|
aku dulu teringin nk pg..tp asik tanguh2.alih2 dah ttup..tak dpt le |
|
|
|
|
|
|
|
mase skolah rndah dlu ade g lawatan kt pdu jail ni..seram sgt mse die bwk g blik gntung tu.. tp mase jln2 kt area pnjara tu pun mankutkan jugak..sunyi die lain mcm je..skrg ni dh jd balai polis kot lau xsilap..
pnjara ni org dok lalu lalang dpn die nk p bukit bintang sbb dok sblh lrt hang tuah..
xptut rsenye lau nk dirobohkan pun..ade sjrh gak bgunn nie..mural kt lua tu pun hasil kerje banduan2 tu jugak kan(drpd pe yg ku dgr la).. xyah cat baru la..
dlu time skola kat vi nk p times square jln kaki kne lalu dpn pdu jail ni..slalu nmpak kreta polis bwk bnduan masuk.. |
|
|
|
|
|
|
|
sempat jugak melawat mase 1997 kene tiket,open for public....macam2 perasaan bila lalu kat sel sel tu.... |
|
|
|
|
|
|
|
kalau kerajaan kasi roboh ini jel... memang kerajaan itu tak de hati perut... asyik ingat untung saja...![](static/image/smiley/default/2.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
nak jugak pegi sni, tp tak kesampaian........ |
|
|
|
|
|
|
|
mmg dorang la yg lukis..tp aku rase pkai brus kot..takkan pkai penyapu lidi kot... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #67 mizzmadie's post
dlu time skola kat vi nk p times square jln kaki kne lalu dpn pdu jail ni..slalu nmpak kreta polis bwk bnduan masuk..
woooooo victorian gak ghopernyer...... hah!! nampak keta polisi bawak banduan masuk tak aper... jgn ko masuk dah ler.... ekkkk ![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Misteri Penjara Pudu di Bastion House
MELAKA 18 Mei |
|
|
|
|
|
|
|
elok kasi budak2 bermasalah atau yg mat rempit spend time dlm penjara ni seminggu-dua. kasi motivasi sket. |
|
|
|
|
|
|
|
Sentral: Penjara Pudu diroboh tahun depan
Oleh Hanisah Selamat
Pelaksanaan beri laluan projek laluan bawah tanah menyambung Jalan Hang Tuah, Jalan Imbi
KUALA LUMPUR: Penjara Pudu, di sini yang menyimpan pelbagai sejarah banduan sepanjang lebih seabad beroperasi bakal dirobohkan pertengahan tahun depan untuk memberi laluan kepada projek pembangunan komersial dan kondominium.
Begitupun operasi membersihkan beberapa bahagian luar bangunan penjara yang dulunya dibina secara berperingkat bermula pada 1895 sudah dijalankan membabitkan kerja membuang serpihan batu bata keluar dari kawasan terbabit.
Difahamkan, pemecahan sebahagian dinding yang pernah dicatat sebagai lukisan mural terpanjang di dunia itu dilakukan untuk pelaksanaan projek laluan bawah tanah bagi menyambung Jalan Hang Tuah dan Jalan Imbi sebagai langkah penyuraian trafik.
Jika dilihat menerusi pemandangan daripada atas bangunan tinggi berhampiran penjara itu, kelihatan longgokan pecahan batu bata sudah diratakan, manakala lori kecil pula membawa keluar muatan serpihan bahan konkrit terbabit.
Jurucakap Perbadanan Pembangunan Bandar (Uda) selaku pemaju yang akan membangunkan kawasan seluas 22 ekar itu berkata, operasi merobohkan keseluruhan blok berbentuk X itu hanya akan bermula Jun 2010 menerusi kelulusan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
“Setakat ini, kerja merobohkan struktur utama bangunan penjara itu belum dijalankan kerana segala proses perlu melalui kebenaran DBKL memandangkan banyak perkara harus diperhalusi dan dibincangkan dengan beberapa pihak.
“Jika segala-galanya berjalan lancar, operasi merobohkan bangunan yang turut menempatkan lima blok utama tahanan serta kuarters kakitangan penjara itu akan dilakukan selewat-lewatnya menjelang pertengahan tahun depan,” katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, pihaknya dimaklumkan kerja merobohkan sebahagian kecil tembok dalam kompleks penjara itu adalah menerusi projek pelebaran dan pembinaan jalan baru kelolaan DBKL, malah bukan keseluruhan tanah berkenaan milik Uda.
Sebelum ini, pelbagai pihak meminta kerajaan mempertimbangkan rancangan memajukan kawasan seluas 7.8 hektar kerana menganggap pusat tahanan yang dibina pada 1895 itu mempunyai nilai sejarah.
Tapak itu diserahkan kepada Uda pada Mei 1999 sebagai ganjaran membina penjara baru, malah Pentadbir Tanah dan Galian (PTG) Wilayah Persekutuan menetapkan bayaran premium sejumlah RM150 juta sebelum membenarkan Uda membangunkan kawasan terbabit sebagai pusat komersial.
Begitupun, perkembangan terkini sama ada mengenai operasi merobohkan atau pembinaan bangunan komersial serta kondominium membabitkan peruntukan kira-kira RM1 billion itu tidak kedengaran sejak dua tahun lalu disebabkan keadaan ekonomi negara.
Sementara itu, Ketua Pengarah DBKL, Datuk Salleh Yusop, berkata sehingga kini DBKL belum menerima sebarang permohonan mengenai kerja merobohkan kompleks terbabit sebaliknya akan mengadakan pertemuan dengan Uda untuk mendapatkan butiran lanjut.
Menyingkap sejarah, Penjara Pudu menyimpan bermacam kisah menggemparkan termasuk penjenayah Botak Chin dihukum gantung sampai mati pada 11 Jun 1981, selain peristiwa dua kakitangan penjara dijadikan tebusan enam tahanan reman Oktober 1985.
Pada tahun sama, rumah hukuman itu mencatat jumlah tahanan tertinggi iaitu seramai 6,550 orang, sedangkan sel di lima blok utama itu hanya mampu menampung 2,000 penghuni hingga memaksa semua banduan tidur mengikut giliran.
Faktor kesesakan dan pembangunan pesat Kuala Lumpur menyebabkan kerajaan mempertanggungjawabkan Uda membina pusat tahanan baru di Sungai Buloh pada September 1993 dan secara rasminya Penjara Pudu ditutup ditutup secara rasmi pada November 1996. |
|
|
|
|
|
|
|
roboh la...
2-3 tahun lagi masuk dalam board MPS cerita hantu jalan/bgnn area tu.
HAHAHAHA |
|
|
|
|
|
|
|
ntah2 kambing itam tuh muncul sbab ade org jadi kambing itam...tepakse tanggung kesalahan org lain kot...pastu kene hukum gantung...eee...ngeri.... |
|
|
|
|
|
|
|
aku bajet ramai yg bantah roboh penjara pudu ni hah!~!! |
|
|
|
|
|
|
|
aku penah g lwtn smbil belajar ms skolah rndh dlu..seram gle dowhh esp bilik akhir-bilik gantung.balik umah rase mcm ade bende ikut..meremang bulu roma |
|
|
|
|
|
|
| |
|