|
Kedai Pasai Ma?. Itu batu nesan seorang puteri kepada Sultan Muhammad Syah iaitu raja Kedah yang berkahwin dengan Puteri Sultan Pasai.Tak ada kena mengena dengan Blog pembohong Nagara Kedah Pasaima.Tiada wujud Nagara Kedah Pasaima kecuali batu nesan anak Sultan Kedah bersama Puteri Pasai.Tiada berjumpa Nagara Kedah Pasaima dalam pengembaraan Astral ku.Lebih baik aku cuba menjejak adik Sharlenee dari mengarut mencari sesuatu yang tak wujud.Buat masa ini percubaan ku masih gagal.BiiznillahiTaala. |
|
|
|
|
|
|
|
Oh, maknanya kerabat diraja Kedah ni keturunan Parsi la. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by dCrook at 29-1-2008 09:50 AM
Orang cine panggil tokong, tokong ke? or tokong tu perkataan melayu utk kuil cina? mane le tau sebenarnya perkataan tokong tu asalnya dari Na Tuk Kong..
Aku tak pasti orang Cina panggil ape. Aku dah cari kat kamus dewan apa maknanya istilah 'tokong' tu... Istilah 'tokong' ni ada banyak makna tapi makna yang berkait hanya satu je..
tokong IV 1. bp topekong 2. rumah topekong.
Bila aku cari makna istilah 'topekong', inilah yang aku jumpa dari kamus dewan:-
(top閗ong), 1. gambar atau patung yg dipuja-puja (disembah-sembah) di rumah berhala, berhala; 2. rumah berhala.
Dalam erti kata yang lain, 'tokong' adalah singkatan dari istilah asalnya - topekong. Aku rasa istilah 'tokong' dan 'topekong' ni memang istilah Melayu yang asli (bukan dipinjam dari bahasa Cina)...
[ Last edited by ijad_adiputera at 29-1-2008 08:42 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayapghaib at 29-1-2008 02:05 PM
Sehubungan dari peristiwa itu ramai ahli sejarah sama ada lahiriah atau ahli astral berpendapat bahawa tinggalan Candi hindu yang wujud di Kedah sekarang ini adalah dibina oleh pengikut Raja Rajendra Chola yang membakar negeri itu. Sebab itulah Raja Merung Maha Wangsa membina Kotanya agak jauh dari pusat hindu tersebut.
Susah aku nak percaya pendapat kau nih... sebab kalau ikut sejarah, Kedah dahulunya adalah kerajaan Buddha di bawah pemerintahan Srivijaya... kemudiannya berubah menjadi Hindu selepas Raja Rajendra Chola menyerang Kedah...
Malahan istilah 'candi' itu sendiri membawa erti bangunan purba yg dibuat drpd batu (tempat orang Hindu atau Buddha menyembah berhala, menyimpan abu mayat, dll).
Lagipun diantara 50 buah candi di Lembah Bujang, separuh daripadanya dibina sebagai Candi Hindu manakala yang selebihnya adalah Candi Buddha...
Oleh itu, jika benar candi-candi tersebut dibina oleh pengikut Raja Rajendra Chola, kenapa mesti dibina Candi Buddha sedangkan ternyata jelas bahawa mereka adalah penganut Hindu...??
[ Last edited by ijad_adiputera at 29-1-2008 08:59 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #86 dCrook's post
Gambar-gambar yang ditampal oleh dCrook jelas menunjukkan struktur binaan candi-candi di Lembah Bujang adalah sangat berbeza dari kuil-kuil di India...
Kesimpulannya, candi-candi di Lembah Bujang bukan dibina oleh pengikut Raja Rajendra Chola yang menyerang Kedah Tua, tapi dibina sendiri oleh penduduk pribumi Kedah Tua...
[ Last edited by ijad_adiputera at 29-1-2008 10:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Istilah lama dalam Inskripsi Batu Bersurat Terengganu
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba menegoh Ugama Islam............
Tuhan atau Subhanahu wa Ta'ala telah diungkapkan dengan Dewata Mulia Raya. |
|
|
|
|
|
|
|
Makam Siti Zubaidah pun diaorang puja ker ?
[ Last edited by HangPC2 at 30-1-2008 12:31 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #84 ijad_adiputera's post
Teringat terbaca lama dulu perkataan 'topekong' berasal dari Toh Peh Kong, salah satu idola/tuhan Cina. Disini ada sy terjumpa sedikit sebanyak tentang idola itu. Sungguhpun sy petiknya dari penulisan tentang Kalimantan Barat, sy yakin persamaan dengan yang di Malaysia..............
Toh Peh Kong
The Chinese in West Kalimantan worship Toh Peh Kong, as their god and protector, as part of their ancestral traditions, brought over from China.
The ancestral doctrine is that of Sam Kao, or the three doctrines, a mixture of Buddhist, Taoist and Confucian tenets. There are fused with the Toh Peh Kong cult, which in fact is unknown in China.
The central place of worship of the Toh Peh Kong cult is the Chinese temple of Tri Darma Budi, in Singkawang.
The Toh Peh Kong cult exists only in West Kalimantan, and is in fact clarification of the pioneers of the Chinese in West Kalimantan.
Those pioneers consisted of seven Chinese commanders, who served under Ike Mese and Shi Bi, the armada commanders who came to attack Singasari in 1293. In their homeward voyage, Ike Mese ordered seven of his officers and 250 men to stay in West Kalimantan.
Toh Peh kong here is also known in Java, but there he is the personification of Admiral Cheng Ho, the Moslem Chinese seafarer who once visited Java.
In West Kalimantan, Toh Peh Kong is not identified with any mortal of the past.
Toh Peh Kong here is worshipped in the shape of a grandfather statue although there are also couples of statue representing the deity.
Toh Peh Kong couples can be seen in the Chinese temple of Tri Darma Bumi, in Pasar Tengah, Singkawang. There is also one in the Chinese temple in Sebangkau village. Along the road between Pontianak and Sambas, a Chinese temple is found in almost every village, dedicated to the worship of Toh Peh kong.
Di S'pore ada Temple Tua Pek Kong, deity bagi orang2 Hakka and Cantonese.
[ Last edited by hamizao at 30-1-2008 12:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ijad_adiputera at 29-1-2008 08:56 PM
Susah aku nak percaya pendapat kau nih... sebab kalau ikut sejarah, Kedah dahulunya adalah kerajaan Buddha di bawah pemerintahan Srivijaya... kemudiannya berubah menjadi Hindu selepas Raja Ra ...
Chandi Budha wujud kerana bilangan penganut Bhuda iaitu orang-orang dari benua China banyak terdapat di Kedah.Perkahwinan campur mereka dengan orang tempatan mewujudkan satu golongan yang disebut Melayu sam-sam.Golongan ini boleh didapati di kepulauan Adang di Laut Andaman.Dalam Hikayat Merung golongan ini disebut kaum Gergasi.Sekarang ini melayu sam-sam ada yang Islam ,ateis dan animisme.Tidak ada yang berkulit sawo matang melainkan cerah belaka.Fakta mengapa Merung Mahawangsa menjauhkan Kotanya puluhan batu dari Candi-candi tersebut harus dikaji.Tidak ada satupun kawasan Kota raja-raja Kedah yang berdekatan Candi.Kawasan Candi Lembah Bujang pula jelas candi Hindu.Terdapat patung Berhala Hindu yang ditemui disitu.Catatan Pengembara Arab yang mengembara ke Kedah ketika Kedah di bawah Empayar Sriwijaya juga perlu diteliti.Candi pula dalam bahasa melayu Kuno bermaksud lapisan kota.Tentu saja ia berbeza dengan Kuil di India sekarang ini. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by *Orseas_Urusha at 29-1-2008 05:07 PM
Oh, maknanya kerabat diraja Kedah ni keturunan Parsi la.
Ya memang benar kerabat diraja Kedah ada mempunyai titisan darah Parsi.Dari Kota Gumaruun di pinggir Laut Hitam yang ketika itu berada di bawah Byzantine atau disebut Rom timur.Malah alat muzik Nobat yang terdapat di Balai Nobat Kedah itu adalah sejenis alatan muzik Parsi .Kemungkinan besar Gumaruun berjaya dirampas oleh empayar Rom ketika kemenangan Rom keatas Parsi ketika zaman Rasulullah dulu.Wilayah Gumaruun menjadi wilayah Islam dizaman Khalifah Al Mutawakkil. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by HangPC2 at 29-1-2008 11:50 PM
Istilah lama dalam Inskripsi Batu Bersurat Terengganu
http://img151.imageshack.us/img151/566/dewatamuliarayamt0.jpg
Asa pada Dewata Mulia Raya beri hamba menegoh Ugama Islam............
...
Sang Hyang Tunggal pula bermaksud Tuhan yang maha esa.
Apapun Agama nenek moyang kita ,itu semua tak jadi masalah.Ketika itu seruan Islam ajaran Muhammad belum sampai malah Empayar seperti Langkasuka dan Gangga Negara wujud ratusan tahun sebelum Nabi Muhammad S.A.W diutuskan.Malah sesetengah Cendiakawan termasuk Ulama ada yang berpendapat bahawa Gautama Budha dan Kungfucius itu merupakan salah seorang dari Nabi-nabi yang diutuskan kepada Bangsa di Timur.Ajaran Brahman dalam Hindu juga dikatakan berasal dari zaman Nabi Ibrahim A.S.Peredaran masa menjadikan ia diselewengkan sedikit demi sedikit.Brahman berasal dari Nama Ibrahim.Memang Rasul-rasul banyak di utuskan kepada kaum Bani Israel.Mengapa ya.Kerana mereka adalah kaum yang selalu mendustakan para Rasul.Bukan setakat itu malah mereka juga terkenal sebagai pembunuh para Rasul.Allah akan mengutuskan Rasul untuk menyeru kembali hamba-hambanya yang berada dalam kesesatan.Walaupun umat melayu purba menganut Budha atau Hindu tapi perhatikan kepada istilah Dewata Mulia Raya dan Sang Hyang Tunggal.Umat Melayu dulu adalah kaum yang mengesakan Tuhan.Tidak seperti Jahiliah dan Hindu sekarang ini yang mempunyai kepercayaan MultiGOD |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ijad_adiputera at 30-1-2008 05:14 AM
Terima kasih hamizao. Aku cuba cari maklumat tentang Toh Peh Kong di Malaysia dan aku jumpa juga akhirnya! Di Malaysia, Toh Peh Kong dikenali sebagai 'Tua Pek Kong'.
"Tua Pek Kong (Chinese ...
Thanks all the same, ijad. i wonder whether Zhang Li is Admiral Cheng Ho. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by sayapghaib at 30-1-2008 12:26 PM
Chandi Budha wujud kerana bilangan penganut Bhuda iaitu orang-orang dari benua China banyak terdapat di Kedah. Perkahwinan campur mereka dengan orang tempatan mewujudkan satu golongan yang disebut Melayu sam-sam.
Keluasan wilayah Kerajaan Kedah Tua dahulunya adalah sangat luas iaitu meliputi:-
- negeri Kedah, Pulau Pinang, Perlis dan utara Perak di Malaysia;
- wilayah Satun (Setul), Trang (Terang), Krabi (Pantai Semur), Phang Nga (Kuala Bunga), Phuket (Pulau Bukit), Ranong (Rundung) dan daerah Sadao (Changlun) di Thailand; dan
- Kawthaung (Pulo Dua) di Myanmar.
Selepas Islam tiba di Kedah Tua, kerajaan tersebut bertukar menjadi Kesultanan Kedah. Tekanan dari pihak Siam, Burma dan British menyebabkan Kesultanan Kedah kehilangan sedikit demi sedikit wilayahnya hinggalah menjadi negeri Kedah yang ada sekarang.
Soalan aku ialah:-
- Jika benar golongan Sam-Sam ini telah wujud sejak dari zaman Kerajaan Kedah Tua lagi, mengapa golongan tersebut hanya ditemui di Satun (Setul) saja? Kenapa tidak di Kedah atau Perlis atau wilayah-wilayah lain? (sedangkan pusat pemerintahan Kedah Tua itu sendiri adalah di negeri Kedah).
Sebenarnya, golongan Sam-Sam wujud hasil dari perkahwinan antara Melayu dengan Siam, bukan Melayu dengan Cina. Menurut keterangan di bawah:-
"Because Setul (Satun) belonged to the Kedah Sultanate, which had a strong relationship with Ayutthaya, as well as with Siam of the Chakri dynasty, its population of Malay Muslims commonly intermarries with Thai Buddhists without serious religious hesitation. This custom created a distinct social group known as Samsam, meaning mixed person. Most Samsams, if not all, are Muslims."
"Thai Buddhists" di atas merujuk kepada orang Siam-Buddha. Orang Cina di Thailand pada ketika itu masih belum mengaku diri mereka sebagai orang Thai. Maka, lebih logik jika aku katakan golongan Sam-Sam ni hanya wujud selepas Setul dipisahkan dari Kedah dan diletakkan di bawah pengaruh Thailand.
Originally posted by sayapghaib at 30-1-2008 12:26 PM
Kawasan Candi Lembah Bujang pula jelas candi Hindu. Terdapat patung Berhala Hindu yang ditemui disitu.
Tapi bukan semua candi-candi di Lembah Bujang adalah Candi Hindu... Ada sebahagian atau segelintir candi adalah Candi Buddha...
"The earliest candi in Lembah Bujang, from the 5th to the 10th century, were Buddhist structures while those from the 10th to the 13th or 14th century were largely Hindu. The Hindu candi consists of the vimana, or enclosed sanctuary, where the main icon was kept; and the mandapa, or open sided hall, with a roof supported by pillars.
The majority of the candi in Lembah Bujang bear Hindu influences while a small number Buddhist. Hindu icons discovered in Lembah Bujang included Ganesh (also writtenas Ganesha), the elephant-face deity, and Chandi (also known as Durga), wife of the deity Shiva. 4 terracotta Buddhist images and one of bronze were also discovered in Lembah Bujang in 1976."
A broken piece of the elephant-headed deity Ganesh found in Lembah Bujang.
A Buddhist Statue found in Lembah Bujang.
Originally posted by sayapghaib at 30-1-2008 12:26 PM
Candi pula dalam bahasa melayu Kuno bermaksud lapisan kota. Tentu saja ia berbeza dengan Kuil di India sekarang ini.
Tapi menurut sumber lain, istilah 'candi' berasal dari nama Chandi atau Chandika, isteri kepada Dewa Shiva...
"It is called a candi, pronounced "chan-dee", a name that came from "Chandi" or "Chandika", after the wife of the Hindu deity Shiva (also written Siva).
The candi has two funtions: as a sacred place to pay respect for deceased members of the royal family, and as a place to conduct religious activities."
[ Last edited by ijad_adiputera at 31-1-2008 07:36 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #97 ijad_adiputera's post
Perlu juga diketahui bahawa Kuala Pak Bara di daerah Setoi Mambang Segara itu pernah menjadi pelabuhan entreport di zaman silam.Malah pernah menjadi lebih penting dari pelabuhan Pengkalan Bujang di sungai Merbuk.Kuala Sungainya 2 kali ganda luas dari muara sungai merbuk atau nama asalnya Babur.Mengenai Sam-sam pula, Thailand sendiri mengiktiraf mereka sebagai masyarakat Asli Andaman.Jika mereka campuran Siam China pasti tiada pengiktirafan tersebut.Pasti tarafnya sama seperti Thaksin Sinawatra sahaja yang berdarah Siam Cina.Penduduk Melayu Langkawi pula memanggil penduduk asli itu sebagai melayu sam-sam dan melayu darah cina.Sejak dari zaman Merung lagi mereka ini telah mendiami laut Andaman.Di gelar kaum gergasi dan dalam Hikayat itu Permaisuri kepada Raja Kedah telah melarang Puteranya dari memilih kaum itu sebagai Isteri.Di tahun-tahun 70-an Kaum Sam-Sam ini terkenal sebagai lanun Andaman dan selalu merompak dilaut itu.Kelaziman mereka ialah bila meninggal kubur mereka akan ditandakan dengan botol-botol arak sebagai nesan.
Sumber: Tok Ngah Fisol Pulau Tuba Langkawi(Allahyarham)
[ Last edited by sayapghaib at 31-1-2008 11:30 AM ] |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi tentang melayu sam-sam ini ialah tentang nama mereka yang bukan Thailand atau siam.Wujud nama nama melayu lama dan nama melayu moden seperti Timah,jamen(jamil),Kasen(Kassim) Tijah dan lain-lain lagi walaupun kepercayaan mereka bercampur aduk.Pengehtahuan mereka tentang Islam pula seakan-akan pegehtahuan orang Bajau Laut.Mereka ada menyebut nama Nabi Muhammmad dalam sesuatu upacara mereka namun seperti yang saya katakan tadi anutan mereka bercampur aduk. |
|
|
|
|
|
|
|
Aku pernah terbaca yang kawasan arkeologi kedah tua ni tersangat la luas sampai payah nak jaga sehingga banyak barang-barang bersejarah yang dijumpai orang2 biasa dijual kepada pengumpul barang2 jenis.. mane taknya, candi pon boleh dijumpai bawah rumah orang.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|