|
anak kj nama dia timur gak, amir timur
-timur ni maksud dia tangan besi kan? |
|
|
|
|
|
|
|
satu lagi, timurlane ni, ada org ckp timurlame, yg bermaksud timur yg tempang itik/itik tempang pasal dia tempang sebelah kaki-betui ka genot? |
|
|
|
|
|
|
|
ha'ah dia memang tempang... |
|
|
|
|
|
|
|
Sepanyol
- masa orang Portugis sedang cari jalan ke timor, orang sepanyol sedang membangunkan koloni di sebelah Barat.
- mereka berbangga bila kerajaan mereka boleh membuka koloni di benua Amerika.
- Cristobal Colombus secara x sengaja menemui benua baru semasa merintis jalan ke India.
- Colombus dibantu oleh Queen Isabella dr segi kewangan n Colombus tidak ikot jalan laut biasa, sebaliknya mengikot perairan Atlantik yang menyebabkannya tersasar ke Amerika bila kapalnya tiba di Bahamas.
- dia kemudian hantar orang untuk siasat keadaan di Selatan n Tengah Amerika tanpa mengetahui tempat itu adalah benua baru yang lain.
- nama benua diberikan sempena orang yang menyiasat benua itu, Amerigo Vespucci.
Cristobal Colombus (Christopher)
Amerigo Vespucci
Cortes n Magellan
- beberapa orang lagi pengembara sepanyol dihantar menyiasat benua baru dijumpai.
- tahon 1513, Balboa menyeberangi Panama n menjadi orang Europa pertama sampai ke lautan Pasifik.
- Cordoba pula tiba di Amerika Tengah pd 1517.
- Cortes menundukkan Mexico n Pizarro menyelidiki sebuah lombong di Peru.
- antara mereka smua, Fernao Magellan mengatasi sebab dia belayar melalui pantai Amerika Selatan sampai ke satu selat n menuju ke arah Barat Laut Amerika sehingga tiba di kepulauan Filipina.
Perkembangan Kerajaan Sepanyol
- pertengahan kuron-16 M, sepanyol sudah boleh berbangga sebab ada koloni yg ada batu permata serta kaya n boleh menjajah orang lain (sama la macam orang yg merogol, tentu la bangga boleh rogol orang, yang kena rogol la lembek, haha)
- koloni sepanyol dr telok Mexico sampai ke pantai negara Chile x termasok Brazil.
- sepanyol mengisytiharkan bahawa Nuevo Mundo (Dunia Baru) sbg hak milik Sepanyol serta disahkana oleh Pope Katolik di Roma melalui Perjanjian Tordesillas.
England n France
- mereka pon mula terlibat nak mencari koloni baru.
- tahon 1497, John Cabot menyiasat New Foundland n anaknya Sebastian Cabot mendarat di Labrador pd tahon 1509.
- Perancis pula menyelidiki Teluk St. Lawrence pd tahon 1534.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kebangkitan Belanda
Bawah naungan Sepanyol
- tahon 1648, belanda n tanah dalam jajahannya berada bawah naungan (perlindungan) kerajaan Sepanyol.
- tp pd pertengahan kurun ke-17 M, Belanda berperang dengan Sepanyol n menghalau tentera Sepanyol dr kawasan jajahannya.
- hal ini menyebabkan pelabuhan Lisboa di Portugal ditutop kpd pedagang2 Belanda n mereka x leh menyelenggarakan perniagaan ke timor.
- oleh itu, Belanda terpaksa cari jalan menjalankan perniagaan dengan tanah2 timor.
Zaman Keemasan Belanda
- masa peperangan dgn Sepanyol itu, Belanda turut memperkembang tanah jajahan atau koloninya di seberang laut.
- Belanda juga menguasai perairan n banyak buat hubungan dagang iaitu sembilan dr sepuloh hubungan dagang di EU.
- tahon 1602, Belanda membangunkan Sharikat Hindia Timor Belanda (East Indies Company) bg berdagang dengan negara2 di Timor.
- sharikat ini dapat sokongan kerajaan Belanda n kerajaan menggunakan sharikat ini untuk mengembangkan tanah jajahan seberang laut.
- sekejap mata saja Belanda menggantikan Portugis di Timur Jauh.
- tahon 1619, Belanda menyusup masok ke Batavia (Jakarata), haha.
- tahon 1638 sampai 1658, Belanda menghalau Portugis dr Ceylon (Sri Lanka).
- tahon 1641, Belanda masok ke Melaka n halau Portugis, tp ada juga perkampungan Portugis skarang di Ujong Pasir, bapak Jakarata jangan lupa mampir lihat indu2 kristian itu momong portugis celop geragok.
- tahon 1652, kedudukan Belanda di Tanjong Harapan diperkukuhkan.
- tahon 1621, Sharikat Hindia Barat Belanda (West Indies Company) pulak ditubuhkan, sharikat India Timor orang2 Asia Tenggara atau orang Asia2 len ada x untuk kembangkan tanah jajahan atau koloni di sebelah EU, Amerika atau Afrika?
- Sharikat West Indies Belanda menguruskan perdagangan dengan penduduk2 pantai di Amerika n Afrika.
- antara tahon 1632 n 1661, taklukan Belanda diperluas sampai Brazil n ada koloni Belanda di sana.
Kejatuhan Belanda
- peperangan dengan orang Inggeris pula sb Inggeris berasa berjaki (jealous) kpd Belanda.
- peperangan Belanda ni menyebabkan kewangan Belanda menyusot n Belanda jatuh pd 1715 M.
- lepas itu Belanda jadi kuasa 'dunia' kedua saja n terpaksa melutut pd Inggeris. |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by genot at 1-4-2010 20:14
England
- walaupon England dikelilingi lautan n mudah nak menjadi kuasa maritim pertama, tp England agak lambat sikit dalam lapangan pelayaran.
- England menjadi negara keempat masa itu yg merintis koloni di luar negara.
- mulanya negara England (bukan UK) menganuti agama Kristian aliran Katolik Roma yang tunduk kepada arahan dr Pope di Vatican.
tanah England n jajahannya adalah yang berwarna hijau dalam peta, yang lain2 tanah Celtic (Gaelic).
bendera negara England 'sahaja'
- kemudian pada abad ke-15 M, Pope telah mengadakan perjanjian Tordesillas membahagi2kan tanah2 koloni kpd Portugal n Sepanyol.
- pemerintahan Elizabeth I, para kelasi Inggeris mengganggu n melanun kapal2 Sepanyol serta mendapat restu ratu tersebut.
- Sepanyol menghantar kapal2 perang menyerang England tp England dapat menewaskan Sepanyol pd 1588.
- hal ini menyebabkan kuasa maritim Sepanyol mula jatuh.
- England jd bebas menggunakan perairan di Europa Barat n kawasan2 lain x ada gangguan Sepanyol lagik.
Queen Elizabeth I
- ratu Elizabeth I memberikan surat piagam (treaty) bg penubuhan sharikat Virginia n Sharikat India Timor Inggeris (East Indies Company) untuk menjarah kawasan2 lain selain mendapatkan peluang perniagaan.
- wujud lah koloni Inggeris di Amerika di 13 kawasan serta penubuhan kerajaan Inggeris di benua India sekitar kurun ke-17 n 18 M.
- makanya England berbangga mempunyai tanah jajahan yang matahari x pernah jatuh sampai dua sudut dunia (hemisfera) |
|
|
|
|
|
|
|
Kuasa Barat (Portugis) di Asia
(ringkasan sahaja x smua kawasan masok nt sj baru buleh dikupas sb ini dr buku teks LCE dlm konteks perintisan ke negara Malaysia moden yg semestinya berkait dengan negara Melaka, bapa2 jakarata usah risau kita akan bincang smua skalik termasuk keadaan di negara jawa bapak sekalian pd belakang2, haha)
Asia Selatan: Portugis di India
- Vasco da Gama sampai di kalikot dalam Kerala
- selain memuatkan kapal dengan rempah ratus ke Portugal, dia ada bawa utusan dr Zamorin yang ada menyebut bahawa: "Vasco da Gama seorang berbudi bahasa dr negara tuan, telah masuk ke negeri saya, n kedatangannya membanggakan saya. dalam negara saya ada lah banyak kulit kayu manis, bunga cengkeh, lada itam, n batu2 permata. sebaliknya pula saya menginginkan barangan dr negara tuan seperti emas, perak, marjan, n mastauli merah." kata2 utusan ini membuatkan benua India berada dalam bahaya.
- semenjak itu, benua India menjadi sasaran negara2 yang pandai menggunakan lautan utamanya dr Europa.
- kuron ke-16 M, orang Portugis berjaya merobohkan kekuasaan n merampas perniagaan rempah orang Islam bangsa Arab di lautan Hindi n dapat pula memerintah kawasan pulau Malabar.
- orang Portugis juga dapat menakluki Goa pd tahon 1510.
- mereka dapat mewujudkan kerajaan kolonial di benua India n cuba menembusi kawasan Timur Jauh. |
|
|
|
|
|
|
|
Portugis di Asia Tenggara: Melaka
- selepas meneguhkan kerajaan kolonial di Goa, orang Portugis mula menumpukan perhatian kpd pelabuhan di negara Melaka pula.
- pd 1509, gabenor Portugis di benua India menghantar ahli pengembaranya yg diketuai oleh Diego Lopez d'Sequiera bg menyelidiki pelabuhan Melaka.
- tujuan ekspedisi penyelidikan dihantar juga adalah untok minta kebenaran sultan di situ untuk berniaga.
- awalnya sultan Melaka ketika itu, sultan Mahmud Shah suka akan orang2 Portugis itu tp x lama kemudian beberapa drpd orang2 Portugis itu ditahan n dipenjarakan sebab hasutan oleh pedagang2 Islam keturunan India n Arab yg pernah bertembung dengan Portugis dolu.
- Lopez d'Sequiera berjaya melepaskan diri n kembali ke Goa, n pada 1511, rombongan galeong (kapal perang) dr Goa datang dengan diketuai oleh Alfonso d'Albuquerque berperang dgn negara Melaka.
- pd akhir2nya sultan melaka, mahmud shah terpaksa berundur sb kalah perang n kota Melaka beroleh lah kpd Portugis.
- Portugis mendirikan koloni di situ n membangunkan kota diberi nama A Famosa (Yang Masyhur).
- mula saat itu, pemerintahan koloni Portugis dengan pusat pentadbiran bertalian di Goa bermula selama 130 tahon lamanya.
Tinggalan Portugis dalam negara Melaka
|
|
|
|
|
|
|
|
Belanda di negara Melaka
- abad ke-17 M, Belanda menjadi kuasa maritim.
- mereka mula menetapkan pusat perniagaan di Pualu Tidore, Ambon, n Ternate di Hindia Timor.
- akhirnya mereka mendirikan ibu kota mereka di Betawi (Batavia) skarang kat Jakarata kalau salah aku tidak tahu lah aku x pernah pigi sana Java Island.
- awal2 lagik Belanda sudah mau ke Melaka.
- 1640, Belanda menyerang koloni Portugis di Melaka.
- lepas kepongan selama 5 bulan 12 hari maka banyak nyawa melayang harta benda binasa maka Melaka masuk bawah koloni Belanda.
Perlumbaan rempah Inggeris-Belanda
- wujudnya sharikat hindia timor sekitar 1600 M tujuannya berniaga dengan negara2 timor.
- bila mereka tiba di timor mereka sudah terhalang oleh belanda yg tiba daulu sb ms itu belanda sudah menawan pulau Ambon, Maluku, n Banda di Acheh serta sudah menjadikan tempat2 itu sbg pusat perdagangan mereka.
- belanda cuba mengawal perniagaan lada itam maka mereka menghalang Inggeris menyebok dalam wilayahnya n terjadi perselisihan.
- lepas itu terjadi kejadian burok di pulau Ambon pd 1623 M, orang Inggeris dibunoh tanpa sebab di situ oleh Belanda.
- hal ini menyebabkan Inggeris terpaksa keluar dr situ n menuju ke benua India. |
|
|
|
|
|
|
|
Acheh di Semenanjung
- akhir kurun ke-16 M, Acheh cuba menguasai negeri2 Melayu dalam Semenanjung tetapi tiada jaya lah.
- sultan iskandar shah dr Acheh meluaskan penguasaan bkn saja di Sumatera tapi jugak di Semenanjung seperti di Pahang pd 1618, menyerang Kedah pd 1619, juga Perak pada 1620.
- Acheh ditewaskan oleh kerjasama kesultanan Johor, Melaka, n Patani di sebelah utara.
- Acheh mula lemah lepas tewas n kawasan yang diserang n menjadi naungan Acheh melepaskan diri semula.
Bugis di Semenanjung
- mereka ni katanya asal dr Makassar x silapnya sebelah selatan pulau Sulawesi, di Siam pon mereka ada sebenarnya menjadi montri2 dalam dinasti Ayutthaya bukan dalam semenanjung saja.
- tahon 1667, negeri Makassar kena serang n mereka mula keluar dr negri mereka merayau2 n melanun.
- mereka ada menyerang pantai2 negara2 di Pulau Jowo, Sumatera, n Semenanjung, n di semenanjung mereka bermustautin di sebelah Kuala Kelang n kawasan2 di pantai Selangor.
- tahon 1772, seorang bangsawan mereka nama Daeng Parani menguatkan kedudukan mereka di Johore.
- kemudian mereka mula masok campor di Perak n Kedah serta memerintah di Selangor.
- mereka gagal menguasai Melaka sebab dikalahkan oleh Belanda pd tahon 1756 masa menyerang kota negara itu.
- akhir kuron ke-18 M, mereka hanya menumpukan pemerintahan mereka di Selangor.
Koloni British di Pulau Pinang
- Pulau Pinang termasok dalam wilayah pentadbiran n pemerintahan kesultanan Kedah.
- Kedah mengalami masalah berhadapan dengan kuasa utara iaitu Siam serta Bugis yang cuba hendak masuk campur apabila berlaku perang saudara.
- tahon 1756, datang seorang ahli perdagangan dr Sharikat Hindia Timor Inggeris nama Francis Light.
- makanya sultan Kedah mengadakan perjanjian memberi kebenaran kepada syarikat Hindia Timor Inggeris untuk membina penempatan n koloni serta berniaga di Pulau Pinang n Province Wellesly (Pantai Seberang Selat) dengan syarat membayar sewa tahunan kepada kesultanan Kedah juga memberikan bantuan ketenteraan n alat perang kepada kesultanan Kedah jika kesultanan Kedah diserang Siam n Bugis.
- Francis Light tidak mengotakan janji sebab dia bersahabat dengan kemaharajaan empayar Siam juga Gabenor Pulau Thalang n memutarbelitkan perjanjian, makanya Pulau Pinang dimasukkan menjadi tanah koloni British.
Francis Light
- |
|
|
|
|
|
|
|
Kejatuhan Kesultanan Delhi: Dinasti Mughal
- pemerintah kesultanan Moghul bagi dinasti moghul adalah sultan Aurengzab.
- pemerintah kesultanan yang selepasnya adalah lemah x ada kebolehan lagi.
Punca kelemahan Kesultanan Delhi
punca kelemahan pemerintahan kesultanan Delhi mengikot kitab sejarah LCE:
1. pemerintah kesultanan iaitu Aurengzab terlalu ketat mengamalkan ajaran Islam sehingga menindas penganut Hindu.
2. peperangan dengan negara2 di India Selatan menyebabkan kewangan kesultanan Delhi surut.
3. penganut Sikh dan orang dr kerajaan Maharata suka berperang n menyusahkan kesultanan Delhi.
4. Perancis n Sharikat Hindia Timor Inggeris sedang berperang waktu itu merebut kawasan mendirikan kerajaan kolonial di benua India n kawasan benua India menjadi medan pertempuran mereka.
Penubuhan Sharikat Hindia Timor Inggeris
- tahon 1600 M Queen Elizabeth I mengeluarkan piagam membenarkan pedagang2 Inggeris mewujudkan sharikat hindia timur inggeris mewakili kerajaan British n England di luar negara.
- sharikat itu berniaga dengan negara2 dalam kawasan Hindia Timor sehingga tahon 1623.
- dalam pertempuran antara belanda n inggeris di pulau ambon, pd tahon 1623, ramailah askar2 British dibunoh.
- makanya askar2 British kena lari ke India.
Gudang2 British di India
- British membuka gudang di Surat, Masoolipattham, Madras, Hoogly, Balasore, Bombay, n Fort William antara tahon 1611 sampai 1696 M.
- mula2 mereka menghadapi rintangan dr Portugis n Perancis tp mereka dapat menewaskan jugak Portugis dlm perang Swally Roads tahon 1612.
- British juga terpaksa ambil ms lama bg mengeluarkan smua pengaruh Perancis di benua India.
Karnatik (India Tengah)
- masa sharikat hindia timor inggeris ditubuhkan, negara2 dalam India menghadapi masalah kekacauan politaik.
- kesultanan Delhi mula runtoh n orang Inggeris n Perancis mula ambil peranan di dalam kawasan2 di India.
- mereka menyokong calon2 yang berebut pangkat pemerintah seperti sultan atau raja dalam sesuatu kerajaan di dalam benua India.
- calon yang disokong British berjaya di Karnatik, n orang yg disokong British lalu memberi kuasa penoh kpd British maka x perlu susah2 lagi.
Bengal
- dalam peperangan Plassey tahon 1757, Clive telah menjatohkan Suraj Dowlah lalu menaikkan Mir Ja'afar bg menjadi pemerintah di Bengal.
- Mir Ja'afar menjadi pemerintah boneka bg British.
Perang 7 tahon
- lepas menetapkan kedudukan di India sebelah Utara n Selatan, sharikat hindia timor inggeris menjadi kuasa utama dalam benua India.
- perang tujoh tahon mulanya pd 1756 n tamat pd 1763 antara sharikat hindia timor inggeris dgn perancis.
- habis perang, perancis jd lemah di India n x kuasa ganggu atau kacau Inggeris lagi.
Perancis di India
- mereka lewat sikit berdagang di India berbanding England yang lagi cepat.
- Perancis pon ada sharikat hindia timor yg ditubohkan pada 1664, n 50 tahon awal penubohan sharikat itu tidak maju.
- antara 1713 sampai 1714, baru sharikat hindia timor perancis maju sikit di India.
- mereka menguasai lima tempat mustahak di daratan benua India iaitu Mahi, Karigal, Chantranagore, n Masoolipattham, serta menjadikan Pondicherry sebagai ibu negara bagi pentadbiran kerajaan koloni Perancis di India.
- pada tahon 1715, Perancis juga menguasai Mauritius. |
|
|
|
|
|
|
|
Peperangan Antara Inggeris-Perancis
- antara tahon 1688-1815, England telah terlibat dalam tujoh peperangan n kebanyakannya lawan dengan Perancis.
1. perang merebut kerajaan England (1688-1697)
2. perang merebut kerajaan Sepanyol (1702-1713)
3. perang merebut kerajaan Austria (1739-1748)
4. perang tujoh tahon di India (1756-1763)
5. perang kemerdekaan amerika (1775-1783)
6. perang pemberontakan (1793-1812)
7. perang napoleon (1803-1815) |
|
|
|
|
|
|
|
Perubahan Perusahaan di Europa Zaman Baru
- perubahan tenaga buroh kpd tenaga mesin
- mula terjadi di England pd abad ke-18 M, kemudian merebak ke France, Belgium, Germany, n akhir skalik ke Italia n Russia.
Sebab Berlaku Perubahan Perusahaan di England
- England ada modal, buruh, serta mampu mendapatkan bahan mentah di tanah koloni (jajahan).
- barang2 perusahaan yg terhasil dapat pasaran di koloni2 n negara bawah protektorate (naungan) di luar.
- England ada arang batu, bijih besi, n mempunyai bekalan tenaga elektrik dr empangan.
- England jugak ada landasan kereta api, terusan-terusan, n pelabohan.
Kejadian2 Pada Permulaan Zaman Baru
- Perusahaan menenun mula2 sekali menerima perubahan
- banyak sangat bilangan benang yang ditambahkan oleh serikat2 macam Hargreave's Spinning Jenny pd tahon 1767, Arkwright's Waterframe, tahon 1769, n Compton's Mule menyebabkan pekerja2 x mampu nak kawal smua.
- bg mengatasi masalah, Cartwright mencipta alat penenun bertenaga elektrik tahon 1803.
- masa itu James Watt menyempurnakan rekacipta jentera berkuasa wap mengakhiri perubahan dalam perusahaan di England n Europa amnya.
- penggunaan arang kayu di tempat melebor besi diganti dgn arang batu bg mempercepat proses pengeluaran besi dalam kuantiti yang banyak. |
|
|
|
|
|
|
|
Revolusi Industri di England (Perubahan dalam Perusahaan)
|
|
|
|
|
|
|
|
Kesan Perubahan Perusahaan
- negara2 yang menjalankan perusahaan n perkilangan, penduduk mula bertumpu di bandar2.
- makanya bandar jadik sesak n timbul perselisihan antara kaum buroh n kaum saudagar.
- puncanya banyak sekali sebab hutang buroh.
- pemimpin2 n pedagang2 Europa ingin sekali meluaskan tanah jajahan di seberang laut serta menguasai pasaran negri asing (cetusan akal: knapa orang Asia Tenggara x pernah fikir macam ini pd kuron-16 M melainkan hanya serang kesultanan2 sekitar yg kecil2 sahaja? skarang jadila negara2 ikot telunjok Barat, bangsa2 hamba :re
Hidop Pekerja Kilang Zaman Perusahaan
- kehidupan pekerja kilang dalam kalangan buroh amat x memuaskan.
- pekerja kerja dengan bayaran sikit, n majikan suka2 hati saja berbuat atas buroh2 serta tiada sebarang jaminan keselamatan.
- di mana timbul perubahan perusahaan, di situ akan timbol perubahan sosial.
Perubahan Sosial
- pemodal2 mula jadi tamak n memerah keringat kaum buroh.
- sara hidop buroh jadi meningkat mahal, pakaian pula jadi buruk n nipis x sesuai dengan keadaan cuaca.
- buroh2 duduk dalam rumah2 sempit berhabuk, udara lagi kotor.
- ada buroh kanak2 juga para wanita kena kerja dengan kaum laki2 dalam lombong tarik muatan arang batu mcam keldai.
- ahli2 ekonomi klasik seperti Adam Smith n Ricardo ada menulis berkenaan perniagaan n urusan negeri sahaja tp langsong tiada menyentoh sikit pon mengenai taraf hidop kaum buroh.
- golongan cendekiawan ekonomi berpendapat bahawa tiada campur tangan dalam urusan negara adalah lebih baik mengikot hal perekonomian n dasar ini dipanggil sbg Laissez Faire.
- akhirnya kaum buroh sedar bahawa nasib mereka hanya boleh ditentukan diri sniri x boleh harapkan org lain maka mereka menyatukan diri dalam persatuan2 peniaga.
- mula awal kuron ke-19 M, kerajaan England melarang pertubuhan2 peniaga tp lepas tahon 1825, pertubuhan2 dibenarkan n undang2 anti pertubuhan n persatuan (anti-combination laws) dimansuhkan.
- org2 yg berfikiran waras seperti ahli2 sastera, pengarang2 novel, serta ahli2 falsafah masih sedar akan perbuatan x perikemanusiaan golongan peniaga ke atas golongan buroh n mereka selalu menzahirkannya dalam sya'ir n puisi2 mereka.
- England kemudian meluluskan rang undang2 utama bagi memajukan kehidupan kaum buroh atau pekerja dalam kuron ke-19 M.
- undang2 sebegitu juga dikeluarkan di German bawah pemerintahan Bismarck, n kemudian diikuti oleh negara2 di daratan EU. |
|
|
|
|
|
|
|
Kewujudan Falsafah2 Baru di Barat
Sosialism
- fahaman bahawa kekayaan adalah kepunyaan negara diguna bg kebajikan orang ramai.
- mendesak 'perbantahan negri, perancangan sosial, perubahan dalam hal harta benda, pertubuhan kesamarataan ekonomi, n kesamarataan sosial serta len2.
- fahaman ni merebak ke kawasan2 yg terlibat dgn perusahaan.
- awalnya ahli2 sosialism tidak memberontak pown, mereka percaya laba keuntungan berpatutan akan diperolehi jika kerjasama dgn majikan.
- st. simon (1760-1825) memperkenalkan fahaman sosialism dengan jalan menggunakan gereja.
- owen (1772-1858) menubohkan pertubuhan sosialis dengan wang yang diberikan oleh golongan kapitalis.
- karl marx mempunyai teori bahawa hasil dr kapitalism, akan muncol dua jenis manusia.
1. bourgeois: pemodal x bekerja
2. proletariat: pekerja yg hanya ada kecekapan n kemahiran
- kata marx, golongan proletariat mungkin mengalami kesusahan sb x mungkin golongan bourgeois akan sukarela membantu memajukan golongan proletariat, malahan golongan proletariat kemungkinan perlu mengadakan pemberontakan bg merampas kuasa pemodal2 kaya.
- golongan pekerja berfahaman seperti marx yg ingin menjalankan dasar mereka secara baik2 dikenali sbg sosialis, golongan pekerja yang mau perubahan orde dunia baru cara kekerasan pula dikenali sbg komunis.
Das Kapital
- Marx ada memuatkan teorinya mengenai fahaman sosialis dalam kitabnya yang masyor iaitu Das Kapital.
- keadaan sekeliling dunia waktu itu mempengaruhi cara marx berpikir.
- pemberontakan di Perancis pd 1848 terjadi menyebabkan hampir binasanya EU adalah kerja orang2 berfahaman sosialis.
- walau bagaimanapon di Russia yg kurang perusahaan, sosialism menjadi seakan satu agama pula.
Sosialism n Komunism
- sosialis di russia digelar sebagai komunis.
- bezanya komunis n sosialis, komunis lebih ekstrim.
Anarchism
- diminati oleh Bakunin (1814-1876), merupakan satu fahaman berkenaan menghapuskan smua jenis kerajaan n menubuhkan kerajaan tertinggi yang bebas sbg galang gantinya.
Syndicalism
- huraian George Sorel (1874-1922) menyatakan bahawa masyarakat bukan sj perlu menakluki kerajaan sprti pengikut marx, tetapi juga membinasakan kerajaan yang ditakluki.
- fahaman mereka juga, tiap2 satu perusahaan mesti diperintah oleh sharikat2 pekerja dalam pertubuhan itu sendiri.
fahaman2 ini masih wujud lah sehingga kini, ada jah di merata2 pelosok dunia walaupon tidak begitu popular di stengah2 tempat. |
|
|
|
|
|
|
|
Perusahaan Kenderaan n Perhubungan di England
- peredaran automobil di EU menyebabkan peningkatan perhubungan.
- bahan2 mentah yg siap kena la dihantar ke tempat2 jauh maka perlunya kenderaan2 moden bg mempercepat kerja n meningkatkan hasil.
- tahon 1815 M, stephenson membuat kepala kereta api n badan kereta api.
- landasan kereta api mula2 skalik dibina dr Stockton ke Darlington pd 1825.
- pertengahan kurun itu, landasan kereta api mula dibuat di merata2 tempat dalam kerajaan England (Britain).
- susunan jalan raya di Telford, Matcalfe, Macadam telah diperbetul.
- terusan 'bridgewater' yg terkenal juga dibina dalam tahon 1761, n x berapa lama banyak lagi terusan digali sekitar England.
- kapal2 wap pon mulai diguna n sekitar tahon 1891, kapal kuasa wap pertama belayar di lautan Atlantik. |
|
|
|
|
|
|
| |
|