CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Hiven

pandangan sisi Islam mengenai MLM

[Copy link]
Post time 9-6-2006 09:12 AM | Show all posts
mmg la...
sume nih bergantung atas individu laa...

:pompom:

aku mmg x bape nak minat bab2 nih...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-6-2006 09:34 AM | Show all posts
Apa2 Kita buat kalau penuh dengan KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN , ianya tidak mendatangkan masalh kepada kita dan kepada org lain daN sekaligus  mendatangkan success dalam apa2 bidang pon..
Reply

Use magic Report

poklang This user has been deleted
Post time 9-6-2006 09:52 AM | Show all posts
betul tu :clap::clap:
Reply

Use magic Report

Post time 9-6-2006 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by kirawang at 9-6-2006 09:34 AM
Apa2 Kita buat kalau penuh dengan KEJUJURAN DAN KEIKHLASAN , ianya tidak mendatangkan masalh kepada kita dan kepada org lain daN sekaligus  mendatangkan success dalam apa2 bidang pon..

:setuju::setuju::setuju:
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2006 09:06 PM | Show all posts
Originally posted by Yeehaa74 at 9-6-2006 01:27 AM
Aku suka MLM, ramai kawan, dapat xtra income. Tapi aku tak penah ajak org masuk. Nak join-korang join. Taknak takpe. Tapi ramai gak yg join dan ramai tak jalan. Coz pada aku la, siapa masuk bwh aku ...


Aku tahu ni topik lama, tp nak tanya Yeeha, meaning all this while klu downline you susah nak cari org, u tlg carikkanlah yek, pastu bonus u bg mcmmana?

Aku setuju cara ni, sbb upline yg rajin deserve apa2 bonus yg dia dpt, w/pun sebenarnya keja cari org bwh tu sepatutnya dibuat oleh downlinenya. At least taklah menyeksakan downline tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2006 01:33 AM | Show all posts
Salam semua,

Wah banyaknya berita negatif tentang MLM di sini.. terutamanya dari entrepreneur_78 yang tak henti-henti mengapi-apikan semua ...mengapa agaknya ya..apa motif.... apa tujuan agaknya ya anak muda.

Segala yang negatif yang kalian katakan tentang MLM itu benar belaka... kerana kita fokus kepada negatif, negatif la jawabnya. Cuba kita imbangi kepada sudut positif... tapi bila saya fikir kembali,memang sukar untuk kalian melihat sudut positif di era semua orang serba rakus mengejar kekayaan singkat dan menjadikan MLM sebagai salah satu alat.... bila gagal, jarang sekali kita ingin merenung kerakusan sendiri namun mudah sekali menyalahkan yang lain untuk menyorok kebodohan diri.

Aku hidup dalam dunia MLM sepenuh masa lebih 16 tahun lamanya... kawan2 dan saudara menjadikan aku tempat rujukan bila mereka terdengar suatu MLM baru muncul... mereka tak pernah lari dari aku..kenapa ya?? di mana silapnya kalian??

Bagi mereka yang menyertai MLM dengan konsep pelaburan @ loading produk, sebenarnya mereka ini cair dengan lakonan si 'upline' yang memandu kereta mewah, bergaya mewah... maka mereka terbang keawang-awangan seketika dengan impian kekayaan SINGKAT yang di janjikan... bila kantoi salahkan MLM wakakaka

Bagi mereka yg berkata... "aku bab pegi cari orang ni yg aku lemah sikit"... bagi aku yang sejak remaja sudah berjalan dari pintu ke pintu menjual pelbagai barangan.. mencari pelanggan dah menjadi lumrah dalam perniagaan... dalam MLM ada pelanggan yg nak guna saja.. ada yg bersetuju menjadi ahli.. tak perlu paksa dan pelanggan tak perlu rasa terpaksa kerana pelanggan mempunyai hak mutlak untuk berkata YES or NO. Kalau tak nak cari pelanggan jangan berniaga le..makan gaji aje le.

Apa pun kita lakukan... baik MLM atau apa juga perniagaan...jangan le terlalu taksub... berpada2 le.. tahu batasan2nya maka segalanya akan insyallah OK selalu.

Sekadar pendapat.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-6-2006 11:48 AM | Show all posts
Originally posted by anis710 at 14-6-2006 01:33 AM
Salam semua,

Wah banyaknya berita negatif tentang MLM di sini.. terutamanya dari entrepreneur_78 yang tak henti-henti mengapi-apikan semua ...mengapa agaknya ya..apa motif.... apa tujuan agaknya ...



:setuju:  Satu pandangan yang bernas dari seorg yang telah mandi dan kuyup dengan dunia MLM.  Saya juga telah katakan berkali2 di forum, MLM tidak salah ttp kita yg berniaga MLM yg membuatkan seolah2 ia salah.  Ingat, tahun 2005 MLM menjana 5 bilion pendapatan negara dan dimana syarikat melayu?  

Tapi kalau tk tahan dan tidak kental jiwa, jgn buat MLM mmg byk cabarannya.  Bagi saya MLM untuk kita yg tk punya modal dan mahu belajar berniaga.  Bila dah cukup modal dan cukup pengalaman buatlah sekurang2nya satu perniagaan sendiri.  Ia lebih memuaskan dan boleh kita wariskan pada anak cucu kita.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2006 11:59 AM | Show all posts
betul tu drasmadi...aku pon tak de la nak hentam industri MLM tu sendiri...yg jadi masalah is the 'people'...sumer nak duit cepat...push2 orang...langsung tak guna human interaction skill...tak follow sistem betul2...byk manipulation n hidden agenda...kata niat nak tolong tapi padahal for personal gains...tu yg ramai orang luar mengutuk industri MLM...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-6-2006 01:20 PM | Show all posts
aku pun pernah join MLM. IMHO, aku memang tak leh terima concept cara MLM buat biz.  Sebab satu produk dia mahal walaupun tak kena bayar sewa kedai.  kedua, memaksa org menjadi ahli.  walaupun ada yang kata tidak memaksa, tapi most of them memang suka memaksa.  ketiga, evrytime jumpa cakap pasal biz mlm.   jumpa org nampak duit. pas tu mengata aku ego la macam2.  bila bersembang tu dia orang saja la yang betul. org lain dah tak betul.  but don't forget dlm MLM ni hanya 10% saja yang boleh kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2006 01:41 PM | Show all posts
masuk MLM sebab nak kaya ataupun nak belajar meniaga..
tepuk dada tanya selera beb
asal niat yang buatkan kita bertindak.... so pk-pkkan aaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-6-2006 02:56 PM | Show all posts
Originally posted by anginutara at 14-6-2006 01:20 PM
aku pun pernah join MLM. IMHO, aku memang tak leh terima concept cara MLM buat biz.  Sebab satu produk dia mahal walaupun tak kena bayar sewa kedai.  kedua, memaksa org menjadi ahli.  walaupun ada  ...


aku amat setuju..cuma 10% je yang berjaya...
Reply

Use magic Report

tapainasik This user has been deleted
Post time 14-6-2006 04:32 PM | Show all posts

Reply #15 fairiza's post

Yang tak best MLM ni bila nak tarik kita bukan main lagi, bila dah masuk macam nak rak plak ajak g business talk padahal dah tau kita masuk pun bukan nak ye ye mana, nak beli barang je, tu yang aku malas tu, pastu bila orang tunjuk x interested tarik muka, meluat aku tengok diorang ni bukan semua la, ni experience aku, jiran umah aku, masa aku baru pindah sombong nak mampos senyum pun taknak balas, tapi bila dgr aku minat MLM sebuk ajak aku masuk dan bila aku masuk paksa plak cari dlines, bila aku tak buat camtu, back to normal, macam tersentap ngan aku, hampeh punya worang!

Baik la aku working on e-MLM lagi best dan tak yah nak ada potential terjulur tersentap ngan org.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2006 03:29 PM | Show all posts
Guys...

Kosep nak cepat kaya ni adalah konsep yg berada dalam kotak pemikiran si "Pemakan Gaji".. tak salah makan gaji tapi jangan harap sumber itu yg satu saja sebagai pendapatan..kena ada banyak sumber.. so kita tak terkilan kalau tak ada bonus dari majikan atau dapat bonus ciput je sebab kita dah create our own bonus all year long!

Dalam business bukan kekayaan yang di kejar... tapi keuntungan dan kepuasan pelanggan. disipline juga penting..kalaukita lakukan sesuatu itu dengan penuh disiplin.. dan berlandaskan ilmu,kekayaan akan datang walaupun kita tak mengejarnya.

Sesetengah orang memang cepat meraih keuntungan dalam MLM atau skim cepat kaya... namun perkembangan mental/ilmu mereka tidak selari dengan peningkatan kekayaan mereka... bila sudah berduit ego pun meningkat dan merasakan diri tahu segala-galanya kerana 'aku dah kaya'... hal ini sedikit sebanyak melahirkan sikaya tapi bodoh / cetek ilmu yang melakukan pelbagai perkara yang diluar amalan orang2 berilmu.

Oleh itu, kita sendiri harus tahu menilai.... malangnya ramai yg tetap terpengaruh sebab dah di kabiri dengan janji kemewahan hidup.. atau terdesak kerana tidak bersedia untuk hari2 'hujan'..




DrAsmadi... u are one of my favourite forumer. Penulisan u bernas dan berilmu,penuh dengan realiti pengalaman u.
Reply

Use magic Report

Samson This user has been deleted
Post time 15-6-2006 03:44 PM | Show all posts
Assalamualaikum...semua....

Bila berbicara pasal mlm ni....macam2 andaian yang org buat.....

Tapi pada saya....banyak juga ciri-ciri positif yg ada dalam mlm ni.....kalau dulu saya ni jenis pendiam....sekarang ni....boleh le jugak menyembang berbagai topik......kalau dulu saya ni pemalu......sekarang ni....dah kurang sikit malunya....kalau dulu saya kurang keyakinan diri.....sekarang ni.....dah semakin yakin.....kalau dulu....bila perjumpaan atau meeting......tak berani nak bersuara...dan beri pendapat.....sekarang ni....dah berani....dan boleh berbincang.....

Jadi....jangan le pandang yang negatif aje......
Reply

Use magic Report

Chippo This user has been deleted
Post time 15-6-2006 03:53 PM | Show all posts
Well selepas membaca segala isi kandungan didalam Thread ini, banyak sekali terdapat sikap negative dan juga positive terhadap business Multi Level Marketing ini.

Chippo berkecimpung didalam bidang MLM sejak tahun 1987, waktu masih dimaktab lagi. Berbagai bagai syarikat antarabangsa dan local telah saya mencuba, ada yang mendatangkan hasil dalam jangkaan 3 - 8 ribu sebulan dan ada juga yang tidak berhasil. Walau bagaimana pun saya tidak pernah mengalah dan saya cuba sedaya upaya untuk membuat kajian diantara syarikat syarikat yang memaparkan Plan pemasaran hebat didunia. Dari, Matrix, ke Australina 2 way up sampai ke Binary dan Unilevel Compressed Pay Plan dan juga Plan Trend 90, semuanya saya kaji untuk menghitungkan mana yang paling hebat?

Saya dapati kebanyakan syarikat MLM hanya memaparkan Potential Pay out pada distributor mereka. Distributor pula tidak membuat kajian yang terperinci sebelum menjadi ahli dan ada pula syarikat yang mahu modal pelaburan beribu ribu ringgit sebelum mendapat hasil jualan. Yang pasti kita harus tahu Actual Payout sesebuah Syarikat sebelum menjadi ahli. (Actual Payout yang dideclare pada Public Accountants) Kebanyakan syarikat tidak menjejak 40% manakala potential payout yang diheboh hebohkan boleh mencecah sehingga 100%. Dimana logiknya jikalau 100% itu menjadi payout, maka apa untung syarikat itu? Syarikat yang menjanjikan tabong kereta, tabung rumah, tabung pelancongan semua itu Actual Payout mereka sebenarnya bawah 40% kerana mereka harus mampu menyimpan untuk menampong kos ini semua.

Maka distributor yang tidak sedar akan hal ini menjadi bingung kerana tidak mencapai matlamat kejayaan. Ramai yang kecewa. Harus ingat aspect MLM sebenarnya bukan direct selling, MLM tidak perlu melakukan sales. MLM hanya untuk kita berbelanja untuk diri sendiri yang menyebarkan berita baik kepada orang lain bahawa mereka juga boleh melakukan sendiri dan mencapai  kebebasan hidup. Selama ini saya ceburi bidang MLM, saya tidak pernah menjual produk kerana kejayaan sebenar MLm terletak bukan dengan menjual produk tetapi memahamkan Plan Pemasaran.

Kenapa di Negara seperti Puerto Rico, ramai menjadi jutawan dengan MLM, negara dunia ketiga dimana GDPnya amat rendah dan kebanyakkan orang tidak mampu untuk basic necessaties, Kerana mereka yakin dan scret formula successnya adalah SHOW THE PLAN SHOW THE PLAN dan SHOW THE PLAN.

DiMalaysia sendiri 3000 orang menjadi Jutawan kerana MLM. Yang sedihnya adalah taktik yang digunakan oleh penggedar penggedar MLM yang mencari downline secara paksa, secara penipuan, secara dengan sengaja tidak menereangkan Plan Pemasaran yang sebenar.

Saya tidak mahu menyebut nama nama syarikat diMalaysia, dan ada pula harus membeli stok barangan dan kemudian menjual barangan itu, dan yang paling mengecewakan barangan itu pula dijual oleh kedai kedai runcit dan supermarket sekali. Seperti produk susu (MLM Baru) dijual dirata rata tempat. Yang untung syarikat tetapi penggedar harus berlumba dengan satu sama lain untuk menjual produk berlebihan dan ada pula terpaksa menurunkan harga secara mendadak kerana tidak mahu rugi. Di JB Sahaja, kesemua orang yang saya jumpa menjual produk susu mereka dengan berlainan harga. Plan seperti ini yang mengambil kesempatan data penggedar harus dijauhi.

MLM bukan scheme cepat kaya. MLM tidak menjanjikan ribuan ribu ringgit dalam masa yang singkat. Sesiapa yang menjanjikan ribuan ringgit komisyen dalam hanya 1 atau 2 bulan, menipu semata mata untuk anda menjadi ahli. MLM adalah perniagaan jangka masa panjang. MLM hanya berjaya jika orang ramai atau downline mempercayai kita, dan perniagaan ini berdasarkan atas kepercayaan.

Masa dan penat lelah yang anda luahkan sekarang hanya berhasil dan anda melihat kejayaan anda sebenarnya dalam masa 2 - 3 tahun. Itu MLM sebenar. Ramai Professional Networkers berjaya kerana prinsip mereka yang mahu mengekalkan perniagaan MLm mereka sehingga bersara.

Scheme melabur 10 RM didalam Internet itu tidak akan mendatangkan hasil. Hanya rekaan sahaja, setelah melabur, anda digalak membeli e-book dan kemudian anda cuba process yang sama. Scheme ini sama seperti scheme bekerja dirumah dan anda digalakkan membeli buku e-book. Itu sahaja perniagaan anda, menyuruh orang lain membeli e-book juga. Saya hairan mengapa masih lagi orang terpedaya didalam scheme seperti ini.

Saya selalu menasihat downline saya supaya jangan menipu, jangan rekomen produk yang lebih mahal just because komisyen dia tinggi. Kita harus menasihat mengguna mengikut apa yang diperlukan mereka dan memperolehi kepercayaan mereka sendiri.

Lagi satu mengapa ramai gagal dan kecewa didalam MLM adalah kerana, ramai distributor merungut komisyen pertama mereka hanya beberapa ringgit sahaja. Mereke merungut komisyen mereka diberi lambat dan tidak jejak RM10.00 pun. Jadi Upline makin kaya sementara Downline bekerja macam gila tetapi tidak mendapat keuntungan.

Oleh itu, anda harus bijak memilih, tanya jika anda hanya mempunyai 3 downline, tanpa menjual produk, maknanya kesemua downline anda  membeli hanya untuk kegunaan sendiri sahaja, berapakan komisyen anda? Hanya 3 downline sahaja!!!! Jika kurang dari RM150.00, jangan pandang pun program tersebut kerana komisyen besar akan diberi pada upline sementara anda tidak mendapat apa apa. Dengan hanya 3 orang downline, tanpa menjual produk, anda harus menerima sekurang kurangnya RM150.00 sebagai komisyen pertama dan harus menerima pada bulan itu juga. Jika anda harus menunggu cek selama 1 - 3 bulan, jangan jadi ahli, seharusnya komisyen anda harus dikredit dalam akaun simpananan anda pada bulan itu Juga.

Oleh kerana ramai pengguna2 tidak memjumpa syarikat2 seperti itu di Malaysia, maka mereka terjerumus dengan sykt2 yang kurang mantap dan hanya cuba merai keuntungan mereka sahaja.

Baru baru ini saya dengar cerita sebuah Sykt MLM tempatan yang akan menjadi Public Listed tidak lama lagi. Mereka menawarkan kereta2 mewah pada distributor yang berjaya. Setelah mengkaji, sykt tersebut akan memotong sebahgian dari komisyen anda untuk menampung kos kereta mewah tersebut dan jika anda tidak dapat mencapai target anda, kereta itu akan ditarik balik. Anda tidak ada pilihan tetapi  harus menjual produk dan bekerja tungkus lumus, mengabaikan tanggung jawab pada keluarga dan menipu kawan dan sahabat handai hanya untuk mempertahankan kereta mewah anda jika tidak status anda habis. Itu cara mereka memerangkap anda dan apabila anda selesai membayar kos kereta tersebut anda akan ditawarkan kereta kedua.

Anda terperangkap didalam kancah perniagaan seperti ini dan anda akan memerangkap downline anda pula dengan kemewahan palsu sebegini. Sykt yang tersenarai di bursa saham (Public Listed) pula akan mempunyai share holder. Anda fikir share holder kisah tentang welfare distributor, mereka hanya mementingkan keuntungan sendiri.

Kriteria2 yang sana ketengahkan menyebabkan ramai gagal didalam MLM dan tidak mahu menceburkan diri lagi dalam bidang ini> Bidang MLM yang sepatutnya memberi anda kebebasan hidup dan masa untuk keluarga malah membelenggu anda pula.

Saya amat gembira dan amat bebas didalam industry ini. 9 orang adik beradik saya semua berkecimpung didalam bidang MLM dari sykt yang sama. MLM telah membantu kami sekeluarga untuk mencapai idaman kami dan salah satu dari anggota keluarga saya juga orang pertama di rantau Asia untuk mencapai Tahap (Gold International Diamond) dan ini telah menaikkan martabat orang melayu Islam didalam kedudukan Antarabangsa.

Untuk yang telah berputus asa, jangan kecewa, selidik semuala bidang MLM ini dan untuk mencapai kejayaan hidup, MLM adalah konsep yang paling sesuai, tanpa kerugian dan tanpa modal. Kejayaan pasti menyebelahi pihak yang jujur dan memeilih jalan yang paling Bijak.

Chippo
Master Trainer
MLMIA (Multi level Mktg Int Association)
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2006 08:34 PM | Show all posts
Originally posted by Chippo at 15-6-2006 03:53 PM
Well selepas membaca segala isi kandungan didalam Thread ini, banyak sekali terdapat sikap negative dan juga positive terhadap business Multi Level Marketing ini.

Chippo berkecimpung didalam bid ...


Sharelah sykt MLM tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-6-2006 09:40 PM | Show all posts
panjang giler...tapi apa2 pon tu satu pandangan yg bernas dan agak neutral...
Reply

Use magic Report

Chippo This user has been deleted
Post time 15-6-2006 11:01 PM | Show all posts
Originally posted by Fadz77 at 15-6-2006 08:34 PM


Sharelah sykt MLM tu


Tujuan saya hanya untuk berkongsi maklumat dan pendapat dan bukan mempromosikan syarikat MLM yang saya ceburi didalam thread ini. Professional Networkers selalu menjauhi perkara sebegini. Untuk yang berminat, boleh menghubungi saya melalui PM, insyallah segala pertanyaan yang dikemukakan, akan saya jawab secepat mungkin.

Sekian
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2006 11:20 PM | Show all posts
Originally posted by Chippo at 15-6-2006 11:01 PM


Tujuan saya hanya untuk berkongsi maklumat dan pendapat dan bukan mempromosikan syarikat MLM yang saya ceburi didalam thread ini. Professional Networkers selalu menjauhi perkara sebegini. Untuk ...



:hatdown:  Respek.  Beginilah cara membina networking yg sebenar.  Tak perlu nak gembar gemburkan ruang berforum ni dengan macam2 promosi sebab ruang ini adalah untuk berbincang secara harmoni.  So, sesiapa yg berminat dengan MLM Chippo bolehlah PM beliau segera.   Saya percaya pengalaman beliau mampu menjadikan anda berjaya.  Sebab untuk berjaya dalam apa juga bidang kita perlukan mentor dan role model yang berkualiti.

Mmg betul sekarang ni byk syarikat yang menggunakan Skim Cepat Kaya bertopengkan MLM.  Kena pula org kita bila ditunjukkan cek ribu raban terus rambang mata.  Satu perkara yang kita mesti ingat walau berapa byk wang seseorg itu dapat .. it must come from bottom to the top and not vice versa.  Ia datang dari usaha anda dan kumpulan anda.  Oleh itu pilihlah MLM yg PLAN PEMASARAN nya berjangka panjang bukan yg menjanjikan keuntungan pantas ttp tidak bertahan lama.  MLM sebenarnya membina satu kumpulan atau jemaah yang bergerak menuju satu matlamat yang sama.  Kalau ia berlandaskan kepada keuntungan upline semata2 maka ia akan gagal.  Untuk jadi leader MLM yang hebar anda perlu berusaha untuk pastikan downline anda mencipta pendapatan.  Kalau ramai downline anda berpendapatan 5 angka maka pastilah anda sendiri akan menikmati hasilnya juga.
Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2006 11:22 PM | Show all posts
Originally posted by anis710 at 15-6-2006 03:29 PM
Guys...

Kosep nak cepat kaya ni adalah konsep yg berada dalam kotak pemikiran si "emakan Gaji".. tak salah makan gaji tapi jangan harap sumber itu yg satu saja sebagai pendapatan..ken ...



Anis710 ... thanks
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.151800 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list