CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samax

Taknak baca QUNUT dalam solat SUBUH

[Copy link]
Post time 2-2-2008 02:17 PM | Show all posts
Pegangan kami:
Qunut adalah di antara masalah yang menjadi objek pertikaian sesetengah pihak. Sedangkan pada hakikatnya, ia adalah masalah khilafiyah yang tidak wajar menjadi faktor pertelingkahan sesama saudara seislam.

Kami berharap umat Islam warga Malaysia, khususnya, tidak melayan seruan-seruan yang bertindak mengungkit-ungkit masalah khilafiyah. Seruan yang hanya akan memecahbelahkan perpaduan umat. Mereka ini mengatakan bahawa qunut subuh itu tidak disunatkan, dan orang yang melakukannya itu adalah ahli bid抋h yang mengada-adakan sesuatu di dalam agamanya. Seruan ini adakalanya keterlaluan.Mereka seolah-olah tidak mengakui langsung adanya perselisihan pandangan dikalangan para ulamak di dalam menafsirkan nash-nash syarak.

Gelaran ahli bid抋h yang dilemparkan kepada mereka yang mengamalkan qunut subuh telah meninggalkan kesan yang tidak baik di dalam hubungan sesama muslim. Kami merasa amat sedih sekali.  Mereka ini adalah orang-orang yang tidak mengerti sama sekali adab-adab berikhtilaf di dalam masalah-masalah furuk. Mereka ini jauh sekali dari tradisi yang diamalkan oleh para ulamak turun-menurun ketika berhadapan dengan masalah-masalah seperti ini. Melayan bicara mereka hanya akan menyebabkan kita ini lemah dan membodohkan diri sendiri.

Dalam masalah qunut ini, kami berpegang kepada prinsip bertasamuh di dalam masalah khilafiyah. Kami berpandangan, sesiapa yang mahu melakukan qunut subuh, bermakna dia telah mengikut sunnah. Dan, sesiapa yang tidak melakukannya, bermakna dia juga telah mengikut sunnah. Begitu juga, sesiapa yang melakukan qunut bermakna dia telah melakukan sesuatu yang baik, dan sesiapa yang tidak melakukan qunut dia juga telah melakukan sesuatu yang baik.

Tidak ada masalah samasekali, samada mahu berqunut subuh ataupun tidak. Sesiapa yang mahu berpegang kepada pendapat qunut subuh itu disunatkan, sila melakukannya.Sesiapa yang mahu berpegang kepada pendapat bahawa qunut subuh itu tidak disunatkan, tidak perlulah melakukannya.

Yang akan menjadi masalah ialah jika kita bersikap taksub dalam masalah khilafiyah tanpa memperdulikan pendapat yang dipegang oleh orang lain. Yang akan menjadi bercelaru ialah jika kita mengatakan orang yang melakukan qunut itu sebagai ahli bid抋h yang disesatkan Allah. Atau kita mengatakan orang yang tidak berqunut itu sebagai menyalahi sunnah.

Berikut ini adalah pendirian Syeikh Jadul Haq yang kami terjemahkan dari kitab fatwanya, dan inilah juga pegangan kami:

Maka inilah yang telah dikatakan oleh para ulamak terbilang, iaitu Ibnu Hazmin, Ibnu Taimiyah dan Ibnul Qaiyim mengenai masalah qunut. Itulah yang kami pilih. Dan kami cenderung untuk berpegang dengannya. Iaitu, barangsiapa yang berqunut di dalam solat subuh selepas rukuk, maka sesungguhnya dia telah mengikut sunnah yang datang dari Rasulullah s.a.w., mengikut para sahabatnya dan ia diamalkan oleh para imam mujtahidin, fuqahak dan ahli hadis. Dan, barangsiapa yang berqunut sebelum rukuk di dalam sembahyang subuh dan sembahyang witir, maka dia juga mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.

Qunut itu bukanlah bid抋h yang dilarang. Ini berdasarkan hadis-hadis yang telah dibincangkan oleh para fuqahak yang dapat dipercayai dan para hali hadis. Begitu juga, qunut bukanlah khusus ketika terjadi bencana sahaja. Ia dapat dilihat dengan jelas berdasarkan nukilan para fuqahak dari kalangan imam-imam dan ahli hadis bahawa qunut telah dilakukan walaupun tidak berlaku bencana.

Begitu baik sekali apa yang dikatakan oleh Ibnu Hazmin:  Dan qunut itu adalah zikrullah. Oleh itu melakukannya adalah baik dan meninggalkannya adalah harus.

Begitu juga dengan kata-kataIbnu Taimiyah:  [.. para ulamak telah bersepakat mengatakan bahawa barang siapa yang berqunut pada solat subuh, solatnya sah.  Dan barangsiapa yang tidak berqunut, solatnya juga sah.  Begitulah juga qunut didalam sembahyang witir.]

Dan kata-kata Ibnul Qaiyim:  [Di samping itu para ulamak tidak mengengkari atas orang yang melakukan qunut secara berterusan, dan mereka juga tidak menganggap makruh orang yang melakukan qunut serta tidak menganggapnya sebagai bid抋h. Orang yang melakukannya tidak dianggap menyalahi sunnah.

Begitu juga, mereka tidak mengengkari orang yang orang yang mengengkari qunut ketika terjadi bencana.  Mereka tidak menganggap orang yang tidak berqunut sebagai bid抋h. Juga tidak menganggap orang yang meninggalkannya sebagai menyalahi sunnah. Malahan para ulamak ini beranggapan bahawa barang siapa yang berqunut, maka itulah yang paling baik, dan barang siapa yang meninggalkan qunut, maka sesungguhnya itulah yang paling baik.]

Dari penjelasan ini, maka menjadi kewajipan kepada umat Islam tidak bertelingkah di dalam masalah ini dan masalah yang seumpamanya.  Di kalangan para ulamak dan mufti juga berkewajipan agar tidak menimbulkan pertelingkahan di kalangan umat Islam dengan masalah khilafiyah di dalam fatwa mengenai masalah furuk yang tidak memberi mudarat terhadap ibadah. Menjadi kewajipan mereka juga agar tidak melontarkan perkataan `bid抋h
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2008 10:54 PM | Show all posts
ni apa yg aku belajar masa kat u dulu. menurut ustazah aku, klau solat subuh tak baca doa qunut dan buat sujud sahwi, solat dikira sah. kerana di dalam rukun sembahyang takde dinyatakan membaca doa qunut..wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 01:32 AM | Show all posts
meninggalkan perkara sunat dengan sengaja tak boleh diganti dengan sujud sahwi.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 02:18 AM | Show all posts
panjang jugak thread ni, tak sempat baca pun.

Summary saya pada tajuk thread ni:

sesiapa tak nak baca qunut semasa solat subuh boleh amalkan tanpa qunut

Perhatian:
Elakkan mengeluarkan hukum agama dari Al Quran dan Hadith jika kita tidak mendalami Ilmu Al Quran dan Hadith seperti Imam2 Mujtahid.

Wallahu a'lam
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 09:56 AM | Show all posts
salam

alamak!!!!!!
maka saya pun nak juga berpesan:

Perhatian:
Elakkan mengeluarkan hukum agama dari Al Quran dan Hadith jika kita tidak mendalami Ilmu Al Quran dan Hadith
dan tanpa PETUNJUK DAN HIDAYAT

kalau dalam agama pun tak ikhlas nak duniaaaaa aje
tak jadi jugak
lagu tu lah kottttttttt
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 10:37 AM | Show all posts
Originally posted by mnm77 at 3-2-2008 02:18 AM
panjang jugak thread ni, tak sempat baca pun.

Summary saya pada tajuk thread ni:

sesiapa tak nak baca qunut semasa solat subuh boleh amalkan tanpa qunut

Perhatian:
Perhatian:
Elakkan mengeluarkan hukum agama dari Al Quran dan Hadith jika kitatidak mendalami Ilmu Al Quran dan Hadith seperti Imam2 Mujtahid.


Laa kalau tak rujuk Al Quran dan Hadis2 nak guna apa lagi untuk bincang?
Anyway tolong baca sampai habis dulu tulisan tu, ia sebenarnya bertentangan dengan yang di bawa oleh Pak Ikhwanido, dalil-dalil Qunut Subuh ini boleh di amalkan.... isu KHILAF tak patut jadi pertelingkahan.

BACA DOA QUNUT ADALAH YANG PALING BAIK, TAK BACA DOA QUNUT JUGA PALING BAIK...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2008 02:24 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 3-2-2008 10:37 AM


Laa kalau tak rujuk Al Quran dan Hadis2 nak guna apa lagi untuk bincang?
Anyway tolong baca sampai habis dulu tulisan tu, ia sebenarnya bertentangan dengan yang di bawa oleh Pak Ikhwanido, ...


Maaf, saya tak baca habis, saya cuma beri sedikit ulasan berdasarkan dari tajuk (heading/title) thread ni.

Saya tidak menyokong/membangkang mana2 dalil dalam isu ni.

Maksud saya bukanlah untuk tidak merujuk kepada Al Quran dan Hadith (bahkan itulah yang menjadi sumber utama), maksud saya elakkan mengeluarkan hukum untuk dihebahkan sedangkan para fuqahaa pun ada khilaf mengenainya, walhal mereka lebih layak membincangkan hukum2 dari dalil Al Quran dan Hadith. Jadi sebenarnya tidak timbul isu saya tidak bersetuju dengan sdr kupia, saranan saya adalah untuk diri saya dan semua orang (jika ingin menerima).
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2008 04:48 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 31-1-2008 10:52 AM
bacalah qunut nazilah tiap-tiap solat fardhu doakan islam dapat bertahan dan menang di Palestin, Iraq, Afghanistan, Checnya, Kashmir, dll...


Wahabi ada buat qunut nazilah ker? Buatlah macam mana pun tapi kalau tak kenal Tuhan macam mana Dia nak makbulkan doa tu.....lebih-lebih lagi kalau menyamakan Tuhan dengan makhluk yang ada tangan,kaki,telinga dsbnya. Syirik tu beb!
Sebab tu juga mungkin doa wahabi bukan saja tidak dimakbulkan Tuhan malah dilaknat pula seperti yang berlaku pada duni hari ini. Hina sungguh wahabi sekarang ini noo.
Lain pulak pada Pencinta Ahlul-Bait yang sememangnya dari dulu lagi dah buat qunut ni dan sekarang terbukti mereka dimana-mana saja sudah beroleh kemenangan. Musuh dan kawan sekarang ni mula menyanjung dan menghormati mereka. That's no one can deny.:pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2008 05:43 PM | Show all posts
Nak baca atau tak baca , terpulanglah pada individu
Bukan allah jadi hilang kuasa dia sedikit kalau korang baca doa qunut tu

Atau allah tu bertambah kuasanya bila korang baca doa qunut tu:re:
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 09:25 AM | Show all posts
salam

yg peliknya
manusia bertambah persengketaannya
dalam soal sebegini
dan masingx menegakkan pegangan masingx

lupalakk
kan manusia namanya tuuuu
(dan kalau tak salah saya, manusia tempatnya dalam neraka
tak taulah pulak kebenarannya!!!!!)
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2008 11:11 AM | Show all posts
Solat di masjidil haram....dan solat di masjid nabawi di madinah pun iman tak baca doa qunut...
so ..apa pandangan korang..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2008 03:27 PM | Show all posts
Banyak pendapat yang mengatakan baca qunut dalam solat subuh boleh menampung lopak-lopak yang ada pada solat subuh kita kerjakan tu. Soalnya disini, kenapa cuma solat subuh saja ada qunut? kenapa tak 4 lagi solat fardhu yang lain? Mana tau solat zuhur,asar,maghrib & isyak yang kita kerjakan tu pun ada kekurangannya, kenapa tak baca qunut untuk menampung kekurangan yang ada?
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 02:12 AM | Show all posts
Originally posted by nangada at 5-2-2008 11:11 AM
Solat di masjidil haram....dan solat di masjid nabawi di madinah pun iman tak baca doa qunut...
so ..apa pandangan korang..

Itu menunjukkan orang malaysia lebih alim dan pandai pada imam-imam di arab saudi tu..sigh...:re:
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2008 12:58 PM | Show all posts
tak tau lah camna
kot kot
depa syokkk sendiri!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2008 11:58 AM | Show all posts
Originally posted by AniSani at 6-2-2008 02:12 AM

Itu menunjukkan orang malaysia lebih alim dan pandai pada imam-imam di arab saudi tu..sigh...:re:

perkara tu tak dapt dinafikan oleh sesiapapun kerana orang melayu adalah the best paling hebat dalam segala perkara
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2008 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by Gravedigger at 3-2-2008 04:48 PM
Wahabiada buat qunut nazilah ker? Buatlah macam mana pun tapi kalau tak kenalTuhan macam mana Dia nak makbulkan doa tu.....lebih-lebih lagi kalaumenyamakan Tuhan dengan makhluk yang ada tangan,kaki,telinga dsbnya.Syirik tu beb!
Sebab tu juga mungkin doa wahabi bukan saja tidakdimakbulkan Tuhan malah dilaknat pula seperti yang berlaku pada dunihari ini. Hina sungguh wahabi sekarang ini noo.
Lain pulak pada Pencinta Ahlul-Bait yangsememangnya dari dulu lagi dah buat qunut ni dan sekarang terbuktimereka dimana-mana saja sudah beroleh kemenangan. Musuh dan kawansekarang ni mula menyanjung dan menghormati mereka. That's no one candeny.:pompom:


hehehe doa-doa ahlul-bailt syiah sahaja yang dimakbulkan Tuan....  doa orang lain bukan saja tak dimakbulkan malah dilaknat pulak....   betapalah kucar kacir dan celarunya jalan fikiran orang2 ahlul-bait ni...

Berkat doa mereka yang dikabulkan amerika berjaya menakluki Iraq dan Afghanistan...  ada berita terbaru bekas duta amerika mendedahkan bagaiman Iran membantu amerika di Iraq dan Afghanistan....  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-2-2008 01:07 PM | Show all posts
Originally posted by kupia at 7-2-2008 12:17 PM


hehehe doa-doa ahlul-bailt syiah sahaja yang dimakbulkan Tuan....  doa orang lain bukan saja tak dimakbulkan malah dilaknat pulak....   betapalah kucar kacir dan celarun ...


Memang benar sekali bagi orang2 yang terbuka hati dan matanya melihat jika diteliti terhadap perkembangan semasa di dunia ini.
Hanya wahabi yang lurus bendul serta bisu dan pekak mana mungkin untuk melihatnya.  Di mana2 saja wahabi sudah nampak dilaknat dan dibenci bukan saja oleh orang bukan Islam tapi oleh orang Islam sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2008 01:47 PM | Show all posts
Tapi kan ke Qunut tu sunat jer..so..?
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2008 02:00 PM | Show all posts
Originally posted by ali_ptk_07 at 7-2-2008 01:47 PM
Tapi kan ke Qunut tu sunat jer..so..?


Sunat bagi Ahli Sunnah wal Jamaah dan Bidaah sesat yang boleh masuk neraka bagi mazhab wahabi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2008 03:04 PM | Show all posts

Reply #99 Gravedigger's post

Series ke?

So doa qunut ni wajib kena baca la dlm solat subuh?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-1-2025 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.067261 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list