CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: amazed

Almarhum Sultan Iskandar (1932-2010), Sultan Johor berjiwa rakyat

[Copy link]
Post time 29-1-2010 09:50 AM | Show all posts
benda sama jadi dgn sultan abu bakar
mangkat di london jun 1895, 3 bulan pastu baru dimakamkan kat johor
naik kapal wap dari england, turun kat penang, naik kapal lain pulak utk ke johor
dalam bu ...
iscol_klang Post at 29-1-2010 09:42


Sultan Abu Bakar.. tade, mmang agaknye disuntik bende tu.. tapi sir ibrahim.. memang ade laa sket bau.. dia tak suntik kot

klu ade airasia zaman tu mesti dorang charter
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-1-2010 09:58 AM | Show all posts
82# unekspekted

arwah tok aku pun ada sebut pasal bau tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 10:19 AM | Show all posts
gelaran DULI YANG MAHA MULIA kebiasaannya ada satu lagi perkataan yang selalu diletak iaitu KEBAWAH. kalau dicamtum perkataan ini apa maksudnya KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 10:40 AM | Show all posts
81# iscol_klang

yup! takde la dia nk tunggu cucu datang, kerabat balik...raja sinun sampai

cukup masa... aku tengok sultan ibrahim takde tunggu lagi dah, dia angkat semua darjah kebesaran pastu terus anak cucu almarhum angkat peti jenazah tu...
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2010 02:24 PM | Show all posts
Post Last Edit by hyphrigian at 29-1-2010 14:27
gelaran DULI YANG MAHA MULIA kebiasaannya ada satu lagi perkataan yang selalu diletak iaitu KEBAWAH. kalau dicamtum perkataan ini apa maksudnya KEBAWAH DULI YANG MAHA MULIA.
ra5101 Post at 29-1-2010 10:19


KEBAWAH KAKI YANG MAHA MULIA

duli 1. sl abu, debu (yg melekat pd kaki): maka hancur luluhlah segala menjadi ~; 2. bd baginda: maka D~ Yang Maha Mulia pun bertitah kpd sekalian yg hadir; 3. kaki; bercemar ~ bd pergi, berjalan; ke bawah ~ tuanku kpd baginda;
        mata ~ buku lali; menjunjung ~ a) menyembah, sujud kpd raja; b) mengerjakan perintah raja;
        berduli 1. sl berdebu; 2. bd pergi ke, bercemar.
Reply

Use magic Report

Post time 30-1-2010 02:30 AM | Show all posts
yup.. go.

istana tyersall and woodneuk masih blum dapat di ambil singapore..walaupun dioffer sd24 juta.  these legal battle has been carry on sejak 100 tahun lepas, even by colonial british off ...
unekspekted Post at 28-1-2010 10:24



so istana tyersall hilang camtuh je la...
skang pun tak nampak ker.... {:1_122:}
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2010 04:30 PM | Show all posts
menarik info2 ni..
thanks for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 08:50 PM | Show all posts
da try google earth but xbpe nmpk gk la..mmg susah nk cari...unekspekted de some link yg bleh tlg phiyya?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2010 12:07 AM | Show all posts
Thanks for sharing the info...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2010 07:02 PM | Show all posts

Bonda kepada Sultan Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum
Sultan Iskandar, Hajjah Khalsom Abdullah, 72, menabur bunga
di makam Almarhum Sultan Iskandar ketika menziarahi Makam
Diraja Bukit Mahmoodiah di Johor Baru, hari ini.
- Foto The Star oleh ABDUL RAHMAN EMBON
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-2-2010 07:04 PM | Show all posts
Ahad Januari 31, 2010

Keakraban Almarhum Sultan Johor Jadi Kenangan Indah Sepanjang Hayat Aktivis Sosial Sarawak



Tokoh sosial Sarawak Datuk Seri Ang Lai Soon (duduk, dua, kanan) bergambar bersama Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail dan keluarga baginda di Istana Johor di Jalan Kia Peng, Kuala Lumpur. Gambar ini diambil pada 17 November 1984, dua hari selepas Sultan Iskandar ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-8. -Foto BERNAMA



KUALA LUMPUR: Aktivis sosial ternama Sarawak Datuk Seri Ang Lai Soon merupakan antara sebilangan kecil orang kebanyakan yang mendapat penghormatan menjadi rakan peribadi yang cukup rapat dengan Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail.

Keakraban yang terjalin amat sukar digambarkan di samping jarang-jarang sekali ditemui, dan ia sudah berakar umbi sejak zaman pemerintahan Almarhum Sultan Ismail Ibrahim, ayahanda kepada Almarhum Sultan Iskandar lagi.

"Saya merasa amat rendah diri dengan kesetiakawanan tiga generasi sultan Johor," katanya dalam satu temubual di sini hari ini.

Menurutnya Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail (yang dimasyhurkan sebagai Sultan Johor yang baru 23 Januari lepas), memaklumkan sendiri kepadanya berita kemangkatan ayahandanya pada 22 Januari lalu dengan menelefonya di Kuching, Sarawak, beberapa jam sebelum Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman membuat pengumuman rasmi kemangkatan baginda.

Ang berkata sepanjang persahabatan beliau dengan Almarhum Sultan Iskandar, beliau amat menghormati baginda, dan menggambarkan Almarhum sebagai seorang sahabat yang cukup baik dan ikhlas.

"Walaupun dilahirkan dalam sebuah keluarga yang memiliki segala kelebihan dilahirkan dalam keluarga diraja, baginda tidak pernah meninggi diri dan sentiasa mendampingi rakyat," katanya.

Katanya beliau masih terkenang satu majlis makan malam yang diadakan oleh Almarhum Sultan Iskandar dan Sultanah Zanariah untuknya di Istana Bukit Serene di Johor Baharu semasa baginda berdua menjadi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.

"Saya rasa cukup letih selepas bersembang sehingga pukul 5 pagi. Baginda mengiringi saya sehingga ke kereta saya dan arahkan pemandu supaya membawa saya dengan selamat ke Singapura. Baginda malah tunggu sehingga kereta itu hilang meninggalkan kawasan istana," katanya.


Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail (bersongkok) bersama tokoh sosial Sarawak Datuk Seri Ang Lai Soon (kiri) pada satu santapan diraja di Istana Bukit Serene di Johor Bahru pada 1986. Kelihatan bekas Presiden Singapura mendiang Ong Teng Cheong (kanan) dan isteri (dua, kanan); Perdana Menteri Singapura ketika itu Lee Kuan Yew (membelakang kamera) dan isterinya (tiga, kanan).



Pernah beberapa kali, semasa Ang berada di Singapura, walaupun semasa Almarhum menjadi Yang di-Pertuan Agong pada pertengahan 1980-an, baginda memandu sendiri ke negara jiran itu untuk bertemu dengannya, untuk makan malam atau makan tengah hari, atau semata-mata untuk minum kopi sambil berbual di hotel penginapan Ang.

"Satu petang itu Almarhum beritahu saya yang baginda akan tiba di Singapura dalam masa sejam, bagi baginda tiba kira-kira 45 minit kemudian dengan diiringi dua daripada anakandanya. Tiada masalah, tidak perlu menyusahkan sesiapa di hotel itu walaupun dengan kedudukan baginda sebagai seorang sultan," katanya.

Satu lagi kenangan manis tidak dapat dlupakan aktivis itu ialah semasa dalam pertemuannya dengan Almarhum di Istana Johor di Jalan Kia Peng di sini semasa bulan Ramadan, juga semasa baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.
Menurutnya Almarhum meminta Ang supaya makan tengah hari di istana walaupun Ang beria-ia menolaknya, namun baginda tetap berkeras supaya Ang makan tengah hari.

"Jadi saya makan seorang diri, dengan ditemani oleh Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong, yang berpuasa sama seperti lain-lain kaum Muslim ketika itu," katanya.

Ang berkata Almarhum turut mengekalkan "hubungan rapat" dengan Perdana Menteri Singapura yang pertama Lee Kuan Yew, dan anaknya Lee Hsien Loong, Perdana Menteri Singapura ketika ini, sekaligus menampilkan "hubungan istimewa yang unik" antara Johor dan Singapura.

Beliau berkata baginda juga merupakan seorang yang rapi serta teliti, dan akan memastikan mereka yang memakai pakaian seragam, sentiasa memakainya dengan tepat dan lengkap.

Ang yang dianugerahi anugerah Datuk Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ) yang membawa gelaran "Datuk Seri" oleh ayahanda Almarhum Sultan Iskandar, Almarhum Sultan Ismail pada tahun 1979, pernah menghadiri majlis penganugerahan di Johor tanpa memakai rantai kolar yang membentuk sebahagian daripada lambang penganugerahan.
Menurutnya beliau tidak mempunyai masa untuk mengenakannya memandangkan beliau terpaksa mengambil penerbangan yang paling awal untuk ke Johor Baharu daripada Kuching.

"Almarhum amat teliti. Semasa majlis khas sebelum penganugerahan, saya sengaja berada luar dewan kerana saya tidak memakai rantai kolar, tidak lama kemudian baginda datang mencari saya dan berkata 'Lai Soon, pakaian anda tidak lengkap!" katanya.

Menurutnya Almarhum juga tidak keberatan untuk menerima nasihat dan akan menerimanya sekiranya baginda menganggap ia diberikan dengan ikhlas, membina dan berpatutan.

"Almarhum baginda tidak akan membantah sekiranya ada logik dalam apa yang ditampilkan," katanya."
"Almarhum baginda akan sentiasa dikenang, bukan sahaja oleh keluarga diraja, tapi juga di kalangan mereka yang bertuah mendapat penghormatan dan kelebihan mengenali baginda secara peribadi, di samping rakyat Johor, terutama kalangan mereka yang menyanjung baginda sebagai seorang Sultan yang penyayang, adil dan saksama," katanya.

Merujuk kepada Sultan Ibrahim Ismail, beliau berkata sultan baru itu pastinya akan menjadi seorang sultan yang adil dan bertoleransi, dengan gaya kepimpinannya yang mantap terserlah menerusi lawatan-lawatan tahunan baginda ke seluruh pelusok negeri.

Beliau berkata baginda pernah memberitahunya bahawa sepanjang perjalanan baginda ke seluruh negeri, baginda akan duduk semeja bersama rakyat di samping mendengar sendiri masalah mereka supaya baginda boleh tahu segalanya mengenai kehidupan harian mereka. - BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 10:55 AM | Show all posts
best trid ni. good2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2010 04:50 PM | Show all posts
Peristiwa bersejarah keluarga diraja  Oleh NASRI JAMALUDIN
[email protected]

Hajah KHalsom  ABDULLAH tiba di Lapangan Terbang Sultan Ismail, Senai semalam.

JOHOR BAHRU - Suasana pilu menyelubungi Makam Diraja BukitMahmoodiah di sini apabila Hajah Khalsom Abdullah, bonda Sultan Johor,Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar berangkatmenziarahi makam bekas suaminya, Almarhum Sultan Iskandar.
Ini adalah kali pertama bonda Sultan Johor yang kini berusia 72tahun menjejakkan kaki ke sini setelah berpisah dengan Almarhum SultanIskandar pada awal tahun 1960-an.
Hajah Khalsom tiba di makam tersebut pada pukul 2.20 petang dan meluangkan masa selama 10 minit di makam tersebut.

ALMARHUM SULTAN ISKANDAR (enam darikiri) bersama anakanda dan cucunda hasil perkahwinan baginda denganHajah Khalsom Abdullah dan Sultanah Zanariah. Gambar dirakamkan diJohor Bahru selepas upacara pelantikan Tunku Ibrahim (lima dari kiri)sebagai Tunku Mahkota Johor pada 1981.

Beliau kelihatan sangat sebak ketika mengaminkan doa untuk roh Almarhum.
Meskipun sedih kerana terpaksa menerima hakikat pemergian AlmarhumSultan Iskandar untuk selama-lamanya, Hajah Khalsom tetap gagah menaburbunga dan menyiram air mawar di makam.
Peristiwa bersejarah itu turut disaksikan oleh lebih 20 wakil media yang menunggu di makam tersebut sejak pukul 1.30 petang.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 09:46 AM | Show all posts
ade seorang bekas guru di sekolah rendah ismail 2 muor bercerite...

mase almarhum menjadi agong... cikgu tu dianugerahkan pingat (tak tau pingat ape)
pingat tu almarhum yg anugerah

pastu... selepas beberape tahun...(lebih 5 tahun) cikgu tu ade ler pergi kat satu majlis dimane almarhum sultan iskandar
pon berada di dalam majlis tu... so lepas majlis tu ramai ler org yg bersalam n jumpe almarhum
jadik cikgu tu pon jumpe gak almarhum
mase cikgu tu jumpe almarhum.... almarhum sound cikgu tu.... "eh you buat ape kat sini orang muo? nak pingat lagi ke" kate almarhum sambil ketawe..
cikgu tu terkejut.. sebab mase tu dia tak pakai pon pingat tu... dan sebelum tu dia jumpe almarhum pon sekali jerk... tu pon sekejap jerk mase dpt pingat....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 09:54 AM | Show all posts
93# alongfm

Huhu...slim giler Sultan Ibrahim Ismail masa ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 10:19 AM | Show all posts
ade seorang bekas guru di sekolah rendah ismail 2 muor bercerite...

mase almarhum menjadi agong... cikgu tu dianugerahkan pingat (tak tau pingat ape)
pingat tu almarhum yg anugerah

pastu... sel ...
muor76 Post at 4-2-2010 09:46


Almarhum Sultan memang ade good memory...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-2-2010 04:47 PM | Show all posts
Atuk aku kt kampung kota tinggi u ade 2-3 kali jugak dpt pingat dr almarhum sultan.
Abah aku siap sound awal2 dulu sblum atuk dtg umah supaya naikkan gmbr2 dia dpt pingat dr almarhum tu..

Sultan ibrahim skrg ni pnah ade training komando kt US kn..? Bro alpha mgkn leh clarify.
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 05:05 PM | Show all posts
ade seorang bekas guru di sekolah rendah ismail 2 muor bercerite...

mase almarhum menjadi agong... cikgu tu dianugerahkan pingat (tak tau pingat ape)
pingat tu almarhum yg anugerah

pastu... sel ...
muor76 Post at 4-2-2010 09:46


wow!! boleh dia ingat eh dgn siapa dia penah kasik pingat..perghh ;)
muor..citer lah lagik, aku ske bca posting ko. tq
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 06:07 AM | Show all posts
98# joyahglam

Almarhum bukan jual pingat... sampai ramai sangat orang dapat. pingat dia khusus buat orang yang berbakti dan berkhidmat pada masyarakat aje.... tu pasal dia boleh ingat...

nurse yang jaga dia pun dia bagi pingat...
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 09:27 AM | Show all posts
97# edmundo

Kalau baca bio dia...katanya dia ada berlatih kat Fort Benning dengan Fort Bragg. Fort Benning tu tempat latihan askar payung terjun dan Fort Bragg tempat latihan Green Berets US...jadi memang dia ada latihan komando.

Tapi kalau tengok ADC dia (kalau tak salah la) ada lencana SEAL woooo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-12-2024 11:14 AM GMT+8 , Processed in 0.085152 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list