CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Dicota8

Polemik AF is not a singing competition : siapa mastermind statement itu?

[Copy link]
Post time 6-4-2009 11:47 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 6-4-2009 11:44
pasan gak ek?



Aku pun perasan gak.....Tiap kali sesi kritikan....Diorang pun busy sesama mereka nak mengkritik....
Agaknya sebab Pengetua tu Perempuan kot.....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2009 11:49 AM | Show all posts
hehehe

anak2 murid kena behave

tapi cikgu-cikgi?
dapat plak pempuan sama pempuan

abes laaa

orang bckp dia pun nak bckp
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 11:51 AM | Show all posts

Reply #82 Syd's post

tu la.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 11:52 AM | Show all posts
s
Originally posted by cloudnine_mm at 6-4-2009 11:47



Aku pun perasan gak.....Tiap kali sesi kritikan....Diorang pun busy sesama mereka nak mengkritik....
Agaknya sebab Pengetua tu Perempuan kot.....



setuju...pengetua pompuan emo lebih kali ni...sblm ni pengetua laki rilek and cool je....pompuan biasela sentap lebih...kat situ jugak die nak menjawab...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 11:53 AM | Show all posts
pengetua tu tahu ke

apa pengkritik tu dok deliver?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 11:57 AM | Show all posts
sonok masa mnasir ngan abg chokeng dulu. student kena kritik, depa cool aja.

musim ni tiap kali student dapat komen, cikgi2 chot chet chot chet mcm makcik2 bergosip sambil pilih ikan. bila dapat puji, depa yang over tepuk tangan sambil hangguk2 pala.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-4-2009 11:58 AM | Show all posts

Reply #86 icelemontea's post

orang dok tgk..
dok tulis dalam buku nota
apa nak pesan kat student
bila masuk kelas minggu depan

ni dorang sibuk bergosip
dok nak blawan ngan pengkritik


dulu tak berani..

nak kena tangan ker?
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 12:37 PM | Show all posts
Pengkritik AF7 disanggah
Oleh Nor Akmar Samudin
[email protected]

Rap
DRAMA sudah bermula pada konsert minggu keempat Akademi Fantasia musim ketujuh (AF7) yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, Sabtu lalu. Bila mana kritikan dilemparkan pengkritik tetap dan undangan, Adlin Aman Ramlie, Edrie Hashim, Datuk Siti Nurhaliza Tarudin dan Suhaimi Abdul Rahman atau Amy Search disanggah tenaga pengajar AF7.

Tiada guna mengundang pengkritik jika tenaga pengajar berasakan pelajar mereka sudah terlalu bagus dan tidak boleh ditegur. Sesuatu yang tidak patut berlaku apabila perkara itu terjadi di hadapan dua penyanyi tersohor negara. Lebih 25 tahun Amy dalam persada seni suara tanah air sehingga digelar legenda rock negara. Sudah tentu dia lebih memahami dan mengerti apa yang berlaku serta diperlukan dalam industri hiburan negara.

Siti pula sudah menerima beratus anugerah dalam dan luar negara. Biarpun sudah berstatus isteri kepada ahli perniagaan terkenal Datuk Sri Khalid Mohd Jiwa, kehebatan Siti dalam dunia nyanyian belum ada tandingan. Konsert malam itu pula adalah tribut kepada dua penyanyi kebanggaan negara itu.

Untuk menunjukkan transformasi yang berlaku dalam AF musim ini, pelajar lelaki menyanyikan lagu Siti dan pelajar perempuan membawakan lagu Amy. Sudahlah begitu Siti dan Amy juga dijemput khas untuk mengkritik pelajar yang menyanyikan lagu mereka. Sungguh besar sekali penghargaan yang diberikan kepada mereka.

Namun akhirnya atas nama transformasi 'penghormatan' yang diberikan kepada kedua-dua artis itu tercalar apabila sedang mengkritik, tiba-tiba guru motivasi dan bahasa Inggeris, Fatimah Abu Bakar, bangun mencelah AF bukan pertandingan menyanyi tetapi mencari penghibur.

Selepas pelajar keenam, Akim (Afiq Hakim Ahmad, 19) selesai membuat persembahan, guru vokal persembahan, Siti Hajar pula dengan tegasnya memberitahu sekalian hadiran yang memenuhi dewan itu semua lagu yang dinyanyikan pelajar dipilih tenaga pengajar. Ini kerana apabila pengkritik mengatakan sesetengah lagu yang dinyanyikan tidak sesuai dengan vokal pelajar itu.

Termasuk musim ini sudah tujuh tahun AF bersiaran dan seantero Malaya tahu semua lagu adalah pilihan tenaga pengajar. Jadi apa perlunya Siti Hajar menjelaskan perkara remeh itu kepada penonton yang semestinya sudah terlalu faham peraturan di AF.

Hak pengkritik untuk mengkritik. Atas kritikan itu semaklah lagu genre apa sesuatu dengan pelajar itu. Namun bukan pula kesalahan besar jika tenaga pengajar mahu pelajarnya mencuba pelbagai genre lagu. Daripada kritikan itu, barulah pelajar itu tahu kekuatan suaranya di mana dan sesuai untuk lagu apa.

Pihak penerbitan AF7 menjemput dua artis ternama untuk mengkritik pelajar tiba-tiba pendapat mereka disanggah tenaga pengajar lalu dimanakah terletaknya kredibiliti pengkritik itu dan secara tidak langsung menjatuhkan maruah mereka. Dek kerana itu juga, pengkritik bagaikan kehilangan mood untuk menegur.

Jika tenaga pengajar 'membela' pelajar depan pengkritik sendiri, pasti ada pelajar menganggap kritikan yang diberi kepada mereka tidak penting lagi untuk mereka.





Pada sidang media yang diadakan selepas konsert itu berakhir, Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul berkata tenaga pengajar diberi peluang 'menyampuk' pada konsert itu adalah elemen baru dalam AF7.

Pada pertemuan itu juga, pengkritik meluahkan ketidak puasan hati mereka. Adlin berkata, tenaga pengajar sudah mempunyai cukup masa dalam kelas untuk mengajar jadi biarlah pengkritik melakukan tugas mereka pula.

Edrie pula menambah disebabkan itu juga, ia memberi kesan kepada kritikannya yang terpaksa mengeluarkan kata-kata yang mungkin 'menyejukkan' hati tenaga pengajar.

Amy selaku orang lama dalam industri meluahkan kata-kata yang dia hadir pada malam itu untuk memberi semangat kepada pelajar dengan memberi sedikit tunjuk ajar.

揝aya datang ke konsert ini untuk mengkritik ke arah kebaikan dan bukannya menjatuhkan pelajar. Kalau dia penyanyi bagus tetapi tidak ada apa yang dapat ditunjukkan kepada ke penonton, nescaya dia tidak akan ke mana.

揔esudian saya ke konsert ini untuk memberi semangat kerana kalau suatu hari nanti mereka akan ikon kepada peminat,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-4-2009 12:45 PM | Show all posts
pengetua harus immune katenye
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 12:46 PM | Show all posts

Balas #86 icelemontea\ catat

cikgu aris tapat nak join sebb level gossiping tak menepati kriteria...
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 01:14 PM | Show all posts
oh well.. strategi makan diri nampaknye..
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 02:07 PM | Show all posts
Cikgu Fati nampaknya dah tersilap ckp..
patot dia ckp..


'AF IS NOT ONLY A SINGING COMPETITION'

Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 02:13 PM | Show all posts

Balas #92 kakJAHku\ catat

aku pon rs dia tersilap cakap....
Reply

Use magic Report

Post time 6-4-2009 07:51 PM | Show all posts
Originally posted by catstitch at 6-4-2009 14:13
aku pon rs dia tersilap cakap....


bukan saja silap cakap

malah silap masa untuk bercakap

tak sepatutnya cikgu tu bangun dan mencelah masa konset berlangsung

mcm tak hormat pengkritik labgsung

bg aku...tenaga pengajar2 ni yang tak nak terima kelemahan diri..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 07:02 AM | Show all posts
Drama Akademi Fantasia bermula

Oleh SHAZRYN MOHD. FAIZAL
[email protected]



MESKIPUN tersingkir, aksi Zizi sewaktu menyampaikan lagu Aku Dah Bosan disifatkan sebagai antara yang terbaik malam itu.

RANCANGAN realiti paling popular di Malaysia, Akademi Fantasia (AF) memang cukup sinonim dengan elemen kejutan yang mampu menjadikan ia sebagai sebuah drama minggu ini.

Memasuki musim ketujuh sejak bersiaran pada tahun 2003, elemen itu tidak pernah terlepas daripada dimainkan oleh pihak produksi sehingga sampai ke tahap menjadi begitu klise dan memualkan.

Babak percintaan antara pelajar dan kejutan penyingkiran lebih daripada dua pelajar dalam satu malam antara elemen kejutan yang sudah sebati dengan AF.

Malam Sabtu lalu AF7 muncul dengan sebuah lagi drama yang boleh dikira cukup hebat dengan jalan cerita serta ditambah dengan lakonan yang cukup mantap oleh pelakonnya.

Bukan lakonan oleh para pelajarnya tetapi oleh dua orang tenaga pengajarnya, Siti Hajar dan Fatimah Abu Bakar yang boleh dikira sudah sebati dengan AF sejak dari musim pertama lagi.

Ini senarionya. Empat pengkritik diundang untuk mengkritik persembahan pelajar pada konsert minggu keempat yang berlangsung di Dewan Sri Putra, Bukit Jalil, malam Sabtu lalu.

Dua pengkritik tetap, Edrie Hashim dan Adlin Aman Ramlie ditemani oleh dua ikon negara iaitu Datuk Siti Nurhaliza dan Amy Search yang menjadi pengkritik undangan sementelah tema minggu lalu yang mengangkat lagu-lagu popular dua penghibur kebanggaan negara itu.

Sedang enak para pengkritik memberikan maklum balas kepada peserta selepas membuat persembahan, bermula dengan Fatimah dan seterusnya oleh Siti Hajar, tiba-tiba bangun dan bersuara sehingga dewan menjadi hingar-bingar seketika.

Masakan tidak, sepanjang enam musim berlangsung, belum pernah lagi tenaga pengajar diberi kuasa untuk membidas dan menyerang balas segala kritikan yang diberikan oleh para pengkritik.

Apatah lagi, tenaga pengajar yang bersuara itu merupakan mereka yang sudah sedia maklum tentang misi dan objektif Akademi Fantasia yang mahu mencari seorang bakat baru yang mampu menjadi seorang penghibur.

Apabila tenaga pengajar bersuara, ia seolah-olah memberi satu implikasi buruk kepada diri mereka sendiri yang seolah-olah gagal membentuk pelajar mereka untuk memberikan persembahan yang baik.

Bukan itu sahaja, tindakan mereka itu juga bagaikan merendahkan kredibiliti dan menjatuhkan maruah pengkritik yang telah diundang untuk mengkritik persembahan pelajar.

Lantas, ia telah menyebabkan keempat-empat pengkritik itu sudah tidak lagi teruja untuk memberikan komen sedangkan kehadiran mereka adalah untuk memperbaiki kelemahan para pelajar dalam usaha melahirkan seorang penghibur seperti mana yang dilaungkan oleh AF.

Difahamkan, para pengkritik sudah diberi garis panduan untuk memberikan kritikan mereka kepada pelajar dan sudah pasti, mereka sedia maklum serta tahu apa yang perlu dikatakan.

Jika inilah yang dikatakan transformasi untuk musim ini sebagaimana sering dilaungkan oleh pihak Astro, ia bukanlah sesuatu yang boleh dibanggakan sebaliknya ia merupakan tindakan yang mencalar prestij AF oleh tenaga pengajarnya sendiri.

Andai ada perkara yang tidak memuaskan hati, bukankah lebih elok selesaikan segala permasalahan selepas konsert berlangsung daripada mahu menunjuk kehebatan serta kekebalan mereka sebagai tenaga pengajar di kaca televisyen.

Kalau begitu, adalah lebih afdal bermula minggu ini, usah lagi mengundang pengkritik untuk memberikan komen tetapi sebaliknya tempatkan semua tenaga pengajar di kerusi pengkritik untuk memberikan komen.

Apabila diajukan tentang perkara itu kepada Pengurus Saluran Astro Ria, Khairul Mizan Shagul tentang 'drama terbaru' terbitan produksinya itu, ini jawapan yang diberikan.

"Inilah elemen baru yang kami terapkan untuk musim ini. Sudah lama kami memikirkan elemen ini dan kami memutuskan untuk memperkenalkan konsep ini dalam AF7.

"Tindakan tenaga pengajar memberikan hujah mereka adalah untuk menjernihkan serta menjelaskan tentang apakah yang sebenarnya ingin dicari menerusi AF.

"AF bukanlah semata-mata pertandingan menyanyi tetapi pertandingan untuk mencari seorang penghibur," katanya sewaktu sidang akhbar selepas tamat konsert.

Perlukah diulas lagi tentang jawapan itu? Biarlah pembaca menilainya sendiri dan membuat kesimpulan.

Memang benar misi AF sejak tahun 2003 adalah untuk mencari seorang penghibur yang mampu memberikan persembahan energetik dan memukau di atas pentas, tetapi, kalau gagal mempamerkan mutu vokal yang baik, tidak ada apa yang mampu dibanggakan.

Itulah yang cuba diterangkan dan diluahkan oleh para pengkritik. Tetapi nampaknya ia tidak mampu diterima dengan baik oleh pihak akademi dan tidak perlu untuk mereka menjadi terlalu emosional.

Wartawan yang hadir pada sidang media itu juga menantikan kehadiran tenaga pengajar untuk meluahkan isi hati mereka, namun tidak pula nampak bayang mereka.

Dikhabarkan, mereka tidak mahu hadir walaupun sudah puas dipujuk oleh pihak produksi untuk sama-sama menyertai Khairul dan pengetua AF7, Datin Seri Tiara Jacquelina.

Sementara itu, satu yang menarik untuk diperkatakan tentang konsert keempat adalah transformasi apabila lagu penyanyi wanita diberikan kepada pelajar lelaki dan sebaliknya.

Lebih-lebih lagi apabila AF7 mengangkat dan menghargai lagu-lagu nyanyian Siti dan Amy yang merupakan penyanyi dan penghibur ternama negara itu.

Setidak-tidaknya, ia merupakan cabaran untuk para pelajar dalam membina nama dan kredibiliti sebagai penghibur seperti mana yang dimahukan oleh pihak Astro.

Seperti biasa, pelajar kelahiran Kuching, Sarawak, Mohd. Hafiz Mohd. Suip atau Hafiz mempamerkan kecemerlangannya untuk kali keempat berturut-turut apabila menjadikan lagu Cinta Ini bagaikan lagunya sendiri dengan susunan muzik yang penuh energetik.

Lagu yang dicipta oleh Katon Bagaskara dan dimuatkan dalam album terbaru Siti, Lentera Timur itu memang kena dengan vokalnya.

Hafiz bijak mewarnakan lagu itu dengan gayanya yang tersendiri dan tidak mustahil, selepas ini lagu Cinta Ini akan menjadi siulan ramai.

Pelajar lelaki yang lain? Sekadar biasa-biasa sahaja dan seharusnya mereka diberikan lagu-lagu yang sesuai dengan vokal mereka.

Qhaud sebagai contoh memang sesuai membawakan lagu Di Taman Teman dan cocok dengan vokalnya namun, masalah anak jati Selangor itu adalah kegagalan memberikan ekspresi dan penghayatan.

Walaupun diberi peluang membuat persembahan dua kali akibat gangguan teknikal yang berlaku sehingga penonton tidak dapat menyaksikan persembahannya di rumah, ia tidak memberikan apa-apa kesan.

Arkib lagu-lagu Siti begitu banyak dan seharusnya tenaga pengajar serta pihak produksi bijak memilih lagu yang serasi dan kena dengan vokal para pelajar.

Disebabkan itu, pelajar lelaki lain hanya memberikan persembahan yang sekadar biasa-biasa sahaja.

Meskipun tersingkir dan tidak mendapat perhatian penonton untuk mengundinya, Nur Fazelah @ Zizie Mohd. Tahil atau Zizi pulang dengan bermaruah sementelah persembahannya menerusi lagu Aku Dah Bosan antara yang mencuri perhatian pada malam itu.

Tampil dengan gimik membonceng motosikal berkuasa tinggi, Zizi berjaya menukar atmosfera dewan yang dingin menjadi hangat dengan persembahan yang penuh menggoda.

Begitu juga Rubisa yang menjadi mangsa penyingkiran walaupun menyampaikan lagu popular Amy, Tiada Lagi dengan baik sekali.

Claudia juga berjaya menterjemahkan lagu Suralaya Dalam D Major dengan gaya tersendiri walaupun persembahannya ada kelihatan seperti Dayang Nurfaizah.

Sebagai penutup, apakah akan ada lagi drama terbaru Astro dalam konsert minggu kelima hujung minggu ini? Tidak sabar untuk menantikannya.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 10:29 AM | Show all posts
Originally posted by Syd at 7-4-2009 07:02
Memang benar misi AF sejak tahun 2003 adalah untuk mencari seorangpenghibur yang mampu memberikan persembahan energetik dan memukau diatas pentas, tetapi, kalau gagal mempamerkan mutu vokal yang baik,tidak ada apa yang mampu dibanggakan.

Itulah yang cuba diterangkan dan diluahkan oleh para pengkritik. Tetapinampaknya ia tidak mampu diterima dengan baik oleh pihak akademi dantidak perlu untuk mereka menjadi terlalu emosional.

Wartawan yang hadir pada sidang media itu juga menantikan kehadirantenaga pengajar untuk meluahkan isi hati mereka, namun tidak pulanampak bayang mereka.

Dikhabarkan, mereka tidak mahu hadir walaupun sudah puas dipujuk olehpihak produksi untuk sama-sama menyertai Khairul dan pengetua AF7,Datin Seri Tiara Jacquelina.


takut kene hentam kah?

ku tetap ske tiara yg santek ittew..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2009 12:46 PM | Show all posts
Nampaknya rmai yg xsukakan perubahan..so...watpe korg nak bising pasal xnampak lg tranfomasi kat af7 nih..bila ada tranfomasi..ada je yg complaint..walhal..menda tuh xdela kesalahan besar sgt..aku suka je perubahan nih..xde masalah bg aku pon

tp..yg jd masalah..bila cikgu fati wat camtu..org dah cop ARIL anak emas..so unfair
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 01:43 PM | Show all posts
cikgu cikgi tu memalukan tul
attitude nye

yelah..
tranformasi

harus dah tak malu jadik nye
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 01:59 PM | Show all posts

Reply #97 kakJAHku's post

well, mungkin org harapkan transformasi for the better, but what did we get instead? an extension of drama brought out into the concert instead of just confined to the daily diaries.

kakjah bengang sebab org cop aril anak emas bcoz of it? what if org tak mention pasal aril, or benda ni terjadi lepas performance student lain?

i dun even bother about the students at this point, it's obviously the stupidity of the production. takde kene mengena ngan students.

imagine, now that the students dgr cikgu2 dorang backing macam tu. suddenly dorang realise,it's ok if you dont sing well, as long as you entertain people. so why bother working your ass off in vocal classes if you can move well on stage. just do your thing, dance, do all the cheap movements that you know people love to see. you'll sing like crap but you're still a performer. is that what we want?

i personally enjoy listening to leona lewis, kelly clarkson, mariah carey etc.. more than britney spears.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 04:27 PM | Show all posts
baru aku tau ade masalah dalaman cerita af nih..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-2-2025 09:48 AM GMT+8 , Processed in 0.067086 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list