|
[R-TV] Sehati Berdansa 3 [ Tahniah! Sean & Nana ]
[Copy link]
|
|
Malas la haku tgk SB3 kecuali c ENOT. |
|
|
|
|
|
|
|
Debaran Semakin terasa
DebaranMalam Sehati Berdansa semakin terasa.Namun masih ada ruang untukmemperbaiki sebarang kelemahan. Justeru penilaian yang teliti haruslahdilakukan sebelum semuanya dipersembahkan di Malam Sehati BerdansaSabtu ini.
Hari ini kesemua pasangan selebriti dikehendakimempersembahkan tarian dan kostum yang dipilih kepada penasihat tarian,Farah Sulaiman. Semuanya dapat anda saksikan dalam Detik SehatiBerdansa jam 9.00 malam ini.
Seperti musim-musim sebelumnya,sudah menjadi tugas penasihat tarian untuk memberi teguran terakhirkepada semua pasangan selebriti. Pasangan Dira dikatakan paling banyakmendapat teguran samada daripada segi kostum mahupun tarian. Merekadikehendaki menukar kostum dan gerak tari mereka.
Teguran jugadiberikan kepada pasangan Didie kerana masih tidak mahir dengan geraktari mereka. Namun lain pula halnya dengan pasangan Oshin dan Firdaus.Firdaus dikatakan semakin rancak mengatur gerak tarinya.
Apakahsebenarnya yang berlaku? Mampukah mereka mengalas cabaran pertama ini?Untuk mendapatkan jawapannya jangan lupa saksikan Detik Sehati Berdansajam 9.00 malam ini hanya di Astro Ria (saluran 104) dan jangan lupateruskan mengundi pasangan selebriti kegemaran anda. |
|
|
|
|
|
|
|
hensem plak laki dak dira ni... dulu buruk nor aku nengok... felik2... |
|
|
|
|
|
|
|
laki enot macam tak de mood menari... oshin tak best....mirna pun tak best... |
|
|
|
|
|
|
|
sazzy besh! |
|
|
|
|
|
|
|
hensem plak laki dak dira ni... dulu buruk nor aku nengok... felik2...
rozza Post at 23-10-2009 11:48
dulu sbb dia gemuk & skrg dh kurus kot. |
|
|
|
|
|
|
|
SB3: Apa Masalah Enot Dan Zainul?
KL, 21 OKTOBER 2009: Demam Sehati Berdansa 3 (SB3) dah pun bermula. Murai Batu tahu ramai terkejut melihat beberapa pasangan artis telah memberanikan diri untuk turun ke lantai tarian dan salah satu daripada mereka adalah Enot, 30, dan suaminya, Zainul Abidin Mat Noor, 38.
Maklumlah selama ini orang hanya melihat Enot melawak dan berlakon tetapi siapa sangka artis berbadan montel dan comel macam Enot pun ada semangat tari yang tinggi. Syabas Enot & Zainul!
Baiklah, minggu lalu, waktu Murai Batu sibuk menghabiskan road tour rumah terbuka Aidilfitri, Murai Batu ternampak dengan Enot atau nama sebenarnya Alliza Abdullah, 31, di tengah-tengah kota.
Waktu itu Enot keluar bersama suaminya, Zainul, 39, serta koreografi mereka, Anuar. Mereka begitu asyik membelek baju-baju di BB Plaza untuk dipakai bagi episod pertama SB3.
Beriya sungguh Enot membelek baju dan banyak jugalah beg shopping yang digalas Zainul. Dalam seronok-seronok melihat mereka, Murai Batu dapat tahu, ketika ini Enot hadapi beberapa masalah dalam SB3.
Antaranya masalah kostum Enot kerana saiz tubuhnya besar. Apapun, Anuar telah berjaya mencari jalan untuk menyelesaikan masalah Enot itu termasuk menyewakan dari butik khas.
Zainul pula khabarnya terpaksa berlatih lebih gigih untuk melakukan langkah-langkah yang lincah dan agak agresif terutama mengangkat tubuh isterinya yang sihat itu. Haaa, kita tengok nanti macam mana aksi-aksi stuts yang bakal dilakukan oleh Enot dan Zainul nanti!
Yang penting, mereka lakukan semua ini demi menghiburkan kita selain memungut dana bagi badan kebajikan yang diwakili mereka, Yayasan Paru-Paru Malaysia.
MURAI BATU: Belum cuba belum tahu. Harap-harap semua akan bertanding secara sihat dan penuh semangat kejiranan.. oppss bukan... semangat kebajikan.... |
|
|
|
|
|
|
|
enot semangat gilerrr menari! laki dia kurang semangat.
pakai baju ed hardy lagi.
overall, best lah tema hip hop ni.
i like sazzy, dira, isma n sein! |
|
|
|
|
|
|
|
sapa yang kuar malam tadi? me tak tgk la |
|
|
|
|
|
|
|
ikut ranking aku first week
1. ISMA /ZUL
2. SAZZY / NAZRIL
3. SEIN / NANA
4. DIDIE / ISHAM
5. ENOT / ZAINUL
6. ANITA / ISMADI
7. DIRA / ASH---------> SWEET COUPLE
8. MIRNA / NORAH
9. OSHIN / FIRDAUS |
|
|
|
|
|
|
|
oooo si ash laki dira tu tengku rupenye....
apsal muka dia cam familiar ek???
dia penah ada band ke?? |
|
|
|
|
|
|
|
89# DaBom
takde penyingkiran last week.
but mirna+noorah yg dpt lowest marks+sms. |
|
|
|
|
|
|
|
91# lampor
yup, ash dari band bau. |
|
|
|
|
|
|
|
Tugasan Minggu Kedua
Minggu pertama telah berlalu, kini tiba di mana kesemua pasangan peserta Sehati Berdansa musim ini menerima tugasan minggu kedua. Minggu kedua tema Demam Disko telah pun menjadi pilihan. Kesemua pasangan telah menerima lagu tugasan masing-masing melalui Detik Sehati Berdansa yang disiarkan di Astro Ria sebentar tadi.
Berikut adalah senarai lagu tugasan masing-masing:
Isma – Separuh Masa (De Lima)
Dira – Let’s Dance Together (Melly Goeslow feat BBB)
Anita – Pilihlah Aku (Latiff Ibrahim)
Didie – Hey Hey Teksi (Discovery)
Enot – Gina (Rem)
Sein – Le Freak (Chic)
Sazzy – Funky Town (Lipps)
Mirna – Staying Alive (Bee Gees)
Oshin – Let’s All Chant (Micheal Zeger Band)
Tema Demam Disko mungkin dianggap mudah namun dengan kelainan yang ingin ditampilkan oleh setiap koreografer sebarang kebarangkalian tidak mustahil berlaku. Apa yang pasti kesemua peserta perlu berusaha untuk menghasilkan tarian yang lebih bermutu berbanding minggu sebelumnya.
Mampukah mereka menyahut cabaran ini? Apakah cabaran yang bakal dihadapi di minggu kedua ini? Untuk mengikuti perkembangan mereka saksikan Detik Sehati Berdansa jam 9.00 malam Isnin hinga Khamis hanya di Astro Ria (saluran 104) dan teruskan mengundi pasangan selebriti pilihan anda. |
|
|
|
|
|
|
|
1 DIRA 24%
2 SEIN 16%
3 ISMA 15%
4 OSHIN 12%
5 ANITA 12%
6 SAZZY 8%
7 ENOT 5%
8 DIDIE 5%
9 MIRNA 4% |
|
|
|
|
|
|
|
Salam..
awal taun aritu aku bikin widget afundi untuk AF, kali ni aku buat widget untuk Sehati Berdansa 3
http://widget.jentayu.com
Info:
1. Widget ini adalah unofficial. Buat suka2..
2. Sumber data adalah daripada murai. akan ada delay sikit.
3. Sabtu ahad widget tutup.
Selamat menepek. |
|
|
|
|
|
|
|
Mirnawan, Norah paling lega
Oleh Esme Johari Wahab
[email protected]
Rap
DEBARAN sembilan pasangan selebriti yang menyertai program realiti Sehati Berdansa bertukar ceria sebaik saja pengacara Awal Ashaari membuat pengumuman tiada pasangan yang tersingkir.
Debaran Sehati Berdansa musim ketiga berkonsep tarian hip hop disiarkan secara langsung di saluran Astro pada Ahad lalu.
Sebagaimana dimaklumkan dari awal akan ada seorang peserta disingkirkan pada minggu pertama, tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya.
Paling merasakan kelegaan itu tentunya pasangan Mirnawan Nawawi dan Norah Mokhsin (Mirna/Norah) kerana mendapat undian paling rendah (41%).
Ketiadaan peserta disingkirkan memberi peluang kepada mereka bangkit semula memberi persembahan lebih baik pada minggu seterusnya.
Pasangan menerima undian tertinggi pula ialah Isma dan Zul dengan 55% mewakili Persatuan Klef Bibir dan Lelangit Malaysia diikuti Dira/Ash (54%). Sein/Nana (51%), Sazzy/Nazril (48%), Didie/Sham (46%) manakala tiga pasangan lain, Anita/Ismadi, Oshin/Firdaus dan Enot/Zainul masing-masing 45%.
Mirnawan berkata, pengalaman sebagai ahli sukan berdepan perlawanan kompetitif sebelum ini digunakan untuk mengawal rasa gemuruh membuat persembahan tarian di hadapan juri dan penonton.
"Pada mulanya, kami berdebar kerana merasakan kami akan meninggalkan lantai tarian seawal minggu pertama.
"Macam-macam berlegar dalam fikiran apatah lagi kami langsung tiada latar atau pernah mencuba sebarang jenis sukan tarian.
"Sekarang lega kerana melepasi halangan pertama. Ia memberi motivasi untuk menyahut cabaran baru, tidak kira apa jenis tarian dilakukan selepas ini.
"Masa tiga hari latihan minggu ini digunakan untuk mendapatkan keserasian dan membuktikan kemampuan. Saya harap dapat terus ke peringkat lebih jauh dalam saingan ini," kata Mirnawan Nawawi, 38.
Beliau adalah bekas kapten hoki Malaysia kini bertugas sebagai pengarah syarikat.
Isterinya, Noorah Mokhsin, seorang pramugari Penerbangan Malaysia (MAS) membawa tarian untuk lagu Low oleh Flo Rida dan mewakili Persatuan Kanak Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan.
Mirna dan Norah mendapat bimbingan pereka tari, Dayana.
Sehati Berdansa adalah program realiti tarian daripada format hiburan popular antarabangsa, tetapi diubahsuai dan diberi nafas baru mengikut kesesuaian budaya dan kehidupan masyarakat di Malaysia.
Setiap minggu, setiap pasangan dipertanggungjawabkan membuat persembahan tarian berlainan.
Mereka mewakili badan kebajikan dipilih dan kutipan wang kemenangan masing masing didermakan sepenuhnya kepada badan berkenaan.
Pasangan Sazzy/Naz yang membuat persembahan dengan menampilkan lagu Impak Maksima oleh KRU mendapat bimbingan jurutari, Papa J, gembira dengan tarian hip hop diketengahkan pada minggu pertama.
"Kami tidak ada masalah membawa tarian rancak seperti sekarang kerana kami berlatih bersama terutama di studio dan rumah sebagai cara mengekalkan kecergasan.
"Kami belajar melalui video dan gaya tarian oleh Michael Jackson. Kami suka kepada program tarian seperti ini kerana kami dapat bersaing dengan cara berbeza tetapi menyihatkan.
"Secara keseluruhan, masih terlalu awal untuk menilai pasangan mana lebih hebat. Dengan masih terdapat banyak jenis tarian perlu dipersembahkan, kami mahu berjaya mendapat undian baik pada setiap pusingan dan mara ke final," kata Sazzy, pelakon, pengacara dan ahli perniagaan.
Suaminya, Nazril Mohd Idrus, bekas pemain hoki Kolej Tentera Diraja (RMC), juga seorang ahli perniagaan.
Mereka mewakili Persatuan Parkinson Malaysia.
Pertandingan diadili juri tetap Joseph Gonzales serta juri undangan, Michael Xavier Sazzy/Nazril dan Cat Farish. |
|
|
|
|
|
|
|
aku paling suker sazzy..
walaupon yg lelain ok..tp aku suker dier sorang jer..
yg paling x suker cuma mirna ngan wife..
tah naper..tgk muka bini dier x leh blah.. |
|
|
|
|
|
|
|
98# Wyn
sazzy mmg besh giler!!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|