CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sayasukagame

Mahakarya Cinta - Keratan Media Faizal

[Copy link]
 Author| Post time 4-2-2009 08:08 AM | Show all posts

AIM 15 : Apa kata calon

2 Mei 2008
by Li Ee Kee and Izuan Shah



Faizal Tahir


(dicalonkan untuk Artis Baru Terbaik, Persembahan Vokal Terbaik di Dalam Album (Lelaki), Album Rock Terbaik

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2009 08:10 AM | Show all posts

Gua.com

AIM 15 Kepunyaan Faizal dan Datuk Siti
May 4, 2008



by Li Ee Kee

3 Mei 2008

Wah, wah, wah

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 08:12 AM | Show all posts

Metro Ahad 4/5

Lara Faizal belum berakhir

Oleh Adam Salleh
[email protected]

EPISOD lara Faizal Tahir di arena seni nampaknya tidak berakhir lagi. Belumpun sebulan dibebaskan selepas digantung tiga bulan gara-gara aksi membuka baju, naib juara program realiti One In A Million (OIAM) ini diuji lagi.

Kali ini giliran mufti pula menguji apakah Faizal cekal menjadi anak seni. Bukan mudah jadi penyanyi. Kelmarin, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin tidak membenarkan Faizal beraksi di Negeri Indra Kayangan itu kerana penyanyi itu disifatkan berdepan krisis identiti.

Ya tidak ya juga, imej Faizal dulu adalah penyanyi nasyid, sama seperti Mawi. Sesudah menyertai OIAM, Faizal nampak lebih agresif, sekejap tampil imej rocker, sekejap Superman.

Faizal sepatutnya beraksi pada Konsert Jomheboh 2008 sempena kemuncak penutupan Jomheboh Perlis kali ini. Usahkan Faizal, malah saya faham peminatnya turut kecewa dengan kenyataan Mufti Perlis, tetapi apa boleh buat kerana kenyataan itu bukan daripada presiden persatuan berkaitan seni atau tokoh tertentu, tetapi pandangan mufti yang perlu dihormati serta dituruti.

Sesekali menarik juga jika ada persatuan seni atau penyanyi itu sendiri mengadakan program menjana minda dengan mufti. Saya percaya banyak manfaat diterima dalam pertemuan begini.

Apa berlaku pada Faizal harus dijadikan iktibar buat penyanyi lain untuk berhati-hati, bukan syok sendiri kerana silap aksi, diri sendiri menggigit jari.

ADAM: Minta Faizal nyanyi lagu nasyid di 慴ooth

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 08:13 AM | Show all posts

Hmetro 2/5/08

態eri saya peluang kedua

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 08:14 AM | Show all posts

The Star, 4/5/08

Sunday May 4, 2008
Faizal beats Siti at AIM awards


Top winners: Siti and Faizal showing their awards at the AIM awards ceremony in Kuala Lumpur Saturday night.

KUALA LUMPUR: Singer Faizal Tahir, who caused a controversy when he took off his shirt during a concert early this year, was the big winner at last night's 15th Anugerah Industri Muzik (AIM) awards held at the Putra World Trade Centre.

Faizal beat Datuk Siti Nurhaliza by grabbing four awards, including the Prestigious Album of The Year award for his debut album Aku.Muzik.Kamu.

He also won the Best Vocal Performance in an Album (Male), Best Rock Album and Best New Artiste.

揑t is still hard for me to believe I have won. I never expected to win especially since I was competing with Datuk Siti,'' he added.

Siti finished a close second, winning three awards: Best Vocal Performance in an Album (Female), Best Pop Album and Best Musical Arrangement in a Song (Bahasa Malaysia).

credit to lynna@ Rockensteiners.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 08:15 AM | Show all posts

MStar 4 Mei 2008

AIM15: Malam bersejarah buat Faizal!
04-05-2008 03:19:00 AM
oleh WAHIDA ASRANI

KUALA LUMPUR: Penyanyi yang cukup kontroversi ketika ini, Faizal Tahir 'mengungguli' Anugerah Industri Muzik ke-15 (AIM15) apabila dia berjaya memenangi empat kategori pada acara berprestij itu yang telah berlangsung di Dewan Merdeka, PWTC, di sini, malam tadi.

Menerusi album sulungnya, Aku.Muzik.Kamu, Faizal merangkul empat anugerah untuk kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Lelaki), Artis Baru Terbaik, Album Rock Terbaik dan Album Terbaik.

Manakala penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza sekali lagi dinobatkan sebagai pemenang bagi kategori Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) untuk kali yang kesembilan, setelah tewas di tangan Jaclyn Victor pada tahun lalu.

Siti juga turut memenangi anugerah Album Pop Terbaik menerusi albumnya, Hadiah Daripada Hati dan sebuah lagunya berjudul Cintamu turut memenangi kategori Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu (Bahasa Malaysia).

Antara pemenang lain pada AIM15 yang dihoskan oleh Afdlin Shauki dan Adibah Noor itu ialah Suki yang dinobatkan sebagai Artis Harapan, Waheeda (Album Pop Etnik Terbaik), Rabbani (Album Nasyid Terbaik), Melissa Indot (Album Inggeris Tempatan Terbaik), Andrew Tan (Album Cina Tempatan Terbaik) dan Martin Zamigano (Album India Tempatan Terbaik).

AIM15 juga turut menobatkan lagu Izinku Pergi nyanyi Kaer Azami hasil ciptaan Azlan Abu Hassan dan lirik oleh Sulu Sarawak sebagai Lagu Terbaik bagi tahun ini.

Dua buah anugerah khas iaitu Anugerah Kembara dan Anugerah Wirama pula masing-masing telah diberikan kepada kumpulan Pop Shuvit dan komposer tersohor, Fauzi Marzuki atas pencapaian mereka di dalam industri hiburan ini.

credit to Rienn@ Rockensteiners.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 4-2-2009 08:17 AM | Show all posts

kosmo 4mei

Faizal Tahir ungguli AIM 15


SITI NURHALIZA dan Faizal dengan trofi masing-masing pada AIM 15 di Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 08:18 AM | Show all posts

Berita Harian 4mei 08

Faizal Tahir akur teguran Mufti Perlis

KUALA LUMPUR: Penyanyi Faizal Tahir menerima dengan hati terbuka teguran Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin tetapi pada masa sama sedih kerana ada perkataan yang dikeluarkan itu mengguris hati keluarganya.

"Saya menganggap komen itu positif sebab beliau adalah mufti. Sudah pasti beliau mahu yang terbaik untuk rakyat Perlis," kata naib juara rancangan realiti televisyen, One In A Million (OIAM) itu.

Bagaimanapun, beliau berharap pada masa depan, mereka yang ingin menegur atau mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perilakunya turut memikirkan kesannya kepada keluarga dan mereka di sekeliling beliau.

"Kenyataan sebegini turut memberi kesan kepada keluarga termasuk isteri dan dua anak serta ibu bapa saya," katanya ketika ditemui Berita Minggu pada sesi latihan Anugerah Industri Muzik (AIM) di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), kelmarin.

Mengenai reaksi ibu bapa Faizal sendiri apabila mengetahui berita berkenaan, katanya, mereka terkejut kerana kenyataan berkenaan keluar daripada mulut seorang mufti yang dihormati masyarakat.

"Ibu bapa saya agak terkejut kerana mereka juga mempunyai latar belakang agama yang kuat. Cuma mereka tidak nampak kenapa sampai perlu nama saya disebut. Ia kerana pada mereka jika mahu diberikan contoh pun biarlah secara umum tidak perlu sebut nama sesiapa kerana ia lebih profesional," katanya.

Khamis lalu, Mufti Perlis itu dilaporkan berkata beliau tidak bersetuju Faizal membuat persembahan di negeri itu kerana artis itu berambut panjang, sering meraung dan melompat-lompat ketika persembahan yang tidak sesuai untuk tontonan rakyat Perlis.

Faizal berkata, beliau faham tidak semua orang boleh menerima aliran muzik seperti rock dan dangdut.

Walaupun ada sesetengah pihak menganggap kenyataan Mufti Perlis seperti penghinaan, Faizal berkata: "Saya tidak fikir ia satu penghinaan dan tidak mahu memikirkannya. Jika saya berfikiran ia menghina maka ia akan memberi kesan negatif kepada diri sendiri. Isu ini akan menjadi lebih panjang.

"Perkara ini, buat saya lebih kuat kerana ini ujian untuk saya. Kalau saya tidak kuat mungkin saya terus diam dan tidak lagi menyanyi. Alhamdullilah, saya masih mampu dan mempunyai kekuatan meneruskan kerjaya saya," katanya.

credit to tralala@ Rockensteiners.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-2-2009 08:20 AM | Show all posts

Harian Metro 5 May 08

DM: Mufti, Faizal dan Anuar Zain

Oleh Hartati Hassan Basri

BAGAIMANA reaksi masyarakat apabila orang yang arif mengenai hukum agama dan dilantik sebagai penasihat, mengeluarkan kenyataan mengenai dunia hiburan serta gaya dan penampilan artis tanah air.
Apakah ia dianggap tidak relevan dengan keadaan semasa atau dianggap membangkitkan isu remeh sedangkan banyak lagi perkara yang lebih besar yang perlu diberi perhatian.

Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, baru-baru ini mengatakan penyanyi Faizal Tahir tidak patut dibenarkan membuat persembahan di Perlis selain artis aliran rock dan dangdut.

Alasannya, keperibadian dan tingkah laku Faizal dilihat liar serta kurang matang setiap kali melakukan persembahan dengan melompat dan meraung.

Faizal juga dilihat berada pada tahap krisis identiti kerana tidak tahu hala tuju sendiri.

Malah, tidak tahu siapa dirinya yang sebenar kerana sekejap mahu jadi manusia, sekejap mahu jadi Superman.

Reaksi Faizal terhadap kenyataan itu ialah terkilan kerana luahan mufti itu mencemar nama baiknya sebagai penyanyi, suami dan bapa serta keluarganya.

Saya petik kata-kata ini sebagaimana dilaporkan dalam Harian Metro, Jumaat lalu.

揝aya terkejut apabila ada mufti mengeluarkan kenyataan sebegitu terhadap saya kerana ia bersifat peribadi yang ditujukan kepada saya. Jika beliau tidak suka pada saya, lebih baik diadakan pertemuan secara bersemuka tanpa perlu menghebahkan kepada media,

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 08:29 AM | Show all posts

utusan 4Mei

揊aizal Tahir

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-2-2009 08:31 AM | Show all posts

UTUSAN - 7/05

Nasihat buat Faizal Tahir

TAHNIAH Papa ucapkan kepada penyanyi yang sangat Papa kagumi iaitu Faizal Tahir kerana berjaya mengungguli empat trofi pada AIM15 yang berlangsung hujung minggu lalu.

Papa turut hadir menyaksikan acara gilang-gemilang itu dan Papa memang bersetuju dengan keputusan juri yang memilih album Faizal, Aku.Muzik.Kamu untuk dijulang sebagai Album Terbaik.

Sejujurnya, Papa memang menyukai album tersebut dan ia merupakan antara album terbaik yang dihasilkan tahun lalu.

Terserlah keikhlasan Faizal dalam setiap lagu yang disampaikannya dalam album tersebut kerana Faizal tahu hala tuju muziknya.

Malah, Papa sendiri pun dah tak ingat berapa kali Papa ulang main album Faizal tu baik di rumah mahupun di dalam kereta.

Selain lagu Mahakarya Cinta, Papa cukup suka dengan lagu Batu & Golek, Kerna Kamu dan sudah semestinya, lagu kesukaan Papa iaitu Sampai Syurga.

Papa cukup takut jika Faizal akan menjadi seorang yang lupa diri setelah apa yang dikecapinya setakat ini.

Nasihat Papa buat Faizal agar sentiasa berpijak di bumi nyata dan jangan terus hanyut dengan segala pengiktirafan yang telah diterima. Apa yang Faizal kecapi ini semuanya adalah ujian buat Faizal.

Apa yang Papa mahu adalah untuk Faizal teruskan menghasilkan muzik yang berkualiti kerana Faizal adalah penyambung legasi muzik tempatan.

Kepada artis baru yang lain, jadikan kejayaan Faizal sebagai pembakar semangat buat anda untuk terus menghasilkan produk yang berkualiti.

credit to sharina@ Rockensteiners.net

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 07:34 AM | Show all posts

MM 05/05/08

I dun hav anything against the Mufti.





credit to zandradavis@Rockensteiners. net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 07:36 AM | Show all posts

MStar 7/5/08

Kakak Tua: Mencabut ubi, harus dengan akar-akarnya!
07-05-2008 02:39:34 PM

KITA kena pandai menilai cakap orang. Jangan ikut perasaan bila tengah kecewa atau marah. Bila orang tua atau yang lebih arif daripada kita menegur, janganlah kita angkuh dan cepat bertindak dengan memberi kenyataan balas.

Kemungkinan besar, banyak kebenaran yang boleh didapati dari sebuah teguran dan nasihat. Jangan bersikap 'defensive' tak tentu pasal. Dengar dulu apa yang hendak disampaikan....

Lagipun, nasihat yang baik-baik kalau ditasak selalu akan termasuk juga....'Enak lauk dikunyah-kunyah, enak kata diperkatakan.'

Bila kita ditegur 'bertudung tapi macam tidak bertudung,' 'bersuami tapi macam orang bujang' atau 'bersifat kebudak-budakan kerana meminati Superman', terima dulu komen itu. Fikirkan kebenaran di sebalik kata yang pedih itu.

Lagi tinggi kedudukan kita, lagi ramai mata yang memandang. Lagi banyak 'cacat cela' yang dapat dilihat. Dari pakaian, tutur kata dan cara membawa diri semuanya akan diperhatikan.

Tengok saja Datuk Siti Nurhaliza. Belum bertudung, ramai yang mengesyorkan dia mengotakan janji yang pernah dibuat sebelum ini, yakni untuk bertudung. Sekembalinya dari Mekah, ramai yang menantikan saat Siti bertukar imej ke Muslimah. Kini bila Siti bertudung, ada lagi yang tidak puas hati kerana cara pemakaian tudungnya yang tidak "sempurna" dan "ideal".

Terpulang pada Siti untuk mentarbiyahkan dirinya sama ada ikut cakap orang ramai, ikut hukum menutup aurat yang ideal atau ikut kata hati.

Nasib baiklah, Siti orangnya tidak cepat melatah. Sama ada dia terima sepenuhnya kritikan atau komen, hanya masa saja yang akan menentukan. Sebagai wakil orang marhaen, pesanan Kakak Tua, apabila kita mendongak awan di langit, sesekali jangan lupa rumput di bumi.'

Kadangkala perasaan sayang boleh bertukar rupa kerana sikap artis itu sendiri. Suara yang sedap bak buluh perindu sekalipun tapi kalau sikap menjengkelkan, akan disedari juga satu hari.

Dalam kes Faizal Tahir Vs Mufti Perlis, Kakak Tua faham sangat kekecewaan penyanyi berimej 'Superman' itu yang terpaksa menghadapi kesukaran bertubi.tubi, lepas satu..satu.

Selama ini Kakak Tua selalu menyokong Faizal dari insiden berbuka baju hinggalah ke 'pengharaman' persembahan di Jom Heboh Perlis.

Walaupun Faizal kata dia terima teguran dengan hati terbuka namun bila dia mengeluarkan kenyataan yang dia tidak akan berubah kerana 'saya bukan hipokrit', hati tua ini terus berubah sayangnya dan terpaku cuba mencari 'di mana silapnya'.

Rasanya terlalu awal untuk sesiapapun kata yang kita tidak mahu berubah. Tambahan pula apabila perbuatan yang 'tidak disenangi' sudah ditegur. Jelas sekali apabila kita milik umum, bukan semua orang suka apa yang kita pertontonkan, Faizal kena terima hakikat ini.

Jangan sebab ramai yang tampil (rata-rata artis yang seangkatan dan satu fahaman dengan Faizal) memberi sokongan ketika 'krisis' ribut dalam cawan dengan Mufti Perlis, Faizal terlepas pandang isu sebenarnya.

Suara yang baik, bakat yang besar harus diiringi dengan sikap yang molek. Tak rugi kalau kita merendah diri dan tolak tepi ego kita.

Faizal cukup bernasib baik kerana walaupun 'dihukum,' ramai yang bangun membelanya. Contoh terbaik dalam AIM15 baru-baru ini. Bukan saja dua pengacara Afdlin dan Adibah Nor menyindir dan menyatakan 'protes,' pihak penganjur AIM15 seolah 'memberi restu' dengan menerbangkan 'Superman' Faizal untuk mulakan acara malam itu.

Ketika Adibah Nor melaungkan "Lepas ini semua orang akan kenal Faizal..." - hadirin bertepuk riang, memberi tanda setuju sindiran tajam yang ditujukan khas untuk MB Perlis yang pernah buat kenyataan tidak kenal akan Faizal.

Penghargaan empat trofi di malam AIM 15 seolah memujuk dan mengubat Faizal dan sekaligus menobatkan dia di persada seni.

Faizal harus ingat, yang menegur itu tokoh agama. Bila tiba soal agama, kadang kala kita boleh kompromi tapi selalunya tidak. Yang tidak manis ditegur, yang elok pula dibuat bandingan. Orang terpelajar macam Faizal, kena tahu menilai intan, kaca dan permata.

Betullah kata Mufti, yang 'dok tunjuk-tunjuk jari lagu tu buat apa...'

Teguran yang dibuat oleh Mufti hendaklah diteruskan pada artis-artis lain juga umpama 'Mencabut ubi, harus dengan akar-akarnya' kerana kalau hendak membasmi 'kemungkaran' hendaknya sampai ke tuntas.

KAKAK TUA: Masak sangat perangai dan telatah artis - 'Dangkal telah keseberangan, dalam telah keajukan.'

credit to Rienn@ Rockensteiners. net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 07:37 AM | Show all posts

metro 12/5/08

Depan Mata: Artis bersih, kontroversi
Oleh Hartati Hassan Basri
[email protected]

Rap
BERADA pada kedudukan paling atas pastinya menjadi impian ramai orang. Ahli politik bercita-cita menjadi pemimpin nombor satu negara begitu juga golongan profesional dalam kerjaya masing-masing.
Harian Metro pula terus menjadi akhbar nombor satu sejak empat tahun lalu. Kejayaan ini dikongsi syarikat dengan imbuhan percutian ke Jakarta, Indonesia. Sebelum ini Bangkok, Thailand menjadi destinasi pilihan dan tahun sebelumnya ke Bali, Indonesia.

Saya bersama rakan lain daripada kumpulan pertama, pulang ke Kuala Lumpur hari ini diikuti kumpulan kedua selama empat hari mulai Jumaat depan. Semoga dengan sokongan berterusan pembaca, Harian Metro akan terus unggul.

Dalam dunia seni, digelar penyanyi nombor satu atau artis paling popular tentunya satu pencapaian cukup membanggakan. Dalam hal ini, Datin Seri Siti Nurhaliza mengekalkan gelaran hebat itu sejak melangkah dunia seni melalui kali pertama pada 1996.

Gelaran Penyanyi Wanita Popular dipertahankan selama lapan tahun di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) begitu juga Penyanyi Wanita Terbaik di Anugerah Industri Muzik (AIM) selama sembilan tahun berturut-turut.

Itulah kehebatan anak kelahiran Pahang ini dan mungkin mustahil mampu dicapai mana-mana artis kita. Tidak tahulah pada masa akan datang.

Bagi penyanyi lelaki, untuk tempoh sedekad ini, musimnya silih berganti tetapi sejak beberapa tahun sebelum ini dikuasai Mawi dan akhir-akhir ini Faizal Tahir pula mula menunjukkan taring.

Walaupun gagal dinobatkan juara One In A Million (OIAM) musim pertama, kerjaya Faizal mula bersinar berbekalkan lagu dipertaruhkan ketika final OIAM, Mahakarya Cinta diikuti lagu tema filem Waris Jari Hantu, Kasih Tercipta.

Faizal terus menunjukkan kehebatannya apabila album sulungnya, Aku.Muzik.Kamu dipasarkan. Lagu Mahakarya Cinta dan Kasih Tercipta layak ke Anugerah Juara Lagu ke-22 (AJL22) dan lagu itu disebut-sebut punya peluang cerah melakar kejayaan besar di AJL.

Tapi, menjelang hari kemuncak AJL, Faizal menerima hukuman digantung selama tiga bulan daripada muncul secara langsung di televisyen gara-gara buka baju ketika menjayakan konsert anjuran 8TV. Dua lagu itu dinyanyikan orang lain dan gagal menang sebarang anugerah.

Penyanyi yang memulakan langkahnya dalam dunia seni bersama kumpulan nasyid Mirwana kemudian beralih kepada rock, kembali menyinar sebaik saja dibebaskan hukuman. Hari pembebasannya pada 16 April lalu diraikan dengan kemunculan pertamanya di stesen televisyen.

Faizal mengakui insaf dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan lalu dan mula mengecapi kemanisan sebagai artis apabila menang besar di Anugerah Planet Muzik pada 20 April. Untuk AIM15, Faizal disebut-sebut bakal menang besar apabila menerima paling banyak pencalonan.

Faizal diuji lagi. Beberapa hari menjelang AIM15, Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin, mengatakan Faizal tidak patut dibenarkan membuat persembahan di Perlis selain artis aliran rock dan dangdut.

Alasannya, keperibadian dan tingkah laku Faizal liar serta kurang matang apabila melompat dan meraung ketika mengadakan persembahan.

Bapa dua anak ini dilihat berada pada tahap krisis identiti kerana tidak tahu hala tuju sendiri. Malah, tidak tahu siapa dirinya yang sebenar kerana sekejap mahu jadi manusia, sekejap mahu jadi Superman.

Tapi kepahitan itu dibalas dengan kemanisan apabila menang besar di AIM15 termasuk Album Terbaik, Album Rock Terbaik dan Faizal sendiri menang Persembahan Vokal Lelaki Terbaik.

Pentas AIM15 juga menjadi detik manis buat Faizal apabila membuka tirai persembahan dengan bertenaga melalui lagu Rock & Rolek. Faizal siap terbang sebagaimana idolanya, Superman.

Namun kejayaan dicapai Faizal diiringi kontroversi demi kontroversi. Harap-harap selepas ini tiada lagi kontroversi melanda Faizal supaya terus melakar kejayaan lebih besar.

Berbeza Siti yang melangkah hebat tanpa kontroversi. Cuma apabila penyanyi itu memilih lelaki berstatus duda sebagai suami, imej bersih Siti sedikit tercalar begitu juga penampilannya yang kini bertudung selepas pulang daripada mengerjakan haji.

Tidak lupa, sekalung tahniah buat penyanyi Anuar Zain kerana berani melakukan sesuatu untuk 憁engelakkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 07:40 AM | Show all posts

BH 22/5/08

Hampir lemas rakam klip video
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


PANIK: Faizal menghadapi saat mendebarkan ketika penggambaran klip video Sampai Syurga di Pusat Akuatik Selangor, Shah Alam.



Faizal Tahir kongsi saat cemas ketika penggambaran Sampai Syurga

SANGKA krew produksi apa yang mereka saksi sekadar latihan sebagai persediaan penyanyi kontroversi, Faizal Tahir untuk memulakan penggambaran klip video, Sampai Syurga di Pusat Akuatik Selangor, Shah Alam, baru-baru ini.

Tanpa mereka sedari, penyanyi yang baru merangkul empat trofi pada malam Anugerah Industri Muzik (AIM) 15, 3 Mac lalu sebenarnya sedang bergelut dengan detik mendebarkan dalam hidupnya.



Sebenarnya Faizal hampir lemas ketika penggambaran klip video yang diarahkan Douglas Khoo itu menyebabkan proses rakaman yang bermula di situ sejak jam 1 pagi ditangguhkan dua jam.

Menceritakan detik mencemaskan itu, Faizal berkata, pada permulaan apabila dimaklumkan dia perlu melakukan rakaman dalam kolam yang mempunyai kedalaman 12 meter itu dia agak cuak.

"Saya fobia dengan air kerana pernah mempunyai pengalaman lemas sebelum ini. Saya akui agak berdebar untuk memulakan penggambaran ini, apatah lagi tidak sempat membuat sebarang latihan kerana terlalu sibuk.

"Malah ketika sesi perbincangan saya berterus terang mengenai ketakutan saya tetapi untuk mendapat hasil yang terbaik saya cuba juga memberanikan diri.

"Alhamdulillah, walaupun berdepan detik mencemaskan tiada perkara buruk berlaku. Selepas tertangguh dua jam, saya mengumpul semula kekuatan dan atas semangat yang diberikan semua pihak, kami meneruskan penggambaran hingga selesai menjelang jam 8 pagi," katanya.

Berterima kasih kepada krew produksi serta pengawal keselamatan yang begitu mengambil berat mengenai dirinya sepanjang penggambaran klip video itu, Faizal berkata, rakaman itu antara babak mencabar yang terpaksa ditempuhinya.

Dia berusaha keras mengumpul kekuatan untuk melawan ketakutan, malah katanya berterus terang, dia tidak terkejut jika mendapat demam sebaik penggambaran selesai.

Menggunakan 60 peratus babak di dalam air untuk keseluruhan klip video itu, Faizal berkata, rakaman itu menggambarkan simbolik 'penghijrahan' daripada kehidupan di dunia menuju dimensi kehidupan alam berbeza.

"Babak di dalam air ini menceritakan pergelutan seseorang ketika perjalanan menuju ke alam baru. Bagi saya, apa yang cuba digambarkan ini cukup menarik kerana ia membabitkan banyak kesan khas.

"Paling istimewa apabila penonton akan menyaksikan saya seperti bermain piano di dalam air hakikatnya rakaman itu dilakukan di sebuah studio di Damansara," katanya.

Sebelum bersetuju dengan perjalanan cerita klip video itu, Faizal terlebih dulu tampil dengan ideanya yang tersendiri.

Bagaimanapun, idea itu terpaksa disimpan kerana ia membabitkan kos yang agak tinggi selain menggunakan banyak khidmat pelakon tambahan.

"Ia lebih kepada penggunaan kesan khas, malah penggambarannya juga ringkas kerana tidak banyak memfokus kepada saya sebagai penyanyi.

"Tetapi apa yang saya impikan itu tidak menjadi kenyataan, mungkin kerana ia membabitkan kos yang tinggi. Justeru, kami membuka ruang kepada sesiapa yang mempunyai idea dan apa yang dibentangkan Douglas cukup menarik serta tersendiri," kata penyanyi berusia 30 tahun ini.

Sampai Syurga katanya, mengetengahkan lirik yang universal malah ia melambangkan cinta sejati antara manusia dan Maha Pencipta.

"Ia mengenai cinta yang dibawa sehingga mati dan berterusan apabila kita menempuh sebuah lagi kehidupan selepas kematian," katanya.

Naib juara pertandingan realiti, One In A Million yang membolosi puncak populariti dengan pencapaian cemerlang pada malam AIM15 termasuk merangkul trofi Album Terbaik menerusi album, Aku.Muzik.Kamu bersyukur kerana kejayaan itu memberi impak positif kepada kerjaya nyanyiannya.

Selepas melalui episod hitam apabila digantung daripada menyertai program siaran langsung di televisyen selama tiga bulan, AIM15 menjulang semula namanya sebagai bakat baru yang bakal memberikan cabaran dalam industri hiburan.

"Harus saya akui penggantungan selama tiga bulan itu sedikit sebanyak mengganggu penjualan album itu. Malah, beberapa perancangan termasuk siri promosi terpaksa ditangguhkan untuk meredakan keadaan.

"Alhamdulillah, kejayaan dalam AIM15 membuka laluan baru kepada saya malah turut memperkenalkan semula nama Faizal Tahir dan kehadiran album sulung yang sebelum ini agak kurang disedari," katanya.

Kembali sibuk menyusun pelbagai aktiviti seni, Faizal yang turut mengendalikan program realiti, Gang Starz 2 tidak melihat pembabitannya dalam acara itu mengganggu siri promosi album sulungnya.

Bagi Faizal, apa yang diusahakan ketika ini turut mempunyai kaitan dengan muzik. Bahkan, dia melihat Gang Starz 2 sebagai platform terbaik untuk memperkenalkan albumnya kepada orang luar.

"Hubungan saya dengan peserta luar cukup baik, malah turut menghadiahkan album saya kepada mereka. Ia sebagai satu bentuk promosi kerana siapa tahu usaha kecil ini akan menarik perhatian orang luar untuk lebih mengenali Faizal Tahir dan album Aku.Muzik.Kamu," katanya.

credit to Sharina@ rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 07:42 AM | Show all posts

Mstar 14-05-2008

Faizal hampir lemas untuk 慡ampai Syurga
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2009 07:45 AM | Show all posts

gua.com.my -2 Jun 2008

GUAMUZIK SUPERGIG SUKSES
by Izuan Shah

Kugiran rock dan indie paling laku tanahair bergabung dengan barisan artis solo yang eklektik di konsert Supergig '08 meraikan portal GUAMuzik pada hari Jumaat lepas bermula jam 8.30 malam di perkarangan Stadium Bukit Jalil. Malam itu menyaksikan beberapa duet yang sedap-sedap belaka di antara penghibur-penghibur popular pop dan rock kita.



Walaupun sedikit lambat panas, muncul juga GUA fans yang mula mengerumuni ruang penonton sebaik sahaja persembahan Estranged berlangsung. Estranged yang baru pulang dari Singapura menyiapkan video muzik terbaru mereka dan juga sibuk dengan pembikinan album kedua, pada malam itu menghadiahkan 憇ingle
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 07:47 AM | Show all posts

Majalah Hai 24-30 Mei 08




credit to Rienn@ Rockensteiners. net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 07:48 AM | Show all posts

Sinar Harian 09/06/08

'Dribble' @ Sinar Harian




credit to sharina@rockensteiners .net
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2009 07:50 AM | Show all posts

MTVASIA Faizal Tahir Nominated

Jun 14, 2008



MTVASIA Faizal Tahir Nominated For: Favourite Artist Malaysia

Faizal Tahir was always a hot favorite while contesting in One In A Million, Malaysia抯 first ever reality singing competition. Though he did not win the finals, his fan base was extremely huge and they were hungry for more of his brilliant performances.

Known for his excellent showmanship on-stage, this thirty year old Kuala Lumpur native has also captured the hearts of millions with his passion for music. Not only is he a composer, producer and lyricist, he also plays the guitar, drum and bass, just to name a few.

Faizal抯 debut solo pop rock album 'Aku.Muzik.Kamu' has earned him many awards in the various prestigious award ceremonies including Anugerah ERA, Anugerah Planet Muzik, Anugerah Industri Muzik, and many more.

credit to niki@ Rockensteiners.net
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-2-2025 05:53 PM GMT+8 , Processed in 0.140361 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list