Actually aza ada jmpa website ni..,yg ni ok gak la..sbb byk video Swiss open 09 ada..start quaterfinal lgi..
cuma audio ada kurenggg sket la..lembap lak tu..hehehe tp tak le teruk sgt.. ,kira ok la tu drpd takde langsung kannn..
so hrp korang enjoy la tgk...
KUALA LUMPUR - Walaupun hanya berstatus Grand Prix Emas, namun Kejohanan Badminton Terbuka India yang bermula hari ini menjadi medan penting buat pemain senior, Muhd. Hafiz Hashim dan Kuan Beong Hong serta pemain pelapis negara kerana ia bakal dijadikan gelanggang pemantauan.
Kejohanan bernilai AS$120,000 (RM437,200) itu merupakan salah satu daripada 'talian hayat' yang diberikan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) buat juara Seluruh England 2003, Hafiz dan Beng Hong untuk terus kekal dalam skuad kebangsaan.
Beng Hong diberi empat kejohanan untuk mengekalkan kedudukan - Seluruh England, Terbuka Switzerland, Terbuka India serta Kejohanan Asia di Suwon, Korea pada 7-12 April depan.
Hafiz pula hanya mempunyai dua kejohanan sebagai gelanggang kebangkitan - Terbuka India dan Kejohanan Asia.
Beng Hong gagal memanfaatkan dua peluang pertama - apabila kandas di pusingan kelayakan Seluruh England dan Terbuka Switzerland awal bulan ini.
Justeru, pemain berusia 26 tahun itu sedar dia perlu melangkah sejauh mungkin, sama ada layak ke akhir atau separuh akhir.
Hafiz pula perlu membuktikan bahawa dia masih berupaya memberi cabaran serius di peringkat antarabangsa dengan mencari tiket ke separuh akhir di Hyderabad.
"Saya sedar saya gagal meyakinkan jurulatih selepas hampir 10 tahun bersama skuad kebangsaan tetapi saya masih punya keazaman tinggi untuk memberi cabaran dan harap saya dapat membuktikannya di India nanti.
"Saya kurang sihat ketika beraksi di Seluruh England dan Switzerland tetapi keadaan saya lebih baik kali ini dan sedia memberi cabaran terbaik,'' kata Beng Hong, yang pernah muncul naib juara pada Terbuka Taiwan 2005 dan Kejohanan Asia 2005.
Pada ketika BAM memperkenalkan polisi membuka lebih banyak peluang kepada pemain pelapis bermula 2009, Hafiz dan Beng Hong, yang masing-masing menghuni ranking ke-32 dan 41 dunia perlu menggandakan usaha.
Di Hyderabad, Hafiz akan memulakan kempen dengan menentang pemain tidak ternama India, B.Sumeeth Reddy esok tetapi berpotensi untuk menentang jaguh No. 1 dunia, Datuk Lee Chong Wei di separuh akhir.
Beng Hong pula diletak dalam undian sebelah bawah, yang tidak memungkinkan dia bertemu Chong Wei kecuali di final tetapi akan bermula dengan bertemu pilihan ke-12, Rajiv Ouseph dari England.
Sementara itu, kegagalan pemain-pemain pelapis seperti Chong Wei Feng, Liew Daren, Mohd. Arif Abdul Latif dan Tan Chun Seng memberi cabaran bermakna sepanjang tahun ini turut meletakkan mereka di bawah pemerhatian jurulatih, Rashid Sidek.
Pemain-pemain ini, yang dianggap masa depan badminton Malaysia masih gagal mencapai prestasi meyakinkan, dan satu lagi kegagalan di India mungkin memaksa mereka dibekukan daripada menyertai kejohanan akan datang.
hehehe ..harap JP bersabar ..nanti aku tak busy nanti aku akan buat yg power nye ..(berangan je)
ramai yg demam BFF skrg ni ...aku rasa kalau sweet tengok mesti dia suka cite camni ...
tengah gile dengar OST nye skrg .... pssttt dah donlot?
esok india open start tapi aku cam tak rasa apa2 lak ....
berapa beza masa india & mesia ekkk?
malasnye nak check ...
Originally posted by azalea_girl at 23-3-2009 23:48
Actually aza ada jmpa website ni..,yg ni ok gak la..sbb byk video Swiss open 09 ada..start quaterfinal lgi..
cuma audio ada kurenggg sket la..lembap lak tu..hehehe tp tak le teruk sgt.. ,kira ...
komawo yo aza sshi
harus disimpan address tu ....
aku pun harap dorang tunjuk indian open ..tapi lansung takde ura2 lagi kan ..iklan pun takde ...
congrats datuk lee chongwei :pompom:
n good luck to all malaysian yg turun ke gelanggang esok ..esp KBH ..hehehehe :pompom:
Demikian peringatan jurulatih badminton negara, Datuk Misbun Sidek kepada Datuk Lee Chong Wei yang menggalas cabaran negara pada Kejohanan Badminton Terbuka India di Hyderabad yang bermula semalam, lapor DRAHMAN BAHARUN.
Menurutnya, strategi utama untuk Chong Wei terus menjadi pemain digeruni lawan ialah tidak melupakan cara bagaimana dia menang pada Terbuka Switzerland baru-baru ini.
"Saya sudah nasihat dia (Chong Wei) supaya tidak lupa strategi.
"Kalau dia lupa, lawan akan mudah mematikan langkahnya," katanya ketika ditemui selepas majlis Anugerah Sukan Negara 2008 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara kelmarin.
Misbun berkata, beliau meramalkan Chong Wei akan mara ke perlawanan akhir pada Terbuka India meskipun laluannya agak getir.
Menurutnya, Chong Wei perlu sentiasa berwaspada dengan jaguh badminton Indonesia, Taufik Hidayat walaupun kejohanan tersebut tanpa pemain No.2 dunia, Lin Dan dari China.
"Jika mara ke perlawanan akhir Chong Wei bakal bertemu pemain Indonesia, Taufik Hidayat.
"Harus ingat, Taufik adalah pemain yang penuh tipu muslihat. Dia (Taufik) adalah pencabar utama pada kejohanan ini.
"Selain itu, Chong Wei juga perlu berwaspada dengan beberapa pemain China yang lain," katanya.
Beliau berkata, Chong Wei perlu menyesuaikan diri dengan gelanggang di Hyderabad kerana Kejohanan Badminton Dunia akan berlangsung di tempat yang sama pada 10 hingga 16 Ogos depan.
Mengenai anugerah jurulatih lelaki terbaik yang diterimanya, Misbun berkata, beliau berasa gembira kerana kerja kerasnya selama ini turut mendapat penghargaan.
Menurut beliau, pemilihannya sebagai penerima anugerah tersebut akan memberi dorongan kepada- nya untuk bekerja lebih keras pada masa akan datang bagi membantu pemain badminton negara melakar lebih banyak kejayaan di pentas dunia.
aku pun harap dorang tunjuk indian open ..tapi lansung takde ura2 lagi kan ..iklan pun takde ...
welcome.. (tak tau nak tulis apa klu korea ni..ekeke.. )
tp kan,aza check astro guide kat tv tu,jumaat ni ada live QF la..start pkl 4.30 ptg-9.30 mlm..sabtu n ahad tu mcm biasa la..
SF n Final..start pkl 4.30 ptg gak..