|
BINCANG MENGENAI SEMUA PERIHAL KOPERASI [merged wif tok^dalang]
[Copy link]
|
|
Seksyen 9 Akta Koperasi 1993 - Koperasi hendaklah menjadi pertubuhan perbadanan.
Pendaftaran sesuatu koperasi hendaklah menjadikannya suatu pertubuhan perbadanan, dengan nama yang di bawahnya ia didaftarkan, yang kekal turun-temurun dan mempunyai meterai biasa, dan dengan kuasa untuk memegang segala jenis harta alih dan harta tak alih, membuat kontrak, memulakan dan membela guaman-guaman dan prosiding undang-undang yang lain dan membuat segala benda yang perlu bagi maksud-maksud yang baginya ia ditubuhkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Seksyen 10 Akta Koperasi 1993 - Keterangan pendaftaran.
Perakuan pendaftaran yang ditandatangani oleh Ketua Pendaftar hendaklah menjadi keterangan konklusif bahawa koperasi yang tersebut di dalamnya telah didaftarkan dengan sewajarnya, melainkan jika dibuktikan bahawa pendaftaran koperasi itu telah dibatalkan. |
|
|
|
|
|
|
|
ni nak daftar koperasi
cam noh, nak kene buat surat rayuan...ahli x cukup 100 org |
|
|
|
|
|
|
|
ahli dah cukup 100 orng.... lebih sikit.. |
|
|
|
|
|
|
|
pastikan semasa Mesyuarat Agung Permulaan - kehadiran dan tandatangan di minit mesyuarat Agung Permulaan melebihi 100 orang . . . .
kalau X dapat, . . . . pastikan tidak kurang dari 50 orang dan buat akuan bahawa anggota koperasi adalah melebihi seratus orang (yang ditandatangani oleh pengerusi dan setiausaha penaja) |
|
|
|
|
|
|
|
..Taklimat Koperasi dah....
..next step.....
...memohon penubuhan koperasi...
..minta bantuan,...apa dokumen-dokumen yang perlu |
|
|
|
|
|
|
|
Sediakan maklumat berikut terutama perkara 8 dengan lengkap
MAKLUMAT-MAKLUMAT ASAS
1. Senaraikan sepuluh (10) orang sebagai mewakili anggota pengasas yang mengandungi maklumat-maklumat berikut :-
i. Nama Penuh
ii. Nombor Kad Pengenalan
iii. AlamatTetap
iv. Pekerjaan
v. Lain keterangan seperti menjadi anggota koperasi lain, nyatakan nama koperasi berkenaan.
2. Berikan sebab-sebab serta tujuan utama mengapa koperasi hendak ditubuhkan dan apakah keperluan ekonomi kumpulan tersebut.
3. Nyatakan kawasan operasi koperasi yang dicadangkan
4. Nyatakan alamat surat-menyurat koperasi yang boleh dihubungi termasuk nombor telefon, jika ada.
5. Nyatakan kumpulan penduduk / rakyat yang boleh diterima menjadi anggota. Adakah pemilihan dibuat berdasarkan kepada pekerjaan, pendapatan, badan-badan tertentu atau lain-lain ?
6. Nyatakan bilangan anggota dan modal yang dijangka dapat dikumpulkan dalam tempoh tiga (3) bulan selepas pendaftaran dan selepas 12 bulan pendaftaran serta bagaimana modal tersebut dikumpul.
7. Senaraikan program pendidikan yang dirancang untuk faedah anggota-anggota.
8. Senaraikan projek-projek koperasi yang dirancang untuk dilaksanakan mengikut keutamaan. Lampirkan kertaskerja bagi aktiviti pertama yang merangkumi maklumat-maklumat berikut:-
(a) Latar belakang aktiviti yang dicadangkan.
(b) Faedah secara langsung / tidak langsung yang didapati oleh anggota ke atas aktiviti berkenaan.
(c) Struktur pentadbiran / pengurusan aktiviti.
(d) Pengalaman / kemahiran tenaga pengurusan bagi aktiviti berkenaan.
(e) Punca modal bagi melaksanakan aktiviti utama.
(f) Anggaran pendapatan dan perbelanjaan aktiviti.
(g) Anggaran Aliran Tunai Aktiviti.
9. Sebutkan anggaran modal yang anggota sanggup mencarum serta punca-punca modal untuk membiayai aktiviti-aktiviti yang dirancangkan itu.
10. Nyatakan pengalaman anggota-anggota pengasas berkaitan dengan projek-projek yang hendak dijalankan. Terangkan samada mereka yang mempunyai pengalaman tersebut bercadang berkhidmat secara sukarela / sepenuh masa dengan koperasi. |
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih...
...kalaulah ramai kaitangan kerajaan yang sudi membantu macam nie...
..bantu bangsa sendiri.... |
|
|
|
|
|
|
|
membantu kepada yang memerlukan |
|
|
|
|
|
|
|
Petani kena manfaat koperasi industri tani
SEJAK mengambil alih pentadbiran negara pada 2003, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi amat menitikberatkan sektor pertanian kerana menyedari masyarakat Melayu, terutama di luar bandar kaya dengan tanah, tetapi sesetengah sumber alam itu diabaikan. Antaranya disebabkan tiada modal dan kepakaran, manakala di sesetengah tempat anak petani tidak lagi berminat bekerja di sawah kerana mahu kehidupan lebih moden di bandar. Berikutan itu, banyak tanah terbiar. Apa yang dihasratkan Perdana Menteri ialah supaya sektor pertanian itu digerakkan semula bagi memberi manfaat besar kepada rakyat melalui kaedah moden menggunakan teknologi canggih. Langkah itu juga membuka peluang luas kepada anak muda lulusan universiti jika mahu memilih sektor pertanian menerusi pelbagai insentif diperkenalkan kerajaan, terutama Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani. Terbaru, Abdullah mahu petani seluruh negara memajukan sektor industri asas tani secara koperasi agro bagi membolehkan mereka berkongsi dalam perniagaan yang menjamin keuntungan lebih lumayan.
Perdana Menteri berkata, dengan cara itu, pembabitan orang Melayu tidak sekadar terhad di ladang dan sebagai petani semata-mata, sebaliknya dapat meneroka serta mempelbagaikan aktiviti dalam sektor pertanian. Ketika merasmikan Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 di Seremban kelmarin, Abdullah mahu koperasi memberi fokus kepada satu saja, iaitu industri asas tani. Sememangnya, jika kita tidak membabitkan petani dalam bidang ini, kedudukan mereka selama-lamanya sekadar menjadi petani, setakat tanam dan jual hasil. Jika secara individu memang sukar bagi petani untuk membeli saham, tetapi atas nama koperasi sudah pasti mereka boleh bersama-sama terbabit dalam pembelian saham.
Koperasi pertanian sekarang sudah maju seperti di bawah Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas). Kita berharap kawasan pertanian terbiar di negara ini perlu dikenal pasti bagi membolehkannya diusahakan dan dipulihkan secara komersial. Apa yang perlu ialah perubahan minda. Petani boleh berkongsi tanah untuk dimajukan secara usaha sama sehingga mewujudkan ladang yang besar supaya hasilnya lebih baik, selain berusaha menambah nilai. Walaupun mengusahakan kebun secara kecil-kecilan juga boleh memberikan hasil, petani zaman sekarang seharusnya melihat lebih jauh kerana pertanian adalah bidang berpotensi yang menjanjikan kekayaan. Sebab itulah dalam Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9), kerajaan memperuntukkan hampir RM7 bilion untuk sektor pertanian dengan sasaran mewujudkan 10,000 usahawan tani menjelang 2010. Sehingga Jun lalu, hampir 3,000 sudah berjaya menjadi usahawan dengan jangkaan perolehan sebulan sekitar RM2,000. Kita berharap Konvensyen Pertanian Kebangsaan 2007 yang berakhir semalam, akan menjadi pemangkin dalam usaha melonjakkan penyertaan Melayu dalam sektor pertanian, manakala pengusaha sedia ada memperluaskan aktiviti ke tahap komersial sebagai perniagaan berdaya maju. Kita yakin hasil konvensyen itu mampu mengupas dan merumuskan dasar terbaik membangunkan sektor pertanian di kalangan orang Melayu. Malah, pelancaran Pelan Pembangunan Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) hari ini, dilihat mampu memberi ruang kepada ribuan peladang dan penternak di pantai timur untuk menjadi usahawan berskala besar. Begitu juga di Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) meliputi Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan bahagian utara Perak. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ianho at 28-10-2007 10:57 PM
membantu kepada yang memerlukan
tima kasih dengan maklumat yg diberikan... akan disegerakan.. |
|
|
|
|
|
|
|
aper lagi tungguu
benda baik, matlamat murni..
teruskan |
|
|
|
|
|
|
|
Peladang diarah tubuh koperasi
Oleh Amirullah Andi Nur
KUALA LUMPUR: Semua Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) di seluruh negara wajar menubuhkan koperasi bagi membantu meningkatkan taraf ekonomi petani, terutama di luar bandar yang masih ketinggalan.
Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata langkah itu selaras saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, baru-baru ini yang mahu petani meneroka pelbagai peluang ekonomi.
Katanya, penubuhan koperasi sangat penting kerana dijangka berupaya menjana modal pusingan yang besar berikutan pertubuhan itu di seluruh negara kini mempunyai 717,000 ahli mewakili 272 cawangan PPK.
"Kita mengharapkan koperasi dicadangkan ini akan menjadi penggerak kepada pelbagai aktiviti perniagaan dan ekonomi petani di seluruh negara," katanya selepas merasmikan Mesyuarat Agung Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) dan pelancaran Nafas Holdings Bhd, di sini, semalam.
Hadir sama Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Tan Sri Abu Zahar Nika Ujang; Pengerusi Nafas, Datuk Seri Abdul Rashid Abdul Rahman dan Ketua Pengarah LPP, Datuk Abd Rahim Ahmad.
Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, penubuhan koperasi itu yang akan dilaksanakan dalam tempoh terdekat ini, bukan perkara baru kerana ia sudah diwujudkan beberapa PPK sebelumnya. |
|
|
|
|
|
|
|
semoga berjaya...koperasi nie
..nak tolong gak, cuma..sibuk sikit |
|
|
|
|
|
|
|
masuk invest dina under koperasi taqwa rpofit 0.08% sebulan..min 5k |
|
|
|
|
|
|
|
tahun lepas Bank persatuan declare dividen 12% setahun dan bank rakyat 15% setahun |
|
|
|
|
|
|
|
koperasi permodalan felda pun boleh tahan jugak dividen.. |
|
|
|
|
|
|
|
koperasi permodalan felda pun boleh tahan jugak dividen |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #99 tanya's post
sayangnya koperasi keanggotaan koperasi tu terbuka kepada peserta/peneroka faeda saja |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|