Kalau nak ambil anak angkat dari baby yang kena buang, dari Kebajikan Masyarakat ker?
Bayi mulut bertampal pelekat plastik ditemui
KUALA LUMPUR: Seorang bayi lelaki dipercayai baru beberapa jam dilahirkan, ditemui dengan mulut berpelekat plastik dalam beg pakaian atas rak kasut sebuah rumah, di Kampung Sungai Cincin, Gombak, di sini, semalam.
Bayi yang badannya masih berdarah dan mempunyai tali pusat serta uri itu ditemui jam 5.45 petang oleh pemilik rumah ketika pulang dari Pasar Chow Kit.
Ketika ditemui, bayi itu dilihat meronta-ronta dipercayai akibat mulutnya ditampal pelekat plastik dan kelaparan.
Ketua Polis Balai Gombak, Cif Inspektor Mahyuddin Abdullah berkata, bayi itu ditemui dalam beg dibalut tuala dan plastik. Polis turut menemui sebatang pen dalam beg berkenaan tetapi tiada nota ditemui.
揚emilik rumah menemui beg pakaian itu ketika hendak membuka pintu rumahnya dan terus melaporkan kepada polis apabila melihat ada bayi dalam beg pakaian, |