CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: hafiz_alghumari

Perbicaraan tentang Tasauf dan SUFI

[Copy link]
Post time 21-1-2008 12:00 PM | Show all posts
nak berzikir... berizikirlah... jngan lah harapkan pahala.... xyah sibuk duk mengira pahala berjuta... ingat lg.. masa kami.. sy dan kekawn minum kat kedai... di bangsar... dtg lah sorang hamba nie sibuk.. menceritakan pahala n ganjaran.... 70000 pahala lah.. double lah....  kalo betul2 nak pahala... napa x tukor ajer niat... lillahi pahala ka??? awat guna lilahi taala....dan ader sorang shbat.. sibuk duk citer pahala... smpai leh xnmpak dosa... wah.. begitu maksum kah kamu...?? hehhee.. then kami tanya.... dier kire ker?? yup... ok.. kami bgi dier... tempoh duk kire seminggu shj.. pling lama cepat pun sehari... leh kire x smua tue.. plus minus...
then 1 soalan jer tnya... konpem ker kamu wat tu dpt pahala kalo niat dh x ikhlas???
masuk syurga semua tue sebab rahmat illahi... yg pahala just ganjaran shj... wat keje dpt upah... yg lain ketentuan dia....

maaf.. bukan niat nak bg orang terasa.. just beritahu yg perlu shj.......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2008 04:28 PM | Show all posts
jika kita fikir dgn amal kita yg byk dapat menentukan pengakhiran kita,anda silap..sebenarnya rahmat Allah lah yg menentukan kemana kita kelak.syariat itu penting dalam mendalami tasawuf,kerana ia ibarat penebat kita dari kesesatan.Namun jangan pula hanya mengikut syariah dan menolak tasawuf,kerana,dgn tasawuf lah mampu melahirkan modal insan sebenar.Contohilah Rassulullah kerana bagindalah guru syariat,tariqat dan makrifat.Bersederhana dalam segala segi bukan hanya ekstrem pada satu2 perkara saja.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 04:42 PM | Show all posts
jgn menyalak jer lebih,dia juga yg mengkhianat.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 05:02 PM | Show all posts
Originally posted by miftahuljamilah at 21-1-2008 04:28 PM
jika kita fikir dgn amal kita yg byk dapat menentukan pengakhiran kita,anda silap..sebenarnya rahmat Allah lah yg menentukan kemana kita kelak.syariat itu penting dalam mendalami tasawuf, kerana ia ibaratpenebat kita dari kesesatan.Namun jangan pula hanya mengikut syariahdan menolak tasawuf,kerana,dgn tasawuf lah mampu melahirkan modal insansebenar.Contohilah Rassulullah kerana bagindalah guru syariat,tariqatdan makrifat.Bersederhana dalam segala segi bukan hanya ekstrem padasatu2 perkara saja.


Mif, setahu saya perkataan tasauf, ilmu makrifat tidak pernah disebut orang pada zaman Rasulullah s.a.w., tolong berhati-hati menggunakan nama Rasulullah saw kerana jika Baginda tidak ada berbuat demikian bahayanya amat besar.  Sila bawakan dalil2 sebagai bukti Rasulullah saw ada mengajar para sahabat tentang tareqat dan makrifat...
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 05:11 PM | Show all posts
mcm nie lah..... just sembang2 aja yerk...   
perkaitan syariat dan hakikat....
kiter pergi kedai disebabkan kiter hendak pergi kekdai... dgn daya usaha kiter sendri...
hakikat sebenarnya adalah dgn gerak/izin empunya diri... baru kiter leh g.. kalo x??
bak kata orang hakikat adalah syariat..dan syariat adalah hakikat....

satu lagi... adakah guru2.. mengajar kepada semua anak muridnya?? atau hnya yg terpilih shj??? adakah.... wasiat diberitahu pd orang luar.. atau hnya yg terdekat shj... renung2kan lah.....

slagi ia tidak bertentangan ngan hadis or quran.. xper.. kalo nak benteras.. awat x bnteras.. consert yg berlmbak... ni.... mungkar yg x terkwal nie.... dan x mnjadikan hadis dan ql-quran hukum...  
kalo x.. baby buang bersepah sana sini.. hotel n rmah tumpangan tumbuh bgaikan cendawan..... aurat tak terjaga.. pergaulan tnpa sekatan.. dan bebas mengeluarkan kata2 tanpa tapisan dan kesedaran.... y.. makin bnyk??? n BNYK???
"sekiranya disebut nama allah.. maka gementarlah hati mereka.... "

Wahai orang-orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya); dan hendaklah tiap-tiap diri melihat dan memerhatikan apa yang ia telah sediakan (dari amal-amalnya) untuk hari esok (hari akhirat). Dan (sekali lagi diingatkan): Bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Amat Meliputi PengetahuanNya akan segala yang kamu kerjakan.
al-hasyr - 18
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by miftahuljamilah at 21-1-2008 04:28 PM

jika kita fikir dgn amal kita yg byk dapat menentukan pengakhirankita,anda silap..sebenarnya rahmat Allah lah yg menentukan kemana kitakelak.syariat itu penting dalam mendalami tasawuf,kerana ia ibaratpenebat kita dari kesesatan.Namun jangan pula hanya mengikut syariahdan menolak tasawuf,kerana,dgn tasawuf lah mampu melahirkan modal insan sebenar.Contohilah Rassulullah kerana bagindalah guru syariat,tariqat dan makrifat.Bersederhana dalam segala segi bukan hanya ekstrem padasatu2 perkara saja..


detailkan apa tariqat yg rasul saw bawa.... setiap pnyataan/tindakan rasul ada nas/dalil...


Allah dah jelaskan di dlm al quran yg bmaksud... kebaikan dan kejahatan tetap dinilai biarpun sebesar zarah... ini adalah janji Allah, Maha Benar....

jgn terpedaya dengan kisah seorang yg punyai dosa, dan dia ingin bertaubat dan dlm perjalanan tersebut dia mati.. lalu dtg malaikat keliru mahu letak kt mana dia ni, (setelah btanya kpd Allah) syurga or neraka... maka diukur jarak pjalanan tersebut, jarak ketempat yg bek itu lbh hmpir, maka endingnya ke syurgalah org ini....<<< hasil dr citer israiliyat cmni, ramailah beranggapan, xpelah buat dosa, kelak taubat n Allahlah yg tentukan krn syurga neraka milik Allah..... bagaimana dgn janji Allah dlm alquran...??

Al quran sudah bgitu lengkap untuk memutihkan jiwa kita... Dia (al quran) adalah penawar, di situ ada segala2nya....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2008 05:58 PM | Show all posts
Originally posted by pengembara_sepi at 21-1-2008 05:11 PM
mcm nie lah..... just sembang2 aja yerk...   
perkaitan syariat dan hakikat....
kiter pergi kedai disebabkan kiter hendak pergi kekdai... dgn daya usaha kiter sendri...
hakikat sebenarnya adalah dgn gerak/izin empunya diri... baru kiter leh g.. kalo x??
bak kata orang hakikat adalah syariat..dan syariat adalah hakikat....


Ok kita sambung sembang2 kita... mula2 "kaitan syariat dan hakikat" membawa maksud dua perkara yang berasingan.  Kemudian "hakikat adalah syariat dan syariat adalah hakikat" membawa maksud sama tak ada beza.  Yang mana satu betul?  Sila beri detail apa yang terkandung dalam hakikat itu sebenarnya?  Contoh yang diberi tidak difahami maksudnya.

satu lagi... adakah guru2.. mengajar kepada semua anak muridnya?? atauhnya yg terpilih shj??? adakah.... wasiat diberitahu pd orang luar..atau hnya yg terdekat shj... renung2kan lah.....


Inilah dia bahaya besar tareqat.  Ilmu agama bukan untuk murid yang terpilih sahaja dan bukan juga wasiat untuk orang terdekat sahaja.... Islam untuk semua, tidak ada rahsia di dalamnya...

slagi ia tidak bertentangan ngan hadis or quran.. xper.. kalo nakbenteras.. awat x bnteras.. consert yg berlmbak... ni.... mungkar yg xterkwal nie.... dan x mnjadikan hadis dan ql-quran hukum...  
kalo x.. baby buang bersepah sana sini.. hotel n rmah tumpangan tumbuhbgaikan cendawan..... aurat tak terjaga.. pergaulan tnpa sekatan.. danbebas mengeluarkan kata2 tanpa tapisan dan kesedaran.... y.. makinbnyk??? n BNYK???


Yang tidak bertentangan dengan quran dan hadis "no question ask"... Bila kita berbincang mengenai tareqat itu tidak bererti kita menyokong dan mendokong puak2 consert, mungkar, ingkar hukum, buang baby, tak jaga aurat, pergaulan bebas.  Ada tempat yang sesuai untuk kita menentang gejala2 munkar itu semua.

[ Last edited by  kupia at 21-1-2008 06:00 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 06:25 PM | Show all posts
Originally posted by indah1285 at 21-1-2008 05:27 PM


detailkan apa tariqat yg rasul saw bawa.... setiap pnyataan/tindakan rasul ada nas/dalil...


Allah dah jelaskan di dlm al quran yg bmaksud... kebaikan dan kejahatan tetap dinilai biarpun ...



sekali lagi saya mohon maaf jika istilah2 tadi melahirkan rasa cuak pada forumer semua.Saya juga bukanlah arif tentang tasawuf cuma saya ingin kongsi sedikit pendapat yang tak seberapa ini.Ringkasnya amalan tasawuf Rasulullah adalah tasawuf yang paling afdhal  yang patut kita ikuti.Tasawuf yang benar adalah dengan melazimkan diri dgn adat syariat Rasulullah iaitu memelihara yang disuruh dan meninggalkan yang ditegah

Kemudian kita masuk pada Thoriqah(jln)Rasulullah.iaitu terdiri daripada amal  dan sunnahnya.Tiada maqam terlebih afdhal dari maqam Rasulullah iaitu dari segi kelakuan,perangai,tegahan dan adab2nya.Firman Allah:

"Dan apa2 yang telah mendatang ia akan kamu  oleh Rasulullah  itu maka ambil oleh kamu dan apa2 yang menegah ia akan kamu maka berhentilah oleh kamujgn dikerjakan"(surah Al hasyr :ayat 9)

Jika kita ingin melihat contoh tasawuf Rasulullah ialah dengan mula mencari kebenaran dan rahsia hidup dengan bersunyi di gua Hira'
sehinggalah Rasulullah telah diangkat menjadi  nabi dan Rasul.Setelah itu kita lihat pula bagaimana  kuatnya Rasulullah beribadah dgn tahajud,zikir ,istighfar.

Rasulullah juga mengajar kita mengenal makrifat diri melalui solat  yang khusyuk,iaitu kenal diri lalu kenal Allah.Bila kita telah mengenal Allah baru wujud rasa gerun dan takut serta tawadhu padaNya.Baginda bersolat hingga bengkak kakinya kerana rasa cinta dan takutkan Allah.Di dalam solat kita di ajar membuang segala  urusan dunia .Disitulah kita  diajar mencuci hati dgn makrifat ini.Rasulullah saw pernah menunjukkan pada  Abu Hurairah betapa kotornya dunia ibarat satu lopak yg bertimbun2 bangkai manusia dan  binatang serta barang buangan .

Dalam Hadis Qudsi Allah berfirman: "Aku di sisi org2 yang pecah remuk redam hatinya.."

Orang2 itu ialah org yang cintakan akhirat dan meninggalkan dunianya.

Selain itu lihat conth Rasulullah yg tidur diatas tikar buruk sehinggakan berlarik badannya bekas tikar itu.Saidina Abu Bakar enangis melihat kekasih Allah dlm keadaan itu.Jadi contoh2 inilah yang diamalkan oleh sahabat.mereka memandang dunia mengikut contoh Rasulullah..Saidina Abu Bakar sendiri meninggalkan syubhat,malah pernah termuntah2 bila diketahui makanannya ada unsur syubhat..Rasulullah dan sahabat menggunakan dunia sebagai tunggagan akhirat,kerana itu mereka berjaya dunia dan akhirat.Jadi inilah contoh terbaik tasawuf yang patut kita ikuti.Selagi ia tidak bertentangan dgn Quran dan Sunnah maka ikutlah,jika kita ragu2 tinggalkan..Wallahualam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2008 07:16 PM | Show all posts
Originally posted by miftahuljamilah at 21-1-2008 06:25 PM
sekali lagi saya mohon maaf jika istilah2 tadi melahirkan rasa cuak pada forumer semua.


Mif, Saya tidak cuak dan tidak berasa gentar.  Ok sebelum apa2 perlu dijelaskan saya tidak memusuhi atau membenci secara peribadi siapa sahaja yang  mempercayai atau menganggota mana2 gerakan  tareqat/sufi.  Oleh kerana saya tidak percaya dan tidak berkeyakinan tentang jalan tareqat/sufi ini maka saya akan mengemukakan pandangan saya yg berbeza setakat apa yang saya tau dalam suasana perbincangan, kalau tak tau saya akan bertanya.

Boleh saya tau gerakan tareqat mana yang Mif sertai?

Kemudian kita masuk pada Thoriqah(jln)Rasulullah.iaitu terdiri daripadaamal  dan sunnahnya. Tiada maqam terlebih afdhal dari maqam Rasulullahiaitu dari segi kelakuan, perangai, tegahan dan adab2nya.Firman Allah:


Amal dan sunnah Rasulullah saw tidak dipanggil thoriqah tetapi dipanggil syariat.  

"Dan apa2 yang telah mendatang ia akan kamu  oleh Rasulullah  itu makaambil oleh kamu dan apa2 yang menegah ia akan kamu maka berhentilaholeh kamu jgn dikerjakan"(surah Al hasyr :ayat 9)


Kita akan bincangkan tentang ayat ini bila tiba pada contoh yang sesuai.

Jika kita ingin melihat contoh tasawuf Rasulullah ialah dengan mulamencari kebenaran dan rahsia hidup dengan bersunyi di gua Hira' sehinggalah Rasulullah telah diangkat menjadi  nabi dan Rasul.Setelahitu kita lihat pula bagaimana  kuatnya Rasulullah beribadah dgntahajud,zikir ,istighfar.


Baginda saw menerima wahyu yang pertama dlam gua Hira', selepas diangkat jadi Rasul  Baginda tidak pernah mengasingkan diri bersunyi-sunyi seorang diri dalam mana-mana gua sekali pun.

Rasulullah juga mengajar kita mengenal makrifat diri melaluisolat yang khusyuk, iaitu kenal diri lalu kenal Allah.Bila kita telahmengenal Allah baru wujud rasa gerun dan takut serta tawadhupadaNya. Baginda bersolat hingga bengkak kakinya kerana rasa cinta dantakutkan Allah.Di dalam solat kita di ajar membuang segala  urusandunia . Disitulah kita  diajar mencuci hati dgn makrifat ini.Rasulullahsaw pernah menunjukkan pada  Abu Hurairah betapa kotornya dunia ibaratsatu lopak yg bertimbun2 bangkai manusia dan  binatang serta barangbuangan .


Rasulullah tidak pernah mengajar para sahabat tentang ilmu mengenal diri baru mengenal Allah.  Hadis tentang ilmu mengenal diri adalah hadis palsu cipataan orang orang tareqat.  Begitu juga riwayat yang mengaitkan Abu Hurairah dengan tasauf adalah rekaan semata-mata.  Buktikan yang saya bersalah mengenai perkara ini.

Dalam Hadis Qudsi Allah berfirman: "Aku di sisi org2 yang pecah remuk redam hatinya.."
Orang2 itu ialah org yang cintakan akhirat dan meninggalkan dunianya.
Selain itu lihat conth Rasulullah yg tidur diatas tikar buruksehinggakan berlarik badannya bekas tikar itu.Saidina Abu Bakar enangismelihat kekasih Allah dlm keadaan itu.Jadi contoh2 inilah yangdiamalkan oleh sahabat.mereka memandang dunia mengikut contohRasulullah..Saidina Abu Bakar sendiri meninggalkan syubhat,malah pernahtermuntah2 bila diketahui makanannya ada unsur syubhat..Rasulullah dansahabat menggunakan dunia sebagai tunggagan akhirat,kerana itu merekaberjaya dunia dan akhirat.Jadi inilah contoh terbaik tasawuf yang patutkita ikuti.Selagi ia tidak bertentangan dgn Quran dan Sunnah makaikutlah,jika kita ragu2 tinggalkan..Wallahualam


Sekali lagi riwayat tentang Abu Bakar r.a. tidak mempunyai bukit dari dalil hadis.  Terlalu banyak ayat2 quran dan hadis2 Allah memerintahkan kita supaya menyelaraskan urusan akhirat dan urusan dunia, tidak meninggalkan salah satu darinya.

Untuk pengetahuan Mif, tidak terdapat sebarang perkataan "tasauf" dan "sufi" pada zaman Rasulullah, zaman para sahabat.  Kalau tak silap perkataan itu muncul kemudian pada zaman tabiin.  Buktikan kalau saya salah.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 11:08 PM | Show all posts
akan kubakar syurga dan akan kupadamkan api neraka.... hehe

ana al-haq ana al-haq!... pernah dengar?

tasawuf tradisional dan tasawuf modern... pernah baca?

konsep wahdatul wujud, martabat tujuh?

saya cadangkan kita semua menelaah lebih dulu apa dia sufisme... terutamanya tang sejarahnya... terutama sufisme dalam Islam. Siapa tokoh2nya.

gi google sufism, mysticism atau tasawwuf...

lagi bagus kalau baca juga mysticism in Islam, christianity, judaism, hinduism, buddhiism ect etc.

lihat apa persamaan dan perbezaan antara kesemuanya.

tengok apa praktik2 atau amalan2 tasawwuf dalam agama2 tersebut.

amaran: jgn terkejut apabila anda dapati prinsip, matlamat dan kaedah2 sufi yg diamal dalam agama2 tersebut sama, hampir sama atau selaras. sebab itu ada org kata hanya sufisme yg boleh menghubungkan agama2.

salam.
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 11:54 PM | Show all posts
Kata syeikh Abd Qadir Jailani dalam kitabnya  Sirr Al-Asrar:

Tashawuf menurut pengertian bahasa Arab:
Dalam bahasa arab istilah tasauf terdiri atas empat huruf iaitu Ta
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 11:55 PM | Show all posts
Kata syeikh Abd Qadir Jailani dalam kitabnya  Sirr Al-Asrar:

Waliyullah atau sufi yang benar adalah mereka yang memberi pelajaran kepada orang2 pilihan yang akan menjadi waliyullah atau sufi, tetapi tetap mematuhi syariat dan ajaran Nabi besar Muhammad Saw, tidak menyeleweng dari jalan yang telah ditentukan Allah. Mereka menggalakkan para pengikutnya agar berpegang teguh kepada syariat dan ajaran Nabi Muhammad Saw tersebut. Tugas guru sufi dan wali ini adalah membantu murid2nya membersihkan hati mereka masing2, kerana hati yang bersih itulah akan menjadi tempat untuk menerima hikmah atau ilham Ketuhanan.
        Guru atau syeikh sufi ini mengikuti jalan dan contoh yang dibawa oleh sahabat2 nabi yang diberi gelar  憃rang2 yang berpakaian bulu biri2
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2008 11:59 PM | Show all posts
banyak ajaran kumpulan sufi/tarikat yang menyeleweng tapi ada juga yang haqq

yang haqq tu mereka tidak menonjol, yang batil tu suka menonjol dan ada orang terus borong sekali semua yang haqq tu termasuk sesat

yang haqq tu tak akan membuat publisiti kami kumpulan paling betul, sedangkan mereka juga mungkin dilabel sesat. Kalau yang sesat tu ULAMA dah sepakat akan kesesatan mereka, kalau tiada kesepakatan, kita tak perlu lah sibuk nak menyesatkan.

sesiapa yang berpegang kepada Al Quran dan Sunnah, itu adalah ajaran yang haqq tidak kira individu atau kumpulan

masalah harini orang suka borong sesat, sesat kesemuanya dan ini lah punca perpecahan. Jika Ulama terlibat dalam sesat-menyesatkan, lebih musibah kepada umat Islam. Tugas Ulama untuk meyampaikan ilmu yang haqq, dan selamatkan umat manusia dari kejahilan bukan untuk menambahkan kepincangan.

kalau setakat info dari internet untuk menyesatkan orang/kumpulan, BAIK PERGI CERMIN DIRI PASTU TENGOK AMALAN SENDIRI, LAYAKKAH KITA DIGELAR ORANG BERIMAN untuk menyesatkan orang

Cuba bagi contoh SUNNAH NABI, adakah NABI SAW suka menyesatkan orang atau ajak beriman kepada ALLAH

JIKA kita betul ingin menegakkan SUNNAH, cara TERBAIK adalah AJAK (DAKWAH), bukan menyesatkan, mengkafirkan dan sebagainya

Dengan DAKWAH juga yang sesat akan sampai ke jalan yang haqq

Kalau DAKWAH tak buat, tapi sibuk menyesatkan orang, TUNGGU LAH MASA HINGGA AZAB ALLAH TURUN. ILMU SETINGGI GUNUNG PUN BELUM TENTU SELAMAT DARI AZAB ALLAH

dah banyak tempat di Dunia Islam berlaku perkara ini, tapi kita takmau ambil iktibar

hadith Nabi pun ada, tapi kita sibuk dok cari hadith dan Al Quran untuk menyesatkan orang lain.

Kesesatan akan padam dengan cahaya DAKWAH. Kesesatan tak akan padam dengan menyesatkan orang yang dikatakan sesat. Sebaliknya, pertelagahan dan perbalahan akan berlaku, masing nak buktikan masing2 paling betul sampai caci-mencaci, maka rahmat Allah semakin jauh...

musibah untuk umat Islam.....  Inna Lillahi wa Inna Ilaihi Raaji'un

Aku berlindung dengan ALLAH dari keburukan yang ada padaku, dan juga keburukan dari segala arah dari luar ku
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 12:00 AM | Show all posts
Sebahagian besar atau keseluruhan ayat2 alQuran merupakan dalil2 bagi ajaran tasauf kerana ianya ada kaitan dengan penyucian hati, berjihad, zuhud etc..

Beberapa contoh:

揝ungguh beruntung orang yang mensucikan (jiwa)nya itu, dan rugilah orang yang mengotorkannya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 12:05 AM | Show all posts

Reply #33 Bruxelle's post

bagi la dalil banyak mana pun, tetap akan ada orang yang tak setuju

tafsir Al Quran dan Hadith ikut kumpulan/guru masing2, pastu masih sesat menyesatkan

ataupun tafsir dengan berpandukan kitab semata-mata tanpa berguru....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 12:31 AM | Show all posts
Saya hanya menyatakan tidak ada bukti dan dalil dari hadis-hadis sahih Rasulullah saw.  Saya hanya membantah apa yang ditulis yang tidak disertakan dalil dan fakta.   Tidak ada satu perkataan "sesat" dalam tulisan saya di atas.  Harap maklum...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2008 12:37 AM | Show all posts
Sekiranya ada yang boleh membawa ajaran tasauf dan sufi di dalam forum yang disediakan, apakah kalian tidak bersedia dengan pihak yang tidak menyokong.  Apa makna forum jika hanya sebelah pihak yang memberi pendapat.  

Soal perpecahan berlaku di mana mana, yang diperlukan hanya fakta dan dalil2.

[ Last edited by  kupia at 22-1-2008 12:41 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 12:51 AM | Show all posts
saya juga tidak mengatakan sapa2 `sesat' di sini....harap maklum.

berforum bermakna kita pertentangkan idea... guna mencari kebenaran.

saya musykil... mengapa ilmu sufi ini dianggap sebagai ilmu yg paling tinggi?

satu lagi apa yg dimaksudkan dengan ilmu sufi itu.

bagaimana pula nak relate seorang sufi dengan tanggungjawab sosiolnya misalnya.

bolehkah seorang sufi jadi ahli parti politik dalam sistem demokrasi misalnya.

atau jadi seorang askar atau polis misalnya.

apa yg dimaksudkan dengan `meninggalkan dunia'?

soalan awal saya.
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 01:05 AM | Show all posts
Jemaah kami di "kafir"kan sewenang-wenangnya oleh sesetengah pihak dalam forum ini, belum ada lagi yang menghunus pedang, kami masih mampu tertawa....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2008 01:17 AM | Show all posts
saya sedang mengkaji apa yg diistilahkan sebagai `sufi metropolitan'..
(tanpa melupakan apa yg disaran oleh pak Hamka sebagai `sufi moderen')

mungkin ia sesuai untuk kita semua... hehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-2-2025 02:04 PM GMT+8 , Processed in 0.095624 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list