Taken from Berita Harian Online
Kejar Bintang Lagi
Oleh Zaidi Mohamad
[email protected]
Semakin sibuk jalani penggambaran drama muzikal Kau Dan Aku usaha sama produksi Astro dan Indonesia
JUARA Akademi Fantasia musim kelima (AF5), Mila atau nama sebenarnya Noorsyarmilla Jirin masih tegar berjuang meneruskan hayat seninya. Tidak muncul di majalah atau surat khabar tidak bererti penyanyi genit ini sudah mula hilang daripada pandangan mata umum.
Kontraknya bersama Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) besar kemungkinan bakal disambung lagi demi keyakinan yang cukup tinggi dalam memastikan pacuan kerjaya seninya. Selain sibuk dengan perniagaan LuvMILA Corporation Sdn Bhd menjual produk penjagaan kebersihan diri wanita, penyanyi lagu Persis Mutiara ini sibuk mengimbangi kerjaya seninya.
Ketika dihubungi baru-baru ini, Mila berada di Filmwork Studios, Taman Tun Dr Ismail untuk merakamkan lagu solo berjudul Menanti untuk drama muzikal Kau Dan Aku. Malah menerusi drama terbitan Astro dengan usaha sama produksi Indonesia itu, Mila turut menjadi heroin berlakon di sisi bintang AF7, Aril dan Akim.
Drama itu turut memperlihatkan gandingan sulung Mila menjadi kekasih kepada Akim, manakala Aril pula bergelar bekas kekasih kepadanya. Tetapi semua itu adalah tuntutan watak bagi memastikan plot drama terbabit terus berkembang.
揝elain lagu solo, Mila turut menyanyikan dua lagu duet bersama Aril dan Akim. Dengan Akim, kami berduet lagu tema drama itu menggunakan judul yang sama. Lagu Lelaki Pujaan pula adalah lagu duet Mila dengan Aril. Aril pun turut berduet dengan Akim, malah mereka juga diberikan lagu solo seperti Mila.
MILA berkasih dengan Akim dalam drama Kau Dan Aku.
揢ntuk drama muzikal 26 episod ini, Mila akan memegang watak seorang gadis yang berperwatakan agak kasar dan kehidupannya diuji dengan pelbagai konflik termasuk kisah peribadi. Kalau ada yang masih ingat, sejurus beberapa hari AF7 tamat, Aril dan Akim ada ke Indonesia untuk merakamkan episod pengenalan drama ini. Mila juga turut ke sana.
揝elain Mila, Aril dan Akim, antara nama pelakon lain yang turut terbabit dalam drama ini ialah Noni dan Farish Aziz. Kebanyakan pelakon penting dalam drama ini membabitkan pelakon Malaysia. Insya-Allah Mila akan ke Indonesia lagi melunaskan baki penggambaran drama itu selama dua bulan sehingga September ini, |