|
Balas #17 kuda-liar\ catat
Ghani Othman-Menteri Besar Sg Mati |
|
|
|
|
|
|
|
jaafar onn? yg pengacara masakan/pelawak tu ker?? |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #84 http://mforum4.\ catat
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by surayaarshad at 29-5-2008 04:26 PM
saya nak tau asal usul bukit mor yang dahulunya di panggil padang..
ko leh gogel carik kat wiki pung wokey... taip ajer bukit mor :victory: banyak gak ko dapat info tu!! |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #76 muor76\ catat
Ko ni kira keturunan raja chempa bugis la eh....erm ko tau x pasal haji muluk kat parit pinang seribu n pemilik umah batu lama warna putih kat parit pinang seribu darat tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #77 surayaarshad\ catat
awak duk kat mana skang ni....awak ada pegi xperjumpa setiap hari raya kedua kat umah batu putih di parit pinang seribu tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
muor ni kira bersejarah jugak dari sudut politik
kubu umno roboh 2 kali kat sini, skali tahun 1990, skali tahun 2008
1990 dun parit bakar semangat 46 menang
2008 dun maharani (nama lama parit bakar) pas pulak menang |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #89 iscol_klang's post
muor ni kira ala ala BALING kat kedah sinun ler... |
|
|
|
|
|
|
|
tapi malu je nak ngaku si nana era tu org muor. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #89 iscol_klang's post
tahun 2008.. bukan satu dun jerk.. maharani, sg abong dan jugak bentayan...
parlimen lak parlimen bakri.. nampak nyer org muor lagi terbuka pemikiran untuk mengundi pembangkang...
umno muor gak handal sebab menunjukkan ke tidak percayean kepade pak lah secare terang-terangan...
org umno muor gak ade kat BPr ketike laporan rasuah dibuat ke atas pak lah... |
|
|
|
|
|
|
|
Muar oh Muar!
Oleh Junita Mat Rasid
BOT pelancong menyusuri Sungai Muar di hadapan Masjid Jamek Sultan Ismail.
|
Sate, mi bandung, Gunung Ledang serlah imej Bandar Maharani
EKO pelancongan, juadah istimewa, tempat bersejarah dan keindahan alam sering menjadi tarikan berkunjung ke sesuatu lokasi. Bagi bandar popular Muar, daerah ini menawarkan pakej percutian lengkap walaupun pernah digelar bandar pencen.
Siapa tidak pernah mendengar kelazatan asam pedas, sate dan mi bandung Muar? Deretan bangunan zaman kolonial dan keseronokan di Dataran Tanjung Emas juga menggamit pengunjung termasuk pelancong asing.
Kunjungan ke Muar tentunya menjanjikan pengalaman berbeza dengan keunikan tersendiri. Tentunya keenakan pelbagai juadah eksotik mengujakan kami bertandang ke Muar selain terpukau dengan keindahan Gunung Ledang.
Sabtu
7 pagi : Teruja mendengar cerita sarapan istimewa di Muar ialah sate dan mi bandung, kami bertolak dari Kuala Lumpur pada awal pagi dengan perut kosong.
| SATE dan Mi bandung Muar antara sajian yang popular.
| Perjalanan hanya mengambil masa kira-kira dua jam melalui Lebuhraya Utara Selatan dan keluar di laluan Plaza Tol Tangkak.
9 pagi : Setibanya di Muar, kami merentasi Jambatan Sultan Ismail yang merentangi Sungai Muar. Pemandangan mengasyikkan dengan deretan bangunan di tebing serta jeti nelayan.
Kami tidak melepaskan peluang bersarapan mi bandung dan sate Muar yang menjadi menu wajib bagi sesiapa saja yang berkunjung ke sini. Katanya, tidak lengkap kunjungan jika tidak menikmati kedua-dua juadah ini. Pilihan kami semestinya kedai Abu Bakar Hanifah di Jalan Abdullah yang sentiasa mendapat sambutan, termasuk dari pelancong asing dan kenamaan.
| BELAYAR menyusuri Sungai Muar amat menyeronokkan. |
10 pagi : Kami memulakan pengembaraan meneroka Muar dengan melalui Jalan Muar-Batu Pahat. Banyak rumah lama dilihat di sepanjang jalan. Kami singgah sebentar di jeti nelayan Parit Jawa iaitu kira-kira 15 kilometer dari bandar untuk melihat aksi burung hijrah yang berkampung di jeti ini.
Kawanan burung ini dikatakan sudah hampir pupus iaitu burung botak atau nama saintifiknya, Leptotilos Javanicus. Kami kemudian meneruskan perjalanan ke Kolam Air Panas Sungai Gersik yang terletak kira-kira 40 kilometer dari bandar. Setibanya di kolam air panas ini, kami berehat dan mengambil kesempatan berendam meregangkan urat kaki dan badan.
1 petang : Dalam perjalanan pulang ke bandar Muar, kami singgah menikmati makan tengah hari di medan selera di Parit Jawa. Juadah istimewa yang menanti tentulah asam pedas Muar. Anda boleh memilih sama ada mahukan ikan sembilang, kembung, siakap, merah dan mayong. Ikan ini sungguh lazat kerana masih segar dan diperoleh sejurus didaratkan di jeti berhadapan medan selera.
3 petang : Selesai menjamu selera, kami bertolak ke lokasi penginapan pilihan iaitu Hotel Muar Traders yang terletak di tebing Sungai Muar. Hotel ini menyajikan pemandangan indah Sungai Muar dan Gunung Ledang dari kejauhan.
6 petang : Selepas berehat, kami mengambil kesempatan menikmati keindahan Sungai Muar dengan menaiki bot persiaran dari Jeti Tanjung Emas berhampiran hotel penginapan. Pengalaman ini mengasyikkan apatah lagi memandang ke arah masjid berkembar iaitu Masjid Jamek Sultan Abu Bakar dan Masjid Sultan Ismail berhadapan kedua-dua tebing.
Pemandu pelancong memberi maklumat mengenai keistimewaan bandar dan Sungai Muar, selain berkongsi pelbagai lokasi menarik di daerah ini. Kami diberitahu Sungai Muar adalah terpanjang di Johor dan hulunya mencecah Negeri Sembilan dan Pahang.
9 malam : Menunaikan hajat hati, kami menjamu selera dengan menu ikan bakar dan makanan laut segar di Medan Ikan Bakar Sabak Awor yang terletak di jeti nelayan iaitu hanya kira-kira lima kilometer dari bandar. Keenakan dan kesegaran ikan bakar di sini tidak kalah dengan lokasi popular lain seperti Umbai di Melaka.
Selesai menjamu selera, kami menikmati hembusan bayu Selat Melaka di kawasan Rekreasi dan Dataran Tanjung Emas. Suasana malam di bandar Muar agak sunyi berbanding Kuala Lumpur yang tetap 'hidup' sehingga ke pagi.
Ahad
9 pagi : Memulakan hari dengan menikmati sarapan pagi di Kafe Kopi 434 berhadapan Perhentian Bas Bentayan yang terkenal dengan kopinya yang enak selain roti bakar yang rasanya cukup berbeza.
10 pagi : Gamitan Gunung Ledang yang dilihat daripada jendela hotel menyebabkan kami teruja berkunjung ke pusat rekreasi ini untuk berkelah dan menikmati air terjun yang sejuk dan menyegarkan. Kejernihan air terjun pasti menawan sesiapa saja, apatah lagi apabila berpeluang menikmati kedinginan airnya yang tidak tercemar.
Legenda Puteri Gunung Ledang yang menjadi idaman hati Sultan Mahmud pada zaman Kesultanan Melayu Melaka menjadi antara hikayat sejarah yang sering disebut-sebut malah tidak lapuk ditelan zaman.
Seperti hebatnya kisah puteri jelita itu, begitulah juga indahnya kawasan percutian Gunung Ledang. Bagi mereka yang gemarkan cabaran dan memiliki stamina tinggi, bolehlah mendaki Gunung Ledang yang mencatatkan ketinggian 1,276 meter. Gunung ini adalah gunung tertinggi di selatan Semenanjung. Tentunya anda boleh menikmati keindahan flora dan fauna antara lain lebih 100 spesies pokok serta paku pakis yang sukar ditemui di tempat lain.
3 petang : Sebelum pulang ke Kuala Lumpur, kami mengunjungi Tangkak yang menjadi pusat perniagaan tekstil hingga mendapat jolokan 'syurga kain'. Apa lagi, penulis dan rakan-rakan memborong pelbagai jenis kain yang dijual pada harga berpatutan. Kami kemudian meninggalkan Muar dengan kenangan manis dan hajat berkunjung lagi!
FAKTA
Bandar Muar dibuka pada 1884 dan dikenali sebagai Bandar Maharani. Nama Muar berasal dari perkataan ‘muara’ berikutan kedudukan bandar itu di kuala sungai.
Sungai Muar mempunyai banyak catatan peristiwa bersejarah termasuk pada zaman kesultanan Melaka dan kesan serangan komunis di Bukit Kepong.
Pelbagai bangunan lama termasuk Masjid Jamek Sultan Abu Bakar, Bangunan Sultan Abu Bakar, Kubu Bentayan, Bangunan Kastam Diraja, Mahkamah Tinggi/Sesyen, Pejabat Cawangan Polis Trafik Muar dan Sekolah Tinggi Muar masih terpelihara.
Kesan Kubu Bentayan yang menjadi lokasi terakhir kerajaan Melaka selepas serangan Portugis pada tahun 1511 juga boleh dilihat. Peminat sejarah juga boleh mengunjungi Muzium Bukit Kepong yang mencatat serangan komunis di lokasi kira-kira 80 kilometer dari bandar Muar.
Sebelum pulang, pastinya anda ingin membeli cenderahati untuk keluarga dan teman. Kopi 434 yang didatangkan dengan bungkusan menarik sesuai dijadikan ole-ole atau perencah Mi Bandung Muar segera. Pelbagai kerepek tempatan juga boleh didapati di pasar atau di tepi jalan. Dalam perjalanan pulang sebelum tiba di Plaza Tol Tangkak, deretan gerai buah-buahan tempatan boleh disinggahi.
walaupun aku worang JB.. aku selalu ler singgah muor bila balik kampong... MOSTI pekena mee bandung muor |
|
|
|
|
|
|
|
Daerah Muar ni kalau tak salah aku lebih luas dari negeri Perlis.
So ada berapa kawasan Parlimen di Muar tu? |
|
|
|
|
|
|
|
aku perakian tp keje kt muor..muor mmg best |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #94 jkkkj's post
ada 2 -
maharani dengan sungai balang
masa pru 12 dulu -
N 15 maharani ( pas menang )
N 16 sg balang ( bn menang ) |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu Rumah arwah moyang aku ade kat tgh2 bandar muar tu..Yg area roundabout klu tak silap. Kerajaan ambik sbb nk majukan kot.
Byk kenangan manis kat sana. Mak aku org muar, Parit Sakai, dekat dgn Parit Keroma. Kecik2 mmg kitorg sepupu2 ikut umur balik mua blaja ngaji. Makcik aku ngajar ngaji kat umah lama arwah atok kat Lorong bhagia, berhadapan dgn rumah org2 tua.
Boleh sebak woo bila teringatkn kenangan kecik2 dulu. Time raya balik muar, time pakcik makcik kawin balik muar, time arwah atuk gering dgn meninggal pun balik. Skrg dh jarang.
There's just something about Muor. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
wahh..
muar kg ayah aku..
best gila kalo balik muar..
lepak2 kat tanjung sambil makan mee bandung |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #98 dhanishdhania's post
aku lahir kt muo, duk kt muo-tg agas, asrama muo- sains muar..dpan umah je
rindu la muo..tg mas tu slalu main buai kecik2 dlu..smpai skrg menten lawa...
sungai tu tenang je tgk..
org muo mkn sate sarapan pagi..haa
tg mas menten lawa.... dhania pun MOSTI menten lawa gak ekk.. :victory:
free tak next wiken... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #69 surayaarshad's post
Daeing Ahmad [Wak Minah]
Raja Chempa Bugis Bukit Mor, Muar.
Anak 1. Daeing Seriwa Raja [Bendahara Melaka]
Anak2. Daeing Indra Perma
Keturunan mereka keseluruhannya mentadbir Muar sebagai orang-orangkaya.
Waris: Tan Sri Haji Mohd Noah, Datin Teh Fakariah, Tun Suhaila & Tun Rahah,
Dato Abdul Rahman Yasin, Tun Dr. Ismail |
|
|
|
|
|
|
| |
|