CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: paranormal_85

Cerita pendek yg best...

[Copy link]
 Author| Post time 11-5-2007 11:24 PM | Show all posts

aikk naik balik ... peace

Tuba Dibalas Dengan Susu

Ketika berada di Makkah, seorang lelaki telah tidur di sebelah seorang hamba Allah. Sewaktu bangun dari tidur, lelaki itu terkejut apabila mendapati dompetnya telah hilang. Memandangkan hanya mereka berdua di situ, lelaki itu terus menuduh hamba Allah tadi mencurinya.

Hamba Allah itu terkejut juga, tapi dia tidaklah marah atau membela dirinya. 揃erapa wang yang ada dalam dompetmu?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2007 11:11 AM | Show all posts
semoga kita dapat amik ikhtibar dari kisah2 ni...amin
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2007 12:57 PM | Show all posts
PENIAGA BERIMAN                                                                                                        

"Saya mahu tuan puas hati dengan apa yang memuaskan hati kami."
......

MUHAMMADMUNKADIR, seorang peniaga beriman yang tidak sanggup menyusahkan pihakpengguna apatah lagi untuk menindas dan menghisap darah mereka.

Pada suatu hari dia hendak keluar ke kota, lalu memesan kepada orang gajinya supaya menjaga kedainya baik-baik.

Tidaklama kemudian datang seorang Arab Badwi hendak membeli barang di kedai itu. Orang gaji tersebut telah menjual sebahagian barang-barang dengan harga dua kali ganda dari harga sebenar kepada orang Badwi itu.

Apabila Muhammad Munkadir pulang ke rumah dan mendapat tahu perbuatan orang gajinya, maka segera dia bergegas mencari orang Arab Badwi itu.

Hampir sehari suntuk dia mencari Badwi itu ke sana ke mari. Akhirnya dia bertemu dengan Badwi itu lalu berkata,"Pekeija saya telah berlaku curang terhadap tuan. Dia menjualkan barang itu dengan harga dua kaliganda."

"Oh! Tidak mengapa tuan. Saya senang hati membelinya," jawab Badwi itu.

"Benar, walaupun tuan puas hati membelinya tetapi saya juga mahu tuan puas hati dengan apa yang memuaskan hati kami." Muhammad pun memulangkan wang lebihan itu kembali kepada Badwi tersebut.

Badwiitu mulanya enggan menerimanya, tetapi setelah didesak akhirnya iaterpaksa mengambilnya. Memang kepuasan jelas di wajah Muhammad Munkadir.

[ Last edited by  paranormal_85 at 14-5-2007 01:03 PM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-5-2007 01:18 PM | Show all posts
KISAH SEBATANG GIGI

Suatu ketika Nabi Musa a.s. mengalami sakit gigi. Oleh kerana kesakitan yang amat sangat dan tidak tertahan, maka Nabi Musa a.s. pun mengadu kepada Allah SWT. Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Musa a.s. supaya mengunyah sejenis daun. Nabi Musa a.s. menuruti apa yang diwahyukan oleh Allah SWT itu. Tidak lama selepas itu sakit giginya sembuh.

Di waktu lain Nabi Musa a.s. mengalami sakit gigi semula lantas Nabi Musa a.s. mengambil daun yang sama dan mengunyah daun tersebut seperti sebelumnya. Anehnya kali ini sakit gigi Nabi Musa a.s. tidak sembuh seperti sebelumnya. Nabi Musa a.s. melakukannya berulang kali namun sakitnya tidak juga berkurangan. Maka Nabi Musa a.s. bermunajat kepada Allah SWT apa yang dialaminya itu.

Allah SWT memberi jawapan kepada Nabi Musa a.s.: "Wahai Musa, ketika kali pertama engkau sakit gigi dulu, engkau mengadu kepada Aku, lalu Aku sembuhkan kerana sesungguhnya Akulah yang mendatangkan penyakit dan Aku juga menyediakan ubatnya dan aku juga yang menyembuhkan. Apabila sakit gigi engkau itu berulang lagi, engkau terus saja mengunyah daun tersebut sebagai ubat tetapi engkau tidak mengadu kepada Aku seperti kali pertama engkau sakit gigi dulu."

rufaqadaily.com



[ Last edited by  paranormal_85 at 14-5-2007 01:22 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 06:41 PM | Show all posts

apabila ulama dicabar

Pada suatu ketika, kota Baghdad didatangi oleh seorang pendakyah Yahudi bernama Dahri. Kedatangannya mencetuskan kegemparan dikalangan umat Islam. Dahri cuba merosakkan pegangan umat Islam dengan membahaskan soal-soal yang berhubung kait denngan ketuhanan. Dicabarnya para ulama Baghdad untuk berdebat dengannya.

Setiap kali cabarannya disahut, hujah-hujah Dahri tidak pernah dapat dipatahkan sehingga akhirnya tidak ada lagi ulama Baghdad dan ulama-ulama disekitarnya yang sanggup berhadapan dengannya. Dari kejadiannya ini, tahulah Khalifah bahawa Baghdad sudah ketiadaan ulama yang benar-benar berwibawa dan tinggi ketaqwaannya.


Lalu Khalifah memerintahkan beberapa orang menteri meninjau ke daerah lain, kalau-kalau masih ada ulama yang boleh dibawa berdepan dengan Dahri. Akhirnnya wakil Khalifah menemui Imam Hammad bin Abi Sulaimann Al-Asy ari, seorang ulama yang tidak kurang juga ketokohannya.

Khalifah memerintahkan supaya hari perdebatan antara Imam Hammad dan Dahri disegerakan. Dan majlis bersejarah itu mesti dibuat di Masjid Jamek di tengah-tengah kota Baghdad. Sehari sebelum pertemuan itu lagi, Masjid Jamek telah penuh sesak dengan orang ramai. Masing-masng menaruh harapan agar Imam Hammad berjaya menumbangkan Dahri kerana beliaulah satu-satunya ulama yang diharapkan.



"Subhanallah.... Subhanallah .... Walauhaulawala quwwata illa billahi aliyyil azim....!" Lidah Imam Hammad terus melafazkan kalimat mensucikan segala tohmahan yang tidak layak bagi Zat yang Maha Agung. Dia beristighfar terus. Rasanya dah tidak sanggup telinganya menadah bermacam tohmahan yang dilemparkan oleh Dahri yang biadab dan matarialis itu. Mempertikaikan KeEsaan Allah SWT buukanlah perkara kecil dalam Islam. Ini kes berat! Hatinya cukup pedih. Roh ketauhidannya bergelora. Mahu rasanya dipenngal leher si Dahri yang angkuh itu di depan ribuan mata yanng turut hadir dalam majlis iru.

Keesokannya, pagi-pagi lagi muncul Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang paling rapat dan yang paling disayanginya. Namanya yang sebenar ialah Nu' man, yang ketika itu usiannya masih lagi remaja. Bila ternampak keadaan gurunya itu, Abu Hanifah pun bertanya untuk mendapat kepastian. Lalu Imam Hammad menceritakan keadaan yang sebenar. Dalam pada itu teringat Hammad akan mimpinya malam tadi, lalu dikhabarkan kepada muridnya itu. Abu Hanifah mendengarnya dengan penuh khusyuk.

"...Aku bermimpi ada sebuah dusun yang amat luas lagi indah. Di sana kulihat ada sepohon kayu yand rendanng dan lebat buahnya. Tiba-tiba, di situ keluar seekor khinzir dari hujung sebuah kampung. Lalu habis dimakannya buah-buahan yang masak ranum dari pokok itu. Hingga ke daun dan dahan-dahannya habis ditutuh.Yang tinggal cuma batangnya sahaja.Dalam pada itu juga keluar seekor harimau daripada umbi pohon rendang tadi lalu menerkam khinzir itu dengan gigi dan kukunya yang tajam.Lalu,khinzir tadi mati disitu juga."

Hammad termenung seketika. Kekalutan pemikiran yang telah dicetuskan Dahri, yang boleh menggugat pegangan aqidah umat ini,tidak boleh di biarkan. Mesti dihapuskan segera. Wajahnya yang tenang bagai air sungai yang mengalir jernih, masih nampak bercahaya walau di saat sebegitu genting. Satu kelebihan Abu Hanifah ialah beliau juga dikurniakan Allah ilmu menta'bir mimpi, sebagai mana nabi Allah Yusuf. Pada pengamatannya juga, mimpi tersebut akan memberi petanda baik bahawa si Dahri pasti akan menerima padahnya nanti. Dan setelah mendapat keizinan gurunya, dia pun cuba mentafsirnya:

" Apa yang tuan lihat dalam mimpi tuan sebagai dusun yang luas lagi indah itu adalah tamsilan kepada agama Islam kita. Pokok yang berbuah lebat itu adalah tamsilan kepada sekalian ulamannya. Manakala sepohon kayu yang masih tinggal itu adalah tuan sendiri. Dan khinzir yang tiba-tiba muncul dan merosakkan pohon tersebut ialah si Dahri. Manakala harimau yang keluar lalu membunuh khinzir tadi... adalah saya..." jelas Abu Hanifah.

Beliau juga memohon izin untuk membantu gurunya berdepan dengan si Dahri. Betapa gembiranya hati Iman Hammad bila tercetusnya hasrat itu dari hati muridnya sendiri. Maka berngkatlah ilmuan budak itu bersama gurunya untuk pergi ke Masjid Jamek di mana majlis dialog akan diadakan yang dihadiri oleh orang ramai dan Khalifah. Seperti biasanya, sebelum menyampaikan dakyahnya, Dahri akan mencabar dan memperleceh-lecehkan ulama dengan bersuara lantang dari atas pentas.

samb...
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2007 06:41 PM | Show all posts

apabila ulama dicabar (samb..)

" Hai Dahri, apalah yang digusarkan. Orang yang mengetahuinya pasti menjawabnya!" Tiba-tiba suara Abu Hanifah memeranjatkan Dahri dan menyentakkan kaum Muslimin yang hadir. Dahri sendiri terkejut. Matanya memandang tajam mata Abu Hanifah.

" Siapa kamu hai anak muda? Berani sungguh menyahut cabaranku...Sedangkan ulama yang hebat-hebat, yang berserban dan berjubah labuh telah ku kalahkan...!" Lantang suara Dahri membidas Abu Hanifah.

" Wahai Dahri," balas Abu Hanifah," sesungguhnya Allah tidak mengurniakan kemuliaaan dan kebesaran itu pada serban atau jubah yang labuh. Tetapi Allah mengurniakan kemuliaan kepada orang-orang yang berilmu dan bertaqwa." Abu Hanifah lalu membacakan sebuah firman Allah SWT yang bermaksud:

" Allah telah meninggikan darjat orang beriman dan berimul antara kamu beberapa darjat." (Al-Mujadalah : 11 )
.
Geram rasanya hati Dahri mendengarnya kepetahan lidah pemuda ini berhujah. Maka berlangsunglah majlis dialog.perdebatan antara Abu Hanifah dengan tokoh Ad- dahriayyah, yang terkenal dengan pemikiran materialisdan ateisnya itu,berlangsung dengan mendebarkan.

"Benarkah Allah itu wujud?," soal Dahri memulakan majlis dialognya.

"Bahkan Allah memang wujud," tegas Abu Hanifah.

"Kalau Allah maujud (wujud), di manakah tempatnya..??" Suara Dahri semakin meninggi.

"Allah tetap wujud tetapi dia tidak bertempat!" jelas Abu Hanifah.

"Hairan, kau kata Allah itu wujud, tetapi tidak bertempat pula...?" bantah Dahri sambil melemparkan senyuman sinisnya kepada hadirin.

"Ah, itu senang sahaja wahai Dahri. Cuba kau lihat pada dirimu sendiri. Bukankah pada dirimu itu ada nyawa..." Abu Hanifah mula berhujah. Orang ramai mula memerhatikan gaya ilmuan muda ini berpidato dengan penuh minat.

"Bahkan, memang aku ada nyawa, dan memang setiap makhluk yang bernafas itu ada nyawa...!" sahut Dahri.

"Tetapi adakah kau tahu di manakah letaknya nyawa atau rohmu itu...? Dikepalakah, diperutkah atau adakah dihujung tapak kakimu..?" Terserentak Dahri seketika. Orang ramai mula berbisik-bisik sesama sendiri. Setelah itu Abu Hanifah mengambil pula segelas susu lalu ditunjukkan pada Dahri, seraya berkata: " Adakah dalam air susu ini ada terkandung lemak...?"

Pantas Dahri menjawab, "Ya, bahkan!"

Abu Hanifah bertanya lagi, "Kalau begitu dimanakah lemak itu berada...? Di bahagian atasnyakah atau dibawahkah...?" Sekali lagi Dahri terserentak, tidak mampu menjawab pertanyaan Abu Hanifah yang petah itu. "Untuk mencari dimanakah beradanya roh dalam jasad dan tersisip dimanakah kandungan lemak dalam air susu ini pun kita tidak upaya, masakan pula kita dapat menjangkau dimanakah beradanya Zat Allah SWT di alam maya ini? Zat yang telah mencipta dan mentadbir seluruh alam ini termasuk roh dan akal dangkal kita ini, pun ciptaan-Nya, yang tunduk dan patuh di bawah urusan tadbir kerajaan-Nya Yang Maha Agung...!" Suasana menjadi agak bingar. Dahri terpaku di kerusi. Terbungkam lidahnya. Merah mukanya. Kesabarannya mula terburai. Bila keadaan agak reda, Dahri membentangkan soalan.
"Hai anak muda! Apakah yang wujud sebelum Allah. Dan apa pula yang muncul selepas Dia nanti..." Semua mata tertumpu pada Abu Hanifah, murid Imam Hammad yang pintar ini.
"Wahai Dahri! Tidak ada suatu pun yang wujud sebelum Allah Taala dan tidak ada sesuatu jua yang akan muncul selepas-Nya. Allah SWT tetap Qadim dan Azali. Dialah yanng Awal dan Dialah yang Akhir", tegas Abu Hanifah, ringkas tapi padat.

"Pelik sungguh! Mana mungkin begitu....Tuhan Wujud tanpa ada permulaan Nya? Dan mana mungkin Dia pula yang terakhir tanpa ada lagi yang selepas Nya....?" Dahri cuba berdalih dengan minda logiknya.

Dengan tersenyum Abu Hanifah menjelaskan, "Ya! Dalilnya ada pada diri kamu sendiri. Cuba kau lihat pada ibu jari mu itu. Jari apakah yang kau nampak berada sebelum jari ini..?" Sambil menuding ibu jarinya ke langit. Dan beberapa hadirin turut berbuat demikian. "Dan pada jari manis kau itu, ada lagikah jari yang selepasnya..." Dahri membelek-belek jarinya. Tidak terfikir dia persoalan yang sekecil itu yang diambil oleh Abu Hanifah. "Jadi...! Kalaulah pada jari kita yang kecil ini pun, tidak mampu kita fikir, apatah lagi Allah SWT Zat Yang Maha Agung itu, yang tiada suatu pun yang mendahului-Nya dan tiada sesuatu yang kemudian selepas-Nya."

Sekali lagi Dahri tercenggang. Bungkam. Namun masih tidak berputus asa untuk mematahkan hujah anak muda yang telah memalukannya di khalayak ramai. Khalifah memerhatikan sahaja gelagat Dahri dengan penuh tanda tanya. Dahri berfikir seketika, mencari jalan, mencari idea. Semacam suatu ilham baru telah menyuntik mindanya, iapun tersenyum. Hati Dahri bergelodak bagai air tengah menggelegak.

"Ini soalan yang terakhir buat mu, hai.. budak mentah!" Sengaja Dahri mengeraskan suaranya agar rasa malunya itu terperosok.

"Allah itu ada, kata mu. Ha! apakah pekerjaan Tuhan mu ketika ini ?" Soalan tersebut membuat Abu Hanifah tersenyum riang.

"Ini soalan yang sungguh menarik. Jadi kenalah dijawab dari tempat yang tinggi supaya dapat didengar oleh semua orang," Katanya. Pemuda ideologi Ad- Dahriyyun yang sedari tadi mentalitinya dicabar terus, berjalan turun meninggalkan mimbar masjid Jamek, memberi tempat untuk Abu Hanifah:

"Wahai sekelian manusia. Ketahuilah bahawa kerja Allah ketika ini ialah menggugurkan yang bathil sebagaimana Dahri yang berada di atas mimbar, diturunkan Allah ke bawah mimbar. Dan Allah juga telah menaikkan yang hak sebagaimana aku, yang berada di sana, telah dinaikkan ke atas mimbar Masjid Jamek ini... !"

Bagai halilintar, hujah Abu Hanifah menerjah ke dua-dua pipi Dahri. Seiring dengan itu bergemalah pekikan takbir dari orang ramai. Mereka memuji-muji kewibawaan Abu Hanifah yang telah berjaya menyelamatkan maruah Islam dari lidah Dahri yang sesat lagi menyesatkan itu. Sehingga ke hari ini, nama Imam Abu Hanifah terus dikenali keserata dunia sebagai seorang Fuqaha dan salah seorang daripada Imam Mujtahid Mutlak yang empat. Kemunculan Mazhab Hanafi dalam fiqh Syar'iyyah, juga mengambil sempena nama ulama ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-6-2007 02:19 AM | Show all posts

Reply #1 paranormal_85's post

gud story, thanks for sharing...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-6-2007 11:44 PM | Show all posts
LAKARAN HATI ORANG MUKMIN
                                                                                                        
                                                                                                        
揥ahaiibu yang dikasihi, demi Allah, seandainya ibu mempunyai seratus nyawa,lalu ia keluar satu persatu, namun aku tidak sekali-kali akanmeninggalkan agama ini厰
- Mus抋bbin Umair ketika menghadapi ibunya yang bersumpah untuk tidak makan danminum selagi dia tidak meninggalkan ajaran Islam yang dibawa olehRasullah saw.

揇emi Allah, aku akan tetap sabar dan menyerahkan semua ini kepada Allah serta memohonkan pahala untuknya.擺/b]
- Safiyah binti Abdul Mutalib ketika menyaksikan saudaranya Sayidina Hamzah, syahid dalam keadaan yang amat mengerikan.

揝udahramai Sahabat yang meninggal, sedangkan mereka belum mendapat upah didunia. Aku masih hidup dan aku takut kalau-kalau kesenangan yang Allahberi ini sudah merupakan pahala bagi amalku dan aku tidak mendapatapa-apa lagi di Akhirat nanti.擺/b]
-Kabbab Al Arat ketika mengenang kembali segala penderitaan dan seksaanyang pernah dilalui sewaktu mula-mula memeluk Islam; antaranya diapernah diletakkan oleh kaum musyrik di atas bara api, lalu menitislahlemak di badannya sehingga memadamkan bara api itu.

揂ku sentiasa diikuti oleh pengintip yang selalu mengekoriku.擺/b]
-Muaz bin Jabal berkata kepada isterinya yang meminta ole-olesekembalinya dari tugas mengagih-agihkan harta untuk orang-orang miskindi kalangan Bani Kilab. 慞engintip
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-6-2007 05:07 PM | Show all posts
Malik ibn Dinar (may Allah be pleased with him)  was asked about the reason behind his repentance. He said: 'I use to be a policeman and an alcoholic. I then acquired a maid who was very good to me. She bore a daughter of ours to whom I became very attached. I became even fonder of her when she started to crawl. Whenever I used to serve myself wine, she would come and drag my tumbler away from me and spill everything over my clothes. Our daughter died when she turned 2 and I was devastated. The 15th of Shaban came along that year on a Friday. I went to sleep drunk and without offering my prayers. I saw in a dream that the Day of Judgment had come about; the Trumpet was blown; graves were resurrected about people were gathered and I was among them. I heard a hissing noise behind. I turned around and saw that I was being approached by a huge black and blue snake. I started to run away as fast as I could trembling with fear. I then encountered an old man who was well dressed and wore good perfume. I greeted him and asked him to help me. The old man cried and said that he was very weak and the snake was much stronger than he. However, he did tell me to keep on running in the hope that I would find something that would save me from the snake. I continued to run and climbed on top of an elevated area. I found myself on top of a valley of fire. The horror of the fire alone made me almost fall into it. Then, I heard someone shouting: 'Get away from there. You don't belong there.' I found security in that shout and ran further with the snake still at my heels. I found the old man again and pleaded with him to help. Again, he started to cry and say that he was very weak and that the snake was far stronger than he. Then, the old man directed me towards a hill where he said I might find a deposit of mine that could help me. I looked at the hill, which was circular and made of silver. In the hill were pierced windows and hanging curtains. Every window had two golden panels and each panel was adorned with silk curtains. I quickly ran towards the hill. An angel then cried: 'Raise the curtains. Open the panels and look. Perhaps this afflicted person has some sort of deposit here that can help him.' I then saw faces of small children who were like small moons peeping out from the windows. Then one of them shouted: 'What's wrong with you all. Come quickly. His enemy has almost come upon him.' So they came and looked from their windows - hundreds of them. Then, I saw the face of my daughter who had died. When she saw me, she cried and said, 'By Allah! That is my father.' She then shot out of the window like an arrow from a bow and jumped into a pool of light (nur). She then appeared in front of me and extended one of her hands to me. I grabbed and hung onto her. She put her other hand in front of the snake and drove it away. She then made me sit down and sat herself in my lap, stroked her right hand through my beard and said:

O father, Is it not time for believers to subject their hearts to the remembrance of Allah.

I started to cry and asked how she knew the Qur'an. She said they (the children) knew more than they (in the world) did. I then asked her about the snake that ran after me. She explained that it represented my bad deeds, which would drive me into Hell. I then inquired about the old man. She said he was my good deeds, which had become so weak that they were unable to defend me against my bad deeds. I then asked what they were doing inside this hill. She informed me that they were the deceased children of Muslims waiting for their parents on the Day of Judgment. Malik said: 'I woke up in a fright. I smashed all my wine containers and repented. This was how I repented.' (Ibid:49)
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 03:00 PM | Show all posts
Suatu hari, Abu Yazid sedang jalan-jalan di satu lorong. Tiba-tiba ekor anjing menghampirinya. Oleh kerana takut pakaiannya tersentuh kulit anjing itu, maka Abu Yazid menarik pakaiannya ke atas.

Tiba-tiba anjing itu bersuara seperti suara manusia, "Kalau kulit aku kering, terkena kulitku, tuan tidak perlu mencuci pakaian tuan, tapi kalaulah kulit aku basah, tuan boleh menyamak pakaian tuan itu. Tetapi sifat benci yang ada di dalam diri tuan itu tidak boleh dicuci hatta dengan tujuh batang sungai sekalipun. Dosa batin itu payah untuk dicuci."
Abu Yazid berkata, "Wahai anjing,kamu ini sangat bijak. Marilah tinggal dengan aku seketika."

"Tidak, kita berdua tidak boleh tinggal bersama kerana aku ini dihina manusia sedangkan tuan dipuji oleh dunia.Tambahan pula aku tidak menyimpan makanan untuk esok, sedangkan tuan menyimpan makanan untuk setahun," jawab anjing itu.

Mendengarkan kata-kata anjing Abu Yazid berbisik sendirian: " Kalaulah dengan seekor anjing pun tidak sudi bersamaku, apakah aku layak untuk menghampiri Tuhan dan duduk di `majlis-Nya'? Puji-pujian bagi Tuhan yang menghinakan diriku dan mengajar manusia melalui pekara-perkara yang kecil."



moral of story....

aku hampir menangis baca citer nih........pengajarannya.....sedangkan anjing pun tak sudi dengan kita,adakah kita layak disisiNya?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 03:31 PM | Show all posts
kaum wahabiyy nih pandai2 jer kata sumber2 hadis & cerita2 di dlm kitab imam ghazali maudhu' ( palsu ) @ mungkar ...

buktikanlah dulu .... jangan hanya bertaqlid dgn artikel wahabiyy jer, lepas tuh konfem 100% walhal 10 hadis dari kitab soheh bukhariyy pun x pernah hafal ...

kalau yg mempertikaikan tuh MUHADDISIN , ada authorithy ler awak punya cakap tuh wahai kaum wahabiyy ....

kalau bukan MUHADDISIN, belajar dulu dgn MUHADDISIN ... lepas tuh bawak mai statement awak wahai kaum wahabiyy jika kamu termasuk org2 yg benar ...





WALLAHU A'LAM ...

[ Last edited by  sirri_khafi at 1-11-2008 04:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 03:51 PM | Show all posts

Balas #1 paranormal_85\ catat

Ini bukan ilmu dari Rasulullah, jadi adakah kita akan menganggap bahawa ilmu ini sesat?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 04:56 PM | Show all posts

Reply #92 eastrun's post

kamu konfem ker konsep ilmu tauhid yg di hujjahkan oleh imam abu hanifah RAH kpd si dahri itu tidak wujud di dlm ALQURAN & AS SUNNAH ?

jangan buat statement, jika kamu sendiri x faham @ x jelas dgn perkataan2 imam abu hanifah RAH lantaran kamu tidak mengetahui asal usul sumber perkataan2 imam abu hanifah RAH itu ....

seharusnya di kaji dulu sumber2 pendapat tauhid imam abu hanifah RAH ... supaya kamu tidak menuduh sesuatu yg tidak benar terhadap org2 yg benar ...


WALLAHU A'LAM ...  
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2008 04:59 PM | Show all posts

Balas #93 sirri_khafi\ catat

Bukan, maksud saya, cerita yang dijadikan perumpamaan tersebut. Cerita itu bukan berasal dari Rasulullah, kan. Boleh tidak kalau saya kata ia adalah cerita yang berasal dari sumber yang sesat, memandangkan ia bukan berasal dari Rasulullah?. Saya nak minta maaf siap-siap kalau statement saya ada yang salah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2008 09:21 AM | Show all posts

Reply #94 eastrun's post

walaupun cerita tuh bukan dari sumber nabi SAW, x semestinya kita menafikan kewujudan & kebenaran cerita tuh ...

tidak boleh menyesatkan @ menolak sesuatu sumber apalagi jika cerita itu ada kaitan dgn peribadi org2 islam yg beriman malah dari golongan para ulamak pula ...  

ini termasuk adab yg di panggil IKRAMUL MUSLIMIN ( memuliakan org2 islam ) ...

muslim haruslah memuliakan, menghormati & mengutamakan saudara seagama & seiman dgn nya ... kerana itu adalah sebahagian dari kesempurnaan IMAN ...


WALLAHU A'LAM ...  
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 01:00 AM | Show all posts
rasa kecik je diri aku nie..............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-11-2008 04:05 PM | Show all posts
Originally posted by orangbesi at 4-6-2006 11:46
salam

itu baru CERITA dr manusia yg dahulu kala
dah langsung tak ambil IKTIBAR
yg mungkin diceritakan dr generasi kegenerasi
dan masih ada logik penyampaiannya

kalau cita masa akan datan ...


Assalamualaikum ob,

Teman ada satu ceghiter.

"Sesiapa yg membuat kemungkaran/maksiat semasa hayat nya............kelak akan datang sekor ular yg besar di dalam kubur nya. Ia akan mematuk serta membelit nya...."

Surely ada forumis yg mengatakan bagaimana umat Islam akan maju dgn mempercayai ceghiter2 seperti ini.

Wsalam
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 04:16 PM | Show all posts

Balas #97 niceghost2005\ catat

+ =
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 05:04 PM | Show all posts
Originally posted by green7 at 3-11-2008 16:16
+ =


Itu lum ceghiter di alam Kubur , Padang Masyhar, Titi Sirat, Syurga  n Neraka.
Mana ada BUKTI ini semuer??

Hanya dari mulut ke mulut sahaja................

Oghang yg mati............mana pernah kembali!!!
Kan kan kan

Budus betul Oghang Islam nie.!!

Betul ler cakap forumis tuh..................camana ler Oghang Islam nak maju kalau percaya benda benda nih semua.!!!
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 08:40 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 14-5-2006 03:14 PM


Abu Yazid tu sapa?? Abu Yazid yang rajin tulis dalam forum ni ker??
Pandai pulak anjing tu bercakap yer.....Prrffffttttt!



ini kisah ahli sufi.......
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 10:25 PM GMT+8 , Processed in 0.071184 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list