|
Bukankah dalam pemakanan islam kopi dikatakan pencetus kebijaksanaan...ye kot aku rasa bijak lagi banyak idea kalau kena kopi kalau tak misti bangang jer sepanjang hari...
anyway aku mmg antu kopi...nescafe 300 gm aku punya sorang for 1 month supply...laki aku pon kurang minum kopi..so aku je la belasah...
[ Last edited by kacang^soya at 14-10-2008 09:13 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #81 kacang^soya's post
yeke?
xpenah dgr lak y kopi ni ada cite dlm islam |
|
|
|
|
|
|
|
mai sechawan |
|
|
|
|
|
|
|
Kopi ni wajib bagi I ... everyday mau minum .... |
|
|
|
|
|
|
|
suka kopi kaw + susu..kurang manis |
|
|
|
|
|
|
|
addicted to caffeine.....huhu,,,aku ade blaja....dlm course aku nie... |
|
|
|
|
|
|
|
pagi2 suka pekena kopi scawan... |
|
|
|
|
|
|
|
nikmatnyer... ummppphhh....
Nikmat 11 kopi
Oleh SHAMRAN SARAHAN
LAMBAKAN kedai kopi, kafe dan kopitiam yang menghidangkan kopi tempatan boleh dikatakan tumbuh bak cendawan kebelakangan ini, malah sambutan yang diterima daripada orang ramai sungguh menggalakkan.
Bagaimanapun, bolehkah anda, terutama penggemar kopi, menemui premis yang menghidangkan aneka jenis kopi di bawah satu bumbung?
Berani penulis katakan, jarang ditemui satu kafe yang mampu menyediakan pelbagai jenis kopi tempatan popular, antaranya kopi Muar 434, Kulim, Ipoh, Kluang dan Cap Tupai dalam satu masa sebagai ‘pertaruhan’ istimewa kepada pengunjungnya.
Jika itu yang dicari-cari dan anda inginkan, Kafe Chawan di Jalan Telawi 3, Bangsar, Kuala Lumpur patut dikunjungi. Ini kerana, ia menyediakan 11 jenis kopi tempatan, antaranya kopi Batu Pahat, Aik Cheong, Tanjung Malim, Hang Tuah, Kemaman dan Tenom, Sabah.
Lebih istimewa, setiap hidangan kopi disertakan dengan biskut kering, Osbourne, iaitu sejenis biskut lama berbentuk bulat yang pernah popular di kebanyakan kedai kopi tidak lama dulu.
Pemilik kafe, Ahmad Farid Yahya, berkata kopi tempatan yang disediakan di situ bukan sekadar menggunakan nama, sebaliknya bahan dan kopi diperoleh daripada lokasi asal kopi berkenaan.
“Saya juga merancang menambah lagi menu kopi sedia ada. Setakat ini, saya cuba mendapatkan bekalan kopi Taiping untuk diperkenalkan.
“Bagi setiap bekalan kopi di sini, saya mendapatkannya daripada pengeluar kopi berkenaan, iaitu sebanyak 300 kilogram (kg) bagi setiap jenis kopi. Kecuali, kopi Tenom dari Sabah, kami memperolehnya daripada pembekal di sana melalui kiriman pos,” katanya yang membuka restoran itu sejak Jun lalu.
Menurut Ahmad, selain hidangan kopi tempatan, pihaknya menyediakan aneka menu tradisional sebagai pilihan menjamu selera.
Antara yang menarik, sajian ubi keledek, pisang nangka dan pisang abu rebus yang dihidangkan dengan sambal tumis dan kelapa parut, selain nasi dagang dengan gulai ikan tongkol, laksa kari, asam laksa, mi rebus tulang, nasi beriani, nasi lemak ayam berempah dan keropok lekor dengan kuah lada.
“Hidangan ubi keledek, pisang nangka dan pisang abu rebus menjadi menu istimewa kafe ini kerana bukan mudah mendapatkan hidangan itu di bandar.
“Malah tidak salah mengatakan, ia mampu mengembalikan nostalgia ketika zaman kanak-kanak dan kenangan di kampung ketika menikmatinya.
“Sebab itu, di kafe ini, saya hanya menawarkan hidangan tradisional sebagai pilihan pengunjung,” katanya.
Mengenai dekorasi kafe, Ahmad memilih hiasan seakan-akan kedai kopi lama dan klasik yang digabungkan dengan konsep hiasan moden.
“Saya cuba tampilkan suasana santai dan tenang kepada pengunjung, seolah-olah ada di ‘warung kopi moden’. Mereka (pengunjung) bukan saja boleh datang menjamu selera, malah untuk sekadar berborak sambil minum kopi.
“Walaupun kafe ini mengetengahkan konsep ruang terbuka, saya masih tekankan keselesaan pengunjung dan sesuai untuk bersantai bersama rakan atau keluarga,” katanya yang membuka restoran bersama iparnya, Afzal Abdul Rahim.
Antara lain, kafe yang mampu memuatkan 100 pelanggan serentak ini turut menyediakan perkhidmatan Internet tanpa wayar, atau wi-fi sebagai kegunaan pelanggan. |
|
|
|
|
|
|
|
nasib baik aku suka susu drp minum coffee...so aku xlah addicted.. my sis ckp ramai kawan2 dia addicted to RAdix....sampai sehari x minum radix tue x boleh...radix nie caffein dia bnyk ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
Tabiat meminum nescafe
Betul ke tabiat meminum nescafe dalam kuantiti yg lebih boleh melemahkan kesuburan wanita..Actually saya belum lagi berkahwin tapi akan mendirikan rumah tangga tak lama lagi..Saya mmg penggemar air nescafe..pagi..t'hari..ptg..mlm also..bole kate dh ketagih..so baru2 ni dapat info camni jd risau lak..takut..takut ade masalah kemudian hari nnti.. |
|
|
|
|
|
|
|
NESCAFE!!!!! barangan amerika tuu..jgn beli lagi..:@ :@ |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 ct_cayunk\ catat
nescafe ke kopi? kalau kopi dulu ada satu artikel kata
yang oayudara perempuan akan mengecut sebab minum kopi.
lagi satu tak silap pernah baca dlm RD minum kopi setiap kali kencing kita
buang sekali iron dlm badan sesiapa bole confirmkan
pasal kesuburan tu wa tak tau pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 ct_cayunk\ catat
|
|
|
|
|
|
|
yekeW?
adoiyai... aku pon kalo kat opis ari2 minum ngn cofeemate
gulp! waaaa..... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 nidzhar\ catat
tq bro |
|
|
|
|
|
|
|
adik perempuan aku suka benau minum nescafe. risau lak aku... |
|
|
|
|
|
|
| |
|