CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: nazihamrun

Korban Kasih Marlisa | Cerekarama Istimewa Aidiladha | Sabtu 281109

[Copy link]
Post time 25-11-2009 02:08 PM | Show all posts
wajib tgk!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-11-2009 04:22 PM | Show all posts
wajib tgk!
jingga007 Post at 25-11-2009 14:08
\

haha..ingatkan WAJIB TAYANG tadik
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2009 11:19 PM | Show all posts
ini aku capture utk santapan mata bfore sabtu ni.



skrip:
Aina: Adam tak bg aina peluang untuk miliki cinta dia, kak.


huhu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2009 12:01 AM | Show all posts
83# hijau88

wah! boleh tahan dialog...huhuhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 07:38 AM | Show all posts
tiz watak nangis2 lagi arrr kan........
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 07:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by hijau88 at 26-11-2009 07:58

credit to: bharian online.

Korban Kasih Marlisa sambut Aidiladha


ANTARA adegan Cerekarama sempena Aidiladha, Korban Kasih Marlisa.

SEMPENA sambutan Aidiladha ini, TV3 akan menyajikan sebuah Cerekarama khas Aidiladha berjudul Korban Kasih Marlisa. Cerekarama menarik ini akan disiarkan pada Sabtu ini jam 10.05 malam mengenai hidup Marlisa yang menjadi antara ribuan wanita moden yang berjaya mencipta kejayaan tersendiri di dalam kerjayanya.

Ayahnya Datuk Ibrahim tidak teragak-agak menyerahkan tanggungjawab sebagai Pengurus Besar di Excellent Holdings Sdn Bhd yang menguruskan syarikat pembinaan kerana kredibiliti yang dimilikinya.

Antara strategi syarikatnya adalah melatih eksekutif muda yang dinamik dan mempunyai potensi untuk berjaya. Antara eksekutif muda itu termasuklah Adam Rais yang mempunyai potensi untuk membantu kejayaan Matrix Holdings. Adam seorang anak kampung yang mengagumi kegigihan Marlisa. Dia begitu berani mendekati Marlisa untuk belajar sesuatu yang boleh meningkatkan prestasinya. Hubungan mereka semakin rapat walaupun Marlisa cuba menafikan perasaannya pada Adam.

Adam akhirnya berani meluahkan rasa cintanya pada Marlisa membuatkan dia terkejut dan mengingatkan jarak usia mereka yang terlalu jauh. Dalam pada itu, Sapiah, ibu Adam merancang menjodohkannya dengan gadis kampung bernama Nuraina.

Dia langsung tidak mengetahui Adam sedang bercinta dengan Marlisa. Sapiah menerima kepulangan Adam dan Marlisa dengan tenang walaupun tidak menyenangi hubungan itu apatah lagi untuk merestui perkahwinan mereka.

Sapiah cuba melayan Marlisa dengan baik. Nuraina tidak sedikit pun cemburu malah menganggapnya secocok walaupun berbeza usia. Nuraina mudah mesra dengan Marlisa dan menganggapnya sebagai kakak. Namun, Sapiah tiada pilihan lain selain mahu Marlisa meninggalkan Adam dan mahu dia mengahwini Nuraina. Adam terpaksa berkahwin dengan Nuraina walaupun dia masih menyintai Marlisa. Apakah yang terjadi kepada mereka bertiga?

Ikuti kisah menarik ini bersama barisan pelakon berbakat seperti Umie Aida, Awal Ashaari, Tizz Zaqiyah, Arash Mohd, Fadhilah Mansor, Datuk Rahim Razali, Aida Radzwill dan Kismah Johar.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-11-2009 10:43 AM | Show all posts
76# cmf_aminah



  Alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..Tiz muka cam iras iras muka ku...tak caya tanya Remy..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2009 11:11 AM | Show all posts
87# csuraya

tetiba je kuar statement...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-11-2009 11:27 AM | Show all posts
88# nazihamrun


kan... ntah.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 11:56 AM | Show all posts
87# csuraya

aku dh cskodeng dh muke ko kat fb..
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 11:59 AM | Show all posts
Post Last Edit by hijau88 at 26-11-2009 07:58

credit to: bharian online.

Korban Kasih Marlisa sambut Aidiladha


ANTARA adega ...
hijau88 Post at 26-11-2009 07:53


mak aihh...teruknya kesan botox kat muka UA ni...
ngeri siot...
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 12:08 PM | Show all posts
90# cmf_aminah

muka cskodeng ada mcm Tiz ke?
huhu.
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 12:17 PM | Show all posts
92# hijau88

hmmmm...ade kot skit2...
























mcm sara.............ekeke..men2 jek....
Reply

Use magic Report

Post time 26-11-2009 12:23 PM | Show all posts
93# cmf_aminah
wakakkakakakaka.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-11-2009 10:05 PM | Show all posts
91# singgahjer

erk! no komen!
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 12:13 AM | Show all posts
bsuk tgk lakonan Tiz plak. :pompom:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-11-2009 07:45 AM | Show all posts
Post Last Edit by hijau88 at 28-11-2009 07:48

Rap

credit to: hmetro online.

DRAMA bersiri Nur Kasih yang menjadi perhatian ramai sejak disiarkan di TV3 7 Mei lalu, kini sampai ke kemuncaknya malam ini (Jumaat jam 9 malam), apabila segala kisah duka yang menimpa Nur Amina lakonan Tizz Zaqyah akan berakhir dengan kepulangan Adam (Remy Ishak) ke pangkuannya.

Selepas menyaksikan kisah cinta Nur Amina dan Adam dalam Nur Kasih, penonton dapat menyaksikan lakonan Tizz Zaqyah dalam satu lagi drama, Korban Kasih Marlisa yang disiarkan khusus sempena menyambut Aidiladha, menerusi slot Cerekarama pada Sabtu, jam 10.05 malam.

Kali ini Tizz Zaqyah digandingkan dengan Awal Ashaari. Turut berlakon, Umie Aida, Arash Mohd, Fadhilah Mansor, Datuk Rahim Razali, Aida Radzwill dan Kismah Johar.

Ia mengisahkan Marlisa lakonan Umie Aida mencipta kejayaan dalam kerjayanya apabila ayahnya, Datuk Ibrahim menyerahkan tanggungjawab sebagai Pengurus Besar Excellent Holdings Sdn Bhd yang menguruskan syarikat pembinaan kepadanya.

Adam Rais (Awal Ashaari), anak kampung yang mengagumi kegigihan Marlisa, antara anak muda yang mengikuti latihan sebagai eksekutif muda syarikat Marlisa. Dia begitu berani mendekati Marlisa hingga hubungan mereka semakin rapat walaupun Marlisa cuba menindakkan perasaannya pada Adam kerana jarak usia mereka terlalu ketara.

Ibu Adam, Sapiah, mahu menjodohkannya dengan gadis kampung bernama Nuraina (Tizz). Kepulangan Adam bersama Marlisa tetap disambut baik ibunya walaupun tidak menyenangi hubungan mereka. Nuraina juga tidak cemburu malah menganggap Adam dan Marlisa secocok walaupun berbeza usia. Nuraina mudah mesra dengan Marlisa dan menganggapnya sebagai kakak.

Sapiah tetap mahu Adam mengahwini Nuraina dan Adam terpaksa berpisah dengan Marlisa untuk berkahwin dengan Nuraina walaupun dia masih menyintai Marlisa.
Selain Korban Kasih Marlisa, TV3 turut menyajikan empat lagi drama menarik khusus untuk Aidiladha bermula dari 27 November hingga 30 November. Suci Kasih disiarkan jam 1.05 tengah hari ini (Jumaat) untuk slot Cerekapilihan Aidiladha diikuti Taubat Nasuha, jam 10.05 malam (slot Istimewa Aidiladha), Sandaran Kasih, slot Aidiladha Telemovie, jam 12.05 pagi dan Semperit Tak Bergula pada 30 November, jam 10 malam.

Suci Kasih mengisahkan Imran dan Zana berkahwin atas dasar cinta walaupun tanpa restu ibu Imran, Yon Aminah. Dia mahu Imran berkahwin dengan Juriah dari keluarga kaya. Ketika mengandung, Imran dan Zana terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkan kematian Imran dan anak dalam kandungan Zana.

Zana koma selama sebulan dan apabila sedar, dia menjadi murung apabila mengetahui kematian suami dan bayinya. Yon Aminah pula menyalahkan Zana atas kematian anaknya. Zana cuba melupakan kejadian yang menimpa keluarganya tetapi gagal lalu pergi bercuti.





Semasa bercuti, dia bertemu Mohsin dan mendapat tahu isterinya memerlukan bantuan pemindahan buah pinggang. Zana bercadang mendermakan buah pinggangnya kepada isteri Mohsin. Drama ini dijayakan Elly Mazlin, Wan Maimunah, Aida Aris, Shahrul Kamaludin dan Remy Ishak.

Sementara itu Taubat Nasuha yang dijayakan Sheila Rusly, Fauzi Nawawi, Datuk Jalaluddin Hassan, Sheila Mambo, Naim Daniel, Haikal Raihan dan Aliff Ikqmal, mengisahkan Syamizi lakonan Fauzi dan Laila (Sheila), dikurniakan tiga anak, Aimin 11 tahun, Aiman 8 tahun dan Amirul 4 tahun.

Laila mengandung anak ke-4 dan usia kandungannya empat bulan. Syamizi yang dibesarkan dan dididik ayahnya yang garang dan bengis serta berdisiplin, menjadi ayah yang panas baran. Dia menganggap anak-anaknya begitu nakal. Cara dia menegur dan mendidik anak-anaknya sama seperti arwah ayahnya. Pantang silap sedikit, mesti dirotan atau sepakan singgah di muka anaknya.

Laila sudah puas mengingatkan dan menasihatkan suaminya, namun tidak diendahkan. Ada kalanya, Laila juga menjadi sasaran baran Syamizi. Bagi anak-anak pula, setiap kali kemunculan ayahnya di rumah membuatkan mereka sedikit gementar namun tidak menghalang mereka bergurau senda dan bermain bersama. Keriuhan sebegini menjadi satu gangguan kepada Syamizi.

Sementara itu, Sandaran Kasih membariskan Ida Nerina, Yalal Chin, Haikal Johari Azmi, Maizurah Hamzah dan Datuk Baharuddin Omar. Ia mengisahkan Anna yang berpisah dengan suami dan mempunyai anak lelaki, Faiz berusia 6 tahun.

Rakan kongsinya, Sam baik hati dan selalu mengambil berat masalah kesihatan Anna. Anna dimaklumkan doktor mengenai penyakitnya. Dia sedih mengenangkan nasib yang terjadi pada Faiz jika dia tiada nanti.

Hubungan Anna dengan orang tuanya tidak berapa baik kerana perkahwinan mereka tidak direstui. Sam cadangkan Anna mencari ayahnya dan memperkenalkan Faiz kepadanya walaupun Anna merasakan ayahnya tidak akan menerima kehadirannya.

Semperit Tak Bergula yang dijayakan Burhanuddin Omar, Arash Mohd dan Ifa Raziah, mengisahkan Alang Bakri menghidap penyakit kencing manis. Isterinya meninggal dunia dan dia tinggal bersama Ramadan, anak lelaki tunggalnya yang tinggal di bandar.

Ramadan berharap isterinya, Diah dapat menjaga dan memantau pemakanan bapanya yang menghidap kencing manis. Diah benar-benar menjaga Alang Bakri kerana dia tidak mahu penyakitnya melarat teruk.

Alang Bakri tidak selesa dengan layanan menantunya. Setiap kali apabila Diah keluar bekerja, Alang Bakri curi-curi keluar dan makan makanan manis dan minum teh tarik selepas selesai berterawih di masjid.

Imam masjid memaklumkan kepada Ramadan mengenai keinginan bapanya makan kuih semprit yang selalu dibuat arwah isterinya. Diah membuat kuih semprit kesukaan bapa mentuanya tetapi Alang Bakri marah apabila kuih semprit yang dibuat Diah tanpa gula.
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 10:39 AM | Show all posts
best..best citer ni..
WAJIB TONTON..
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 11:08 AM | Show all posts
ada sapa yang tengok citer korban kasih marlisa tu tak?
kalau ada tolong la masuk dalam youtube....
saya tak dapat nak tengok citer tu....
pls
Reply

Use magic Report

Post time 28-11-2009 01:26 PM | Show all posts
Alahai sama time le pulak ngan MU mlm ni
Knpm kena rebut tb lg la mlm ni...
Tiz mati kot dlm citer ni :cry:
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 01:06 PM GMT+8 , Processed in 0.681920 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list