dan menghapuskan dosa-dosa yang lampau. Sesunguhnya Maha Suci Allah dari bersifat zalim terhadap hamba2Nya.

Ingat kita ni hamba Allah. Hamba wajib bertaqwa dan pasrah dan redha terhadap ujian dari Illahi. Baru dinamakan untuk pertingkatkan  taqwa. Kun Faya Kun.. Maha Suci Allah.. Peliharalah kami dari azab api neraka Mu. Amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-9-2005 10:00 AM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 11-9-2005 03:38 PM
Takda update psl topik ni ke, aku ada beberapa hadis psl takdir yg aku akan kongsikan. Bg aku topik ni antara terpenting dalam kehidupan manusia di bumi Allah ni


Betul tu....mawar cadangkan, pihak mod letakkan topik ni ke dlm index M&M agar senang forumner rujuk sbb meskipun dah digest tapi ia lama kelamaan akan tetap ke bawah juga bila tak ada org nak reply.
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 05:02 PM | Show all posts
Originally posted by aza at 8-6-2004 09:16 AM
saya tidak berapa pandai mengulas persoalan ni, tapi saya ad baca satu artikel.


Pemuda : Anda siapa? Dan apakah bisa menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Kiyai : Saya hamba Allah dan denga ...


bagus gak diupdatekan... hehehe.. nak tanya skit nie... pipi ada baca lagi satu, sebenarnya bukan Kiyai ataupun Pemuda. Berikut yang pipi baca :

Behlol was one of the followers of Aema Ehl-e-Bait. He heard Abu Hanifa's argument :

" I dont accept three theories presented by Imam Jafar Sadiq.

First: That Satan will be punished by the fire of hell . How is it possible when satan himself is made up of fire ?

Second: That You cannot see God. How can you not see God when every present identity is worth seeing.

Third: That people have control over there actions. This is not true. I believe our actions are pre-destined.

Behlol took a stone(clay) and hit it on Abu Hanifa's face. Abu Hanifa submitted a complaint against him in the office of Harun . Behlol was brought before Harun & Abu Hanifa. In his defence, Behlol said :

1) First show me the pain that you are suffering with ? If you can't show me the pain, it means your argument about God is false.

2) I hit u with a stone made of clay. Since you are made of clay, why did it hurt you ? when according to you, satan will not suffer the pain of fire of hell

3) I have done nothing wrong by hitting you. It was already pre-destined that I'll hit you. I have no control over my actions. Its an act of God. I hav'nt hit u . God has. Go submit a complain against Him.

Source: Majalis al momineen P:419
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2005 08:41 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 12-9-2005 02:26 PM
Sokong kau mawar , sbb patutnya thread ni disticky kan , bkn hanya di digest . Psl kalau x stickykan , meraban2 ke page mana ntah nanti, aku pun nasib baik search topik lain , terjumpa lak topik ni ...


Bateesta,

Thread ini telah didigestkan, tetapi tidak distickykan. Agak sukar jika terlalu banyak thread yg distickykan, kerana akhirnya nanti satu page penuh dengan thread yg dilekat. Jadi hanya thread-thread tertentu sahaja yg akan dilekatkan.

Walaubagaimanapun, saya ada meletakkan thread ini di dalam index. Jadi sekiranya mana-mana members ingin mencari thread ini (sekiranya ianya tercampak ke belakang), boleh terus klik pada link di dalam Index MM.
Reply

Use magic Report

Post time 16-11-2005 07:02 PM | Show all posts

konsep takdir

kalau semua yang kite lalui udah ditakdirkan....jadi kita manusia hanya kena lalui takdir kita ke?? tolong terangkan dekat hird pasal takdir nih.

kalau kita ditakdirkan berjodoh dengan seseorang.......at the end kite kawin juga dengan dia.macam mana kalau kita ditakdirkan jadi perompak, penipu......mampu ke kite melawan takdir?

apa itu konsep takdir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2005 12:42 AM | Show all posts
saya ada info yg boleh dikongsi. saya ambik apa yg kawan saya tulis di forum dia:

======

Beriman kepada Qadhaa' dan Qadar menjadi rukun Imam kepada individu mukmin. Akan tetapi seringkali persoalan ini tersilap mengerti akan maksud yang sebenarnya, sehingga ada yang menyebut, buat apa kita usaha lagi, sebab semuanya sudah ditentukan. maka timbullah mereka-mereka yang tidak secara langsung menghidupkan kembali akan pemikiran Jabbariyah dengan anggapan manusia tidak mempunyai kemampuan, kekuasaan dan ikhtiar. Allah Taala menciptakan perbuatan-perbuatan sebagaimana diciptakannya pada benda-benda mati (jamad). Disana ada juga mereka yang begitu yakin akan segala-galanya boleh diusahakan 100%, semuanya didalam genggaman manusia. Perkataan ini selalu timbul dari kalangan mereka yang berjaya, lantas ini seolah-olah menjadi mereka pendokong kepada ideologi Qadariah yang berpendapat manusia bebas melakukan kehendaknya dan Allah tidak mempunyai pengetahuan (ilmu) mengenainya dan ia terlepas dari takdir (qadar).

Ibn Umar ra. telah memperingatkan kita mengenai kewajipan beriman dengan Qadha' dan Qadar. Didalam Sahih Muslim, telah diriwayatkan bahawa Ibn Umar ra telah mendengar beberapa orang yang menafikan al-qadar. Beliau berkata :-

"Jika aku berjumpa orang-orang ini aku akan memberitahu mereka bahawa aku tidak ada kena mengena dengan mereka dan mereka tidak ada kena mengena dengan aku, yang mana Abdullah bin Umar bersumpah, jika salah seorang dari mereka mempunyai emas sejumlah bukit Uhud dan membelanjakannya, Allah tidak akan menerimanya sehingga mereka beriman dengan al-qadar"

Definisi Al-Qadhaa' dan Al-Qadar

Al-Qadhaa' ( القضاء ) boleh membawa erti penyudahan (completion - ( إِتْمام ), implementasi, pencapaian (إِنْجاز ), mencapai kehendak (fulfillment - ( تَلْبِيَة ) - Ia juga boleh membawa maksud respon (إجَابَة ) dan juga hukuman/judgment ( حُكْم ) atau keputusannya hukum/verdict(  قَرَار ).

Al-Qadar ( قَدَر ) membawa erti nasib/fate ( نَصِيب ), takdir dsb.

Boleh disimpulkan definasinya sebagai :-

"Al-Qadhaa' dari segi lughah (bahasa) : sesuatu yang sempurna dan perintah yang dipenuhi, dan bagi Al-Qadar pula bermakna Takdir."

Al-Qadhaa' dan Al-Qadar menurut syara' bermaksud :-
.
"Qadar ialah takdir Allah swt keatas sesuatu perkara sejak azali (Al-Qadim), pengetahuannya (Allah swt) yang telah datang waktu yang diketahui olehnya dan caranya yang khusus sebagaimana kehendak dan takdirnya. Ia akan berlaku sebagaimana cara yang ia kehendaki dan sebagai yang diciptakan"

Secara ringkasnya, Qadar ialah Takdir yang ditetapkan dan Qadhaa' adalah perlaksanaannya.

---------------

Empat skop beriman kepada Qadhaa' dan Qadar

Beriman dengan Qadhaa' dan Qadar meliputi 4 perkara :-

1. Beriman bahawa Allah swt mengetahui segalanya, samada secara umum atau secara terperinci, samada ada perbuatannya atau perbuatan hambanya. Firman Allah swt :-

"Maka sesiapa berbuat kebajikan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)! Dan sesiapa berbuat kejahatan seberat zarah, nescaya akan dilihatnya (dalam surat amalnya)!" - [al-Zalzalah 99:7-8]

2. Beriman bahawa Allah swt telah menulisnya didalam al-Lawh Al-Mahfuz (اللوح المحفوظ ). Firman Allah swt :-

"Bukankah engkau telah mengetahui bahawasanya Allah mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi? Sesungguhnya yang demikian itu ada tertulis di dalam Kitab (Luh Mahfuz); sesungguhnya hal itu amatlah mudah bagi Allah." - [al-Hajj 22:70]

Dari Abdullah ibn 'Amr ibn Al-'Aas berkata : Aku mendengar Rasulullah saw bersabda :

"Allah telah menulis Qadar makhluknya 50,000 sebelum ia mencipta syurga dan dunia" - [Sahih Muslim #2653]

3. Beriman bahawa apa sahaja yang berlaku adalah diatas kehendak Allah swt - samada perbuatannya atau perbuatan makhluknya. Firman Allah swt :-

"Dan Tuhanmu menciptakan apa yang dirancangkan berlakunya dan Dialah juga yang memilih (satu-satu dari makhlukNya untuk sesuatu tugas atau keutamaan dan kemuliaan)" - [al-Qasas 28:68]

"dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya. " - [Ibrahim 14:27]

4. Beriman bahawa semua perkara yang berlaku dicipta oleh Allah swt didalam zat, sifat dan pergerakannya. Firman Allah swt :-

"Allah Yang Menciptakan tiap-tiap sesuatu dan Dialah Yang Mentadbirkan serta menguasai segala-galanya. " - [al-Zumar 39:62]

"dan Dialah yang menciptakan tiap-tiap sesuatu lalu menentukan keadaan makhluk-makhluk itu dengan ketentuan takdir yang sempurna." - [al-Furqaan 25:2]

----------------
Apakah berbeza diantara al-Qadhaa' dan Al-Qadar?

Menurut Syiekh Muhammad Al-Hamd :-

"Ada dikalangan ulama' yang mengatakan bahawa terdapat perbezaan diantaranya, akan tetapi moga-moga pandangan yang benar ialah tidak terdapat perbezaan makna diantara al-qadhaa' dan al-qadar, dan kedua-duanya saling merujuk kepada yang lain. Tidak terdapat dalil yang jelas didalam Al-Quran dan Al-sunnah menunjukkan perbezaan diantara keduanya. Ulama' bersetuju bahawa kedua-dua boleh gunakan, akan tetapi eloklah dinyatakan bahawa perkataan qadar yang selalu dipakai didalam teks Al-Quran dan Sunnah, yang menunjukkan kita mesti beriman dengan rukun ini. wallahu'alam."

Syeikh Ibn Utsaimin mengatakan bahawa jika kedua istilah (qadhaa' dan qadar) digandingkan bersama, ia boleh memberi dua pengertian. Jika Allah menetapkan terjadinya sesuatu pada waktu yang ditentukan, maka itulah yang dinamakan Qadar. Dan ketika telah datang waktunya terjadinya sesuatu yang telah ditetapkan sebelumnya itu, maka itulah yang dinamakan Qadhaa'. Jika istilah ini digunakan secara berasingan, maka ia membawa satu makna.

-----

Apakah Al-Qadar baik itu dari Allah?

Jika kita merujuk kembali kepada point 1 dari 4 perkara yang kita wajib beriman mengenai al-Qadhaa' dan Al-Qadar, maka sudah tentu, tidak ada sesuatu perkara pun yang tidak terlepas dari pengetahuan Allah swt, baik secara umum atau secara terperinci. Persoalannya ialah, Apakah al-Qadar itu meliputi perkara yang buruk? Syiekh Ibn Utsaimin mengatakan bahawa "qadar Allah tidak ada sesuatu yang buruk, akan tetapi keburukan itu terdapat pada yang ditakdirkan.". Allah swt melakukan sesuatu dengan mempunyai tujuan kebaikkan didalamnya, cuma sebagai hamba Allah swt tidak semua hikmah sesuatu takdir dapat kita ketahui rahsianya. Begitu juga jika dilihat dari qadar Allah yang umum, diturunkan dengan sebab-sebab kebaikan yang umum; contoh di turunkan Nabi Muhammad saw untuk kesejahteraan sekalian alam, firmannya :-

"Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam". - [al-Anbiya

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-11-2005 05:57 PM | Show all posts
terima kasih mod nahzaluz
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2005 09:48 PM | Show all posts
saya ada persoalan..

katakan kita berdoa sesuatu dengan Allah...berdoa bersungguh-sungguh..dengan penuh harapan ianya akan dikabulkan...
dan kemudiannya kita rasa doa kita tu salah...maknanya kita tak sepatutnya doa seperti itu..

bolehkan kita kata kita tersalah doa?
Dan kalau doa itu Allah kabulkan..
bukankan itu juga takdir?

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2005 12:45 AM | Show all posts
Qadaa' = takdir Allah yg berubah mengikut keadaan/usaha kita
contoh:misalnya sudah terlulis olehNya kita jadi seorang doktor...tp kalau kita malas belajar,kita tak akan jadi doktor..taldir kita mestilah yg baik2..Allah maha pengasih dan penyayang...


Qadar = takdir Allah yg tetap dan tidak berubah
contoh:ada siang dan malam,matahari terbit dr timur(kecuali kiamat)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2005 01:56 AM | Show all posts
penah tdgar org kata, kalo kita dpt nengok takdir, qada' & qadar kat "Luh Mahfuz" pun kita takkan boleh ubah ia. cuma kita boleh bersedia menghadapinya, itu aje.
takde org yg patut kata "kalau" macam tu akan jadi macam ni atau seperti nya, sbb hanya ALLAH yg tau semua tu.
kita cuma meng-agak.

lagi satu, ramai suka kata "yg baik dtg dari ALLAH, yg buruk dtg dari kita sendiri..." ???
berkuasa ke kita nk jadikan sesuatu yg buruk tanpa kuasa dari ALLAH? baik buruk semua pun datang dia ALLAH.
kalo ALLAH nk bagi bala, malapetaka kat kita, berani kita melawan dgn kata ALLAH tak adil? zalim?
kita kan makhluk, sepatutnya redha apa saja yg pencipta kita beri. (peringatan utk aku sendiri).
ada akal, hati, nafsu gunalah dgn sebaiknya.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2005 12:28 PM | Show all posts
Originally posted by Cutie at 20-11-2005 09:48 PM
saya ada persoalan..

katakan kita berdoa sesuatu dengan Allah...berdoa bersungguh-sungguh..dengan penuh harapan ianya akan dikabulkan...
dan kemudiannya kita rasa doa kita tu salah...maknanya k ...


Allah menyuruh kita berusaha maka berusahalah, kejayaannya kerja Tuhan, bukan kerja kita,     kalau kita campur tangan kerja Tuhan kita akan kecewa, yang parahnya akan putus asa
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2005 09:33 AM | Show all posts
Originally posted by Mawar Merah at 22-11-2005 12:28 PM


Allah menyuruh kita berusaha maka berusahalah, kejayaannya kerja Tuhan, bukan kerja kita,     kalau kita campur tangan kerja Tuhan kita akan kecewa, yang parahnya akan p ...


Bagaimana yg dimaksudkan campurtangan dlm kerja Tuhan tu?Boleh tlg beri penjelasan..saya confuse..
Reply

Use magic Report

nur_amin This user has been deleted
Post time 25-11-2005 12:00 AM | Show all posts
Sebenarnya apa yang saya faham tentang konsep takdir ni...hakikatnya usaha dan
takdir adalah merupakan dua pembolehubah yang tidak bersandar dimana usaha yang
kita lakukan adalah tidak memberi bekas...contohnya begini dalam Islam menuntut ilmu
adalah wajib bagi setiap orang Islam tapi jangan lupa tak wajib dapat ikut kemampuan
individu itu....maksudnya tak der kaitan langsung antara takdir dan usaha ini, usaha
juga merangkumi berdoa...  
takdir bagi setiap manusia itu memang Allah s.w.t telah tentukan sejak azali lagi tak der
siapa pun yang tahu...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2005 02:17 PM | Show all posts
salam buat semua

ttg baik buruk tu, silalah saudara fahamkan bacaan saudara
pada AYAT PERTAMA tika TAHIYAT waktu SOLAT
dan kenapa tiada perkataan BURUK disitu???

adakah MALA PETAKA atau BALA yg ditimpa TUHAN
adalah dr KESILAPAN MANUSIA SENDIRI
atau PERINGATAN DARI TUHAN

dan apakah persamaan atau perbezaan bila berDOA
MEMOHON KEBAIKAN DI ATAS MUKA BUMI
beserta MOHON BERJAYA DALAM KERJAYA/PELAJARAN?

BERFIKIR SEKETIKA LEBIH AFDAL DARI BERIBADAH SETAHUN
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 26-11-2005 03:49 AM

Maksud kau ada benda yg boleh berubah dan tidak boleh berubah :hmm:


Bacala balik penerangan panjang lebar akasyah dan dah diringkaskan pula oleh nahzaluz....tak le confuse mcm ni.
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 12:27 PM | Show all posts
Originally posted by Maisarah at 24-11-2005 09:33 AM


Bagaimana yg dimaksudkan campurtangan dlm kerja Tuhan tu?Boleh tlg beri penjelasan..saya confuse..


Sorry lambat jawab...Campur tangan kerja Tuhan tu maksudnya 'mengira2' segala apa yg akan ditakdirkan oleh Tuhan ke atas kita setelah kita berusaha. Iaitu kita seolah2 dah 'set' begian2 menurut kehendak kita setelah kita berusaha. Itu yg buat kita kecewa bila target kita tidak kesampaian.Sedangkan segala usaha kita itu tidak memberi berkas (tak effect dlm menghasilkan sesuatu) dan apa jua yg ditakdirkan pada kita merupakan yg terbaik bagi kita.  

Buruk pada kita tapi di sisi Tuhan ianya tetap yg terbaik. Buruk pada pandangan kita boleh kita letak pada 2 kemungkinan:

1) Sebagai penghapusan dosa kerana setiap takdir Tuhan penuh hikmah dan didikan.

2) Kehendak kita yg kita rasa baik tersebut jika dimakbulkan Tuhan mungkin menyebabkan timbul sesuatu yg tidak baik pula di kemudian hari. Tuhan maha mengetahui apa yg bakal terjadi. Bukankah Tuhan itu maha penyelamat.

[ Last edited by Mawar Merah at 12-12-2005 12:29 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2005 05:43 PM | Show all posts
salam

bukan apa panjang lebar sangat tu, amat memenatkan
jadi pendekkanlah

dan memang betul DUNIA mengelirukan
kalau tak, takkan DUNIA tak bagi TANAHNYA diambil utk dijadikan MANUSIA
sedangkan MANUSIA sentiasa MENDONGAK KEATAS

kalau boleh buatkanlah contoh yg simple, pasal ramai yg tak faham
CONTOHNYA: dr KL nak ke PENANG sebab urusan tertentu
                       memang niat nak ke penang
                       tapi kenapa boleh sampai ke KOTA BHARU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2006 10:51 AM | Show all posts

Konsep Qada' dan Qadar

Sapa boleh perjelaskan konsep Qada' dan Qadar dlm kehidupan kita hari ini?
Soal rezeki, jodoh, mati, kelahiran dan sebagainyer,
thank you,
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 10:38 PM | Show all posts
Originally posted by Bateesta at 7-8-2006 06:28 PM

Kalau kau nak bincangkan psl qada n qadar yg related dgn takdir , sila klik link di bawah

http://forum.cari.com.my/viewthr ... mp;highlight=takdir


Salam bro,

Thread tu dah beku le
Reply

Use magic Report

Post time 16-8-2006 10:57 PM | Show all posts
Originally posted by M5 at 16-8-2006 10:38 PM


Salam bro,

Thread tu dah beku le


Thread mana yg beku bro , thread yg ni ke , atau the other 1 ?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2025 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.550236 second(s), 40 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list