CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: DianaA

MASAKAN BERASASKAN IKAN

[Copy link]
Post time 13-4-2006 02:21 PM | Show all posts
Originally posted by sue at 13-4-2006 02:05 PM
smlm ada beli 2 keping ikan dory..nak wat ape sedap ek?? bule bg idea


nie ada resepi dari hanis kat thread homemade nugget...

Originally posted by hanis00 at 24-2-2006 02:08 PM
Sumber resepi : Chef Asma



Fish Finger yang  belum digoreng

Homemade Fish Finger

2 keping fillet ikan - guna Red Snapper Fish/Dory
2 sudu lemon jus
1 sudu lada sulah
Garam secukupnya
Tepung gandum secukupnya
Telur - utk celup fish finger sahaja
Bread crumb secukupnya

Cara membuatnya

1. Fillet ikan dipotong jejari - ikut suka la nk besar2 pon boleh
2. Gaulkan dengan lada sulah, lemon jus dan garam - biarkan 10 minit
3. Gaulkan dengan tepung Gandum agak2 melekat dekat jejari ikan tadi.
4. Celupkan Fish Finger tadi kedalam telur dan golekkan didalam bread crumbs.
5. Sedia untuk digoreng, sama macam kita goreng nugget tu.
6. Sedap dimakan dengan mayonis
7. Fish finger ni boleh difrozenkan.
.

Selamat mencuba,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


sue This user has been deleted
Post time 13-4-2006 03:05 PM | Show all posts
Originally posted by maisya at 13-4-2006 02:21 PM


nie ada resepi dari hanis kat thread homemade nugget...




thanks maisya..
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 03:09 PM | Show all posts
Originally posted by maisya at 13-4-2006 12:09 PM
Ikan Tenggiri Bakar....guna resepi ikan bakar dari  ninoz kat archive



sedapnyaaaaaa......:love::love:
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2006 05:26 PM | Show all posts
Originally posted by sue at 13-4-2006 02:05 PM
smlm ada beli 2 keping ikan dory..nak wat ape sedap ek?? bule bg idea


beli kat mana ikan dory tu? kat market ke?
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 11:06 PM | Show all posts
ada sesapa pernah dengr ikan susu tak? hari tu saya pi carrefour ada jual ikan ni. nampak cam fresh je rasa nak beli tapi x tau nak masak apa yg sedap ikan susu ni...
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2006 11:08 PM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 13-4-2006 05:26 PM


beli kat mana ikan dory tu? kat market ke?


ikan dory tu ada jual kat supermarket jusco/carrefour/cold storage...
suka makan ikan dory bakar kat restorant Manhattan fish market
Reply

Use magic Report

Follow Us
sue This user has been deleted
Post time 15-4-2006 09:52 AM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 13-4-2006 05:26 PM


beli kat mana ikan dory tu? kat market ke?



beli kat c4 subang la shida.. tu jek la tmpt yg aku leh pegi sendiri sbb dekat ngan opis.
ada offer....2 keping besor cuma RM4.++ jek....
Reply

Use magic Report

sue This user has been deleted
Post time 15-4-2006 09:57 AM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 7-3-2006 08:46 PM



...


smlm masak ikan nyok nyok bakar resepi kak liza nih.. tp hubby komplen rasa serai sgt...
terpaksa ler sue habiskan sebelah.. ada lagi sebelah kat umah tu.. nampaknya sue jugak
ler kena habiskan... next time buat xmo letak serai...

nasib baik ada stew ayam ninoz.. klu tak x pasal2 kena basuh tgn masak lauk lain..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-4-2006 10:50 AM | Show all posts
Originally posted by sue at 15-4-2006 09:57 AM


smlm masak ikan nyok nyok bakar resepi kak liza nih.. tp hubby komplen rasa serai sgt...
terpaksa ler sue habiskan sebelah.. ada lagi sebelah kat umah tu.. nampaknya sue jugak
ler kena habis ...

oh..ye kerrr...:stp:

kakliza rasa kalau nak buat len kali boleh kurangkan serai tu..
anyway cadangan kkliza..apa kata bahagian yg ada kat rumah tu..just masukkan santan dan renehkan ssehingga agak pekat..
so taklah rasa serainya sangat..
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2006 11:15 AM | Show all posts
Originally posted by eveready at 14-4-2006 11:08 PM


ikan dory tu ada jual kat supermarket jusco/carrefour/cold storage...
suka makan ikan dory bakar kat restorant Manhattan fish market


aaaaaaaaaa.............. jauhnya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2006 11:16 AM | Show all posts
Originally posted by sue at 15-4-2006 09:52 AM



beli kat c4 subang la shida.. tu jek la tmpt yg aku leh pegi sendiri sbb dekat ngan opis.
ada offer....2 keping besor cuma RM4.++ jek....


murahnya. ikan dory ni hak frozen ke? pasal ada tengok yang frozen.
Reply

Use magic Report

sue This user has been deleted
Post time 15-4-2006 12:17 PM | Show all posts
Originally posted by shidaaziz at 15-4-2006 11:16 AM


murahnya. ikan dory ni hak frozen ke? pasal ada tengok yang frozen.



memang selalu jual yg hok frozen.. ni imported fish.. klu yg fresh mahal kot.. ntah2 RM4
tu cuma dpt hok tulang jek.. hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2006 12:45 PM | Show all posts
Saya selalu goreng ikan tenggiri batang ie. jenis yg besar tu. Selalunya kalau beli, mesti suruh fishmonger tu potong slice. Senang je buat ikan tenggiri tu.

Bahan2nya:-

5 slice ikan tenggiri
Tepung gandum campur dgn tepung jagung campur dgn serbuk ketumbar & lada
sedikit garam

Cara membuatnya:-

Ikan tenggiri diperap dgn garam seketika. Lepas tu baru gaul dgn tepung. Lepas tu goreng hingga masak. Kalau suka boleh celup dgn putih telur & goreng.

Lepas tu hidangkan bersama french fries, fresh pickles & homemade sauce, mayonaise. Kalau hidangkan dgn nasi panas2 lagilah sedap.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 09:06 AM | Show all posts
semalam kkliza masak gulai ikan talang..
selalunya ikan talang ni orang buat ikan kering atau ikan jeruk/masam..
tapi kak liza sapukan garam dan perapkan semalaman..pstu baru buat gulai kunyit lengkuas..



GULAIK KUNYIT LENGKUAS IKAN & BUNGA KANTAN

Bahan-bahan
2 keping ikan talang [500 gram]
2 kuntum bunga kantan [belah 4]
2 biji tomato buah [belah 4]
2 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
garam


Bahan kisar:
15 biji ciliapi
3 ulas bawang merah
2 cm kunyit hidup
4 sm lengkuas

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali buah tomato dan santan pekat dalam periuk.
2. Masakkan sehingga mendideh sambil sentiasa mengacau supaya tidak pecah minyak.
3. Bila nampak mendideh masukkan tomato dan santan pekat.
4. Kacau lagi perlahan sehingga mendideh.
5. Tutup api dan hidangkan.

ikan talang ni dikenali sebagai queenfish..


gambaran pelukis..


ikan talang..


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 12:55 PM | Show all posts
hehe..kak liza. lepas ni boleh la bukak dictionary pasal ikan. ada forumer dulu cakap masak ikan nyok2. ikan ni pun saya tak tau camne rupenye.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2006 08:48 PM | Show all posts


FISH PATTIES / PEGEDIL IKAN

isi ikan ( ikan tenggiri atau ikut suka )
kacang panjang dihiris halus
carrot dipotong cubes kecil kecil
cili dihiris halus ( ikut suka pedas )

bahan bahan dikisar halus
bawang putih
halia
bawang merah

serbuk lada hitam
daun ketumbar dihiris

garam mengikut rasa
sedikit tepung jagung
sedikit fish sauce
Telur

Campurkan semua bahan bahan.
Gaul hingga sebati, kemudian bulatkan seperti membuat pegedil dan goreng hingga garing.

note:
kalau nak buat macam cara pegedil, boleh juga.
Cuma asingkan telur.
Celupkan adunan yang telah dibuat bulat bulat kedalam telur sebelum digoreng.

neksue bila masak, selalu nya tak pakai sukat sukat, ikut rasa saja.
makan dengan cili sauce...sedap..!!

Rate

2

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2006 03:12 PM | Show all posts
STEAK ISI IKAN

BAHAN-BAHANNYA:

5 Keping isi ikan ( dibersihkan dan toskan)
2 biji telur
Serbuk roti secukupnya dan minyak utuk mengoreng ikan


BAHN DIKISAR HALUS

5 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 batang serai
2 inci halia
1 inci lengkuas
2 inci kunyit hidup
1 sudu besar serbuk lada hitam
sedikit tepung gandum


UNTUK SOSNYA

1 cawan mayonis
1 senduk nasi  susu cair
1 senduk nasi   air
1 sudu teh minyak bijan
1 sudu teh serbuk lada putih
sedikit garam dan gula jika suka


CARA MENYEDIAKANNYA
Sediakan bekas, masukkan ikan dan bahan-bahan kisar lalu diperap selama 1/2 jam. Ambil sebiji telur dan kacau sedikit. Celupkan ikan lalu disalut dengan tepung roti kemudian goreng dengan api yang perlahan sehingga kemerah-merahan dan garing angkat dan toskan.


CARA MEMBUAT SOSNYA
Masukkan kesemua bahan sos lalu masak diatas api perlahan biarkan mendidih kemudian angkat. Sedia untuk dituang diatas ikan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 07:35 PM | Show all posts
Originally posted by hanieliza at 17-4-2006 09:06 AM
semalam kkliza masak gulai ikan talang..
selalunya ikan talang ni orang buat ikan kering atau ikan jeruk/masam..
tapi kak liza sapukan garam dan perapkan semalaman..pstu baru buat gulai kunyit le ...


Sedapnya Kak Liza tapi kan w/p Kak Liza tunjukkan rupa ikan talang kat sini, saya tetap tak kenal kalau dah pergi wet market nanti. Nantilah tanya penjaja ikan kalau diaorg tahu tak dgn ikan talang. Tengahari tadi saya masak kari kepala ikan tongkol. Baru lega rasanya. Saya guna serbuk ketumbar campur dgn serbuk kari.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2006 07:39 PM | Show all posts
Dulu saya pernah masak ikan terubuk fresh mcm ni.

Bahan2nya:-

1 ekor ikan terubuk digaul dgn garam & lada serbuk
2 ulas bawang merah + bawang putih
1 biji cili merah dihiris
serai dititik
sedikit halia
sedikit perahan air limau
tomato
sedikit mentega

Cara2 membuatnya:-

1. Kesemua bahan2 tadi disimpan dlm aluminium foil & dikukus hingga masak. Terlebih dulu, ikan terubuk yg dah dibersihkan & dibuang sisik, dimarinate dgn garam & lada serbuk. Sedap makan panas2 dgn nasi putih. Kuahnya sweet je.

PS. Lupa nak cakap - selain dr. dikukus, ikan tersebut boleh dipanggang dlm oven ttp kena balut dgn aluminium foil.

[ Last edited by  Baiduri Othman at 20-4-2006 10:06 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2006 12:56 PM | Show all posts
Ikan Terubuk Bakar Berempah (sumber dari Majalah Saji April 06'). Ikan bakar nie rasanya manis2 skit cam ikan bakar kt pasar ramadhan Greenwood (kalau ader sesiapa yg pernah try)..kalau takde pencicah/air asam pun takpe..


Bahan2nya zie ikut sesedap rasa sebab sukatan dlm majalah dlm gm.
1/2 ekor ikan terubuk
3 ulas bawang merah kecil-tumbuk
2 ulas bawang putih-tumbuk
1 sudu teh sebuk jintan manis
1 sudu teh serbuk ketumbar
2 sudu teh cili boh
1 sudu teh serbuk cili
1 sudu teh serbuk kunyit
1 sudu teh serbuk kari ikan
1/2 sudu teh garam
1-2 helai daun limau purut-hiris halus
2 sudu besar minyak masak
1 sudu besar madu

gaulkan semua bahan dan perapkan dengan ikan terubuk..bakar sehingga masak..bakar lapik daun pisang lagi bestkan..takdelah rempah jadi hitam cam dlm gambar tu..

[ Last edited by  zieA at 9-5-2006 01:00 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
...BYE 2024, HELLO 2025...
seribulan...BYE 2024, HELLO 2025...
Views : 54993 Replies : 13
...AZAM TAHUN 2025...
seribulan...AZAM TAHUN 2025...
Views : 55522 Replies : 25
Kesian nenek
maklukpenggodaKesian nenek
Views : 0 Replies : 0
V82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan Diri Dari Bayar Cukai LHDN Ke Los Angeles CA
anony-mousV82: HANIS HAIZI B. ABD HAMID Melarikan
Views : 8790 Replies : 330
Instafamous Rempit (kak yah, kak zah & the geng) part 3
hotmakInstafamous Rempit (kak yah, kak zah & t
Views : 232053 Replies : 1826
Skandal 18 polis Indon, bikin malu
maklukpenggodaSkandal 18 polis Indon, bikin malu
Views : 90341 Replies : 38
New Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanlah mimpi-mimpi terindah
codenamedreamNew Chapter 01: FATTAH AMIN ~ Bebaskanla
Views : 42500 Replies : 1614
...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
seribulan...CHAT HUMANITARY...HAPPY NEW YEAR...
Views : 26050 Replies : 21
Bebas, selesa tanpa khemah biru
maklukpenggodaBebas, selesa tanpa khemah biru
Views : 8400 Replies : 1
Ha tepok!
maklukpenggodaHa tepok!
Views : 109349 Replies : 7

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-12-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.195747 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list