CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: samax

Kisah kematian Kamal Attarturk - Fakta atau mitos?

[Copy link]
Post time 23-11-2010 05:15 PM | Show all posts
Saya pernah membuat sedikit catatan ketika menjawab pertanyaan saudara mara yang ingin mengetahui pendapat saya berkaitan Ataturk. Apakah benar beliau yang menghancurkan empayar Osmaniah seperti didakwa.
Jadi biarlah saya salin semula catatan saya tu ke sini untuk dikongsikan agar kita tahu apa yang dongeng dan apa yang benar. Panjang catatan tersebut dan saya akan bahagikan kepada beberapa bahagian. Maafkan ejaan dan tatabahasa sekiranya ada kesilapan.
Buatlah perbandingan dengan sejarah negara kita sendiri.

Part 1. : Pemula kata.
Di akhir perang dunia 1, tiga empayar besar musnah termasuk empayar Osmaniah. Perdana menteri Osmaniah, Ferit yang juga menantu Sultan Vahdettin telah menandatangani perjanjian damai dengan pihak berikat yang diwakili Ingeris. Perjanjian damai Mondros itu antara lain meletakkan Kerajaan Osmaniah di bawah pentadbiran pihak berikat. Sejajar dengan syarat perjanjian, Sultan Vahdettin mengarahkan tentera Osmaniah menyerahkan senjata kepada tentera Berikat untuk di simpan. Armada laut tentera berikat yang selama ini tak berjaya menembus masuk ke Selat Bosphorus tiba di istanbul tanpa sebarang tentangan. Dua kapal perang Greece juga menyertai armada tersebut atas jemputan British walaupun Greece bukan sebahagian daripada tentera berikat. Ini menggembirakan kaum Kristian keturunan Rum di seluruh Turki dan mereka menyambut 2 kapal ini dengan memasang bendera Greece di seluruh Istanbul. Keadaan ini mencetuskan kemarahan bekas bekas pegawai tentera Osmaniah. Mereka menganggap perjanjian Mondros itu ialah pengkhianatan terhadap bangsa dan pengorbanan mereka. Istanbul jatuh di bawah penguasaan dan pentadbiran British dan Turki dikongsikan bersama Perancis dan Itali. Sultan Vahdettin juga telah membuat tawaran agar kerajaan British mentadbir Turki untuk tempoh 15 tahun dengan balasan beberapa keistimewaan diberikan kepada beliau.
Kecuali yang perlu untuk menjaga keamanan kampung, tentera Osmaniah yang selebihnya telah dibubarkan.
Keruntuhan empayar Osmaniah dan kejayaannya menundukkan khalifah Osmaniah yang merupakan ikon dunia Islam pada ketika ialah satu kejayaan besar untuk kerajaan British dan mereka berharap dengan kejayaan ini, pemberontakan India Muslim di India dan jajahan muslim yang lain akan berakhir.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2010 05:19 PM | Show all posts
Kekuatan empayar Osmaniah sememangnya sudah menyusut bermula daripada kurun ke 17 lagi. Tiada lagi arkitek agong seperti Sinan dilahirkan dan Sultan Osmaniah mengupah arkitek dan jurutera-jurutera dari barat untuk membina istana-istana mewahnya.  Pemerintahan dan ekonomi Osmaniah memang sudah lemah pada ketika tu. Segala pembangunan dan kemudahan bertumpu di Istanbul dan tidak menyebar ke Anatolia. Anatolia kekal mundur. Kerana tu lah tahap literasin keseluruhan rakyat Turki hanya 7% .

Perisik British juga memainkan peranan yang amat penting dalam kemenangannya dengan membangkitkan pemberontakan Arab terhadap Osmaniah di Timur Tengah selain daripada menyusup masuk ke dalam pentadbiran Osmaniah untuk mempengaruhi minda pemerintah dan pegawai kerajaan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 05:20 PM | Show all posts
Part 2: Greece mendarat di Izmir.
Izmir ialah sebuah bandar pelabuhan cantik yang terbesar di persisiran Laut Aegean yang menghadap Greece dan pada hari ini pun kekal sebagai bandar ke dua terbesar di Turki.
Apabila kerajaan Osmaniah menyerah kalah kepada tentera Berikat, pelbagai pihak cuba mengambil kesempatan. Kalau dahulunya mereka menganggap diri mereka sebagai satu bangsa, sekarang mereka tiba-tiba memecahkan diri mereka kepada pelbagai bangsa. Di Timur Laut, gerombolan etnik berugama Kristian berusaha mewujudkan semula kerajaan Pontus. Di bahagian timur pula, gerombolan kristian Ermeni menyerang dan menjarah perkampungan Turki untuk membentuk negara sendiri. Tenggara Turki di kuasai British, selatan termasuk Konya yang merupakan bandar ulamak pula dikuasai Itali manakala bahagian selatan dikuasai Perancis.
Pada 16 Mac 1920, dengan dorongan dan diiringi kapal perang British, tentera Greece pula mendarat di Izmir. Walaupun Izmir dijanjikan British kepada Itali tetapi British merasakan lebih menguntungkan berpakat dengan Greece kerana Greece mempunyai banyak pulau yang boleh menjadi pengkalan bagi armada lautnya mengawasi laluan ke terusan Suez.
Penduduk kristian berketurunan Rum di Izmir bersorak gembira menyambut pendaratan tentera Greece. Greece merancang mengambil keseluruhan bahagian barat Turki termasuk Istanbul kerana mendakwa ianya memang milik mereka ketika zaman Greek purba. British sememangnya tidak bercadang untuk duduk lama di istanbul dan merancang membiarkan Greece menjadi proksinya menguasai Selat Bosphorus.
Penglibatan Greece yang merupakan musuh tradisi Turki ini membangkitkan kemarahan wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai tentera Osmaniah dan seluruh rakyat Turki. Mereka mengharapkan Sultan Vahdettin mengarahkan mereka memerangi Greece tetapi Sultan Vahdettin lebih mendengar nasihat British yang mengatakan ini sementara sahaja dan untuk tujuan mengekalkan keamanan agar British dapat membantu memajukan Turki. Sultan Vahdettin mengistiharkan kehadiran tentera Greece ialah atas restu beliau untuk tujuan keamanan dan mengarahkan mereka diberikan laluan.
Sultan Vahdettin merasakan bahawa kerajaannya memerlukan naungan British agar boleh maju dan setanding dengan negara barat yang lain.
Pada 19 mac, Mustafa Kemal dihantar untuk menjaga kemanan di Samsun, sebuah bandar kecil di Laut Hitam. Apabila mendengar Greece mendarat di izmir, beliau mula bergiat aktif menyeru rakyat Turki di sana bersiap sedia untuk memerangi penjajah. Kegiatan beliau mendapat sambutan rakyat setempat dan perhatian beberapa patriot lain yang kemudiannya membentuk sebuah organisasi yang tersusun. Berita kegiatannya tiba ke pengetahuan British yang mengadu kepada Sultan Vahdettin. Sultan Vahdettin mengistiharkan Mustafa Kemal sebagai pemberontak dan penderhaka serta mengarahkan penangkapannya.
Mustafa Kemal bersama rakan-rakannya membentuk sebuah pemerintahan alternatif di Ankara dan beliau menjadi ketua dewan rakyat pertama. Ramai pegawai tentera dan wakil rakyat dari kerajaan Osmaniah yang kecewa dengan kelemahan Sultan Vahdettin menangani British dan Greece, menyusup lari dari istanbul untuk menyertai pemerintahan Ankara.
Mustafa Kamal mula membentuk angkatan tentera pemerintahan Ankara. Sebelum penjanjian damai Mondros, tentera Osmaniah berjumlah lebih kurang 350,000 orang tetapi setelah dibubarkan kini hanya tinggal 35,000 orang sahaja tentera yang tanpa senjata.
Tentera dibentuk dengan memanggil sukarelawan dan memujuk (bandits) agar berjuang untuk tanah air. Senjata diperolehi secara sedikit menerusi tabung derma tanah air tetapi tidak mencukupi.
Kemudiannya Rusia yang khuatir tentang penguasaan British dan Greece ke atas Selat Bosphorus yang merupakan laluan penting ke pelabuhannya di Laut Hitam mula menyalurkan bantuan senjata dan kewangan kepada pemerintahan Ankara.
Sementara itu, tentera Greece yang serba lengkap mula bergerak ke utara mengambil Bursa, bekas ibukota pertama empayar Osmaniah, dan seterusnya mara ke arah timur menuju ke Eskisehir. Perkampungan Turki disepanjang laluan dijarah dan penduduknya dizalimi. Masjid Ulu Jamii yang bersejarah dari zaman Fatih Sultan Mehmet di Bursa di jadikan kandang kuda.
General Ismet Inonu telah ditugaskan untuk menyekat kemaraan tentera Greece.
End of Part 2.
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2010 05:20 PM | Show all posts
Esok sambung lagi
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 12:24 PM | Show all posts
General Ismet Inonu bergerak ke Eskishehir untuk berhadapan dengan tentera Greece. Tentera Greece yang serba lengkap dengan artileri dan jumlah tentera yang lebih ramai akan berhadapan dengan tentera Turki yang baru sahaja dibentuk dengan masaalah kekurangan senjata dan bekalan peluru. Hanya separuh tentera Turki mempunyai bayonet, kebanyakan tanpa pakaian seragam dan hanya 30% tentera berkudanya mempunyai pedang. Mereka juga hanya mempunyai 2 pesawat terbang yang sudang usang untuk tujuan tinjauan.

Tentera Greece bertempur dengan tentera Turki berhampiran Eskisehir. Tentera berkuda dan militan bandits memainkan peranan penting dalam pertempuran ini dengan menyusup ke belakang barisan musuh untuk memusnahkan bekalan makanan dan laluan bekalan lojistik. Serangan Greece berjaya di patahkan dan Greece berundur ke DumluPinar untuk mengumpul kembali kekuatan.
Masa ini digunakan oleh Inonu untuk menambah kelengkapan ketenteraannya.

Di Istanbul, gerakan bawah tanah pemerintahan Ankara bertungkus lumus cuba mendapatkan bekalan tentera. Mereka berjaya mendapatkan simpati dan kerjasama pegawai tentera Osmaniah dan beberapa orang berpengaruh untuk membantu usaha mereka. Dengan ini bermulalah operasi mencuri dan menyeludup senjata dari depo simpanan senjata tentera Osmaniah yang disita dan dikawali tentera Berikat. Bekalan ini diseludup dan dipunggah ke Inebolu sebuah bandar kecil di Laut Hitam sebelum dihantar ke depo pengagihan dengan menggunakan kereta lembu dan apa sahaja pengangkutan kampung yang ada pada ketika itu.
Greece menggempur lagi dan dengan bekalan peluru yang baru sampai, serangan itu juga berjaya dipatahkan oleh Inonu.
British kecewa dengan kekalahan Greece kerana mereka menaruh harapan agar Greece dapat memaksa pemerintahan Ankara untuk tunduk ke meja rundingan untuk menerima syarat perjanjian Sevr yang diusulkan oleh British. Antara syarat perjanjian Sevr ialah Turki perlu bersetuju untuk memperakui penyerahan beberapa wilayahnya kepada Perancis, Itali dan British, wilayah Trakya yang terletak di utara Istanbul diserahkan kepada Greece, pembentukan negara Ermeni di barat dan pembentukan negara Kurdistan di tenggara. Perjanjian itu juga menetapkan bahawa penguasaan Selat Bosphorus diberikan kepada 1 badan yang akan dianggotai oleh 3 negara. Pemerintahan Turki akan dikawalselia oleh British sebagai penasihat dan tentera turki akan dikawal jumlahnya sekadar mencukup untuk tujuan keamanan luar bandar. Ketua general Osmaniah yang masih setia kepada Sultan Vahdettin, Tevfik Pasa cuba memujuk Sultan agar menentang syarat-syarat perjanjian tersebut tetapi gagal. Tevfik pasa kekal setia kepada Sultan tetapi dalam pertembungan dengan wakil Ankara di persidangan antarabangsa, beliau secara peribadi mendoakan kejayaan perjuangan Ankara membebaskan Turki.
Sultan Vahdettin bersedia untuk menerima perjanjian Sevr tetapi British, atas desakan sekutunya memerlukan perlibatan pemerintahan Ankara didalam perjanjian tersebut. Oleh kerana dewan rakyat dan kebanyakan wakil rakyat sudah berpindah ke Ankara, British memerlukan Ankara menandatangani perjanjian ini juga sebelum ianya boleh menjadi efektif. Perakuan ke atas otoriti pemerintahan Ankara sudah bermula awal lagi apabila Rusia menandatangani perjanjian sempadan dengannya.
British juga amat bimbang kerana perkembangan ini juga memberi pengaruh negatif di jajahannya yang lain. Di India, Gandhi memulakan mogok sebagai protes ke atas dasar British di Turki dan India muslim yang dipimpin Muhammad Ali Jinnah juga sudah mula menyokong perjuangan di Turki dan menganjurkan kutupan derma untuk dihantar ke Ankara.
Sambil mengamalkan dasar pura-pura berkecuali, PM British mendesak Greece untuk melancarkan serangan besar-besaran dan sasaran kali ini ialah untuk menawan Ankara. Ankara perlu dihapuskan. Greece mula memunggahkan tentera dan senjata ke Izmir pada jumlah yang amat besar. Pemerintahan Ankara mula panik.
Untuk melengkapkan tentera, Mustafa Kamal meminta dewan rakyat memberikannya kuasa yang lebih untuk tempoh 3 bulan. Dia memerlukan kuasa ini untuk mendapatkan dana yang mencukupi dalam masa yang singkat sebelum tentera Greece bergerak. Permintaannya diperkenankan dan Mustafa Kemal melancarkan kempen "Milli Seferberligi" di mana seluruh rakyat Turki, miskin mahupun kaya, diseru untuk melibatkan diri dalam perjuangan dengan menyumbangkan apa sahaja yang mereka boleh berikan.
End of Part 3.

Do you want to know more?
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 01:17 PM | Show all posts
sblm aku teruskan pembacaan.... aku nk tanya sikit la. kau ni siapa?

pengkaji sejarah Islam - golongan akademik atau student yg buat thesis
or
rakyat biasa yg minat sejarah satu2 bangsa..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-11-2010 02:27 PM | Show all posts
Rakyat biasa aje bukan luar biasa.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 03:16 PM | Show all posts
Kita lompat sikit ke kisah kematian kemal Ataturk. Dia ni sebenarnya cedera terjatuh dari kuda ketika menyusun persediaan perang. Tulang rusuknya patah dan menusuk organ dalaman.  Berlakulah jangkita kuman. Cederaan tu menjadi punca kemerosotan kesihatannya.  Apabila ditambah dengan tabiat merokok dan minum araknya, kesihatannya semakin teruk sehingga dihidapi penyakit scirosis. Penyakit schirosis ni ialah penyakit hati. Ia memang menyebabkan kegatalan. memang ada demam dan bila demam, memang la untuk redakan panas demam tu, biasa la guna air batu. Tak ada pun yang anih dan ganjilnya gejala dan kaedah rawatan yang digunakan. Zaman sekarang pun masih guna kaedah rawatan menggunakan air batu untuk redakan kepanasan atau kesakitan.
Pemimpin kita pun ramai juga yang islamnya minum arak tetapi kenapa plak orang kita tak ada pulak memfiraunkan nya.
Orang Islam kita pun masa tahun akhir 70'an baru mula pandai pakai tudung. Tu pun berkat inisiatif NGO bebas yang setengahnya dah pun di haramkan. Sebelum tu, pakai skirt jugak, malah di kampung tu berkemban je keluar ke rumah jiran.
Sebab tu elok kita tahu secara menyeluruh dan dari pelbagai sumber sebelum membuat penilaian agar tidak berlaku kezzaliman dan fitnah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-11-2010 03:20 PM | Show all posts
Treaty of Sevres 1920
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 05:10 PM | Show all posts
Reply 88# Boogey


so mmg awak buat kajian ttg kamal attartuk la yer... ke ttg kerajaan uthmaniyyah?


sambung lg yg lain2 tuh....
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 05:31 PM | Show all posts
Sejarah Turki dari zaman Seljuk hingga ke hari ini. Perkembangan dan kaitannya dengan rantau kita.

Milli Seferberligi ialah kempen besar-besaran untuk mengumpul dana bagi melengkapkan keperluan ketenteraan yang tidak mungkin dapat dilaksanakan dengan kaedah kutipan cukai sedia ada. peniaga dan peladang perlu memberikan antara 30-40% apa yang mereka ada kepada tentera. Keadaan luar biasa memerlukan penyelesaian luar biasa. Asalnya terdapat bantahan tetapi setelah menyedari kepentingan sumbangan mereka, mereka mula menyalurkan sumbangan yang di terima. Pusat kutipan dibuka di semua penempatan yang diluar kawasan jajahan. Di sebabkan bekalan senjata sudah semakin bertambah, pusat pendaftaran tentera mula menerima semakin banyak rekrut.
Milli Seferberligi bukan hanya melibatkan peniaga dan peladang. Se mua rakyat diseru berkongsi kesusahan. Rakyat berbaris di pusat pengumpulan membawa barang kemas, selimut, cadar, langsir, baju lama, stokin dan sebagainya. Semuanya amat perlu untuk berhadapan dengan tentera Greece yang ramai dan lengkap.
British terus menerus memantau perkembangan persediaan Ankara menerusi perisiknya dan menyalurkannya kepada Greece.
Di Izmir, Greece sudah melengkapkan tenteranya yang besar. 1,500 trak untuk membawa bekalan lojistik, beratus meriam pelbagai saiz dan beratus ribu askar yang bersemangat tinggi berarak menuju Eskishehir. Mereka disorak gembira oleh penduduk kristian Izmir. Bergema laungan "Ke Ankara" "Ke Ankara" di sepanjang laluan. Berdasarkan maklumat risikan, tentera Ankara amat lemah, kurang senjata dan terdiri daripada tentera yang kurang terlatih. Pastinya dengan mudah akan dimusnahkan.
Maklumat risikan tersebut sememangnya benar. Senjata masih kurang. Askar-askarnya ramai yang masih baru dan kurang terlatih.
Meriam sedikit tetapi masaalah paling besar ialah peluru meriam tidak mencukupi. Ketika Greece menggerakkan tentera ke Eskishehir, gerakan bawah tanah di istanbul sempat-sempat aje berjaya menyeludupkan peluru meriam dan mengejarkannya ke Eskishehir. Bersama peluru meriam tersebut juga mereka juga memperolehi pistol flare.
Greece menggempur dengan hebat kedudukan tentera Ankara di Eskisehir. Tentera Ankara berusaha bermati-matian mempertahankan kedudukan mereka.
Sementara itu di Istanbul, Sheikhul Islam Osmaniah mengeluarkan fatwa bahawa Ataturk dan konco-konconya penderhaka dan perlu diperangi. Rakyat diseru untuk memerangi tentera Ankara dan siapa yang mati dijalan ini dianggap syahid. Berlaku insiden orang kampung menyerang pos kawalan tentera Ankara dan beberapa askar terbunuh dengan kejamnya. Beberapa mufti, ulamak dan imam di Anatolia lantas mengeluarkan fatwa balas menentang fatwa yang dikeluarkan oleh Sheikhul Islam. Mereka menyeru rakyat Turki bangkit menentang penjajahan.
Juga di istanbul, beberapa penulis Turki yang menyokong penjajahan British terus menerus menyebarkan propaganda untuk memecah dan melemahkan semangat perjuangan Ankara. Sasarannya ialah pemuda-pemuda yang baru mendaftar menjadi tentera. Ada juga yang membentuk organisasi bawah tanah yang menyusup ke dalam tentera Ankara untuk menimbulkan ragu-ragu. Antara pujukan mereka ialah, British ialah kawan yang akan membantu Turki menjadi kaya raya dan moden. Greece ialah sahabat British dan justeru sahabat Turki. Kehadiran mereka ialah atas restu Sultan, maka derhaka melawan keputusan Sultan. malah Sheikhul Islam juga sudah keluarkan fatwa...dsb. Mereka berjaya.
Dengan gempuran hebat tentera Greece, askar-askar muda yang kurang pengalaman menggigil di medan pertempuran dikelilingi dentuman ratusan tembakan meriam. Dalam keadaan iti, mudah sahaja mereka tewas kepada pujukan penghasut yang mempersoalkan rasional perjuangan yang tidak mendapat restu Sultan. Beberapa kedudukan penting dibolosi tentera Greece, kedudukan tentera Turki mula berterabur dan Ismet Inono mengarahkan tenteranya berundur untuk mengelakkan kepungan. Mustafa Kemal mengarahkan Inonu berundur ratusan km ke Sakarya. Satu pengunduran yang jauh untuk memberi masa yang lebih bagi mengumpulkan semua tentera. Eskishesir dikosongkan. Ribuan askar yang cedera dipindahkan ke Ankara. Pegawai pemerintah melaporkan hanpir separuh askar baru telah meninggalkan medan perang bersama-sama senjata dan melarikan diri. Dalam pertempuran ini yang paling cemerlang ialah tentera berkuda dan militan bandit yang bekerja kuat melumpuhkan saluran bekalan tentera Greece. Berkat usaha mereka, apabila tentera Ankara berundur, mereka tidak mampu mengejar terus kerana kekurangan bekalan makanan dan peluru. Tentera Greece membuat keputusan berehat dahulu di Eskishehir untuk memulihkan kembali saluran lojistik yang dimusnah atau dirosakkan tentera berkuda. Tentera Greece melaporkan ke Athens bahawa tentera Ankara telah musnah dan saki bakinya akan dihapuskan dalam tempoh sebulan. Perisik British di Ankara juga mengesahkannya. Berita ini amat menggembirakan British. PM British LLoyd George yang amat berhati-hati mahu Greece segera mara ke Ankara tetapi Greece berkeras perlu merehatkan tenteranya untuk sekurang-kurangnya 2 minggu.
Penanguhan ini ialah kesilapan besar Greece.

End of Part 4.
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2010 08:10 PM | Show all posts
panjang nyer nk bc...penat mata nih..
1 berita/cerita br

menarik kajian en. boogey ni
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 09:55 AM | Show all posts
Kalau panjang sangat, kita berehat dulu untuk hari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 10:43 AM | Show all posts
Reply 93# Boogey


    saya rasa teruskan pun takpe.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 01:54 PM | Show all posts
artatuk bapa permodenan turki,tapi x moden pun turki.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 01:56 PM | Show all posts
betul, dan attaturk sebagai 'buah penamat' kepada empayar Uthmaniyah. Nah, kini kitalah yg menja ...
hammam Post at 8-12-2009 15:22



    adeorg ckp,kalau kita masih ikut perintah allah kita xkan dapat kemajuan sebab tu empayar utmanniah x maju.ko rase cmne ngn pendapat org2 mcm ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-11-2010 03:14 PM | Show all posts
Tak boleh salahkan Attatewrk seratus peratus...... walaupon sistem sekular tu x sesuai langsong deng ...
genot Post at 8-12-2009 15:06


Pendek kata yg memusnahkan institusi khalifah adalah khalifah tuh sendiri....Ataturk hanya pencetus jer, kalau khalifah terakhir Uthmaniyah benar2 berpegang kepada Islam mase tuh Insyaallah Institusi Khalifah akan kekal sampai hari nie.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2010 04:20 PM | Show all posts
Pendek kata yg memusnahkan institusi khalifah adalah khalifah tuh sendiri....Ataturk hanya pence ...
moteto Post at 25-11-2010 15:14



    baru aku tahu,kamal tu cuma mahukan keadilan dan pembangunan,nak salahkan dia pun xleh gak,mmg dia yg runtuhkan kerajaan ottoman sebabnye pun munasabah kerana kerajaan otoman ketika itu dah terlalu teruk banyak rasuah,menyeleweng dari akidah islam sebenar.tu penyebab kejatuhan sebenar otoman kamal hanyalah pencetus
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 12:41 PM | Show all posts
Part 5: Sememangnya tentera Turki hampir musnah. Jumlah askar yang lari bersama senjata begitu ramai. Untuk membentuk semula tentera, perlu dapatkan sejata baru.
Istanbul dikawali oleh British, Itali dan Perancis berdasarkan pecahan zon. Gerakan bawah tanah mengenalpasti depo tentera Osmniah yang besar terletak di Zeytinburnu dan dibawah kawalan Perancis. Ini amat bagus kerana lebih mudah berurusan dengan Perancis yang tiada penglibatan dalam peperangan dengan Greece. Hasilnya kelengkapan tentera baru berjaya diperolehi. Veteran Perang Canakkale(Gallipoli) juga telah dipanggil melapor diri untuk menyumbang bakti. Mereka sememangnya telah lama menunggu untuk dipanggil tetapi kerana tentera kekurangan senjata dan uniform, maka ditangguhkan. veteran perang ini memainkan peranan amat penting dalam melatih dan menyuntikkan semangat juang rekrut baru. Mereka yang pernah menghadapi maut ini mempamerkan keperwiraan yang tinggi menjadi contoh kepada rekrut muda. Skim latihan tentera intensif dimulakan segera. Walau dengan apa cara sekalipun tentera mesti disiapkan sebelum tentera Greece mula bergerak kembali. Bekalan peluru tiba setiap hari dari pelabuhan pemunggahan. Pemindahan bekalan ini amat lambat kerana menggunakan hanya pengangkutan primitif. kapal perang Greece meronda sepanjang pantai Laut Hitam untuk memintas kapal-kapal penyeludup. Bantuan kewangan yang tiba dari organisasi india muslim di India juga banyak membantu.
Inonu mula merangka pelan pertahanan di Sakarya. pasukan peninjau dihantar untuk mengawasi sebarang pergerakan tentera Greece untuk mengenal pasti arah serangan utama. Sakarya akan menjadi benteng pertahanan mutlak. Tentera bekuda juga menghantar peninjau mereka untuk mengenalpasti nadi laluan lojistik tentera Greece dan berbincang dengan militan berkuda untuk menyelaraskan serangan.
Sementara itu di bahagian lain Turki, tentangan juga berterusan untuk membebaskan wilayah yang dikuasai Itali dan Perancis.

End of part 5.
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2010 12:46 PM | Show all posts
artatuk bapa permodenan turki,tapi x moden pun turki.
copy_paste Post at 25-11-2010 13:54



Pada tahun 1938, Turki sudah mampu membina kapal selam sendiri.

Moden dengan kaya ni lain.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 12:26 AM GMT+8 , Processed in 0.127861 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list