CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: BeachBoys

Memories of Terengganu@Terenjanu@Terenkanu

[Copy link]
Post time 26-10-2009 11:56 AM | Show all posts
80# HangPC2

he he he.Pasal ada sebut Terengganu juga he he.Nasi Dagang dan Laksam fuuhhh meletop.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2009 12:54 PM | Show all posts
Pakaian Pegawai Kerajaan Siam (Bukan Thai) semasa melawat Perancis siap ada Keris dan cara mengadap raja macam cara orang melayu mengadap sultan (gambaran dari lukisan orang perancis) ....

berbeza  ...
HangPC2 Post at 22-10-2009 16:42


gambar?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 01:16 PM | Show all posts
gambar?
cmf_BeachBoys Post at 26-10-2009 12:54



Siamese embassy to Louis XIV led by Kosa Pan in 1 September 1686, by Nicolas Larmessin






Kosa Pan (Ok-Phra Visut Sunthorn)






La Loubere Kingdom of Siam





Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 01:26 PM | Show all posts
Siamese embassy by Jacques Vigouroux Duplessis (1686)





Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 01:58 PM | Show all posts
84# HangPC2

adakah orang sukkothai pakai perhiasan kepala yang sama seperti orang siam ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 02:01 PM | Show all posts
OIC ingatkan keris betul kat pinggang diorang.Lebih kepada parang kat dalam gambar tu.Cara menyisip senjata kat gambar yg atas(black white) tu pun tak sama dengan cara menyisip keris Melayu.Melayu menyisip keris ,sarung tersembunyi didalam kain samping.Kat gambar yang berwarna pula ,ulu senjata yg mereka sisip lebih kepada ulu pedang.Budaya menyisip senjata ni agak meluas dan bangsa yg paling gemar menyisip senjata di pinggang ialah Arab Yaman.Siap sisip Jembiah masa solat jumaat masa kat tempat aku.Maybe dia tak tahu undang-undang Malaysia.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-10-2009 02:07 PM | Show all posts
cara berpakaian tu mungkin pelik sikit dari cara kebiasaan orang melayu.tapi mungkin itu pengekalan daripada cara berpakaian empayar langkasuka.kilas kain celah kangkang.tapi kalau benarlah mereka ni sebahagian dari dunia melayu maka kita ada alasan yang kukuh untuk tuntut balik kawasan segenting kra dari pihak sukkothai...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 02:11 PM | Show all posts
konsep rumah berkaki tinggi ni agak menarik kerana sepengetahuan aku, orang melayu je yang bina rumah berkaki tinggi seperti yang ada dalam gambar tu....bangsa lain yang bina rumah berkaki ni ialah jepun tapi diorang punye rendah je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-10-2009 02:37 PM | Show all posts
Robam Sukhothai abad ke-12 M





Macam tu la kot gambarannya kat Sukhothai... Sukhothai ni dipengaruhi Khmer sebab depa memang dok atas tanah jajahan empayar Angkor sebelom panglima etnik Tai nama Ramkhamheng n adik dia Sri Inthiraphothit memeberontak n kemudian jajah plak seluruh kawasan yang macam peta Thailand lani pada abad ke-12 M. Jajahan depa sampai ke Ligor saja sbenarnya. Tu sebab orang Ligor mengaku depa Kon Thai padahal depa Melayu gak. Depa yang dijajah tu kena cakap bahasa Thai masa tu, jadi benda ni berlarutan sampai lani...

Srivijaiya-Mala (Tanah Melayu) abad ke-7 M



Kalu etnik Mon, agak2nya...

Robam Dvaravadi (Bangkok, Suvarnabumi), abad ke-6 M

Sblom Bangkok wujud, tapak tempat tu nama dia Dvaravadi. Satu kerajaan purba yang mula di negeri Pongthuk n Pra Phrathom. Ada banyak negeri kat situ sebenarnya. Abad ke-9 M, negara Dvaravadi ni kena serang dengan Angkor (Khmer). Semua tamadun depa hancor n lani Khmer kata orang Siam termasuk la yang Dvaravadi tu mencuri budaya depa. Celaka dak? Lani sejarawan antarabangsa kena buat kajian mendalam n korek2 balik kat tapak negeri tu.



Semua jenis kostum n gerak tari atas tu cuma kajian n agak2 saja. Bukan semestinya macam tu tapi nak semacam la...
Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 05:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 27-10-2009 11:59

Nobat DiRaja


Boleh dikatakan kebanyakan Negeri-Negeri Beraja di Malaysia menggunakan Nobatsebagai sebahagian daripada alat kebesaran DiRaja. Demikian juga di Negeri Terengganu dimana Sultan yang memerintah menggunakan Nobat sebagai tanda dan alat kebesaran DiRaja.Menurut cerita, Nobat Negeri Terengganu Darul Iman ini berasal dari Riau dan muladigunakan semasa pemerintahan Sultan Ahmad. Orang yang pertama sekali menggunakan Nobatialah Puteri Bulan Pulau Bentan iaitu isteri kepada Demang Lebar Daun atau Telani Bentanyang juga digelar dengan nama Tun Telanai.
Nobat DiRaja mengandungi sebuah Gendang Saku yang dikenali sebagaiNegara, dua buah Gendang Nobat, sebatang Nafiri, sepasang Kopak-Kopak dan sebatangSerunai. Nafiri ini diperbuat daripada perak manakala Serunainya pula diperbuat daripadagading yang di bahagian hujungnya diperbuat daripada pera.
Negara dan Gendang Nobat dimainkan oleh empat orang daripadaketurunan Raja pada hari istiadat. Ia mempunyai tiga belas lagi iaitu :-
  
   
      
        
Lagu Iskandar Shah
        
Lagu Ibrahin Khalid
        
Lagu Seri Istana ( Semang )
        
Lagu Anak Kuda Ragam/Raja Beradu
        
Lagu Seri Istana
        
Lagu Petang Khamis
        
Lagu Palu-Palu Melayu
        
Lagu Papan
        
Lagu Petang Jumaat
        
Lagu Palu-Palu Nigiri
        
Lagu Petang Khamis Perak
        
Lagu Arak-Arak
        
Lagu Perang
      
   
  
Bagaimanapun tiga buah lagu yang selalu dimainkan dalan Istiadat diSinggahsana. Lagu-lagu berkenaan ialah :-
  
   
      
Lagu Iskandar Shah
      
Lagu Ibrahin Khalid
      
Lagu Seri Istana
   
  
Nobat dimainkan pada tiap-tiap hari, pagi dan petang, semasaberlangsungnya Istiadat Perkahwinan DiRaja dan pada waktu-waktu tertentu. Ia dibunyikanpada tiap-tiap petang sebelum berbuka puasa pada bulan Ramadhan dan petang Aidil Fitri danAidil Adha. Nobat turut dimainkan pada tiap-tiap hari Khamis ( Petang Jumaat ) di Istana.
Duli Yang Maha Mulia Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah telahmenerima kembali Nafiri asal istana Sultan Terengganu yang telah dikembalikan olehkeluarga Tengku Hamid bin Tengku Mansur yang berasal dari Singapura pada 17 Mac 1990.

Reply

Use magic Report

Post time 26-10-2009 05:58 PM | Show all posts
Adapun segala anak cucu Telanai Terengganu semuanya lari ke Melaka, maka dipersembahkanlah ke bawah duli Sultan Alau’d-Din, “Bahawa Telanai telah dibunuh Sultan Muhammad, sebab mengadap ke Melaka. Seri Akar Raja yang datang membunuh,” dan peri raja Pahang hendak melanggar balairung Melaka, akan merebut kerajaaan Baginda itu, semuanya dipersembahkan. Maka Sultan Alau’d-Din pun terlalu murka; titah baginda, “Raja Pahang hendak menunjukkan makarnya kepada kita. Baiklah kita suruh serang negerinya.” Maka baginda menyuruh berlengkap hendak menyerang Pahang. Maka sembah Bendahara Paduka Raja, “Ampun tuanku, beribu-ribu ampun di atas batu kepala patik, pada bicara patik, hamba tua ini, jangan taajal kita membinasakan Pahang itu; barang suatu hal paduka kakanda, tunkulah yang rugi. Baik patik itu Laksamana kita utuskan ke Pahang.” Maka titah Sultan Alau’d-Din, “Baiklah, yang mana kata Bendahara kita turut.” Maka ada cucu Telanai Terengganu tiga orang lelaki; disuruh Sultan Alau’d-Din peliharalah baik-baik kanak-kanak itu. Megat Sulaiman seorang namanya; Megat Hamzah seorang namanya; dan lagi seorang Megat Omar namanya. Maka Laksamana pun berlengkaplah; setelah mustaed, maka surat pun diarak oranglah ke perahu. Setelah itu maka Laksamana pun pergilah.
(Dipetik dan disesuaikan daripada Sulalatus Salatin, Sejarah Melayu, hlm. 181-182, DBP, 1996)
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:06 AM | Show all posts
Perang Saudara 1857-1863

Pada tahun 1853, Bendahara Ali mengambilkesempatan untuk membebaskan Pahang dari Johor apabila Johor menjadi lemah.Sebelum dia meninggal dunia, Bendahara Ali berundur ke Lami di Sungai PahangTua. Mengikut wasiatnya yang bertarikh 25 Mei 1856, pentadbiran Pahang akandiserahkan kepada putera Wan Mutahir dan Wan Ahmad pula dianugerahkan kawasanEndau dan Kuantan.

Pada tahun 1857, BendaharaAli meninggal dunia. Wan Mutahir yang dilantik sebagai Bendahara dengan gelaranBendahara Seri Maharaja enggan menyerahkan Endau dan Kuantan kepada Wan Ahmadsebagaimana yang diwasiatkan. Wan Ahmad yang diusir dari Pahang telah pergi keSingapura untuk memohon bantuan British bagi mendapat kembali haknya. GabenorNegeri-negeri Selat, Blandell enggan membantunya kerana ketika itu Britishmengamal dasar tidak campur tangan di Negeri-negeri Melayu. Wan Ahmadkemudiannya ke Terengganu dan membuat serangan ke atas Pahang melalui Kemaman.

Perang saudara Pahangbertambah hebat kerana Wan Ahmad dan Wan Mutahir mempunyai penyokong-penyokongyang menyokong mereka kerana sesuatu kepentingan. Sultan Mahmud Lingga yangditurunkan takhta oleh Belanda mendakwa beliau berasal dari keturunan raja-rajayang memerintah Johor (termasuk Pahang) pada abad ke-18. Beliau mahu membantuWan Ahamd dengan tujuan mengembalikan pertuanannya ke atas Pahang. Apabila bapasaudaranya, Sultan Omar (Terengganu) enggan membantunya untuk membantu WanAhmad, beliau memohon bantuan Siam. Permohonannya dipersetujui oleh Siam keranaSiam bercita-cita untuk memperkuatkan pengaruhnya di Terengganu danmengembangkan pengaruhnya ke Pahang. Pada tahun 1861, Sultan Mahmud Linggaberangkat ke Bangkok untuk memohon bantuan Siam. Pada Oktober 1862, Sultan MahmudLingga tiba di Terengganu dengan angkatan Siam untuk membantu Wan Ahmadmenyerang Pahang. Kehadiran angkatan Siam membimbangkan British keranamenyedari Siam memang bercita-cita untuk mengembangkan pengaruhnya di seluruhTanah Melayu. Kebimbangan British bertambah apabila tersebar khabar anginmengatakan bahawa angkatan Siam bukan sahaja membantu Wan Ahmad tetapi jugamembantu Sultan Mahmud Lingga merampas takhta Terengganu dari bapa saudaranya,Sultan Omar. Siam mahu menggulingkan Sultan Omar kerana Sultan Omar tidakmenerima pertuanan Siam ke atas Terengganu. British menghantar bantahan kepadaRaja Mongkut di Siam menegaskan tindakan Siam bertentangan dengan PerjanjianBurney 1826. Gabenor Negeri-negeri Selat Cavenagh telah mengarahkan Sultan MahmudLingga dan Siam berundur dari Terengganu dan tidak melibatkan diri dalam PerangSaudara Pahang kerana bimbang penglibatan mereka akan memperhebatkan lagiPerang Saudara Pahang. Apabila arahannya tidak mendapat layanan, Cavenagh telahmenghantar kapal perang ke Kuala Terengganu dan membedil Kuala Terengganu pada4 November 1862. Akibatnya, Sultan Mahmud Lingga dan Siam kembali ke Bangkok.Tindakan British telah berjaya menghalang Sultan Mahmud Lingga dan Siammembabitkan diri dalam Perang Saudara Pahang.

Pada mulanya British tidakmahu melibatkan diri dalam Perang Saudara Pahang dan menganggapnya sebagaimasalah dalam negeri Pahang. Selain itu, British mengamalkan dasar tidak campurtangan di Negeri-negeri Melayu. Walau bagaimanapun, British campur tangan dalamPerang Saudara Pahang untuk melindungi kepentingan British. Tujuan utamanyaialah untuk menyekat pengaruh Siam daripada merebak ke Pahang. Selain itu,ialah untuk menamatkan Perang Saudara supaya perhubungan antara Singapuradengan Pahang tidak terganggu. Walaupun British tidak mengamalkan polisi campurtangan di Negeri-negeri Melayu tetapi telah terdapat pedagang-pedagang Britishterlibat dalam perdagangan di Pahang. Mereka mendesak British supaya campurtangan bagi melindungi pelaburan dan kepentingan mereka. Desakan diterima kuatoleh British, Syarikat Patterson F. Simons yang menjalankan kegiatanperlombongan bijih timah di Kuantan. Mereka mendesak Perang Saudara Pahangtelah menjejaskan pelaburan mereka.

Permohonan Wan Ahmad untukmendapat bantuan Terengganu telah dipersetujui oleh Sultan Omar. Sultan Omartelah membenarkan Wan Ahmad menggunakan Kemaman sebagai pangkalan untukmenyerang Pahang. Selain itu, Wan Ahmad juda mendapat bantuan-bantuan lain dariTerengganu seperti senjata, makanan, tentera dan sebagainya. Semasa bermulanyaserangan Wan Ahmad ke atas Pahang pada Disember 1857, Wan Mutahir telah memohonbantuan Johor. Permohonan Wan Mutahir dipersetujui oleh Temenggung Ibrahimkerana beliau bercita-cita untuk mengembalikan ketuanan Johor ke atas Pahangdisebabkan sebelum 1853, Pahang merupakan sebahagian daripada Johor. KeinginanTemenggung Ibrahim untuk membantu Wan Mutahir juga kerana adanya hubungankekeluargaan antara mereka di mana putera Wan Mutahir iaitu Tengku Koris telahberkahwin dengan puteri Temenggung Ibrahim, iaitu Cik Engku Besar. HasratTemenggung Ibrahim untuk membantu Wan Mutahir di haling oleh British yangbimbang penglibatan Johor memperhebtkan lagi Perang Saudara Pahang. SelepasTemenggung Ibrahim meninggal dunia pada tahun 1862, Temenggung Abu Bakar yangmenggantikannya dengan sokongan British telah menghantar bantuan Johor kepadaWan Mutahir. Walau bagaimanapun, ketibaan tentera Johor terlewat kerana ketikaitu hampir seluruh Pahang telah ditawan oleh Wan Ahmad.

Wan Ahmad berjayamenguasai Pahang pada Mei 1863 dan ditabalkan sebagai Bendahara dengan gelaranBendahara Seri Wak Raja pada Pktober 1863. Antara tahun 1866-1868, terdapatbeberapa percubaan menyerang Pahang oleh putera-putera Wan Mutahir, Wan Aman,Wan Da dan Wan Abdullah. Walau bagaimanapun, percubaan tersebut berjayadihancurkan oleh Wan Ahmad. Pada tahun 1875, Gabenor Negeri-negeri Selat,William Jervois, telah melawat Pahang dan mendesak Wan Ahmad menerima seorangResiden British. Permintaan tersebut tidak dipersetujui oleh Wan Ahmad yangbimbang sistem Residen akan menjejaskan kewibawaan dan kekuasaannya. Pada tahun1882, Wan Ahmad menggunakan gelaran Sultan.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:12 AM | Show all posts
Post Last Edit by cmf_BeachBoys at 27-10-2009 11:22

Pada masa dahulu,saudagar-saudagar Tionghua ( Cina ) berniaga dengan Asia Tenggara termasuk Negara-negara lama di Benua Terengganu yang berlokasi sepanjang Laluan Sutera Maritim.Barang yang mereka dagangkan adalah kain sutera, porselin dan lain-lain keluaran dari Negara Cina.Barangan Terengganu yang dibeli adalah hasil tempatan seperti biji timah, emas,sarang burung,gading,kayu laka,kayu gaharu,kayu cendana,candan,cengkih,lada,kapur barus, gamat dan lain-lain menggunakan sistem  "Barter Trade". Kadangkala saudagar Tionghua menjalankan perniagaannya dengan menggunakan duit syiling tembaga yang mudah dibawa oleh mereka.


Pada tahun 1993, kumpulan Expidisi Azmi Ngah (Timbalan Pengarah Muzium Terengganu) dan Rashid Hamat (Pegawai Sejarah Muzium Terengganu) telah menjumpai sebuah tempayan yang sarat di Kampung Cermai,Pasir Raja,Hulu Dungun, Terengganu.Di dalam tempayan tersebut berisi berbagai jenis duit syiling lama sebanyak 4,000 keping yang berasal dari    Negara Cina semasa Zaman Dinasti Tang sehingga Dinasti Song antara 618M hingga 1279M.Duit Syiling ini adalah berikut :  -      
                              
a) Duit Syiling Kai-Yuan-Tong-Bao1 yang dicatatkan oleh Maharaja Tang Kow Tzou2 (618M  -  626M) pada tahun 621M.
b) Syiling Jia-You-Tong-Bao3 yang mencatatkan nama Maharaja Song Ren Zong4 (1023M  -  1063M) pada tahun 1056M.
c)  Syiling  Shao-Sheng-Yuan-Bao5 yang mencatatkan nama Maharaja Song Zhe Zong6 (1056M  -  1100M)  pada tahun 1094M.
d)  Syiling  Ta-Kuan-Tong-Bao7  yang mencatatkan nama Maharaja Song Wai Zong8 (1101M - 1125M) pada tahun 1107M.
e)  Syiling Zheng-He-Tong-Bao9 pada tahun 1110M.     
  


Pada hakikatnya,duit Syiling ini membuktikan bahawa pada masa dahulu Orang Cina Lama berhubung rapat dengan Terengganu dari segi perniagaan dan mewujudkan ekonomi tempatan.



Duit Kai-Yuan-Tong-Bao yang dicatatkan oleh Maharaja Tang Gao Zhu (618M - 626M) pada tahun 621M.





Syiling Da-Guan-Tong-Bao yang dicatatkan oleh Maharaja Song Wei Zhong (1101 - 1125M) pada tahun 1107M  



Syiling Shao-Sheng-Yuan-Bao yang mencatatkan nama  Maharaja Song Zhe Zong (1056M - 1100M) pada tahun 1094M.            




Pada tahun 1993, tempayan itu dijumpai di Pasir Raja. Di dalamnya berisi berbagai jenis duit syiling lama sebanyak 4,000 keping yang berasal dari Negara Cina, semasa Zaman Dinasti Tang sehingga Dinasti Song antara 618M hingga 1279M.            
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:46 AM | Show all posts




FO-LO-ANN

Peta yang dicatat dari rakaman Ling Wai Tai Ta menunjukkan nama "FO-LO-AN" (Kuala Berang)  "SEJARAH DARUL IMAN HINGGA 1361H = 1942M" Oleh Dato' Setia Jasa
             - pg.50.
         








Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 11:52 AM | Show all posts


Saiyed Husin bin Ghulam al Bukhari yang menjumpai Batu Bersurat di surau lama Kampong Buloh, Kuala Berang dalam tahun 1902.
Reply

Use magic Report

Post time 19-5-2010 10:42 PM | Show all posts
Sekiranya tasik kenyir dikeringkan kembali,mungkin banyak kota-kota lama akan ditemui kerana aku berpendapat terengganu adalah kerajaan terawal yang wujud di semenanjung emas ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-5-2010 10:56 PM | Show all posts
Diharapkan kerajaan negeri terengganu akan menubuhkan sebuah pasukan ekspidisi utk mencari kota-kota lama di kuala berang kerana disanalah asal-usul kerajaan yang mewakili orang terengganu...nama terengganu tidak pernah berubah sejak lebih 700 tahun dahulu sehinggalah ke hari ini,ianya masih dikenali sebagai terengganu.

terengganu wujud dengan dibayangi oleh perkembangan tamadun di tanah besar china dan perkembangan tamadun ini lebih cepat berbanding di asia tengah dan eropah...tidak mustahil adanya kota-kota lama di kawasan hulu terengganu dan mungkin juga di kuala terengganu dan kemaman.
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 10:45 AM | Show all posts
Reply 50# kriesz


    ada pantang larang keturunan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-5-2010 03:54 PM | Show all posts
empayar suci islam temir....... kembayat negara...... benua terqanun (tanah ketetapan)...
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2010 06:50 PM | Show all posts
empayar suci islam temir....... kembayat negara...... benua terqanun (tanah ketetapan)...
morpheus Post at 20-5-2010 15:54


cerita dengan lebih detail skit.sebab ramai orang tak tahu pasal negeri terengganu ni.orang cina lebih dahulu mengenal terengganu sebelum melaka,kedah dan patani.terengganu pernah menjadi hidden state dan mengamalkan dasar tutup pintu sehingga tiada catatan yang tertinggal dari kerajaan lama di terengganu.nasib baik ada Batu Bersurat yang menjadi bukti kewujudan terengganu.kalau boleh cerita skit pasal kota temir atau tamir yang pernah aku dengar satu ketika dulu.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 05:00 PM GMT+8 , Processed in 0.417220 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list