|
Konsert Seribu Warna Dato Siti Nurhaliza - 14 Nov 2009
[Copy link]
|
|
bagi peluang org shah alam pergi la plak...
nak tunggu siti wat konsert kat petronas philharmonik plak....
tak pon konsert besar besar kat stadium putra bukit jalil |
|
|
|
|
|
|
|
choppp!!! buzz confuse... DCT wat 2 konsert ke utk 2 hari berturut2?? 13hb di Mines dan 14hb di Shah Alam ke?? function yg berbeda kan??? |
|
|
|
|
|
|
|
jangan confius confius ler... event beza tuh....
14th november konsert dato siti kat shah alam.. satu hari jek
15th tuh HAI - O annual dinner |
|
|
|
|
|
|
|
ruffly sya mesti pegi ni.. org shah alam gituh |
|
|
|
|
|
|
|
PC sedang berjalan...
dah di agak dan tepat... ARTIS SNP akan membuat persembahan gak.... |
|
|
|
|
|
|
|
http://photos-g.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc1/hs210.snc1/7725_1130960765211_1563001151_30330191_6227595_n.jpg
khyree Post at 21-10-2009 14:12
ct bt pkian kimono jd poster die |
|
|
|
|
|
|
|
motif warna merah tapi seribu warna? heheh |
|
|
|
|
|
|
|
kekek, warna merah yang mempunyai seribu warna nanti pada malam konsert?? hehe
lagipon, cam sedondon plak dgn Banner Sitizoners Singapore nanti.. warna MERAH!.. hahah |
|
|
|
|
|
|
|
eja nama erah ni saerah ke sairah?
nak kena tanya harisbee ni |
|
|
|
|
|
|
|
warna merah tu tema Hai O kot...
hehehehhe...
;p |
|
|
|
|
|
|
|
Seribu Warna Dato’ Siti Nurhaliza
by Miss Ayu | 21 Oct 2009
Setelahdikecewakan dengan penundaan konsert Beyonce pada hujungminggu ini,peminat hiburan tanahair pasti melonjak kegembiraan apabiladivapopular tanah air, Dato’ Siti Nurhaliza mengumumkan yang diaakanmengadakan konsert pada 14 November ini.
Pementasan daripada sahabat baik Krisdayanti inisememangnyaditunggu-tunggu oleh semua pihak kerana persembahannya tidakpernahmengecewakan.
Konsert yang dinamakan ‘Seribu Warna Dato’ Siti Nurhaliza’ ituakanmenggegarkan Stadium Malawati, Shah Alam bermula jam 8.30 malamdandijangka akan dihadiri oleh 10 ribu orang peminat.
Konsert yang diadakan bersempena dengan sambutan ulangtahun ke -17Hai-OMarketing Sdn Bhd menggunakan tajuk ‘Seribu Warna’ kerana iabertepatandengan persembahan yang akan ditonjolkan pada malam itu.Tambahan pulaSiti ingin muncul dengan persembahan yang padat danpelbagai, sesuaidengan penglibatannya selama hampir 15 tahun dalamindustri.
Menurut Siti yang ditemui selepas sidang media konsert itu,konsertnyakali ini agak berbeza dengan ‘Konsert Eksklusif Satu’ yangdiadakan diIstana Budaya pada 26 hingga 28 Jun lalu.
“Konsert kali ini lebih rileks dan santai. Pemilihan lagu jugaberbeza.Siti banyak memilih lagu yang berentak rancak yang memerlukanSitimenari. Siti mahu semua yang hadir pada malam itu bergembiradanpaling penting Siti akan mencipta sesuatu yang berlainan denganapayang pernah dipentaskan sebelum ini. Gimik memang ada tetapitidakperlu diceritakan di sini, kita tunggu pada malam konsert itunanti,”ujar Siti sambil tersenyum.
Ditanya mengapa dia memilih Saerah, Saida dan Kumpulan Codauntukpersembahan pembukaan pada malam konsert tersebut, Sitimenjelaskanpemilihan mereka dibuat kerana Siti bukan sahaja mahumemberikanpendedahan kepada sebuah persembahan berskala besar, tetapiia jugabertujuan untuk meniup semangat kepada mereka supayaberusahasegigihnya untuk mencapai kejayaan yang lebih besar.
“Pada pendapat Siti, ini merupakan satu platform yang baik untukSaerah,Saida dan Coda untuk memperkenalkan diri mereka. Ini keranakonsert iniakan dihadiri oleh 10 ribu orang penonton. Ia bukansepertipersembahan-persembahan lain yang pernah mereka lakukan. Padamalamitu, masing-masing akan nyanyikan dua buah lagu sebelum sayaberaksi,”jelas Siti yang dijangka menyampaikan 13 buah lagu dalam masa90 minit.
Menyentuh tentang busana yang akan digayakan oleh Siti padamalamkonsert itu, penyanyi yang baru muncul dengan album ‘TahajjudCinta’ini memberitahu yang dia telah memilih Hatta Dolmat sebagaiperekapakaiannya pada malam tersebut.
“Hatta sudah beberapa kali menghubungi Siti untuk berkerjasama.Untukitu, Siti ambil keputusan untuk menggunakan khidmatnya untukkonsert‘Seribu Warna’ ini. Siti telah pun berbincang dengan Hattatentangkonsep pakaian yang ingin digayakan. Untuk mencipta kelainan,Siti akantampil dengan pakaian yang lebih ‘trendy’ dan ‘funky’. Sesuaidenganlagu-lagu yang akan Siti sampaikan.”
Konsert ini diharapkan akan dapat mengubat rindu pada peminat Sitiyangtidak bersempatan menonton ‘Konsert Eksklusif Satu’ di IstanaBudayapada Jun lalu.
Tiket-tiket untuk menyaksikan konsert ini akan mula dijual padahariesok iaitu 22 Oktober. Ia boleh ditempah secara online diticket2u.bizdengan harga tetap RM60 setiap satu.
Selain itu anda juga boleh dapatkannya di Box Office (IstanaBudaya),Triway Travel & Tours di KLCC dan Taman Tun Dr. Ismail,MalaysiaTravel Bureau, MTB di MATIC, Sri Amera Holiday Sdn Bhd di Level1,Plaza Alam Sentral dan Pasar Awam, Precint 16, PutrajayadanTicketCharge, 29-5, Signature Office Suite, The Boulevard, MidValley. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Lagu Khas Adik Beradik Siti Buat Ayah
Teks & foto oleh Razif Rosdi
KUALA LUMPUR, 21 OKTOBER 2009: Tanda ingatanterhadap arwah ayah tercinta kini diabadikan oleh Dato' Siti Nurhalizadan adik-beradiknya dalam sebuah lagu khas berjudul Kini Kau Jauh ciptaan Aidit Alfian bersama penulis lirik Ad Samad.
Perkara ini diumumkan Siti pada majlis sidang media konsertterbarunya di pejabat Siti Nurhaliza Productions (SNP) di Cheras,petang tadi.
"Lagu ini, Siti nyanyi dengan adik-beradik Sitiiaitu Ayie, Saida, Saerah dan Ali. Hanya abang sulung dan adik bongsukami saja yang tidak terbabit. Lagu ini adalah idea ibu Siti sendiriuntuk arwah ayah. Malah sepanjang proses rakaman, ibu Siti yangmengawasi vokal kami adik- beradik," jelas Siti .
Kata Siti, single itu dimuatkan dalam album duet Saerah danSaida yang diterbitkan oleh SNP dan akan dipasarkan tidak lama lagi.
Konsert Siti di Stadium Malawati, 14 November
Sesudah kejayaan Konsert Satu di Istana Budaya, tidak lama dulu, Siti terus mara dengan konsert Seribu Warna pula yang bakal diadakan pada 14 November ini di Stadium Malawati, Shah Alam.
Konsert yang mendapat tajaan Hai-O Marketing Sdn Bhd inidianjurkan bersempena sambutan ulangtahun ke-17 syarikat itu selainmenghargai ahli Hi-O serta peminat Siti.
Ketika di temui di pejabat Siti Nurhaliza Production (SNP), Sitiberkata, konsert itu amat berbeza dengan konsert-konsert beliau sebelumini. Ia akan dibuat secara santai selain Siti bergabung tenaga denganartis SNP termasuk Coda, Saida dan Saerah.
"Konsert kali ini lebih straight foward serta mendapatbantuan Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Insya-Allah, Siti akanmenyanyikan 13 buah lagu popular secara penuh dan bukan medley.
"Pada segmen pertama konsert itu nanti, Siti ada wujudkan segmenpenghargaan Siti kepada 2 orang penyanyi lelaki baru yang Siti rasaterbaik buat masa ini. Siti juga akan banyak bermain visual terutamasekali untuk segmen lagu tradisional.
"Insya-Allah, konsert ini diharapkan dapat mengumpulkan 10,000penonton di mana 6,000 terdiri daripada ahli Hi-O Marketing sendiri.Kami akan menjual 4,000 tiket buat mereka yang bukan ahli Hi-O. Tiketini akan dijual dengan harga RM60 saja," kata Siti.
Kata Siti, 6,000 penonton telah pun mengesahkan kehadiran mereka.
"Ini kali kedua Siti sertai show anjuran Hi-O yangmempunyai 100,000 ahli di seluruh Malaysia. Kali pertama Siti buatialah pada 2007 sempena Malam Muhibah Tahun Baru Cina. Sebenarnya Siti akanmenyanyi selama 2 hari iaitu pada 14 dan 15 November tapi konsert pada15 November dibuka kepada ahli Hi-O yang mendapatpencapaian tertinggi," katanya.
Seksi adalah perkara subjektif
Sementara itu Siti turut tercalon dalam 10 Yang Anggun bagi majalah EH!. Dengan rasa terharu dan berterima kasih kerana terpilih, Siti enggan memperbesarkan isu dia semakin seksi.
"Menang atau kalah dalam senarai itu bukanlahpenting. Siti lebih gembira kerana dapat bersama dengan calon-calonyang lain (seperti Rozita Che Wan, Fasha Sandha, Fazura, Camelia danDiana Danielle).
"Tentang isu seksi, bagi Siti, seksi ituadalah perkara subjektif. Kadang-kadang orang pakai baju kurung punboleh nampak seksi.
"Untuk gambar itu, Siti masih lagi berselendang. Mungkin isu ini timbul disebabkan hasil posing padafoto tersebut. Siti pun selalu menggayakan selendang ikut cara Siti.Kadang-kadang, Siti hanya pakai topi saja dan janganlah ia menjadi satuisu," katanya.
Lagi tentang Siti...
1. Selepas sebulan album Tahajjud Cinta di pasaran, sambutannya amat menggalakkan dan album tersebut sudah diulang cetak.
2. Sitibukan ahli Hi-O Marketing dan hanya menghiburkan ahli Hi-O saja. Diabelum terlintas untuk berkecimpung dalam bidang perniagaan Hi-O.
3. Siti telah mengesahkan kedatangannya ke showcase Kris Dayanti.
4. Siti masih merahsiakan 2 nama artis lelaki yang menjadi dipilihnya untuk segmen penghargaan itu.
6. Siti mengaku ada mendapat tawaran memasuki program Sehati Berdansa.Namun, tawaran itu adalah untuk musim ke-2 di mana Siti terpaksamenolak kerana tak pandai menari dan jadual sehariannya yang begitupadat.
7. Sebelum ayah Siti meninggal dunia, Siti telah dihadiahkansebuah studio rakaman oleh ayahnya. Siti hanya tahu tentang studio ituselepas 3 hari ayahnya pergi. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Macam best la plakkk....terasa nak pergi la plakkk...
tapi kena pujuk kawan la plakkk.... |
|
|
|
|
|
|
|
ah ah momod.. leh jumpa ko... berkenalan... |
|
|
|
|
|
|
|
Siti nafi ditawar jutaan ringgit untuk 'Konsert Seribu Warna'
Oleh SITI AZIRA ABD. AZIZ
Selepas'Konsert Satu', Siti bakal menjayakan 'Konsert Seribu Warna' pada 14November depan di Stadium Malawati, Shah Alam. -foto The Star olehRAYMOND OOI
DESAS-DESUS mengatakan Datuk Siti Nurhaliza Tarudinditawarkan wang jutaan ringgit oleh syarikat Hai-O Marketing Sdn. Bhd.,penganjur Konsert Seribu Warna dinafikan sekeras-kerasnya oleh penyanyinombor satu negara itu.
Jawab Siti, tawaran itu tidaklah mencecah sampai jutaan ringgit dan berapakah jumlahnya biarlah dia sahaja yang tahu..
“Tak betul lah. Pandai-pandai je buat spekulasi tentang jutaanringgit tu..,” jawab pemilik Siti Nurhaliza Production Sdn. Bhd. iniketika sidang media di pejabatnya.
Penyanyi yang telah mengumpul 14 buah album ini berkata dia jugabersetuju untuk melakukan konsert pada 14 November, pukul 8 malam diStadium Malawati, Shah Alam itu bukan disebabkan tawaran wang tunaisemata-mata.
Yang pasti, isteri kepada ahli perniagaan Datuk Seri Khalid MohdJiwa ini tidak sabar untuk menghiburkan 10,000 penonton termasuk 6,000ahli Hai-O.
Oleh itu, Siti meuar-uarkan kepada para peminatnya yang bukan ahliHai-O untuk mendapatkan tiket berharga RM60 yang dijual sebanyak 4,000tiket itu.
“Saya menerima tawaran konsert ini pada pertengahan Mac lalu selepasahli Hai-O sepakat untuk memilih saya sempena ulang tahun ke-17 Hai-O.
“Jadi, persembahan dalam ni agak berlainan daripada Konsert Eksklusif Satu dan lebih relaks.
“Persembahannya juga tidak lama dalam 90 minit sahaja dan saya akanmendendangkan sebanyak 13 buah lagu popular saya,” ujar Siti yang turutmengundang artis di bawah SNP iaitu kakaknya, Siti Saida, adiknya, SitiSaerah dan kumpulan Coda.
Kata Siti, ketiga-tiga artis ini akan melakukan persembahan mereka semasa persembahan pembuka konsert itu.
Selain menyanyikan lagu-lagunya seperti ‘Di Taman Teman’, ‘KuPercaya Ada Cinta’, ‘Ku Mahu’, Siti turut akan menyanyi secara triodengan Saida dan Saerah serta menyanyi lagu ‘tibute’ dua penyanyipopular.
Dalam nada teruja, Siti menjelaskan dia sengaja mengajak artis SNPyang lain untuk memberikan pendedahan kepada mereka dengan harapanmereka akan bersedia membuat persembahan berskala besar.
Pengalaman dan tunjuk ajar yang mereka perolehi daripada Sitidiharapkan akan dapat dimanfaatkan dengan baik oleh setiap artis supayakemunculan mereka di ‘Konsert Seribu Warna’ mampu membuka mata peminatdi luar sana.
Bercerita mengenai penampilannya agar bersesuaian dengan temakonsert yang santai dan relaks itu, khidmat pereka fesyen Hatta Dolmatakan digunakan agar menampakkan dirinya lebih ‘funky’, ‘ragged’ dankontemporari.
Begitu juga dengan Saida dan Saerah, mereka berdua juga akan menggayakan pakaian rekaan pereka tersohor itu.
‘Seribu Warna’ simbolik kejayaan Hai-O
Menurut Siti, pemilihan tajuk konsert ‘Seribu Warna’ ini bertepatandengan persembahan yang akan ditonjolkan pada malam itu selain simbolikpelbagai kejayaan, semangat dan kegigihan yang ditonjolkan olehahli-ahli Hai-O sehingga mereka mampu mengubah kehidupan dan masa depanyang lebih baik.
Menyentuh tentang sesi latihan, setiap artis akan memulakan latihan muzik dan tarian pada awal November ini.
Persembahan Siti, Saida dan Saerah akan diiringi oleh kumpulanpemuzik profesional yang akan diketuai oleh Aubrey Suwito manakalakumpulan Coda akan bermain muzik sendiri.
Tambahnya, konsert ini juga diharap akan dapat mengubat rindu parapeminatnya yang tidak berkesempatan menonton ‘Konsert Satu’ di IstanaBudaya pada Jun lalu.
SNP selaku penerbit konsert ini telah mendapat kerjasamaTicket2u.biz untuk urusan penjualan tiket yang boleh dilanggan mulaihari ini, 22 Oktober.
Siti bersama Saida, kumpulan Coda dan Pengurus Hai-O Marketing Sdn Bhd, Tan Kee Hock.
Tiket boleh didapati di Box Office (Istana Budaya), Triways Travel& Tours di KLCC dan Taman Tun Dr Ismail, Malaysia Travel Bureau,MTB di MATIC, Sri Amera Holiday Sdn. Bhd di tingkat 1, Plaza AlamSentral Shah Alam dan Putrajaya, Pasar Awam Precint 16, Putrajaya danTicketCharge 29-5, Signature Office Suite, The Boulevard, Mid Valley.
Tiket-tiket juga boleh dilanggan secara online di ticket2u.biz dengan harga tetap RM60. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu DTT, KPAC ngan Ku Mahu dh konfem jd penghias konsert ni
ak nk ct nyanyi lagu yg tak pernah dinyanyikn lum ni |
|
|
|
|
|
|
| |
|