|
Benarkah Allah SWT maha samseng dan bengis serta maha panas baran?
[Copy link]
|
|
Reply #80 kinki's post
Apakah menyembah Tuhan tu satu keikhlasan..ia bukan keikhlasan, tapi satu kewajiban. |
|
|
|
|
|
|
|
Rabiatul Adawiyah dan tingkatan iman.
Pernah suatu hari orang-orang salih datang berziarah kerumah Rabiah. Ketika itu terjadilah tanya-jawab diantara Rabiah dengan tetamu itu berkenaan dengan masalah menyembah Allah. Salah seorang mereka ditanya Rabiah:
“Mengapa anda menyembah Allah?” tanya Rabiah.
“Kerana saya takut akan api neraka,” jawab orang itu.
“Mengapa anda menyembah Allah?” Rabiah bertanya pula pada tetamu yang lain.
“Saya menyembah Allah kerana takut masuk api neraka dan ingin masuk ke dalam syurgaNya,” jawab tetamu itu.
Rabiah menarik nafas panjang kemudian berkata:“Alangkah buruknya seorang hamba yang menyembah Allah hanya kerana mengharapkan syurga dan ingin menghindar dari api neraka!” Sejurus Rabiah terdiam seakan-akan kecewa mendengar jawapan mereka. Kemudian dari bibirnya keluar sebuah soalan:
“Sekiranya syurga dan neraka tidak ada, adakah kamu akan menyembah Allah?”
Hadirin saling berpandangan sesama mereka. Tidak menyangka kalau-kalau pertanyaan seperti itu akan dikemukakan oleh Rabiah. Agak lama tidak seorang pun diantara mereka berani menjawab.Salah seorang mereka itu memecahkan kesunyian dengan bertanya kepada Rabiah:“Kalau begitu, tolong jelaskan kepada kami kenapa anda menyembah Allah?”
“Saya menyembah Allah adalah keranaNya. Nikmat yang dianugerahkanNya kepada saya sudah cukup untuk menggerakkan hati saya untuk menyembahNya!”
Demikian jawapan Rabiah, ringkas tetapi padat.
MORAL OF THE STORY:
Terdapat 3 tahap iman dalam cerita di atas iaitu :
Menyembah Allah kerana takutkan api neraka.
Menyembah Allah keran takutkan api neraka dan inginkan syurga.
Menyembah Allah semata-mata kerana cinta kepadaNya, bukan mengharapkan syurga dan ingin menjauhi neraka.
Sekarang check diri kita.Dimana diri kita berada?
Anda lebih memahami diri anda sendiri dan terpulang pada diri anda untuk meletakkan di tahap keimanan yang mana. Mereka yang berada di tahap pertama akan meninggalkan segala perkara maksiat dari yang besar hingga sekecil-kecil pun dan melakukan ibadah yang wajib. Mereka yang berada di tahap kedua akan menambahkan amalannya dengan yang sunat-sunat.Mereka yang berada di tahap tertinggi, akan meninggalkan dunia dan meletakkan sepenuh cinta kepada Allah s.w.t.
Cinta Rabiatul Adawiyah adalah sangat sukar untuk diungkapkan dan difahami.
(Rujukan : Rabiatul Adawiyah & Cinta; Abdul Mun’im Qindil; Pustaka Syuhada)
______________________________________________________________ |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 16-4-2009 14:23
Apakah menyembah Tuhan tu satu keikhlasan..ia bukan keikhlasan, tapi satu kewajiban.
betul. tp adakah merasa terpaksa??? atau menyembahNYA kerana tulus???? solat juga kewajipan........masih ada yang bersolat kerana terpaksa |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #82 syazmin_husna\ catat
subhanallah.
sememangnya tahap kecintaan seperti ini yang setiap muslimin dan muslimat hendak capai. Peringkat waliyullah (kekasih Allah) dan sememangnya tidak mudah dan bukan sekadar berkata-kata, namun semoga Allah membantu kita dengan kata-kata/pengakuan kita itu untuk terus diberi petunjuk dan hidayah menempuh jalan tersebut.
rakan2 sekalian, lebih lanjut mari kita semak buku hasil Imam Al-Ghazali RA Ihya Ulumuddin dan Minhajul Abidin untuk melihat tahapan-tahapan yang perlu kita tempuh.
Untuk secara mendalam dan lebih halus, kita merujuk Kitab Al-Hikam, oleh ulama besar dalam bidang tassawuf syeikh Ibn Athoillah RA (sila mencari guru untuk suluknya). Subhanallah, kitab ini sungguh menyimpan 1001 rahsia dan hikmah. Moga Allah membantu kita. Amin.
Wallahu a'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #80 kinki's post
tidaklah saya pernah berjumpa ulamak muktabar yang mengatakan mengharapkan syurga Allah dalam melakukan ibadat kepadaNya itu bererti orang itu MEMPERSEKUTUKAN Allah.
Malah Imam Nawawi yang membincangkan secara panjang lebar hadith "innamal a'mmaluu binniyat" dalam kitab Matn Arba'innya (syarah hadith 40)pun tak kata macam tu. Tak percaya cuba pi check tengok kat library atau di rak buku berdekatan.
Malah dalam prakata kitabnya, Imam Nawawi ada memetik satu hadith dhaif riwayat Abu Darda, Ibn Mas'uud, Ibn Umar dll:
"Sesiapa yang menghafal ke atas umatku 40 hadith daripada urusan agamanya, Allah swt akan membangkitkannya pada hari kiamat dari kalangan orang2 yang faqih dan ulama dan aku (Rasulullah saw) adalah pemberi syafaat dan saksi untuknya pada hari kiamat nanti dan dikatakan kepadanya masuklah kamu ke dalam syurga melalui mana2 pintu yang kamu kehendaki. Dia ditulis dari terdiri dari kalangan ulama' dan dihimpunkan bersama-sama para syuhada"
Imam Nawawi berkata ramai ulamak yang mengarang kitab 40 hadith dalam pelbagai topik kerana beramal dengan hadith di atas, dan beliau tidak sekalipun mengatakan ulamak2 ini MEMPERSEKUTUKAN Allah. Mengarang kitab pun ibadat juga, depa buat kerana nak syurga, syirik kah tu?
Atau tidak?
Imam Nawawi dalam membicarakan hadith lain dalam kitabnya itu ada memetik Ibnu Mubarak yang menyebut tentang sifat zuhud yang wajib yang pertama iaitu zuhud terhadap perkara syirik dan beribadat. Allah. Ma'la bin Abu Mut'ii mendefinasikan zuhud sebegini sebagai "Dia mengikhlaskan perbuatan dan katanya kerana Allah, tidak mengharapkan dari kedua-duanya(perbuatan & kata) habuan di dunia".
Dengan itu, jelaslah kita bahawa xyirik itu melibatkan perkara bangsa dunia. Kalau bangsa akhirat itu, tidaklah dipanggil syirik.
Ibn Abbas pun tak pernah mengatakan syirik itu beribadat kerana mencari syurga. Yang banyak diulas ulama pasal tafsir Ibn Abbas itu adalah syirik yang tak nampak (syirik asqhar) iaitulah riyak(menunjuk) dan 'ujub (syok sendiri), keduanya mempersekutukan Allah dengan hawa nafsu kita, yang boleh membatalkan ibadat kita tanpa kita sedari. Itulah yang dimaksud Ibn Abbas "jejak semut yang merayap di atas batu hitam di tengah kegelapan malam".
Malah ada guru yang mencadangkan adalah jauh lebih baik kita mengharapkan balasan syurga dan takutkan azab neraka bila beribadat daripada ibadat kita diracuni oleh kedua2 syirik ini (rasa riyak dan 'ujub). Ini terutama bagi ibadat2 yang dibuat di khalayak umum seperti solat berjamaah (cari pahala 27 kali ganda, nabi nak bakar rumah orang tak solat jemaah, dll), bersedekah (beriman dengan Al Baqarah 261) dsbgnya lagi. Akan tetapi itu tak bermakna ibadat sorang diri tak mengundang rasa 'ujub, seperti solat sunat tahajud. Itu pun boleh bagi perasan sorang hamba yang wara' tu!
(Kalau Imam Ghazali r.a, beliau suruh banyak berzikir Alhamdulillah utk hilangkan riyak dan ujub ni.)
'Ujub atau perasan hebat dan ta'jub dengan kewarakan diri sendiri itu lah yang paling ditakuti dan banyak diwarning ulamak. Marilah kita berhati-hati dan memohon pertolonganNya utk melindungi kita darinya.
Riwayat Ibnu Hibbaan, Sabda Rasulullah saw yang bermaksud:
"Demi jiwaku yang berada dalam genggamannya, tidak ada hamba yang melakukan sebahagian daripadanya (sedekah, amal ma'ruf, membantu orang yg lemah, meninggalkan yg menyakitkan ) kerana mengharapkan apa yang ada di sisi Allah melainkan dibimbing tangannya pada hari kiamat sehingga masuk syurga".
Mengharapkan apa yang ada di sisi Allah atau "yurii dubihaa ma 'indallah" itu antaranya kenikmatan2 di syurga yang telah Allah janjikan, tidaklah menjadi kesalahan itu, malah inshaallah akan dibimbing tangannya ke syurga.
Wallahu a'lam
[ Last edited by always_typo at 17-4-2009 00:02 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #86 always_typo's post
tolong petik dr postings saya #80 yang mengatakan itu syirik??????
saya tidak memaksudkan solat dengan mengharapkan syurga itu syirik...............tp saya cuma memberi peringatan.....betapa syirik itu sukar dikesani............
dan saya tahu semua mukmin mahu balasan syurga......meskipun tak kata macam tu.....
kerana pilihan kita cuma dua, syurga / neraka........
saya pon tak mahu neraka................tp terserahlah kepada Allah utk mencampak saya ke mana....
saya tak layak nak demand2.........saya beribadat sejuta tahun pon, tak akan dapat saya 'claim' syurga dr Allah Taala.......never ever!!!!!
harap saudara faham maksud saya. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #87 kinki's post
oops sori.
Kerana ayat itu tuan bentangkan di celah2 perbincangan pasal "ibadat kerana mengharap syurga" tanpa sebarang ulasan ( tuan cuma quote syirik tapi tak letakkan definasi syirik Ibn Abbas itu iaitu riyak dan 'ujub ) sbb tu saya perjelaskan sedikit kerana saya takut orang lain yang membaca confused dan menganggap saya bersetuju dengan post tuan yg tanpa penjelasan tu dan mereka menganggap "ibadat kerana mengharap syurga" itu syirik !!
Anything can happened in this world!
Saya pun tak pernah kata "demand" atau "mahu", lebih kepada "mengharap" a tau thomaan dan "takut" atau khauf. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #88 always_typo's post
ya betul..............seharusnya saya sertakan penjelasan syirik yg mcmana di dalam ibadah itu. my bad. sorry! |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by abangbikerz at 11-4-2009 20:56
maaf, kalo aku tidak mendengar dari mulut ulamak2 muktabar, aku sendiri pon takkan mengeluarkan kenyataan sebegitu. ...
sifat2 Allah bukan terhad kepada 20 sahaja, ianya tidak terkira. ini ...
Menarik.. bagila detail explanation??
Memang benar sekali.. tidak hairanlah begitu kerana sifat2 buruk dan baik pada manusia ini diciptakan Allah swt sendiri.. Allah swt menciptakan semuanya termasuklah masa, ruang, sejuk, panas, tamak, pemarah, zalim, baik hati, tenang, kasih sayang, takut, berani, dsb..
Pada pemikiran manusia tidak terjangkau kerana aqal kita yg terhad.. Mungkin pada manusia riak, takabbur, panas baran ini adalah sifat buruk.. Tapi sifat2 ini yg Allah swt sendiri cipta yg ada padaNya adalah mulia.. Atau mungkin semua sifat2 ini tidak wujud.. ia Hanya wujud pada dunia kita..
Semoga Allah swt menetapkan iman kita dan dijauhi prasangka buruk syaitan.. Amin
[ Last edited by orghijau at 18-4-2009 01:54 ] |
|
|
|
|
|
|
|
ye le... bagi la penerangan detail. sya ni budak baru belajar. |
|
|
|
|
|
|
|
Sesetengah soalan tidak ada jawapannya.. Terutama sekali perbincangan yg berkaitan sifat dan bentuk Allah swt.. Kerana Allah swt tidak sama langsung dgn apa sekalipun ciptaanNya.. apatah lagi manusia tak boleh membayangkan ciri2 Allah swt, berfikir sampai jadi gila pun tak berguna.. yg kita wajib beriman ialah Allah swt itu SATU..
Contohnya kita tak mengetahui bagaimana ciptaan alam yg satu lagi, alam kematian, alam jin, alam para malaikat, syurga dan neraka yg dikatakan adalah dunia hakiki.. Malah Dunia yg kita hidup sekarang ini adalah dunia ILUSI dan tidak wujud.. Apakah keadaan alam yg benar2 wujud pun kita tak mengetahui.. Adakah alam itu wujud sifat2 gembira, sedih, pemarah, kasih sayang, takut, berani, takabbur, tamak haloba, segala sifat2 yg dicipta Allah swt ini..
Akal dan dunia kita terhad dan ilmu yg diberikan Allah swt kepada makhluknya juga terhad..
Pelihara saja keimanan kita kepada Allah swt agar tidak goyah dgn cara2 org2 kafir menyesatkan kita.. org2 kafir memang menggunakan Al-Quran utk berdebat dgn cara2 begini..
malah aku pernah dengar ayat2 org kafir (tak beriman) yg lebih dasyat dan memang cukup untuk menggoyahkan iman seorang islam.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #83 kinki's post
Habitual action tersebut bukan ke ada dinyatakan dalam Quran kalau aku tak silap..Yang mana ada ayat mengatakan orang yang membiasakan diri dia membuat kebaikan dan akhirnya terus menerus membuat kebaikan kerana telah terbiasa dan kerana itu dia mendapat pahala yang tidak putus2. So, memang kalau kau dah buat, akhirnya jadi habit la, kan...As long as kau buat, daripada kau tinggalkan solat tu terus... |
|
|
|
|
|
|
|
Persoalan dlm Ibadat tidak wujud Ikhlas, Tidak Ikhlas, Nak dan Tak Nak. Sesuatu makhluk adalah fitrahnya MENYEMBAH Penciptanya. Dengan kata lain makhluk WAJIB MENYEMBAH Penciptanya dalam keadaan tidak ikhlas atau ikhlas sekalipun. Tetapi hakikat penciptaan manusia berlainan kerana ia diberi pilihan aqal dan nafsu. Oleh itu wujud sistem pahala dan dosa didalam dunia makhluk manusia. Makhluk yg dekat kepada penciptanya adalah semakin dekat ia didalam dunia hakiki atau realiti. Bak kata sebuah kereta yg tidak pernah berjumpa tuannya maka semakin haus dan rosak ia di tempat asing.
Oleh kerana itu Allah swt menurunkan Al-Quran dalam dunia manusia maka pada makhluk yg berpaling dari Penciptanya dan dunia hakiki, jauhlah ia dari rahmat penciptanya. Hidup pun menjadi terkontang-kanting mengikut arah penciptaannya sendiri.
-edited- |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #93 eastrun's post
bagi aku la kan......steadfast or istiqamah dalam melakukan sesuatu tu tak sama dengan sesuatu yg habitual.......kedua2nya mungkin berterusan tp bg aku niat yang membezakan....sbb kdg2 bila benda tu dah jadi tabiat, kita akan lupa fokus kita yang sebenarnya....(mungkin aku je kot yg mcm tu....)
just my 2 cents...wAllahua'lam. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 altimi\ catat
mana kau dapat ni??? tuan guru nik ajis ke ajar. kalau Allah zalim, kita x de kat dunia ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Sebenarnya perkara ni telah diterangkan semasa kecoh awal-awal 2001 / 2002 .. tak ingat aku.. ABIM pun dah perjelaskan.. Maksudnya Maha Samseng, Maha Zalim ni camni la.. kalo kita samseng dengan manusia semasa di dunia, Allah akan lebih samseng dengan kita semasa di akhirat, kalo kita zalim di dunia, Allah akan lebih zalim kepada kita di dalam akhirat.. kan banyak kali Allah tegaskan dalam Al-Quran "sesungguhnya azabku amatlah pedih" .
Dalam Surah At-Tin ayat terakhir "kemudian kami campakkan kamu ke tempat sehina-hinanya kejadian (bagi orang yang tidak beriman dan beramal soleh )"
Dalam Surah Al-Ma'un " maka celakalah ( atau neraka wail lah)" bagi mereka yang solat. di mana dalam solat mereka itu lalai (melambat-lambatkan atau lalai semasa solat)"
Nama Allah Al-Mutakabbir ... apa maksudnya ? sedangkan perkataan mutakabbir dari perkataan kabara sama dengan Allahuakbar tapi kenapa digunakan Al-Mutakabbir. ? Cari maksud nama ini dan fahamkan dengan sesungguh-sungguhnya. |
|
|
|
|
|
|
|
Orang-orang terdahulu banyak yang binasa(menjadi sesat tanpa disedari) disebabkan, berbincang tentang zat Allah, kita digalakkan memikir alam sekeling dan mencari bukti2 kebesaran Allah swt. Inilah yang disuruh. Moderator, tak bolehke tukat tajuk topik ini kepada yang lebih sopan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eastrun at 16-4-2009 12:01
Aku rasa beramal kerana syurga tu just to motivate diri kita je supaya kita terus menerus buat amalan..Samalah macam Allah sengaja campakkan kau dalam masalah dan kemudiannya mengilhamkan kau car ...
Ini saya copy paste dari perbincangan yang lepas2, harap dapat memecahkan kebuntuan.
Persoalan Ikhlas ? Mengharap Pahala, redha, ampunan, rahmat, surga
1. Di akhir-akhir ini rata-rata kita dengar bahawa beramal kerana nak pahala dan surga itu dikatakan tidak ikhlas, ada juga yang berkata ? saya beramal hanya kerana Allah dan tidak mengharapkan apa-apa?, mari kita selidik semula samada kata-kata ini merupakan kebenaran atau kebohongan yang merupakan fahaman yang rosak dalam umat islam, mari kita semak berdasarkan dari Ayat al-Quran, Hadist nabawi, hadist Qudsi, kata-kata para sahabat-sahabat nabi dan penerangan-penerangan dari ulamak sufi yang besar-besar dan muktabar
2. Juga kita kaji kesan-kesan sampingan jika mengabaikan hadist-hadist fadhail amal.
Persoalan, bolehkah beramal untuk:
niat mahu PAHALA
niat mahu SURGA
niat mahu Redha
niat mahu rahmat
niat untuk keampunan
niat takutkan azab
Sebelum kita pergi jauh mari kita imbas kembali tentang definasi ikhlas sekali lagi.
Ikhlas maksudnya semata-mata menunaikan perintah Allah kerana Allah, dan meninggalkan larangan Allah kerana Allah. Lawan dari ikhlas ialah melakukan sesuatu bukan kerana Allah, diantara contohnya:
1. Riak ? Mahu dipuji, mahu disanjung, mahu dihormati, mahu glamour.
2. Ujub ? Kagum dengan kebagusan diri sendiri yang boleh melakukan amal-amal, merasa hebat.
3. Dunia ? Menjual agama untuk keuntungan dunia supaya dapat harta, pangkat dan sebagainya.
4. Muslihat- Berpura-pura berbuat baik supaya dapat dipilih oleh manusia.
Amalan yang tidak ikhlas akan ditolak diakhirat nanti, tiada pahala bahkan mendapat dosa. Sekarang kita ringkaskan bab ini supaya senang difahami dan dapat dijadikan pedoman, jika didapat dalam diri anda ada fahaman yang menyeleweng maka betulkanlah, mudah-mudahan kita semua akan mendapat pimpinan ke jalan yang lurus berdasarkan petunjuk yang benar-benar diyakini dan boleh dibuat pegangan. Insyaallah.
Mari kita lihat dalil-dalil yang boleh menjawab persoalan dan membetulkan fahaman songsang sesetengan orang berkaitan Persoalan, bolehkah beramal untuk:
niat mahu PAHALA
niat mahu SURGA
niat mahu Redha
niat mahu rahmat
niat untuk keampunan
niat takutkan azab
MAHU PAHALA DAN SURGA, TAKUT NERAKA
Dalil dari Al-Quran:
agar Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri .(Faathir:30)
Orang-orang yang mereka seru itu, mereka sendiri mencari jalan kepada Tuhan mereka siapa di antara mereka yang lebih dekat dan mengharapkan rahmat-Nya dan takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu adalah suatu yang ditakuti. (Al-Istaa':57)
Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhanmu dan kepada surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,(Ali-Imran:133)
Dalil dari Hadist Rasulullah saw
Sabda Rasulullah SAW:
"Pejuang di jalan Allah akan diangkat 100 darjat di surga yang setiap darjat adalah antara langit dan bumi" (HR Bukhari)
Dari Abdullah Ibnu Mas'ud ra. berkata: Rasulullah saw bersabda:
Barangsiapa yang membaca satu huruf dari kitab Allah akan ditulis baginya satu kebaikan. Dan satu kebaikan itu digandakan sepuluh kali ganda. Aku tidak mengatakan Alif laam miim itu satu huruf, tetapi alif satu huruf, laam satu huruf dan miim satu huruf yang berasingan. (HR Tarmizi)
Dari abdullah ibn amr ra berkata: Aku bertanya wahai Rasulullah! apakah ganjaran majlis zikirullah. Baginda saw menjawab: Ganjaran bagi majlis zikrullah adalah surga, adalah surga. (HR Musnad Ahmad, Tabrani, Majma uz Zawaaid)
Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda: Barangsiapa duduk dalam satu majlis tanpa zikir kepada Allah, dan tidak berselawat kepada nabi SAW maka pada hari kiamat kelak apabila melihat kepada ganjaran(zikir dan selawat) nescaya akan menyesal. malaupun dia dapat memasuki surga (melalui amal-amal yang lain). (HR Ibnu Hibban)
Dari Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa nabi SAW bersabda bahawa Allah swt berfirman: Barangsiapa yang telah ku ambil dua anggota yang dicintainya(Yaitu mata), kemudian dia bersabar dan dia mengharapkan ganjaran, tiada ganjaran baginya kecuali surga. (HR Tirmizi)
Dalil dari kata-kata Ulamak Tasawwur yaitu Imam Al-Ghazali
Bukti bahawa beramal hendaklah secara bijak dengan memilih nilai pahala yang besar, memang dianjurkan oleh ulamak sufi, buktinya dari Petikan dari kitab: Petunjuk permulaan, m/s 17
Pengarang Imam Al-Ghazali rah.
.... Sehabis itu pergilah engkau ke masjid untuk melakukan sembahyang subuh dengan berjamaah. Janganlah engkau melalaikan sembahyang subuh. Nilainya sembahyang jamaah itu 17x lebih baik dari daripada sembahyang sendirian. Maka apabila engkau melalaikan nilai lebih laba(keuntungan) kerohanian yang seperti ini, apakah untungnya ilmu yang engkau tuntut selama ini?, oleh kerana buah ilmu itu letaknya disini, yaitu dalam amal bakti didasarkan atas hal sebagaimana diterangkan diatas tadi.
-----------------------------
Dimuka surat yang lain pula:
..Taat disini maksudnya menurut dan patuh kepada aturan dan ketentuan-ketentuan yang diatur Allah swt. Diterangkan bahawa perintah-perintah Allah terbahagi dua, yaitu tentang pekerjaan-pekerjaan wajib( Fardhu ) dan pekerjaan-pekerjaan nawafil ( Sunat). Pekerjaan fardhu merupakan pokok yang paling besar yang mengerakkan setiap urusan membawa manusia kejalan selamat dan bahagia. Pekerjaan nawafil atau sunat merupakan laba( keuntungan ) memberikan manusia darjat dan keuntungan yang sangat tinggi.
Nabi SAW telah bersabda yang ertinya, Allah yang maha tinggi telah berfirman: " Sesiapapun tidak dapat disebut mendekatkan diri kepadaku dengan menunaikan kewajipan fardhu saja, tetapi seorang hamba dapat disebut mendekatkan diri kepadaku dengan mengerjakan berbagai kebajikan, hingga akhirnya aku mencintainya. Maka apabila aku mencintainya, Aku merupakan telinga bagi pendengarannya, mata bagi penglihatannya, lidah bagi pengucapannya, tangan bagi setiap usahanya, dan kaki bagi setiap langkahnya".
|
|
|
|
|
|
|
|
Dalil Dari Kelakuan Dan Gelagat Sahabat-sahabat Nabi SAW
Apa yang hendak disampaikan disini ialah tidak ada salahnya jika beramal Kerana Allah mengharap pahala, surga, keampunan, redha, rahmat. Disini saya bawakan lagi satu kelakuan dan gelagat sahabat2 nabi berkaitan fadhilat, yang mana Rasulullah ada bersama mereka.
Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Rasulullah saw besabda: Sesungguhnya Allah menurunkan rahmat keatas orang-orang yang berdiri disaf sebelah kanan dan para malaikat berdoa keampunan untuk mereka. (HR Abu Daud)
Dari Ibnu Abbas ra meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Barangsiapa yang berdiri di saf sebelah kiri masjid, kerana kurangnya ahli (jamaah) maka dia akan mendapat dua kali ganda ganjaran (HR. Tabrani, Majma uz Zawaid)
Keterangan: Para sahabat r.hum apabila mengetahui bahawa saf sebelah kanan lebih afdhal daripada sebelah kiri, maka mereka berlumba-lumba untuk berdiri disebelah kanan sehingga sebelah kiri menjadi kosong, maka ketika inilah Rasulullah SAW memberi kelebihan bagi mereka yang berada disaf sebelah kiri(Muntakhab ahadith)
Apa yang hendak disampaikan disini ialah tidak ada salahnya jika beramal Kerana Allah mengharap pahala, surga, keampunan, redha, rahmat.
UCAPAN SAIDINA UMAR AL-KHATTAB RA
Dari Muaz ibn Anas Al-Juhaniy ra meriwayatkan bahawa nabi saw bersabda: Barangsiapa yang membaca surah Al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali sehingga tamat akan dibinakan oleh Allah untuknya sebuah mahligai disurga. Umar Ibn Khattab ra berkata: Ya Rasulullah! kalau begitu saya akan membaca lebih banyak lagi!. Nabi SAW menjawab: Allah sebaik baik pemberi ganjaran dan lebih banyak daripada itu. (HR Musnad Ahmad)
PERTANYAAN SEORANG SAHABAT
Terdapat seorang sahabat yang berkulit hitam, hodohdan miskin yang datang bertanya kepada Rasulullah SAW, apakah yang dibalasi kepada diriku yang serba kekurangan itu jika mati syshid di jalan Allah. Rasulullah saw menjawab, "Kamu akan masuk surga", Dia kemudian melompat kemedan peran sehingga syahid. Rasulullah kemudian memberitahu kepada sahabat bahawa Allah telah menukarkan wajah sahabat itu menjadi kacak, harum dan kaya-raya. Rasulullah kemudian memberitahu para sahabat bahawa baginda melihat bidadari sedang menarik-narik bajunya.
Hadist Qudsi:
Dari umamah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah saw ketika meriwayatkan satu hadist Qudsi telah bersabda: Wahai anak Adam!, Jika engkau terus bersabar(bilamana hilangnya sesuatu darimu) dan engkau harapkan pahala, maka aku tidak rela membalasimu dengan balasan yang lebih rendah dari surga (HR Ibnu Majah)
** Hadist Qudsi adalah Firman Allah yang tidak termasuk dalam Al-Quran, tetapi ia dalam bentuk hadist sabdaan nabi SAW.
-------------
Dari Abu Mas'ud ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: Bilamana seseorang berbelanja terhadap ahli keluarganya dengan meniatkan pahala, maka (dengan perbelanjaannya itu) dia akan mendapat pahala sedekah. (HR Bukhari)
----------------
Dari 'Abdullah bin 'amr bin 'As r.huma meriwayatkan bahawa Rasulullah saw telah bersabda: Bilamana Allah swt mengambil dari orang beriman seseorang yang dikasihinya, dan dia bersabar terhadapnya sambil mengharapkan pahala dan dia mengatakan perkara yang disuruh untuk menyebutnya (Ucapan Inna lillahi wainna ilaihi raji'un umpamanya) maka Allah taala tidak akan berpuas hati untuk memberinya balasan yang lebih rendah dari surga. (HR Nasa'i)
---------------
Semuga dapat menjadi pelajaran dan pembetulan dalam fahaman bagi orang-orang yang telah salah faham dengan fadhilat, ikutlah jejak langkah Nabi dan Para sahabat, mereka adalah orang yang terbaik dalam semua zaman, dan darjat sebahagian dari mereka ada yang layak menjadi nabi, dan sebahagian besar hampir layak menjadi nabi dan sebagainya, tetapi oleh kerana tidak ada lagi nabi selepas nabi SAW, maka mereka hanya layak sahaja. darjat mereka(sahabat) lebih tinggi dari darjat wali Allah,Nabi adalah guru yang terbaik dan sahabat-sahabiah adalah murid terbaik dalam semua zaman, samada sebelum atau sesudah.
Umat Islam sememangnya tidak boleh lari daripada berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah, kerana dengan berpandukan kepada kedua-duanya, perjalanan hidup manusia di muka bumi ini, dijamin tidak akan sesat selama-lamanya. Al-Quran dan Al-Sunnah merupakan pusaka peninggalan Muhammad saw, sebagaimana sabdanya :
Bermaksud : " Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, kamu tidak akan sesat selama-lamanya, jika kamu berpegang teguh kepada kedua-duanya iaitu kitab Allah (Al-Quran) dan sunnah Rasulnya," ( Di riwayatkan Abu Daud dan Ibnu Majjah ).
---
(Sunan Abi Daud yang meriwayatkan hadith daripada Sulaiman b. Mu'adz, Muhammad b. Al-Munkadir dan Jabir b. 'Abdullah bahawa Nabi SAW bersabda):
"Tiadalah dipohonkan wajah(dzat)Allah melainkan (akan diperolehi) surga. "
Nabi SAW bersabda: "Menyapu masjid-masjid itu merupakan maskahwin bidadari surga. " (H.R. At-Tabrani menerusi Qursaafah)
(At-Turmudzi, Hakim dan Al-Baihaqi telah meriwayatkan hadith menerusi ?baidah b. Samit? dimana Nabi s.a.w. bersabda):
"Sesungguhnya dalam syurga itu terdapat 100 darjat, antara setiap dua darjat adalah sebagaimana antara langit dan bumi, sedang surga Firdaus adalah setinggi-tinggi darjat surga, di atasnya 'Arasy dan daripadanyalah mengalir sungai-sungai surga yang empat. Maka apabila kamu bermohon kepada Allah, maka mohonilah syurga Firdaus" .
Dari Ibnu Mubarakmengeluarkan Hadith menerusi Ab. Karim b. Harith bahawa Nabi SAW barsabda:
"Sesiapa sembahyang sepuluh rakaat antara Maghrib dan 'Isyak, akan dibinakan Allah untuknya sebuah mahligai di surga" .
Ahkir sekali betulkan niat kita dengan mengharap keridhaan Allah, keampunannya dan ganjaran disisinya(surga), dan mengharapkan pertemuan dengannya. Oleh itu beramallah sebanyak-banyaknya, Allah swt tidak akan sia-siakan amalan kita. selain itu ketahui juga perbuatan-perbuatan yang boleh merosakkan amalan seperti dengki yang boleh memakan amalan seperti api dalam sekam dan lain-lain. Insyaallah..Sampaikan kepada kawan-kawan anda, mungkin asbab anda dia akan faham dan menjadi tekun beramal..insyaalllah..
|
|
|
|
|
|
|
| |
|